Thursday, 30 January 2014

PUCH LINE PRK KAJANG - UMNO JANGAN LETAK CALON JIKA TIDAK MAHU MEMBAZIR WANG RAKYAT


Rakyat 
News

PRK DUN Kajang -  Demi Kepentingan Seorang 'Lelaki'

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang diadakan demi kepentingan seorang lelaki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbaharu beliau.

Dengan tidak menamakan lelaki itu, beliau berkata,  PRK DUN Kajang ini juga membuktikan bahawa perjuangan menjaga kepentingan rakyat telah diketepikan.

"Tanpa memikirkan soal persaingan, pilihan raya kecil di Kajang bukannya mengenai rakyat tetapi lebih kepada kepentingan seorang lelaki #BETTERNATION," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin lepas.

Pengumuman itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

HANYA MENGINGATKAN Rafizi "BERDOSA" Lagakan Najib Dan Tun M 

Kenyataan media yang cukup pedas dari Ayahnda Tun Mahathir berkenaan dakwaan Pengarah Strategi Cap Ayam PKR, Rafizi Ramli bahawa Ayahnda Tun Mahathir cuba menggulingkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno.
Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno.

"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini- Antara Pos

Nah.. Baru padan muka Rafizi kena sindiran pedas dari Ayahnda Tun Mahathir.. Bak kata orang sekarang ni "Ayat makan dalam"

Pisau Kedah tak rasa Ayahnda Tun Mahathir mempunyai niat hendak menggulingkan DS Najib Razak.. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Malaysia mengambil tindakkan mengkritik dan menegur pentadbiran kerajaan itu adalah satu perkara yang normal. Mengkritik dan menegur ianya tidak semestinya bererti Ayahnda Tun Mahathir hendak menggulingkan DS Najib Razak. Pisau Kedah juga yakin bahawa DS Najib Razak juga dapat menerima kritikan dan teguran dari Ayahnda Tun Mahathir dengan hati yang terbuka.

Tindakkan yang dilakukan Pakatan Haram menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bersikap seperti beruk kena belacan menuntut digulingkan Kerajaan pentadbiran DS Najib Razak itu baru betul-betul dipanggil usaha menggulingkan DS Najib Razak. Setakat kritik dan tegur itu bukannya dikatakan usaha untuk mengguling DS Najib Razak.

Sebelum Rafizi nak buat spekulasi yang membuta khinzir.. Lebih baik Rafizi fikir bagaimana cara nak memperbaiki keretakan dalam PKR yang sah-sah ada gerakan untuk saling guling mengguling diantara kem Azmin Ali dan Kem Khalid Ibrahim.

Sudah terang tindakkan Azmin Ali mengatur gerakan agar beliau menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor sudah cukup membuktikan yang Azmin Ali berusaha menggulingkan Khalid Ibrahim sejak dari awal lagi. Bukankah satu perkara yang pelik apabila Menteri Besar tidak dilantik memegang Pengerusi dalam parti yang diwakilinya di negeri terbabit sebaliknya Azmin Ali yang merupakan musuh dalaman Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor

Lagi terang lagi terdapat gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim adalah pengakuan dari Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sendiri baru-baru ini apabila mengatakan kepimpinan PKR negeri Selangor didalam Mensyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang di pengerusikan Azmin Ali sebulat suara mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatannya sebagai MB Selangor.

Tak perlu la Rafizi nak berkokok macam ayam jantan sambil ekornya penuh dengan najis. Memang betul-betul cap ayam pengarah strategi PKR ni !!!

Neraka Bagi Orang yang Suka Mengadu-domba Manusia

Muslim yang baik harusnya mengadakan perdamaian di antara manusia. Sebab kata Islam sendiri seakar dengan “Damai”:

{114} لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.” [An Nisaa' 114]

Sayang ada sebagian Muslim yang gemar mengadu-domba manusia bahkan sesama Muslim. Padahal neraka balasannya. Semoga kita terhindar dari itu! Neraka adalah tempat bagi orang yg suka mengadu-domba sehingga manusia saling perang/bunuh. Para pengadu-domba ini gemar memfitnah dan menyebar kabar bohong untuk mengadu-domba manusia.

هَمَّازٍ مَّشَّآءٍ بِنَمِيمٍ
Allah Ta’ala berfirman: “Jangan pula engkau mematuhi orang yang suka mencela, berjalan membuat adu domba.”(yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah),(al-Qalam: 11)

Dari Hudzaifah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dapat masuk syurga seorang yang gemar mengadu domba.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua buah kubur, lalu bersabda: 

“Sesungguhnya kedua orang yang mati ini disiksa, tetapi tidaklah mereka disiksa karena kesalahan besar. Ya, tetapi sebenarnya besar juga -bila dilakukan secara terus menerus-. Adapun yang seorang diantara keduanya itu dahulunya -ketika di dunia- suka berjalan dengan melakukan adu domba, sedang yang lainnya, maka ia tidak suka menghabiskan sama sekali dari kencingnya -yakni di waktu kencing kurang memperdulikan kebersihan serta kesucian dari najis-.” Muttafaq ‘alaih. Ini adalah lafaz dari salah satu riwayat Imam Bukhari. Para ulama berkata bahwa maknanya: “Tidaklah mereka itu disiksa karena melakukan kesalahan yang besar,” yakni bukan kesalahan besar menurut anggapan kedua orang tersebut. Ada yang mengatakan bahwa itu merupakan hal besar -berat- baginya untuk meninggalkannya.

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

“Tahukah engkau semua, apakah kedustaan besar itu? Yaitu Namimah atau banyak bicara adu domba antara para manusia.” (Riwayat Muslim) Al’adhha dengan fathahnya ‘ain muhmalah dan sukunnya dhad mu’jamah dan dengan ha’ menurut wazan Alwajhu. Ada yang mengatakan Al’idhatu dengan kasrahnya ‘ain dan fathahnya dhad mu’jamah menurut wazan Al’idatu, artinya ialah kedustaan serta kebohongan besar. Menurut riwayat pertama, maka al’adhhu adalah mashdar, dikatakan: ‘adhahahu ‘adhhan artinya melemparnya dengan kedustaan atau pengadu-dombaan.

Saat seorang Yahudi mengadu-domba Suku Khazraj dengan Bani ‘Aus dengan mengungkit-ungkit permusuhan dan peperangan kedua suku tersebut di masa lalu, nyaris terjadi Perang. Namun Nabi marah dan mendamaikan mereka. Jadi mendamaikan manusia apalagi sesama Muslim adalah sunnah Nabi. Sedang mengadu-domba manusia apalagi sesama Muslim, sebetulnya itu sunnah Yahudi la’natullah.
 
 
 AMUKANMELAYU - Jelas....demokrasi bukan lagi untuk memelih PEMIMPIN untuk kebaikan Negara tapi lebih kepada "KEGILAAN MANUSIA YANG GILAKAN KEDUDUKAN DAN KUASA"