Serai
atau lemongrass (Graminae)
Cymbopogon
ciatrus
syn: Andropogon schoenanthus
Keluarga : Fam Gramineae
syn: Andropogon schoenanthus
Keluarga : Fam Gramineae
Nama
Lain : Camel’s Hay, Citronella, Geranium Grass, Cochin Grass,
Sereh (powder), (Bahasa
Perancis) herbe de
citron, (Jerman) Zitronengras, (Itali), Erba di Limone,
(Bahasa Sepanyol), hierba de Limon, (India) bhustrina, Sera, (Indonesia),
layu, sereh, (Laos), bai mak NÃO,
(Sinhalese) Sera, (Thai) takrai.
PENGENALAN
Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi. Batang dan daun segarnya mempunyai bauan
seperti lemon yang segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut
hadir sama seperti semasa mengupas lemon. Daun yang panjang seperti
lembing di
bahagian atas
dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar. Sebagai rempah,
serai segar dipilih kerana rasa
keharumannya. Bahagian berpejal ini dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakan. Serai (Cymbopogon sp.)
boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar
besar. Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti
daun, batang, akar dan bunganya berpotensi
untuk dijadikan sebagai ubatan Serai,
umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering
digunakan sebagai rempah penyedap masakan
Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter. Terdapat dua jenis serai yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan dan rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan iaitu;
Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter. Terdapat dua jenis serai yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan dan rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan iaitu;
a) Serai biasa(Cymbopogon citratus)
b) Serai wangi (Cymbopogon nardus).
Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun. Minyak asiri dari tumbuhan ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.
Penyediaan
dan Penyimpanan
Jika menggunakan serai segar, hanya gunakan
bahagian batang umbi berpejal. Ia boleh ditumbuk atau dihiris halus dan
digunakan keseluruhan. Jika menggunakan dalam bentuk serbuk, gunakan
hanya satu sudu teh kerana ia sama seperti menggunakan satu tangkai
segar. Adalah dinasihatkan untuk merendam potongan atau kepingan serai
yang telah di keringkan sekurang kurangnya dua
jam sebelum menggunakannya
Serai yang dibaluti dengan
kertas atau di dalam beg kertas, boleh bertahan sehingga 2 ke 3 minggu
di dalam peti sejuk. Batangnya juga boleh dibekukan untuk kegunaan
beberapa bulan kemudiannya. Sentiasa membalut dan menyimpan seraicsecara
berasingan, kerana serai mampu menyebarkan rasa dan aromanya kepada
makanan lain.
Kegunaan
Dalam Masakan
Serai merupakan ciri utama masakan hidangan kari daging, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan India. Ia sebati dengan masakan bersantan, terutamanya dengan ayam atau makanan laut, dan terdapat pelbagai resipi yang
tidak terkira dari Thai dan Sri Lanka yang mengeksploitasi
kombinasi ini. Batang yang
telah dibiak juga digunakan di dalam teh atau digunakan dalam jeruk dan dalam perisa marinades.
PENGGUNAAN
Dalam Kesihatan
Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsang. Ia menggalakkan penghadaman yang baik, dan penyediaan serai dengan lada telah digunakan untuk melegakan masalah haid dan rasa loya. Ia mendorong pengeluaran peluh, untuk menyejukkan badan dan mengurangkan demam. Ianya terkenal sebagai penghalau serangga (citronella) dan minyak patinya digunakan dalam menghasil minyak wangi.
Serai (Cymbopogon ciatrus) juga dikenali
sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib
dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.
Manafaat kesihatan serai merangkumi pelbagai
ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk
diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf,
galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria,
penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen,
menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.
Yang pasti, faedah serai diperolehi daripada
kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya
antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro
(microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba
ini diantaranya :
v Serai
telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun
yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit
serius.
v Herba
semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan
pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin,
kembung perut dan sebagainya.
v Produk
serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan
tekanan darah.
v Salah
satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah
merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
v Penyelidikan menunjukkan bahawa serai
mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap
beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.
v Manafaat serai termasuk ciri-ciri
antibakteria dan antikulat.
v Ini
adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan
demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan
dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.
v Penggunaan infusi serai dan minyak serai
dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
v Manfaat kesihatan diuretik serai dapat
membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta
merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada
badan.
v Herba
serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan,
kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
v Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan
insomnia dan gangguan tidur.
v Herba
serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau
gangguan pusingan haid.
v Serai
dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
v Manafaat serai termasuk kesan positif
rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan
radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan
sebagainya.
v penghalau nyamuk / penyembur kimia
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
v Perisa Makanan
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
v Veterinar
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
v Aromaterapi
: Juga digunakan dalam aromaterapi.
: Juga digunakan dalam aromaterapi.
Sumbangan
Sebagai Ubatan
Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-
Daun
• Mencuci
hanyir pada daging itik dan kambing.
• Daun
serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman
dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa
otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir,
darah dan angin.
• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di
jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala
seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus
untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air
rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas
bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
• Membantu
mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta
melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat
membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai
makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu
meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran
dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem
dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air
kecil.
• Pencegah
nyamuk dan gigitan bisa.
• Di
jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di
gunakan bagi:-
• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar
dan pelembab kulit (awet muda).
•
Kesihatan dan kesegaran rahim
KHASIAT
SERAI
Berikut
ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu
kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan
yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik
dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang
serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
-
Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan
pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai
juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah
pembentukan gas berlebihan.
- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh
dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh
membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung
kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah
disingkirkan.
-
Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh
digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana
minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan
menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
- Menurunkan tekanan darah
Serai
berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah
dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai
dapat menurunkan tekanan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai
meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang
berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami
sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau
berserai pasti dapat membantu.
- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri
kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan
berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh
tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan
teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
_
Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum
segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar
dan menyejukan badan.