Friday, 7 February 2014

HERBA MELAYU - TUMBUHAN MAKANAN PERUBATAN


Nama Saintifik : Piper Betle Linn.
Nama Lain : Betel(Inggeris, berasal dari bahasa Portugis Betle, diambil dari bahasa Malayalam – Vettila – dari negeri Malabar). Pan @ Pann (Hindi), tambula (sanskrit), Bulat (sinhala – Sri Lanka), Plu (Thailand), Sirih Carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Cemai, Sirih Kerekap, serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak (Indonesia)
Keluarga : Piperaceae
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order: Piparales
PENGENALAN
Sireh merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki). Membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sifat tabii sireh adalah sejenis pepohon menjalar dan memanjat batang pokok atau kayu junjung diselilingnya. Bentuk daunnya agak bujur (bujur sireh). Daun berukuran diantara 8 sm- 12 sm lebar dan 10sm – 15sm panjang. Sireh sesuai hidup ditanah gembur dengan air yang mencukupi, yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur.

Sireh selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawanan Melayu. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sireh junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat Melayu. Dalam perubatan tradisional pula sireh banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sireh juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india.

Terdapat hampir 20 atau lebih jenis sireh di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan India Barat diantaranya terdiri daripada beberapa jenis yang umum dikenali seperti:
1)      Sireh Melayu (kampung)
2)      Sireh Cina (lada)
3)      Sireh India (Keling)
4)      Sireh Udang (merah)
5)      Sireh Hutan (hitam)
6)      Sireh Hantu (ubat)
Sireh cina, mempunyai rasa yang lebih lembut dibandingkan dengan sireh Melayu dan sirih India. Sireh Udang, mempunyai urat, belakang daun dan gangang yang berwarna merah tua. Sireh Melayu, adalah yang paling digemari dikalangan pengamal pemakan sireh, ia juga digunakan dalam keramaian beradat resam. Sireh keling, bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam. Rasanya lebih pedas serta agak liat untuk dikunyah. Sireh Merah dipercayai adalah raja penawar, yang dapat menyembuh  penyakit terutama penyakit dalam. Sireh hitam dikatakan digunakan untuk mencuci darah, merawat asma, bronchitis, batuk kering, dan darah tinggi
KHASIAT DAUN SIREH.
Rasa pedas yang dihasilkan dari sireh adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan bahan terpene. Bahan bahan lain juga terdapat didalam sireh di antaranya ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin. Minyak atsiri dari daun sireh mengandungi minyak  betIephenol, seskuiterpen, pati, diatase dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman, antioksida, antifungus dan anti kulat.
Faktor yang menentukan kesedapan sireh adalah;


a)      Jenisnya
b)      Umurnya
c)      Bahagian daun (bahagian atas sekali dimana daunnya besar dan mendapat cahaya matahari yang mencukupi)
Daun sireh yang diguna untuk makan, biasanya dari jenis daun melintang  di sisi-sisi bahagian atas  dan daunnya besar. Daun daun bahagian bawah bersaiz kecil dan biasanya digunakan untuk tujuan perubatan oleh para dukun dan bomoh. Daun sireh bertemu urat adalah daun pilihan para mak bidan dalam amalan kebidanan tradisional.
Sireh juga diketahui dapat merawat  batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengubati luka bakar, bisul, gatal mata dan merah, gatal badan, menghentikan pendarahan gusi, sakit tekak dan mulut, menghilangkan bau busuk mulut, jerawat, keputihan, dan mengurangi produksi air susu ibu yang berlebihan.
Namun dalam kajian perubatan moden, memakan sireh boleh menyebabkan penyakit kanser mulut, hidung dan perut. Ini menjadikan amalan memakan sireh semakin di tinggalkan oleh masyarakat India dan Melayu. Tafsiran ini di sandarkan kepada tabiat orang India yang gemar memakan sireh tanpa mengikut peraturan dan rumusan asal serta memakan terlalu banyak dalam seharian. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan maka ia amat merugikan kerana ia menghilangkan rahsia dan fungsi sebenar daun sireh. 
 
KHASIATNYA
Kajian dan penerangan perlu dijalankan bagi menggalak masyarakat memakan sireh dengan tatacara yang betul. Ini kerana petua sireh mempunyai khasiat yang tinggi seperti:-
1)      Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan melepaskan angin melalui mulut (sendawa) dan dari dubur (kentut).
2)      Merangsangkan sistem ke arah kestabilan (hormon).
3)      Menurunkan tahap  pH asid dalam tubuh badan ke tahap normal
4)      Pembersih darah dan angin kotor.
5)      Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.
6)      Pencegahan hamil.
7)      Sebagai solekan - penjagaan kulit dan rambut.
8)      Mengubati sakit kepala, migran, darah tinggi dan penyakit yang di sebabkan punca asid dalam badan.
9)      Merawat bengkak zakar.
10)  Merawat bengkak payudara.
11)  Mengurangi pengeluaran susu ibu.
12)  Merawat penyakit panau, keputihan, gatal ditempat sulit.
13)  Penyakit kulit, otot, sendi dan kayap.
14)  Mengubati haid yang tidak teratur.
15)  Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.
16)  Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah.
17)  Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.
18)  Merawat sakit tekak dan mulut
19)  Batuk
20)  Bronchitis
21)  Jerawat
22)  Keputihan
23)  Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
24)  Demam berdarah
25)  Haid tidak teratur
26)  Asma
27)  Radang kerongkong
28)  Luka terbakar
29)  Kudis, kurap kaki
30)  Bisul dan menghilangkan gatal
31)  Sakit mata

