Wednesday, 12 February 2014

KEPADA SEMUA WAKIL RAKYAT ATAU CALON ; TIDAK MENOLONG TIDAK MENGAPA TAPI JANGAN MENYUSAHKAN




Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin – Tun M

Orang tak hormat undang-undang dan tak sihat tidak layak jadi pemimpin

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.

Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

“Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, negara akan rosak,” katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Pilihan raya kecil Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas. – Bernama

Anwar Uzur Mengejut Selepas Gagal Gugurkan Peguam Yang Ketuai Pendakwaan Kes Liwat Melibatkan Dirinya!!!?


Siang tadi, media ada melaporkan tentang kegagalan usaha kali kedua Anwar untuk menggugurkan Tan Sri Dr Muhammad Shafee bin Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya berhubung kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan.
Ikuti laporan yang disediakan portal rakyatnews di bawah;
rakyatnews
PUTRAJAYA 11 Feb - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
Lima panel hakim membuat keputusan itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Sementara Anwar diwakili peguam Latheefa Koya dan S. Sivarasa Rasiah yang diketuai Tommy Thomas.
Sementara Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui pemberita selepas mendengar keputusan itu melahirkan kegembiraan beliau sambil menyifatkan ia sebagai alasan yang tepat.
 "Ini satu keputusan yang saya memang sudah jangka, rayuan ini tiada asas dan hanya tuduhan,"
"Alasan yang kita sudah pun melalui semasa berhujah, ia diterimapakai dan alasan yang amat tepat," ujar beliau.
rakyatnews
Selain itu, pengistiharan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang kemudiannya dibawa sebagai bahan afidavit disifatkan lemah.
" Bukan saja afidavit yang tidak bersesuaian, malah tidak ada satu isi padu dan tidak ada satu pun keterangan saya terbabit dengan dakwaan mereka.
"Kalau betul Mat Zain cakap, kenapa beliau tidak datang mahkamah? Ini tidak, dah macam sembang di kedai kopi, selepas itu awak masukkan sahaja apa yang awak dengar daripada kedai kopi," 
"Kenyataan di luar mahkamah, tidak dimasukkan ke dalam mahkamah sebagai keterangan saksi. Mat Zain tiada afidavit, Anwar hanya guna pakai 'hearsay' (dengar cakap) Mat Zin," tegas Shafee yang juga memberitahu Anwar tidak lagi boleh untuk membuat permohonan rayuan.
"Tidak boleh rayu lagi, ini mahkamah persekutuan dan esok akan bermula kes utama kita,"
Untuk rekod, permohonan rayuan ini merupakan cubaan kali kedua Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee.
Pada 17 September lalu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk melucutkan kelayakan peguam berkenaan.
Sehubungan dengan keputusan hari ini mahkamah akan meneruskan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama pada hari esok dan Khamis ini bermula jam 9 pagi.
Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan 2012 telah melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Admin jangkakan perbicaraan yang ditunda ke esok hari akan bertambah panas.
Berdasarkan maklumat yang admin terima, Anwar Ibrahim dikatakan telah dikejarkan ke salah sebuah hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur pada petang tadi atas alasan kesihatan yang kurang baik.
Selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan, doktor dikatakan telah menasihatkan Anwar untuk berehat bagi tempoh beberapa hari bagi memulihkan semula kesihatan beliau. Selaras itu, cuti sakit untuk tempoh 2 hari telah dikeluarkan bermula esok dan lusa.
Persoalannya, admin bukan menuduh, tetapi benarkah maklumat yang sampai ke pendengaran admin ini?

Sekiranya benar, maka akan tertangguhlah perbicaraan itu nanti.

