Sunday, 26 January 2014

MELAYU SUDAH DI PENGHUJUNG RINDU


Ayahanda Tun M melawati Tuan Guru Dato Harun Din di IJN.

BANGSA MIM MERINDUI PERPADUAN DULU..

Awang tak tau macamana nak buat
Panjang riwayat sepangjang Lebuh Raya Timur Barat
Serambi Mekah di temui di Naratiwat
Tak pernah di timbang atau di sukat
Jauh sekali nak di katam atau di kerat
Wahyu Allah dengan Nabi ada Malaikat
Al-Qur'an di utus sebagai panduan umat.

Hadis di baca di kerat-kerat
Bagi sepadan dengan apa yang di hajat
Banyak yang di sembunyi dari yang di lihat
Banyak yang turun dari yang memanjat
Telunjuk di lurus pada yang jahat
Kelinking di kait menjadi rapat

Layar di bentang Nakhoda di barat
Dari Kedah ke Pulau Penyengat
Mencari sisa-sisa seorang sahabat
Raja Haji penuh makrifat
Gurindam dua belas menjadi alat
Salam di hulur di sambut di jabat

Dari satu berpecah empat
Muliakan rakyat dari kerabat
Paduka Tuanku di atas Tahta penuh Darjat
Hamba dan saaya mohon berkat
Bernaung di bawah Raja berdaulat

Sejak bila kita menjadi musibat
Jika di tanya susah nak jawab
Melayu itu mulia bersifat
Ugama di junjung di kiliknya adat 

Semua kerja di buat sepakat
Satu menentang di kaji di rawat
Seiya-sekata baru di buat 
Doa di panjat mohon berkat
Biar sempurna  tiada yang ghalat
Ada yang busuk tidak dihidu lalat
Aib dan malu di kunci rapat

Melayu itu penuh beradat
Sudah jauh kita tersesat
Tiada tenaga tiada khudrat
Tidak di renung di sebalik makrifat
Walau pun telah di tinggal Imam yang empat
Dah berpatah arang rotan pula di kerat

Di IJN Seorang Ulamak hebat tidak berdebat
Di lawati Pemimpin yang sangat hebat 
Nampak sudah bertaut rapat
Di Trengganu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Di panggil pulang selepas syuhadat
Kedua-duanya pengembang syariat
Tangan di pegang di gemgam erat

Pada hambanya yang penuh taat
Allah sering dengan ujian yang hebat
Kita tidak pernah terlewat
Sememangnya  Melayu itu hebat
Semangatnya tinggi seperti Jebat
Tuah berpesan jangan berpusing dari khiblat
Perpaduan Melayu dah tak boleh di kerat.


Tok Aki Aji
Olak Lempit
26hb. Jan2014