Sunday, 26 January 2014

POPE DAN PADERI MENYEMBUNYIKAN DAN MENGKHIANATI KEBENARAN KITAB INJIL UMAT TERDAHULU, SEDANGKAN NABI ISA MINTA DI SAMPAIKAN KEPADA UMATNYA


POPE DAN PADERI TIDAK JUJUR DAN MENGKHIANATI NABI ISA

Amukanmelayu ketengahkan jawapan kepada semua masalah ini hanya mampu di jawab dengan kejujuran dan kajian. Anda perlu mencari sendiri jawapannya. Langkah pertama adalah dengan mengkaji sendiri AL-KITAB yang menjadi pegangan anda itu.

Pernahkah anda bertanya adakah ianya berasal dari salinan yang asal atau telah di ubahsuai atau di pinda. Ada berapa kitab yang asalnya? Jawapannya ada disini. Amukanmelayu membantu anda untuk mencari kebenaran. Jangan sesekali emosi dalam mencari kebenaran berugama.

Lihatlah dari asas untuk mencari kebenaran ini. Paderi-paderi menyembunyikan beberapa perkara dan mengubahnya untuk kesesuaian dengan kepentingan mereka dan anda terperangkap dengan arahan mereka sedangkan dalam KITAB yang asal dari Utusan Allah itu amat jauh sifatnya dari mereka yang kononnya dapat mengampunkan dosa anda sedangkan PADERI itu juga makluk atau manusia macam anda. Lihat dalam kes babi, kenapa mereka mengubahnya dari KITAB yang asal? Lihat KAJIAN dan SEMAKAN Keatas KITAB INJIL yang di lakukan ini.

1. Menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Kitab Ulangan 14:7, melarang makan "arnab", tetapi menurut Alkitab Kristen tahun 1991 dan 2001, Kitab Ulangan 14:7, diubah menjadi "arnab hutan". Selanjutnya, menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Ulangan 14:8, haram makan "babi", tetapi menurut Alkitab tahun 1991 dan 2001, hanya "babi hutan" yang diharamkan.

2. Menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Kitab Imamat 11:7, haram makan "babi", tetapi menurut Alkitab tahun 1991 dan 2001, Kitab Imamat 11:7, yang haram "babi hutan", sedangkan babi kampung, kota, ngepet dan babi pelihara.


# PERHATIAN - Jika haram di awalnya atau di KITAB ASAL, HARAMLAH hingga ke akhir zaman. Ini kerana WAHYU dari ALLAH. Persoalannya, adakah Nabi Isa utusan Allah mengatakannya HALAL? Atau adakah Nabi Isa pernah makan daging babi tak kiralah babi hutan atau babi Bandar atau babi peliharaan. Mengubah apa jua dari kitab yang asal walau pun satu huruf maka ianya akan menjadikan sesiapa yang mengubahnya itu berdosa. Untuk itu, anda carilah SALINAN KITAB yang ASAL yang di gunakan oleh Nabi Isa Alaihissalam untuk mencari kebenaran. Jadilah seorang yang pintar dan jujur sebagai se orang yang berpegang kepada AJARAN NABI ISA.


Pandangan Sejarah :
Dalam KITAB INJIL dalam Bahasa Greek dan TAURAT pula di turunkan dalam Bahasa HEBREW, Yang Maha Berkuasa di sebut  "El, Eloh, Elohi dan Yahweh".
AL-QUR'AN di turunkan dalam bahasa Arab dan ianya di kekalkan untuk PENGANUTNYA membaca dan menulisnya dalam Bahasa Arab. Ini kerana INTONATION dalam satu-satu Bahasa itu dengan Bahasa yang lain adalah berbeza dan akan membawa maksud yang berlainan. Ini adalah penting untuk mengekalkan satu-satu KITAB itu dalam bahasa yang asalnya. ALLAH hanya di di gunakan dalam AL-QURAN sahaja dan ianya KHUSUS untuk UMAT ISLAM.

