Thursday, 30 January 2014

DUN KAJANG MENGANCAM TAHTA DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR


Siapa sebenarnya yang menjadi pembiaya PRK DUN Kajang? PKR mustahil dapat mengeluarkan belanja yang sebegitu besar.

Siapa pula yang telah memberikan upah kepada Lee Chin Cheh untuk dia melarikan diri ke luar negara dan mengelakkan daripada sebarang soal siasat yang membolehkan rahsia sebenar perletakan jawatannya terjawab?

Mengapa Anwar Ibrahim yang dicalonkan di DUN Kajang dan bukannya pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah Wan Azizah Wan Ismail atau mana-mana pemimpin PKR dari kalangan bangsa Cina? Mengapa pula seorang Melayu-India seperti Anwar Ibrahim yang dicalonkan di DUN tersebut sekaligus menurunkan taraf dirinya memandangkan dia tidak pernah berminat dengan politik negeri sepanjang dia terlibat dengan politik Malaysia dari tahun 1974 lagi?

Banyak persoalan yang timbul terutama sekali apabila drama kemelut di Selangor turut melibatkan JAIS, Bible berbahasa Melayu, Kalimah ALLAH dan permusuhan yang ditunjukkan terhadap DYMM Sultan Selangor.

Terlalu banyak ketidakpuasan hati terhadap DYMM Sultan Selangor terutama apabila kita melihat bagaimana para pecacai Pakatan Rakyat berusaha merosakkan imej DYMM Sultan Selangor menerusi anaknda baginda dan tugas rasmi baginda selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Ada sebab mengapa Lim Kit Siang asyik menjaja cerita-cerita 13 Mei ke sana ke mari. Semuanya dilakukan selepas ujian menggunakan KALIMAH ALLAH yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng dalam perutusan Tahun Baru 2013 disambut dengan kemarahan oleh orang Melayu-Islam.

Ada juga sebab mengapa paderi-paderi yang berpihak kepada DAP tetap mahu menggunakan KALIMAH ALLAH dalam penerbitan Bahasa Melayu mereka sekaligus melanggar peraturan dan undang-undang serta Perlembagaan Malaysia mahupun perintah mahkamah.

Semua kejadian yang melibatkan PKR, DAP dan Pakatan Rakyat, mempunyai jalinan dan kaitan terutama sekali yang berlaku di Selangor. Kemarahan Pakatan Rakyat terhadap DYMM Sultan Selangor bermula dari kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 2010 lagi. Apatah lagi titah-titah baginda yang menyentuh hal-hal agama Islam, membuatkan DAP yang sebelum ini teruja kerana menyangkakan mereka dapat mengenepikan kuasa Sultan, baru sedar, penghalang sebenar mereka berkuasa di Selangor adalah Sultan Selangor sendiri.

Walaupun ramai yang melihat gerakan gereja antarabangsa yang menjadi dalang sebenar, tetapi apabila melibatkan Anwar Ibrahim, terutama selepas Anwar Ibrahim pulang dari Washington maka perletakan jawatan Lee Chin Cheh berlaku, pastinya bukan sekadar gerakan gereja antarabangsa, malah kuasa lain yang lebih besar menjadi penunjuk ajar.

Anwar Ibrahim tidak terlalu cerdik untuk gerakan-gerakan ini. Dia hanyalah seekor kakatua yang bertindak mengikut arahan tanpa fikiran. Bukan lagi satu kebetulan apabila setiap kali dia pergi ke Amerika Syarikat, kepulangannya akan mencetuskan satu isu baru yang menimbulkan kacau bilau.

DYMM Sultan Selangor merupakan sultan yang paling terancam kedudukan baginda. Dengan memiliki lebih dua pertiga majoriti penguasaan di DUN Selangor, Pakatan Rakyat pada bila-bila masa sahaja boleh mengubah Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri manakala Sultan pula akan dipaksa menurunkan tandatangan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan ini adalah hak mutlak sesebuah negeri.

Untuk itulah Anwar Ibrahim menjadi calon DUN Kajang sebagai acid test kepada DYMM Sultan Selangor. Sekiranya Sultan Selangor menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, maka demonstrasi besar di seluruh Selangor akan diadakan. Dengan wang yang besar, dan dengan latihan psywar yang lengkap, demonstrasi di Selangor akan bertukar menjadi demonstrasi nasional. Sultan Selangor akan diserang sehabis-habisnya. Baginda akan dikatakan bodoh, ikut telunjuk UMNO dan tidak mempunyai sebarang kuasa.

Dengan menggunakan sayap-sayap anarki yang diketuai oleh Hishamuddin Rais, Tian Chua dan Parti Sosialis Malaysia, demonstrasi membantah Raja Perlembagaan pula akan diadakan.

Menariknya, jikalau Anwar Ibrahim terpaksa diterima oleh DYMM Sultan Selangor sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, semua entiti di bawah kuasa Sultan seperti JAIS akan dipindah dudukkan di bawah Menteri Besar. Undang-Undang Tubuh Negeri akan dipinda. 

Tiada orang lain yang mampu melainkan Anwar Ibrahim. Sewaktu di dalam UMNO, pada tahun 1986, Anwar Ibrahim jugalah yang paling lantang menentang Sultan. Anwar Ibrahim yang pada ketika itu menguasai media massa dan elektronik menerusi proksinya, melakukan terlalu banyak pendedahan aib tentang sultan-sultan di seluruh Malaysia. Malah Anwar Ibrahim turut mengadakan rapat umum di sana sini untuk menghapuskan sultan.

Apabila PRK DUN Kajang disifatkan sebagai pemangkin untuk menguasai Putrajaya dan 'menyelamatkan' Selangor daripada kuasa UMNO, sebenarnya PKR merujuk kepada DYMM Sultan Selangor yang dilihat sebagai penghalang besar penguasaan politik oleh Cina-Cina DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang.

Dendam 13 Mei 1969 masih belum terpadam sepertimana dendamnya mereka terhadap Angkatan Tentera Malaysia khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja yang telah menghalang Cinabeng Kuala Lumpur dan Selangor menghapuskan Melayu pada waktu itu.


DUN KAJANG Sebagai Pemangkin Penghapusan SULTAN SELANGOR!




Shiro