Wednesday, 12 February 2014

MANUSIA SERIBU WAJAH - TAZKIRAH OLEH UZTAS ANWAR SAYA DI FITNAH, UNDILAH SAYA JIKA INGIN TAHU


 


Tun Dr M Siasat Sendiri Tuduhan Seks Terhadap Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang dilakukannya bertentangan dengan imej tersebut.

Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.Dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Anwar dikaitkan dengan perbuatan meliwat seorang lelaki dan mempunyai hubungan seks dengan beberapa pelacur.

Di samping itu, Anwar juga dikatakan rapat dengan seorang pengarah syarikat, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang didakwa telah mempergunakannya untuk membocorkan maklumat-maklumat sulit negara.
Embedded image permalink

Dr. Mahathir menegaskan: ''Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. ''Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.''

Presiden UMNO itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi penjelasan kepada para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang ini. Antara yang turut hadir pada majlis penerangan itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik.

Pada majlis itu, beliau menjelaskan bahawa tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang didakwa. Perdana Menteri juga menerangkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk memecat Anwar, orang yang diasuh untuk menggantikannya memimpin Malaysia.Menurut Dr. Mahathir, selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat ditolak lagi.

''Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara.

''Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat.''

Bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan mendedahkan bukti-bukti yang beliau peroleh. Ditanya apakah alasannya untuk tidak mendedahkan bukti itu, beliau berkata: ''Sebab saya tidak mahu menyakiti orang lain kerana apa yang berlaku amat memalukan.'' Perdana Menteri secara peribadi bertanggungjawab membawa Anwar, bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), masuk UMNO pada tahun 1982 dan mendidiknya sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

''Saya sepatutnya memilih memecat musuh saya, bukan seorang kawan.''

Katanya, dalam kegawatan ekonomi sekarang dan menjelang temasya Sukan Komanwel XVI, beliau cuba mengelak krisis politik tetapi ''apa yang berlaku sudah di luar kawalan''.

Pada sidang akhbar itu, beliau beberapa kali berkata ''Anwar adalah kawan saya, tetapi tindakan memecatnya daripada kerajaan dan parti terpaksa dilakukan.'' Selepas dipecat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan tuduhan-tuduhan ke atasnya yang dibangkitkan dalam afidavit di Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Menurut Dr. Mahathir, perlakuan tidak bermoral membabitkan Anwar sebenarnya telah lama dilakukan. ''Sudah lama, tetapi saya baru tahu,'' katanya. Ketika diberitahu oleh pemberita bahawa Anwar menafikan semua tuduhan itu, Perdana Menteri segera mencelah: ''Semua dia nafikan. Siapa yang mahu cerita kejahatan yang dia buat. Bill Clinton juga menafikannya.''

Perdana Menteri berkata, pada tahun lalu apabila terdapat tuduhan mengenai salah laku Anwar, beliau tidak mempercayainya. ''Saya kata ini fitnah untuk menjatuhkan Timbalan saya. Saya tolak sama sekali. Saya tak baca (surat mengenai tuduhan itu). Tetapi sekarang sudah terlangsung jelas.''

Ditanya adakah Anwar membuat pengakuan mengenai perlakuan sumbang seks yang dilakukan, beliau berkata, Anwar cuma mengaku dia juga seperti manusia biasa.Ditanya adakah Anwar akan ditangkap, katanya, itu bukanlah urusannya. Beliau berkata, soal itu terserah kepada pihak berkuasa. Mengenai majlis penjelasan kepada para pemimpin UMNO petang ini, Dr. Mahathir memberitahu, beliau nampak mereka menerima penjelasan tersebut.

''Saya harap dengan penjelasan ini orang ramai tidak akan keliru dan memahami apa yang berlaku,'' katanya.

Ditanya mengenai sesetengah pemimpin UMNO yang menyokong beliau tetapi dilihat berada di rumah Anwar selepas pemecatannya, Dr. Mahathir menjawab ringkas, beliau ''tidak boleh baca apa ada dalam hati orang.'' Menurut Perdana Menteri, Anwar telah diberi peluang untuk membela diri tidak seperti apa yang terjadi pada pemimpin dan ahli UMNO lain yang dikenakan tindakan ketika Anwar menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO.

