Monday, 20 January 2014

KENAPA KANGKONG TIDAK BOLEH DI JUAL DI JEPUN?


Kangkong Tidak Laku Di Jual Di Jepun

Punca Anwar Di Halau Dari JEPUN Di Dedahkan

Bakal PM Malaysia tenat di Jepun
Sejak semalam semua saluran media kecoh tentang berita Anwar di halau oleh imigresen negara Jepun sejurus tiba di negara terbabit.

Ribut tidak , hujan tidak tiba-tiba sahaja Anwar mengaku di halau !
Sesuatu yang cukup memalukan buat seorang pemimpin seperti Anwar yang mengaku hebat kononnya lebih hebat dari mana-mana pemimpin di dunia ni kena halau oleh negara Jepun.

Jepun antara sebuah negara termaju di dunia dan termoden dalam serba serbi termasuklah dari segi keterbukaannya menunjukkan betapa tegasnya mereka dalam soal melibatkan keselamatan negara.Tidak akan ada sebarang tolak ansur buat sesiapa sahaja selagi mana mereka-mereka itu di dapati punya alasan atau sebab yang memungkinkan negara dan rakyat Jepun mengalami musibah.
TAHNIAH di ucapkan kepada Jepun kerana membuktikan betapa manusia seperti Anwar Ibrahim tidak akan sesekali terlepas daripada penguatkuasaan walaupun Anwar sering kali memomokkan kepada rakyat Malaysia kononnya negara luar jauh lebih menghargai pemimpin pembangkang ini.


IMG-20140119-WA0001
Nah akhirnya Anwar di halau bak kucing kurap sahaja dan itupun di kira masih bernasib baik kerana Malaysia masih membuka pintu untuk menerimanya kembali.Bayangkan sekiranya Malaysia juga menutup pintu buat manusia songsang ini ?

Barangkali juga Jepun bertindak sedemikian kerana bimbang rakyatnya menjadi mangsa liwat pihak-pihak yang punya kes sebelumnya.

Bukan menuduh tetapi ianya punya asas maklumlah setiap berita tentang Anwar sudah pasti akan di ketahui oleh seluruh dunia dan tidak mustahil Jepun juga sedar dan tahu tentang keputusan kes liwat Saiful Bukhari.
Bila mana Anwar di bebaskan oleh mahkamah , keputusan itu tidak membuktikan perlakuan meliwat itu tidak berlaku cuma ianya di sebabkan beberapa faktor teknikal sewaktu kes di bicarakan.

Jadi tak mustahil Jepun mengambil kira semua itu.
Anwar juga harus tahu bahawa kes liwat , salah guna kuasa dan lain-lainnya turut boleh di jadikan punca kepada apa yang telah berlaku terhadap pengusiran beliau dari Jepun.Kes-kes tersebut juga sebenarnya membuktikan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin yang baik dan beliau punya rekod sebagai banduan selama beberapa tahun.

Sesuatu yang harus rakyat Malaysia tahu adalah tindakan Anwar yang sering menghina Malaysia di negara luar.Bukan sekali tetapi telah banyak kali beliau lakukan perkara sedemikian.Malah beliau mungkin lupa negara Jepun punya jalinan dan keakraban yang cukup baik dengan kerajaan Malaysia hari ini khususnya dari segi ekonomi.

Sebagai sebuah negara yang punya kerjasama dan hubungan dua hala dalam banyak aspek tidak mustahil Jepun lebih selesa untuk terus menjaga hubungan dengan kerajaan Malaysia daripada melayan karenah seorang pemimpin pembangkang yang tidak berakhlak dan beretika.
Jangan Anwar ingat rakyat Jepun itu bodoh seperti mana beliau memperbodohkan segelintir rakyat Malaysia sendiri.Mereka punya pandangan tersendiri dan boleh menilai , lebih-lebih lagi apabila sering kali melihat Anwar memburuk-burukkan negara sendiri di negara orang lain.

Tuduhan Anwar bahawa pengusirannya dari negara Jepun ada kena mengena dengan Wisma Putra dan kerajaan Malaysia amatlah mengjengkelkan.Baca Sini

Anwar membidas tindakan tersebut sebagai memalukan dan ia sepatutnya berlaku di dalam negara yang dianggap sebagai pelopor utama dalam demokrasi dunia. Katanya:,

"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya". Tambahnya lagi:,
Peguam UMNO tunggu apa lagi....nanti boleh selesai luar mahkamah

"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.



