Tuesday, 7 January 2014

PELANGI DIHATI



Perarakan Christopher Street Day // Apa tu?

Hari sabtu yang lepas, seperti biasa adalah hari untuk “shopping”. Maklum saja lah kerana hari Ahad semua kedai tutup, jadi hari sabtu sungguh ramai “shoppers” berkeliaran di bandar Frankfurt yang kecil ini. Hari sabtu adalah hari kebiasaan saya membeli barangan dapur seperti sayur, ikan, daging rempah ratus, roti, susu, telur dan sebagainya.

Bandar Frankfurt sesak – salah satu sebabnya adalah kerana kebiasaan sabtu (yang lain) adalah hari berdemostrasi, hari menunjuk perasaan, hari berarak membawa sepanduk oleh pelbagai golongan dan kumpulan bagi meluahkan perasaan ketidakpuasan hati atau menuntut kerajaan membawa perubahan dan juga berarak untuk berpesta dan sebagainya – termasuklah Christopher Street Day (CSD) Parade.

Apa itu CSD?
CSD ialah acara tahunan yang disambut oleh golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) di seluruh bandar utama di Eropah bagi menuntut hak kesamarataan tanpa diskriminasi terhadap golongan mereka. Acara ini juga disebut sebagai Gay Pride atau Pride Parade di Switzerland dan Austria pula memanggilnya sebagai Rainbow Parade. Antara bandar utama yang menyaksikan perarakan terbesar golongan ini adalah di Cologne dan Berlin, Germany serta di Zurich, Switzerland. 

Bagi memperingati peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di”serang” oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn yang terletak di Christopher Street di bandaraya New York.

Cantiknya bendera....warna pelangi tu...

Kenapa dipanggil CSD
Ianya adalah sambutan ulang tahun bagi memperingati peristiwa perjuangan dan kebangkitan LGBT iaitu melalui peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di”serang” oleh polis di sebuah bar yang bernama Stonewall Inn yang terletak di Christopher Street di bandaraya New York.
Perarakan CSD terbesar adalah pada tahun 2002 di Cologne apabila ia berjaya menarik pengunjung seramai 1.2 juta orang bagi turut serta meraikan acara ini.

Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak merekaseteah mendapat sokongan dari orang politik. Saya sertakan gambar-gambar manusia LGBT yang sempat saya rakamkan disini untuk pengertian WARNA PELANGI




LGBT di Malaysia?
Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak mereka setelah mendapat sokongan dari orang politik. Harap-harap, jangan ada perarakan seperti ini di Malaysia.
Hmmmm..Entahlah, I Dont Know, I just dont want to talk politics here.




JAMBU adalah BUAH-BUAHAN tempatan

Cantiknya payung....warna pelangi lagi....

Awwwwww............
  

Belum selesai

Senyuman yang menawan

 





AMUKANMELAYU - Jangan di imbau kenangan lalu,nanti merosak jiwa nyahhhh....