Jika diimbas kembali, tindakan seperti itu bukanlah satu usaha yang begitu asing jika mahu dikaitkan dengan Anwar. Lihat sahaja printscreen berhubung pendedahan yang pernah dilakukan Bekas Pembantu Peguamnya, Yuktes Vijay;


SIRI PEMBOHONGAN CALON PRK KAJANG
Berikut dikatakan kenyataan dari Kedutaan Jepun yang menafikan tindakan yang sedang hangat diperkatakan dalam laman media sosial tu pada ketika ini.
Kerajaan Jepun hari ini menafikan ada menghantar wakil dari pihak kerajaan ke Malaysia untuk bertemu dengan Anwar bagi memohon maaf atas insiden Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun.

Kerajaan Jepun menegaskan, Sasakawa Peace Foundation bukan mewakili mereka. Sasakawa Peace Foundation hanyalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Nah!!! Kan nampak sangat Si Ketua Penipu tu kantoi cuba nak menipu rakyat? Hakikatnya, dia dah songeh bila dia kena halau dari Negara Matahari terbit tu tempoh hari.

Zuraida : PRK Kajang Menyusahkan Rakyat

Rakyat News

KUALA LUMPUR 11 Feb - Pakatan Rakyat (PR) akan mengalami penurunan majoriti undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berbading Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berikutan penganjurannya menyusahkan rakyat. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan majoriti undi.

"Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10,000. Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahan rakyat demi menyelesaikan masalah parti," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKR akan malu sekiranya berlaku penurunan majoriti undi lebih-lebih lagi ianya ditandingi oleh pemimpin nombor satu PR.

"Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang," ujarnya.

Tambah beliau, hasratnya untuk menjadi Menteri besar sekiranya menang pada PRK tersebut juga sia-sia sekiranya tidak mendapat mandat dari Sultan Selangor.

"Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetap tidak dapat membuat membuat keputusan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon. Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat," katanya lagi.

PRK Kajang akan berlangsung pada 23 Mac ini dimana 48.5 peratus pengundi terdiri daripada pengundi Melayu, 40.44 peratus pengundi Cina dan masing-masing 10.15 dan 0.91 peratus terdiri dari bangsa India dan lain-lain kaum.

Bekas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh memenangi kerusi tersebut pada PRU13 dengan 19,571 undi, 6,824 undi lebih tinggi berbanding calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon bebas.

GAMBAR ini di petik dari Blog ANGIN PERUBAHAN

Tuesday, 31 January 2012

DEDAH !!! TUN M TERPERANGKAP DAN TERTIPU DENGAN ANWAR YAHUDI !!! LAGI BUKTI !!!

"Saya sendiri pun terperangkap. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk UMNO, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,Beliau masuk UMNO, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja-TUN Mahathir


Diatas ini 1 luahan daripada Tun M. Tun yang begitu bijaksana pun boleh tertipu dengan Anwar Yahudi. Jadi aku tak heran kalau rakyat biasa tertipu dengan kehebatan kata-kata auta dari Anwar Yahudi.


Tahukah anda, gambar apa di atas ?

Ini adalah gambar di mana seorang kanak-kanak Israel yang sedang menulis tandatangannya pada sebiji bom yang akan dilepaskan kepada rakyat Palestin. 

Inilah cara Israel menerapkan unsur KEBINATANGAN kepada kanak-kanak Israel, tetapi menggambarkan sifat ini sebagai semangat nasionalisme.

Malangnya bagi seorang ketua pembangkang sebuah negara yang majoriti rakyat dan agama rasminya adalah Islam, berkata ;

" I SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL "




AMUKANMELAYU - Mungkin kita bercanggah pendapat mengenai Anwar, tapi sebagai seorang ISLAMELAYU, Amukanmelayu punya alasan sendiri untuk tidak menyukainya. Semua pengundi "KAJANG WAJIB MEMBOIKOT" PRK Kajang. Kita sebenarnya sering TERTIPU dengan GELAGAT Ahli-ahli POLITIK yang GILAKAN KUASA kerana mereka bebas MEMPERHAMBAKAN, MEMPERKUDA dan PENIPUAN BERHEMAH pada Rakyat dan  kita tetap tersenyum hanya dengan T-Shirt, topi dan beras sekampit atau sadin 2 tin.