Begitu juga dalam KITAB TAURAT atau INJIL. Jika dikaji fakta sejarah, bahasa sebenarnya yang digunakan dalam Taurat  adalah Hebrew dan Injil adalah Greek. Perkataan "God" dalam bahasa Hebrew adalah "El, Eloh, Elohi dan Yahweh". Oleh itu untuk MENGEKALKAN KEASLIANNYA hendaklah kedua-dua KITAB ini di kekalkan dalam BAHASANYA ASALNYA. Ini kerana INTONATION dalam satu-satu Bahasa itu dengan Bahasa yang lain adalah berbeza dan akan membawa maksud yang berlainan.
Ini bukti dari KITAB (Terjemahan) ASAL yang tiada perkataan ALLAH:  
New Testament, in chapter 27, verse 46 of the Gospel of St. Matthew which states: 


At about three o'clock Jesus cried with a loud voice: "Eli, Eli, lama sabachthani?

 

Dalam bahasa Greek yang digunakan dalam Injil, "God" bermaksud Theos. Kesimpulannya, KALIMAH ALLAH bukanlah terjemahan sebenar bagi God dalam Taurat dan Injil.

JELAS, POPE Berbohong lagi kepada Penganut Kristian dan melanggar amanah Nabi Isa untuk menyampaikan INJIL dengan sebenar-benarnya.


Kitab Perjanjian Lama

Tidaklah dapat disangkalkan apabila Nabi Muhammad saw disebut di dalam Kitab Perjanjian Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci mereka.
 Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi Muhammad saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi bukti ke atas Yahudi dan Nasrani dengan serentak kerana mereka semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali PADERI anda berusaha memesongkan maksudnya yang asal atas kepentingan tertentu yang ianya sudah pasti bercanggah dengan apa yang di bawa oleh Nabi Isa. 
Kitab Perjanjian Baru
Jika sebenar-benarnya Kamu Ikhlas sebagai Ahli Kitab(Al-Kitab) kamu tiada alasan untuk menyangkalkan yang Nabi Muhammad saw disebut banyak kali di dalam Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru(Yang Origenal) yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana kamu juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci kamu. 

Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi Muhammad saw di dalam Perjanjian Lama dan Baru telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Paderi kamu(Yahudi dan Nasrani) dengan serentak kerana Anda semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha menipu kamu dan memperbodohkan kamu atau sengaja mereka mahu anda INGKAR kepada Nabi Isa.
1 - Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi Muhammad saw, ujarnya: “Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”
 

Dan (ingatlah) ketika 'Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (surah : Ash-Shaff Ayat : 6)

Perkataan ‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti ‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil, tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi Kitab Injil.
2 - Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:

“Wahai perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak pada Urasyalem”.
Ini merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:

   

 سَيَقُوْلُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِيْ كَانُوْا عَلَيْهَا قُلْ ِللهِ الْمَشْرِقُ وَ الْمَغْرِبُ يَهْدِيْ مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)

Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnabas

Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani (Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak, di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barhaba’ yang terdapat di dalamnya khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan jelas. 
Kitab Injil Barnabas berusia lebih 1500 tahun yang ditemui baru-baru ini

Sesungguhnya telah didapati naskhah yang lain di Spanyol pada awal kurun ke-18 di dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.
Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:
  1. Di dalam Barnabas (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
  2. Di dalam Barnabas (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
  3. Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya: “Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”
Kebanyakan teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnabas menerangkan bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.

AMUKANMELAYU - Saudaraku dari Penganut Kristian, dengarkanlah PERINTAH NABI ISA yang membawa KITAB INJIL kepada kamu. Datanglah kepada ISLAM, sesungguhnya itu adalah PERINTAH dari Nabi Isa yang di utuskan oleh Tuhanya supaya kamu meninggalkan INJIL dan beriman dengan Al-Qur'an dan NABI MUHAMMAD S.A.W. Kerana Bagindan Rasullullah adalah Nabi Akhir Zaman seperti yang tercatit dalam KITAB INJIL yang asal. Jangan jadikan kamu sebagai BAHAN BOHONGAN Paderi kamu. Kami saudara Islam kamu bersedia menyambut kamu dengan nama Allah Yang Maha Besar dan Yang Menjadikan kita semua. Amin.