Tuesday, 18 February 2014

PRK KAJANG - GEREJA PULA DI LIWAT "RAKYAT LAWAN ANWAR"


SELEPAS BERJAYA PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM, KINI KRISTIAN PULA MENJADI MANGSA






Saya mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim & pihak pengurusan Gereja Holy Family, Kajang yang mengadakan program ceramah oleh Anwar pada hari Ahad 16 Feb yang menyentuh isu kalimah Allah di Gereja Holy Family selepas upacara ritual mereka. 
Antara lain Anwar dalam ucapannya cuba menghalalkan kristian mengguna kalimah Allah dengan membuat perbandingan bahawa kristian tidak boleh menyebut 'Alhamdulillah' tetapi 'alhamdu lord'.
Sikap Anwar ini dan kegiatan Gereja Holy Family ini jelas secara terang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian di Selangor. 
Kedua, ianya jelas cuba menganjurkan penganut kristian Selangor supaya melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pendakyahan Agama Bukan Islam Selangor.
Ketiga, ianya penghinaan kepada titah Tuanku YDP Agong yang telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh digunakan selain Islam.
Tindakan mereka ini juga jelas menunjukkan mereka tidak menghormati & membelakangkan Rukunegara yang memperuntukkan Kesetiaan kepada Raja & Negara serta Keluhuran Undang-Undang. 
Saya mendesak pihak berkuasa supaya tidak lagi segan silu untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan pihak gereja yang semakin kurang ajar dan tidak langsung mengerti menghormati undang-undang negara. Berapa lama rakyat mahu dibiarkan dengan sikap toleransi super-tinggi oleh pihak berkuasa yang kelihatan terlalu berhati-hati dalam kes membabitkan Anwar dan pihak gereja ini. 
Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan mengambil tindakan kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada sistem perundangan dan penguatkuasaan kita.
Sekian terima kasih.
Yang benar
Zulkifli Noordin
17 R'Akhir 1435
17 Feb 2014

PENGANUT KRISTIAN PULA MEMBANTAH ANWAR BERPOLITIK DI DALAM GEREJA


Sebagai seorang bekas pelajar Persuratan Melayu yang bertaraf cikai, Anwar Ibrahim tentu sekali tidak tahu tentang sejarah Renaissance atau Revolusi Perancis yang telah memisahkan kuasa Gereja dengan kuasa Pentadbiran. Anwar Ibrahim kalau tahu pun, mungkin sekadar tahu tentang tajuknya tetapi tidak tahu tentang isinya sebagaimana yang dia sering menyebut dia membaca buku itu, buku ini, sedangkan hakikatnya, dia hanya membaca kulit hadapan dan kulit belakang sebelum menjual kelentong kepada orang ramai seperti yang dilakukannya sekarang.

Sudah lebih 500 tahun, gereja dipisahkan daripada pentadbiran. Dengan kata-kata lain, Kristian sudah lama memisahkan agama daripada politik dalam istilah yang cukup terkenal dan dianggap berdosa oleh sesetengah pihak dalam Islam iaitu SEKULAR. 

Di gereja-gereja, tidak lagi ada cerita-cerita tentang politik atau sokongan kepada mana-mana parti waimma gereja tersebut dibangunkan dengan duit kerajaan. Di seluruh dunia, gereja tidak lagi terlibat dalam pentadbiran sesebuah negara sekalipun terdapat parti yang berjenama Kristian Demokrat seperti di Jerman dan beberapa buah negara lain. Politik tidak dibawa masuk ke gereja dan di gereja, tidak ada cerita tentang menghentam ahli-ahli politik dari parti lain. 

Kalau ada pun, hanya di gereja-gereja di Malaysia yang sangat cenderung kepada DAP sepertimana yang berlaku pada PRU13 lalu. Itupun hanya segelintir, manakala gereja Protestan langsung mengharamkan politik daripada dibawa masuk untuk ditazkirahkan atau dikempenkan dalam dewan sembahyang. Islam juga tidak membenarkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan dunia dibawa ke dalam masjid.

KEMPEN Anwar bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang diteruskan lagi dari sehari ke sehari. Kini Gereja pula menjadi medan politik Anwar bagi menarik sokongan pengundi terutama dari penganut agama Kristian.
Pendapat peribadi penulis, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama memang tidak senang apabila 'pemimpin bangsat' ini menjadikan rumah-rumah ibadat tidak kira sama ada masjid, gereja mahupun tokong atau kuil sebagai medan berpolitik.
Seperti mana juga kita sebagai umat Islam yang tidak mahu rumah Allah, masjid dan surau dicemarkan dengan kempen politik, begitu juga sebilangan penganut agama Kristian di Malaysia ini yang tidak senang dengan kehadiran Anwar di salah sebuah gereja di Kajang demi untuk mendapatkan undi dari mereka.
Rumah ibadat adalah untuk beribadat dan bukannya tempat untuk berpolitik dan memecahbelahkan keharmonian sesama masyarakat.

Itulah yang dikatakan oleh salah seorang penganut agama Kristian yang tidak senang apabila tempat suci mereka digunakan oleh orang luar untuk berpolitik. Ini bukan soal siapa Anwar. Sedangkan kita tahu yang Anwar memang mengamalkan pluralisme agama dan turut mengaitkan isu kalimah Allah dalam ceramah politiknya di gereja agar api kemarahan penganut Kristian marak dan menentang kerajaan sedia ada.
Ini memang kelebihan Anwar dalam berceramah. Menjadi batu api supaya beliau lebih senang untuk menjadi Perdana Menteri. Penganut agama Kristian bukanlah 100% menyokong Anwar. Jadi tidak perlu lagi timbul isu perkauman dan perbalahan antara agama. Kita harus menjadi satu titik persamaan dan persefahaman semula agar rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat bersama-sama menolak Anwar

AMUKANMELAYU - JOM UBAH....."RAKYAT LAWAN ANWAR IBRAHIM"