Sunday, 23 February 2014

LEMBING "KHALID" Pulang Ke Azmin, PR MELOPONG DI TIBAI MSO

SUSULAN PERTEMUAN PKR-UMNO DI LONDON, PERTEMUAN MB SELANGOR DI PUTRAJAYA PULA 

MSO - Otai yang berbisa

LEMBING "KHALID" Pulang Ke Azmin

Assalamualaikum Datuk Seri,........

Saya sebagai penduduk Kajang mahu atau tidak terpaksa juga menerima PRK Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Kami rakyat Selangor ini memang terkenal dengan pemikiran yang terbuka dan sehubungan itu juga saya rasa perlu diutuskan kepada Datuk Seri surat tterbuka ini. Kita selalu dengar ‘Aku orang Kelantan’, ‘Aku orang Johor’ dan macam-macam lagi yang membanggakan negeri masing-masing. Tetapi jarang kita dengar ‘ Aku orang Selangor’. Ini membuktikan betapa terbukanya kami menerima orang luar di dalam negeri ini. Tiada masalah jika tidak buat masalah.
Berbalik kepada isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi calon PKR dalam PRK Kajang, kami rakyat Kajang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima Datuk Seri sebagai wakil rakyat tetapi ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dan diselesaikan oleh Datuk Seri terlebih dahulu.
1. Pertama, kami rakyat Kajang mahu penjelasan yang logik dan menusabah kenapa PRK Kajang ini terpaksa dibuat sedangkan ADUN sebelum ini Lee Chin Cheh masih hidup dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Beliau juga tidak keluar parti. Jadi mengapa hendak diadakan pilihan raya?
2. Kedua, Datuk Seri perlu berterus-terang kepada kami penduduk Kajang, adakah Datuk Seri akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang dalam PRK Kajang nanti?
3. Ketiga, berhubung kes liwat Datuk Seri, saya sudah bosan dengan kes yang sudah mengambil masa yang terlalu panjang. Datuk Seri perlu membersihkan diri daripada sebarang kes mahkamah. Kes perlu disegerakan dan jangan ditangguh-tangguh lagi. Saya tidak mahu mengundi buat kali ketiga sekiranya Datuk Seri didapati bersalah oleh mahkamah nanti.
Kami menuntut Datuk Seri menjelaskan semua kekusutan ini sebelum kami keluar mengundi nanti.
Pak Malau Kajang

Suasana Di Puncak Utama Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dipenuhi Kereta Di Bahu Jalan 
Di Putrajaya, 19 Februari 2014 - Menjelang PRK Kajang, wakil kami di Putrajaya berjaya menghidu kelibat MB Selangor dan rombongan kecilnya ke Putrajaya. Rombongan Menteri Besar Selangor kelihatan menuju ke puncak utama pentadbiran kerajaan persekutuan. Tiada sesiapa yang menyedari kehadiran rombongan kecil tersebut, nampaknya ianya suatu pergerakan sulit.

Sebelum ini, rombongan PKR antara lainnya diketuai oleh Saifudin Nasution dengan beberapa Pemimpin Utama PKR telah bertemu secara sulit di sebuah bilik hotel di tengah kota London. Butir-butir pertemuan tersebut masih belum didedahkan lagi, walaupun rakan kecil mereka PAS telah menyindir beberapa kali.

Dengan pertemuan eksklusif oleh pasukan utama badan Eksekutif Selangor di Putrajaya tadi, khususnya menjelang PRK Kajang, kami menjangkakan beberapa tribut yang mengejutkan akan berlaku dalam kem Khalid dan kem Azmin tidak lama lagi.

Begitu juga, tindakan bersembunyi oleh kepimpinan PKR ke Putrajaya hari ini dijangka melebarkan lagi kemarahan dan kemelut PAS yang semakin mencurigakan PKR, malah DAP.

Kami tidak hendak menyatakan siapakah yang bertemu siapa, apakah Khalid Ibrahim bertemu lama dengan Perdana Menteri dan Menteri Pusat itu masih kami tidak ingin dedahkan. Apakah perbincangan mereka juga rasanya tidak perlu didedahkan di sini. Yang perlu ahli PAS tahu, yang perlu ahli UMNO tahu, yang perlu ahli DAP tahu ialah pertemuan demi pertemuan selepas di London kini sudah menuju ke Putrajaya.

Hanya kami boleh dedahkan ialah hal-hal kepentingan orang awam yang berkaitan SYABAS sahaja. 

Hal-hal politik biarlah mereka mendedahkannya sendiri, kerana Saifudin Nasution sendiri bercakap dua minggu lalu, hal-hal politik parti hendaklah datang dari suara Presiden, Timbalan Presiden dan dirinya sendiri sebagai Setiausaha Agong PKR.

Pertemuan ketiga akan dikhabarkan kepada anda. Azmin Ali atau sesiapapun, tidak sepatutnya marah dengan pertemuan dua pemimpin utama dua buah kerajaan di Putrajaya ini.

Budak Budak Khalid Berjaya Dapatkan Rakaman Pengakuan Wanita Dalam Foto Skandal Seks Azmin.....



Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja dilakukan.

Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.

Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri.

Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor...?

Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.


Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus ‘orang-orang’ Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk‘membunuh’ karier politik Azmin.

Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.- by Medan Info Kita.



AMUKANMELAYU - Nak tengok Anwar pegang "TOMBAK" selepas PRK KAJANG nanti. Tombak siapa lebih TAJAM antara TOMBAK DYMM Sultan Selangor atau TOMBAK Anwar?