''Mereka yang dikenakan tindakan disiplin itu tidak mendapat peluang seperti diberi kepada Anwar,'' kata beliau.

 

USTAZ ANWAR MENGAJAR TANPA TAULIAH - JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR NGA-NGA...............



Alamak aiii... ngeri jugak bila dapat tahu Anwar Berahim beri tazkirah dalam sebuah surau di Kajang baru-baru ni. Apa tazkirah yang disampaikan Anwar agaknya? Tazkirah politik ke tazkirah agama?
Wajib beri undi pada saya? Haram beri undi pada calon lawan saya? "Balun belakang" tu hukumnya "harus"? Saya dihalalkan berbohong dan tabur fitnah? Sayalah "pemimpin anugerah Tuhan"? Pluralisme pegangan saya?
Saya nak tanya, siapa beri tauliah pada Anwar untuk beri tazkirah di Selangor? "Sultan Melaka", ke? Ayah Pin? "Ayatollah" Mat Sabu? "Tuhan" Harun? Siapa?
Setahu saya...

JAIS pernah beri amaran pada Anwar Berahim masa dia sampaikan tazkirah di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 sebelum ni.. JAIS kata, mereka akan tangkap tak kira siapa, walau Anwar sekalipun kalau sampaikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah...
Dr Asri, bekas Mufti Perlis pun pernah ditahan JAIS sebab beri tazkirah tanpa tauliah di Selangor. Dr Asri tu bekas Mufti bebbb..! Anwar bekas Mufti ke? Bekas Mufti pun kena tahan, apatah lagi Anwar Berahim bekas banduan yang terbukti bersalah! Bintang filem "tak senonoh" pulak tuuuu..!
Bob Lokman pun pernah kena tahan JAIS atas kesalahan yang sama. Jadi, apa keistimewaan Anwar untuk dilepaskan JAIS? Anwar ingat JAIS tak berani tangkap dia? Heh! Silap besar laaa...
JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan.
MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah.

Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.
MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen.

Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana beliau sedar itu merupakan antara satu lokasi yang hati pengundi terutamanya warga Melayu dan beragama Islam.
Anwar pasti mahu memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh versatile yang mampu memberikan ucapan, ceramah serta tazkirah tidak kira atas apa isu dalam apa bidang sekalipun termasuk bidang agama.
Semalam, Anwar dalam laman Facebooknya memuatnaik gambar beliau sedang memberikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Mynewshub.my menghubungi bahagian Penguatkuasaan Jais berkenaan gambar berkenaan dan jurucakap Jais berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.
Surau berkenaan terletak di bawah seliaan Jais tetapi ia diuruskan oleh bahagian daerah Hulu Langat.
Menurut jurucakap Jais, jika terdapat ada pelanggaran peraturan atau Anwar memberikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah, pihak Jais akan mengambil tindakan.
Malam ini, Anwar bakal menghadiri Kuliah Datuk Ustaz Siddiq Fadzil di Kolej Universiti Dar Al Hikmah di Sungai Ramal Dalam di Kajang namun tidak diberitahu bahawa ada program tazkirah atau tidak.
Bagaimanapun, dengan masa program berlangsung dari pukul 9 hingga 12 tengah malam, sudah pasti Anwar akan diberi peluang untuk bercakap kepada para pengunjung.
Kini, terpulang pada pihak Jais untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Anwar jika bakal calon PRK Dun Kajang itu melanggar peraturan melibatkan tauliah. –Mynewshub.my


AMUKANMELAYU - Raja Mandaliar di beritakan adalah keturunan India Muslim(Bukan mamak tau...) Jika India Muslim, dia tidak ada DNA Nabi Ibrahim, oleh itu dia tiada semangat Islamelayu. Adakah kita berada di ERA tersebut. Raja Mandaliar sedang bermaharaja lela......