Friday, 7 February 2014

HERBA MELAYU - TUMBUHAN PERUBATAN


 Pokok tembaga suasa - melegakan terseliuh dan bengkak
TEMBAGA SUASA (Crinum asiaticum).  Dikenali juga dengan nama Bakung.  Tumbuhan ini bersifat sejuk dan memerlukan teduhan.  Kini herba ini dijadikan tanaman hiasan kerana daun dan bunganya yang cantik.



Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan.

Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung, Selain boleh ditemui dipinggir hutan dan tepian pantai, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung.

BENGKAK, terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan. Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.


Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.

 
 
Menurut Pegawai Penyelidikan MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin , cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya.“Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.

Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api. Bagaimanapun, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak. 

Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api.Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut. Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak.