Friday, 7 February 2014

HERBA MELAYU - TUMBUHAN PERUBATAN


Herba Pokok Dukung Anak atau ‘Phillantus Niruri’

Pokok Dukung Anak atau ‘Phillantus Niruri’ ini biasanya tumbuh di tepi-tepi longkang atau menumpang tumbuh di sisi pokok-pokok hiasan yang lain. Ia dianggap sebagai rumpai dan biasanya dibuang begitu sahaja kerana didapati mengganggu pertumbuhan pokok lain yang dikehendaki.



Satu lagi herba tempatan yang sedang menjana minat di kalangan golongan saintifik ialah Dukung Anak (Phyllanthus Niruri atau P.amarus). Ditemui di serata hutan hujan basah Asia dan Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan salah satu daripada penawar herba paling berguna dan serba mujarab untuk melegakan sakit, membantu tubuh melawan demam sejuk dan selsema, menghapuskan batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu) serta mempercepat penyembuhan daripada hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Maka, herba ini kini digunakan untuk menangani beberapa masalah yang sukar dirawati dengan kaedah perubatan moden. Dukung Anak boleh tumbuh hingga mencapai 40 sm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya.
 
 
 
Keseluruhan pokok dukung anak mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisional. Berbagai penyakit boleh dirawat dengannya seperti bronkaitis, kusta, anemia dan juga asma. Ada orang menggunakannya bagi merawat kelenjar kencing dan berak berdarah. Buahnya digunakan untuk merawat luka, kudis buta, kurap dan panau. Akarnya yang masih segar berguna untuk rawatan penyakit kuning pada bayi dan kanak-kanak.Bisa gigitan ular juga boleh dirawat dengan daunnya yang dilumatkan dan disapu pada tempat gigitan. Rawatan yang didapati sangat berjaya adalah rawatan hepatitis B.