Monday, 16 December 2013

STORY MAH NAJIB DAH DENGAQ BILA PULA STORY MAH ABANG SABU?


LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH

Inilah ROSMAH bini Najib
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006




Deepak Yakin Pegawai Najib/Rosmah Berada Ditempat Altantuya Dibunuh Dengan Kejam?


239f09a31e5d47351559088733221de7_XL
Add caption

KUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.
“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi.

Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.
“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.

RM - Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.  Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.  Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan.  Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.


Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 
Sebentuk Cincin Permata Berlian

RM - Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.  Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.  Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.  Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

 14 Kereta Angkut Barangan Shopping Rosmah?

Komentar Oleh RadenJowo
irRosmah layak digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ kerana tabiat membazirnya 

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Belum pun reda isu ‘hangat’ suaminya Dato’ Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan gambar mendiang Altantuya Shaariibuu, Datin Seri Rosmah Mansor menyemarakkan lagi ‘api’ publisiti dengan sikapnya yang didakwa berbelanja secara mewah dan membazir di luar negara.

Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu, mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia.


Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

RM - Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

PKR Mahu Kerajaan Mansuh Projek "Permata" Rosmah !


Daripada terus menjadi “orang tengah” untuk menyalurkan peruntukan kerajaan, PKR menggesa agar program Permata negara dimansuhkan. Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin menegaskan peruntukan yang diberikan kepada Permata adalah satu pembaziran.

 “Jadi apa keperluan Permata diwujudkan sekiranya Permata hanya dilihat menjadi orang tengah mengagihkan peruntukan kerajaan?” soalnya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini. Jelas Manivanan, Permata juga seharusnya dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan Malaysia. “Program dijalankan oleh badan tersebut dilihat sebagai pembaziran wang rakyat. 

Melihat kepada visi dan misi penubuhan Permata ianya lebih kepada indah khabar dari rupa,” katanya. Pada 2013, Permata telah menerima peruntukan sejumlah RM150 juta, yang mana daripada jumlah itu RM77 juta diserahkan kepada Kemas bagi menaiktaraf 313 tadika diseluruh negara. Manakala, RM16 juta pula digunakan untuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan RM9 juta disalurkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak bagi program Permata dan RM20 juta lagi dipulangkan kembali kepada kerajaan.

 “Saya hairan seolah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang menyelia Kemas tiada peruntukan membaiki dan menaik taraf tadika Kemas. “Sedangkan pembentangan Belanjawan 2013 menunjukkan sejumlah RM1.2 bilion peruntukan diberika untuk pembangunan awal kanak-kanak,” katanya. “Ini sudah jelas bahawa kerajaan seharusnya memansuhkan Permata dan memindahkannya kepada pihak kementerian,” katanya lagi. 

RM - Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Kerana Mu Rosmah Najib Jadi Suami Yang Malang..







Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu. Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi.


Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. 

Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya.


Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya.

Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah.


Selain isu ini, sebelum ini Rosmah juga dikaitkan dengan pembelian mewah yang melibatkan cincin, gelang, koleksi beg tangan, perhiasan, pakaian dan seumpamanya


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.
“SPRM mesti telus dalam siasatannya.  Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu.  Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.
“Kita bimbang berlaku penyelewengan.  Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.
“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.
“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
- See more at: http://www.illustrasiaku.com/barang-perhiasan-rosmah-mencecah-rm77-juta-sprm-perlu-siasat/#sthash.qO7UUUPJ.dpuf
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.
“SPRM mesti telus dalam siasatannya.  Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu.  Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.
“Kita bimbang berlaku penyelewengan.  Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.
“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.
“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
- See more at: http://www.illustrasiaku.com/barang-perhiasan-rosmah-mencecah-rm77-juta-sprm-perlu-siasat/#sthash.qO7UUUPJ.dpuf
RM - Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.


Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Rosmah Mansur Bukan "First Lady"- Aziz Bari
Lapor Suara Keadilan .com

Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.
Dzulkarnain Taib-Suara Keadilan.com



RM - Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.


Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

RTM SENDIRI SAHKAN YANG PERDANA MENTERI KE-6 MALAYSIA SEBENARNYA IALAH DATIN SERI HAJAH "DR" ROSMAH MANSOR...KALAU TAK PERCAYA SILA LIHAT GAMBAR INI..

Selama ini masih samar-samar dan kelabu tentang persepsi rakyat bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-6 sebenarnya ialah Datin Seri Hajah "Dr" Rosmah Mansor dan bukannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh RTM melalui satu program dinamakan Expresi Remaja Bersama Perdana Menteri.


Patutlah semasa Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia beliau berjumpa dan mengadkan rundingan empat mata dengan Rosmah Mansor. Pertama kali dalam sejarah beliau menemui isteri PM. Rupa-rupa dia dah tahu , PM ke-6 Malaysia ialah Rosmah Mansor.


Dengan pendedahan bergambar sokongan RTM  ini,  maka terjawab sudah segala sangkaan dan persepsi yang sekian lama berlegar diminda rakyat.


 
 RM - Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.
Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor



AMUKANMELAYU - Fitnah datang dengan dua cara.....Pertama, kerana dengki, iri hati dan khianat. Sementara yang kedua, empunya diri yang mengundang fitnah.....oleh itu...janganlah terlebih SUDU dari KUAH.