ANTARA KAEDAH PENGGUNAAN.
1)      Untuk merawat batuk, sebanyak 15 lembar daun sireh direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu.
2)      Merawat penyakit bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas.
3)      Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sireh direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari atau boleh juga mengamalkan dengan Sapukan adunan tiga helai daun sireh dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
4)      Merawat luka bakar, daun segar diperah airnya, ditambah sedikit madu, letakkan pada tempat yang luka bakar.
5)      Hidung berdarah, daun muda satu lembar dilumatkan, digulung dan disumbat kedalam hidung berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
6)      Bisul, daun sireh secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, disapukan pada sekeliling bisul dan dibalut. Sehari diganti dua kali.
7)      Mengatasi mata gatal dan merah, lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah dingin cuci mata dengan air tersebut. Sehari tiga kali sampai sembuh.
8)      Untuk gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, bila airnya hangat hangat dipakai untuk cuci.
9)      Menghentikan pendarahan gusi, daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur.
10)  Merawat sakit tekak dan mulut, daun sirih segar satu atau dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, ampasnya dibuang.
11)  Untuk menghilangkan bau mulut, ambil dua hingga empat lembar daun sireh diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur.
12)  Untuk Nafas berbau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan sehingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih sehingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.
13)  Ubat jerawat, ambil tujuh hingga 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian diseduh dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
14)  Ubat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, bila air nya hangat pakai untuk mencuci liang kemaluan terutamanya setiap kali selepas kencing. Atau ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai daun sireh. Asahkan cendana dengan sireh dan minum dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
15)  Untuk mengurangi produksi susu Ibu yang berlebihan, beberapa lembar daun sirih disapu dengan minyak kelapa, panaskan di atas api hingga menjadi layu, bila hangat tempelkan dibahagian payudara yang bengkak.
16)  Untuk mengubati hidung berdarah, cuci 2 helai daun sireh segar, digulung kemudian dimasukkan ke dalam lubang hidung.
17)  Untuk gusi bengkak gunakan 5 hingga 6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.
18)  Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.
19)  Ari-ari pedih, ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
20)  Asma – Tujuh helai daun sireh ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma. Atau boleh juga mengamalkan dengan menggambil Tujuh helai sireh bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
21)  Barah – Tiga helai daun sireh bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sireh sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
22)  Batuk Lelah – Daun sireh dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sireh diguna untuk minuman kepada pesakit.
23)  Bau Mayat – Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sireh, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
24)  Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sireh tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
25)  Berak Darah – Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sireh pinang.
26)  Demam – Tujuh helai daun sireih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
27)  Demam Panas – Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
28)  Gatal Vagina – Tujuh helai daun sireh direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
29)  Gegata – Layurkan daun sireh di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
30)  Kencing – Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
31)  Kutu Babi – Petik daun sireh bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
32)  Lompangan (ulcer) – Tempelan (paste) dari ramuan sireh pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
33)  Muntah – Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sireh pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya.
34)  Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sireh yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
35)  Pedih Perut – Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sireh pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
36)  Penyakit Kelamin – Sepah sireh dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. Atau giling lumat daun sireh, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
37)  Ruam Peluh – Rebuskan beberapa helai daun sireh dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
38)  Sakit Gigi – Kunyah sepiak sireh hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
39)  Sakit Hati – Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sireh bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
40)  Sakit Jantung – Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sireh bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
41)  Sakit Kepala – Daun sireh diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
42)  Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sireh muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
43)  Zahir Batin – Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. Atau temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sireh pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh. Atau Sireh bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya.  Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh. Atau Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sireh pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki. Atau Akar rembega dimakan dengan sireh pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

KOMPONEN AKTIF DALAM SIREH
Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Sirih terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sakit mulut dan tekak.
Efek zat aktif yang dikandung seluruh bahagian tanaman sireh adalah merangsang syaraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sireh memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan anti- cirit birit.
KANDUNGAN KIMIA
Flavournoid Poluphenol; untuk menegangkan kulit,  mengelak kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah,  membantu memperlahankan proses penuaan dan amat sesuai sebagai bahan losyen awek muda.
Hydroxyl-Chavicol; Membantu  menormalkan perjalanan darah dalam pembuluh dan mempercepatkan  pembekuan darah dari luka.
Astrigen; membantu mengecutkan dan memulihkan tisu tisu organ badan yang luka.
Sialagoga; Membantu memperbanyakkan rembesan air liur bila dikunyah
Ekspektoran; Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan. Sesuai dibuat sebagai ubat batuk dan sakit tekak.
Euginol; membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan fungus dan kulat.
Alkaloid :Bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun di dalam tubuh
Saponin:
a) Sumber anti bakteria dan anti virus.
b) Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
c) Meningkatkan vitalitas.
d) Mengurangi kadar gula dalam darah.
e) Mengurangi penggumpalan darah

Flavonoid:
a) Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
b) Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah.
c) Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner.
d) Mengandungi antiinflamasi (antiradang).
e) Berfungsi sebagai anti-oksidan.
f) Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
Polifenol: Berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)
SIREH MENGHILANGKAN RASA GATAL
Kulit muka yang sensitif akan menjadi kering  dan meyebabkan rasa gatal-gatal dan tidak selesa. Daun sireh digunakan untuk dibuat sentalan muka, kemudian dibiarkan untuk seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan setiap kali mandi sehingga kulit muka kembali segar dan tiada lagi rasa gatal dan kering.
Beberapa jenis pokok sireh;