Sunday, 19 January 2014

KERAJAAN BN DAN PR TIDAK BERNIAGA, HARGA BARANG BUKAN KAWALAN DI TENTUKAN OLEH PENIAGA


  PENIAGA Pro-pembangkang Dalang Harga Naik


 
 Iklan yang dilekatkan ke sebatang tiang di sebuah premis di Pulau Pinang bertulisan Cina ini bermaksud:

DEAR CUSTOMER, PRICE OF OUR FOOD WILL BE ADJUSTED FROM RM0.50 TO RM2.00 STARTING FROM 1/1/2014. PLEASE BLAME NAJIB (BN) INSTEAD OF ME IN CASE THERE'S ANY INCONVENIENCES CAUSED.

PELANGGAN YANG DI HORMATI, HARGA MAKANAN KAMI AKAN DISESUAIKAN DARI RM0.50 KE RM2.00 MULAI DARI 2014/01/01. SILA SALAHKAN PADA NAJIB (BN) BUKAN SALAH KAMI YANG MENYEBABKAN KENAIKKAN INI.



Peniaga yangTENTUKAN harga Goreng Pisang ni
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini Sabtu.

Petani mendapat manafaat dari issu Kangkong
Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu 'kangkung' sebagai bodoh.


"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu connotation (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.

"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya.

Beras Nasional, 10 kg RM17.50
Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kenaikan harga barang.


"Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

"Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia - BERNAMA


AMUKANMELAYU - Soal memilih PEMIMPIN dan PILIHANRAYA penulis nampak adalah satu PESTA suka-suka dan jika di lihat di Parliment sekarang ini tidak lebih dari satu tempat BUDAK-BUDAK nakal yang di bawa ke Taman Permainan. Hampir tiada langsung Tanggung-jawab yang sepatutnya mereka "Berganding bahu" dengan sesama MP untuk menyelesaikan masalah rakyat atau membuat dasar baru demi faedah rakyat dan Negara. Mereka ini di lihat lebih kepada BARANG LUSUH yang di tempatkan di rak bersama-sama barang baru dan mereka PERASAN yang mereka adalah yang terbaik.