Sunday, 23 February 2014

MELAMPAU ! ICJ PERTUBUHAN ASING PRO - LGBT BIADAP HINA KERAJAAN MALAYSIA ...



The International Commission of Jurists (ICJ) menghina Mahkamah Tinggi dan kerajaan Malaysia.



Persoalan ini timbul apabila ICJ mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan bahawa Karpal Singh didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kononnya peguam di Malaysia tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.

Web ICJ melaporkan article bertajuk : Malaysia: High Court decision curtails lawyers’ freedom of expression. 

Yang memualkan ialah kenyataan Gil yang disiarkan oleh portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider. Maka, sila baca dengan berhati-hati :
"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan. seterusnya
Kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan oleh Emerlynne Gil. Kenyataan tidak bertanggungjawab Gil ini seolah-olah menunding jari bahawa kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan dalam mahkamah?

Dan jika benarlah kerajaan Malaysia mempunyai 'kuasa' dalam mahkamah, Anwar Ibrahim sudah lama dimasukkan ke dalam penjara dek kes mahkamah beliau sebelum ini. Dan pemimpin DAP tidak mungkin akan menang kes saman mereka terhadap pihak-pihak lain yang dilabelkan pro-BN.

Kita mual dengan campur tangan pihak asing yang cuba masuk campur hal ehwal negara berdaulat Malaysia. 

Dan yang tidak hormat sebenarnya ialah Emerlynne Gil yang bukan sahaja menuduh kerajaan Malaysia tetapi juga sistem Mahkamah Tinggi negara ini.

Untuk rekod, ICJ telah melancarkan 2 alatan rujukan : the Sexual Orientation & Gender Identity UN Database dan the Sexual Orientation & Gender Identity Legislative Database pada tahun 2013.

Dan ICJ tanpa berselindung mengumumkan kedua-dua database ini untuk membantu aktivis dan peguam seluruh dunia yang memperjuangkan 'hak asasi' golongan songsang Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).


ICJ juga mempertikai kerajaan Brunei yang mengamalkan undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam.




ICJ mendakwa kononnya perlaksanaan hukuman mati dan merejam melanggar hak asasi manusia. 
If implemented, the code would lead to serious human rights violations by reintroducing the death penalty and imposing other cruel and inhuman punishment including stoning, even for conduct that should not even be considered criminal. 
In an open letter to Prime Minister, H.M. Haji Hassanal Bolkiah, the ICJ also stressed that the Syariah Penal Code Order 2013 is clearly incompatible with international human rights law and standards that prohibit discrimination against women and protect the rights to religious freedom and freedom of opinion and expression. 
The law also criminalizes adultery, extramarital sexual relations and consensual same-sex conduct, in contravention of international standard.
ICJ yang mempertikai hukum ajaran Islam, menganggap perhubungan luar nikah dan perhubungan seks sama jenis tidak salah itu yang mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi negara kita? Memang memualkan.







Apa yang dimaksud dengan mahkamah internasional?

  •   Ditanyakan 3 tahun yang lalu

Jawaban Terbaik Pilihan Pemberi Suara

  •   Dijawab 3 tahun yang lalu
Mahkamah Internasional (bahasa Inggris: International Court of Justice atau ICJ) berkedudukan diDen Haag, Belanda . Mahkamah merupakan badan kehakiman yang terpenting dalamPBB . Dewan
keamanan dapat menyerahkan suatu sengketa hukum kepada mahkamah, majelis umum dan
dewan keamanan dapat memohon kepada mahkamah nasihat atas persoalan hukum apa saja dan organ-organ lain dariPBB serta badan-badan khusus apabila pendapat wewenang dari majelis umum
dapat meminta nasihat mengenai persoalan-persoalan hukum dalam ruang lingkup kegiatan mereka. Majelis umum telah memberikan wewenang ini kepada dewan ekonomi dan sosial, dewanperwakilan,
panitia interim dari majelis umum , dan beberapa badan- badan antar pemerintah. - wikipedia

Tidak ada jawaban lainnya




AMUKANMELAYU - Adakah kita sudah MERDEKA?