Sunday, 23 February 2014
AWANG ANAK AYAH
AWANG ANAK AYAH
Ayah terdengar bisikan di sebalik gunung
Di bawa bayu menepis di telinga
Suara yang Ayah kenali
Awang................
Ayah laung nama Awang bergemo melewati bukit dan lurah
Beranaknya bersampul...degilnya berpuso duo
Di rotan.....taknya cepek dan buto
Ayah serah pada Pak Teh, nak jadikan Hang manusio
Buleh menjaga diri ugamo dan Bangso
Bio dia tahu sempadan Negara.
Ayah terdengar bisikan di sebalik gunung
Di bawa bayu menepis di telinga
Suara yang Ayah kenali
Awang................
Pak Teh menjengah di pintu
Salam di sambut kopi di hidang
Rago pinang di sua dahulu
Pak Teh besilo selepas bendo
Daun pintu luas terngango
Ado apo Wi, Ayah bersapa
Begining.....Awang di rotan Quran tak ubah
Jauh bersurah di tinggal kawe
Dah duo hari tak nampok di Menesah
Sunyi sepi kelas Kak Idah
Awang hilang di Menesah tapi ado di rumah
Hang Awang buat Ayah marah
Tak sempat nak gode di suanya ike rue sebeso lenge
Awang anak Ayah, Nakalnya tak sudah,
Dalam nakalnya bersulam jenaka
Kalu tak nampak Awang, semua pakat duk tanyo
Ayah terdengar bisikan di sebalik gunung
Di bawa bayu menepis di telinga
Suara yang Ayah kenali
Awang................
Pak Tua pulak bercerito
Katonye kerbau keweh luko di kepalo
Ado kato kerbau keweh berlago
Di hutan rembia tempat pestonye
Nampak Awang ado di sano
Di atas belakang kerbo balo
Duk mengato sapo nak kene.
Awang ni tak habis lagi..........
Tok Aki
Perumahan Awam Bukit Changgang.
Banting
26hb. Jun. 1999