Apakah Jepun sebagai sebuah negara kuasa dunia boleh dengan sembrono menerima bulat-bulat sebarang laporan dari negara lain untuk menghalang seseorang daripada memasuki negaranya ?
Jika tuduhan Anwar itu benar sekalipun , adakah Jepun akan terus bertindak tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu ?

Hello bro , Jepun juga punya integriti yang perlu mereka jaga dan Anwar harus tahu itu hak mereka untuk menghalang mana-mana pihak dari memasuki negara mereka.


MENGEJUTKAN !
Ada juga sumber yang menyatakan alasan pengusiran itu jauh lebih dasyat hingga melibatkan ancaman korupsi mata wang dunia malah terdapat desas desus yang turut mengaitkannya dengan pengharaman wang kertas RM500 dan RM1000 yang di lakukan oleh kerajaan Malaysia satu ketika dulu.

Khabarnya si kucing kurap tu telah melarikan sejumlah Thrilion ringgit Malaysia dan menyimpannya di China dan JEPUN ! Sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan tetapi ada asasnya.
Tindakan Anwar yang melatah dengan menuduh banyak pihak sebagai dalang di sebalik apa yang berlaku jelas memperlihatkan beliau bukanlah seorang manusia yang punya harga diri.
Seharusnya beliau berusaha untuk mendapatkan jawapan kepada tindakan pengusirannya dan bukan dengan menuduh pihak-pihak lain sebagai dalang.

Anwar perlu ingat pengusiran itu membuktikan beliau bukanlah sempurna hanya seorang manusia yang punya banyak kelemahan dan kesilapan.
Macam kata Karpal Singh "Anwar harus bertaubat" !!
Dalam pada tu ada juga yang kata punca Anwar tak dapat masuk Jepun kerana kesilapan waktu isi borang.Waktu mengisi di ruang tujuan lawatan di tulisnya "MELIWAT" bukannya "MELAWAT" !!
Ish ish betul ke ?-UtaraNews 


Pada Rabu, 25 Mei 2011 AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.


Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.


Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.


“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.


“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.


Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.


Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan 1000 akan dibenarkan semula.

Maka terselamatlah wang yang dilarikan itu untuk digunapakai! Begitu kisahnya!


Anwar Pakai Bengkung
MENYENTUH mengenai perut buncit yang menjadi alasan Anwar bahawa bukan dirinya seperti yang terdapat dalam video seks yang didedahkan Trio Datuk T, Gobala mencabar Anwar membuka baju dan menunjukkan perutnya kepada khalayak ramai.

Keratan Gambar yang telah disiarkan oleh Blog GAP
“Kalau Anwar berani, tunjuklah perut ketika tanpa pakaian. Masa itu tuan-tuan dan puan-puan akan tahu sama ada perut Anwar buncit atau tidak. Buncitttt....,” kata Gobala disambut gelak ketawa para hadirin.

Menurut Gobala, “Tuan-tuan dan puan-puan tak tahu bahawa selama ini Anwar memakai bengkung di perut untuk mengelakkan perutnya dilihat buncit.

“Saya tahu sangat kerana saya selalu naik satu kereta dengan beliau semasa berada dalam PKR dulu. Bila Anwar masuk kereta, cepat-cepat dia buka bengkungnya.”

Katanya lagi, “Tuan-tuan dan puan-puan jangan tertipu dengan pembohongan dan helah Anwar yang manafikan dirinya terlibat melanggan pelacur China yang dibayar RM2,000 untuk khidmat seks yang diberikan kepada Anwar.”

Mengenai kesahihan Anwar sebagai pelaku lelaki dalam isu video seks berkenaan, Gobala menjelaskan bahawa beliau yakin dengan penjelasan dan dakwaan Datuk Eskay yang telah melakukan sumpah laknat.

“Saya tahu siapa Datuk Eskay dan saya tahu siapa itu Anwar Ibrahim,” ucapnya.

Demikian pendedahan dua isu penting mengenai Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh bekas sahabat karib dan rakan seperjuangannya dalam PKR yang selama dua belas tahun bermati-matian menyokong gerakan reformasi, PKR dan juga Anwar.


Tapi ini sebenarnnya

MALAYSIAKINI
Anwar Dihalau Dari Jepun Kerana Statusnya Bekas Banduan
oleh L. SUGANYAAnwar Ibrahim
PETALING JAYA: Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada Ahad kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu."Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa
.Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

 
Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.


AMUKANMELAYU - Sudah masanya semua Orang duduk semeja.....luahkan fikiran untuk NEGARA dan RAKYAT jelata. Jangan melayan NAFSU sangat nanti badan menjadi lesu, jangan di ikutkan rasa, nanti binasa....kalau di ikutkan hati, nanti mati......sudah-sudahlah....