Monday, 17 February 2014

PRK KAJANG - JOM UBAH "RAKYAT LAWAN ANWAR"


OLAK LEMPIT, Isnin 17 Rabiulakhir 1435 -  "KEBIADABAN CINA dan PENGANUT KRISTIAN" adalah bermula dengan "ISLAMELAYU" itu sendiri. Tapi sampai bila semua TALIBARUT dan GUNTING DALAM LIPATAN ini boleh membohongi RAKYAT yang bermaklumat PINTAR dalam abad ini? Kebiadaban dan keburukan dan kebusukan hati menggadai KEAMANAN Negara semakin terserlah.
Sesumpah

Satu FONOMENA baru sedang berlaku sekarang ini tanpa di sedari. Bermula di dalam Gereja Holy Family, PENENTANGAN RAKYAT kepada Anwar sedang bermula. Dibawah ni satu lagi soalan mudah yang ditanya oleh seorang Cikgu bernama Robert Tan ketika hadir mendengar ceramah Anwar di dalam dewan Holy Family Church semalam:

Seorang pengundi Kajang membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika ia mengatakan PRK kajang ini di adakan adalah unuk memberi laluan Anwar menjadi menteri besar baru.


“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Secara sedar atau tidak bagi Penulis ini adalah KEBANGKITAN RAKYAT. Gereja hanyalah tempat yang telah di tentukan oleh Allah untuk permulaan ini. Semua orang sedang terperangkap dengan PERMAINAN Anwar dan jalan keluar yang sedang di cipta sekarang ini adalah KEBANGKITAN RAKYAT. PRK Kajang adalah "RAKYAT LAWAN ANWAR"

Sementara di luar Gereja pula, Orang-orang Melayu sedang memerhatikan permainan ini. Dan soalan yang sama akan terpancul dari Anak-Anak muda yang pintar dan Berani. Mereka bukan lagi seperti pengikut-pengikut TEGAR yang langsung tidak mampu berfikir. Dan mereka selamanya adalah PERKAKASAN Anwar untuk menuju puncak. Lihat petikan yang penulis ambil dari AIDCNews di bawah ini.

Allahhuakbar...apa lagi Allah nak tunjukkan ni.
Jika sebelum Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) pintu pagar utama Gereja Holy Family, gereja terbesar di Kajang sentiasa tertutup, kecuali pada Ahad sebelah pagi, namun ia berubah pasca PRU 12.

Sejak itu, bukan sekadar hari Ahad, waktu pagi, malah pintu gereja utama Kajang dibuka seluas-luasnya pada hari lain. Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Gereja Holy Family meletakkan dua kain rentang besar, di dinding bangunan mereka kempen terbuka berbentuk doa menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan memberi ‘harapan baru,’kepada agama itu.

Inilah pertama kali Gereja Holy Family membuat pengisytiharan terbuka berkempen melalui kain rentang supaya dapat dibaca oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Gereja Holy Family terletak di salah satu jalan utama ke bandar Kajang. Jika anda dari lebuhraya Kajang Silk, anda perlu susur kiri ke Jalan Bukit akan jumpa stesen komuter (Kajang) dan sebelum masuk ke bandar Kajang, anda akan jumpa dua bangunan penting iaitu bangunan Dong Zong (kanan) dan bangunan Gereja Holy Family (kiri).

Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Gereja Holy Family pada Ahad lalu, bukan sesuatu yang mengejutkan, kerana gereja itu sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa tanpa mengira kaum memasuki gereja itu pasa PRU 13. Malah, kehadiran Anwar itu boleh disimbolikkan bahawa gereja sentiasa mengalu-alukan kehadiran Melayu-Islam mengunjungi rumah ibadat mereka.

Manakala bagi pihak Anwar pula, beliau mahu memberi mesej tersirat bahawa Melayu-Islam tidak perlu rasa takut untuk mengunjungi dan masuk ke dalam gereja. Pada tahun 2009, penganut agama Kristian mengecam seorang wartawan dari Majalah Al Islam memasuki gereja berhampiran Puduraya.

Wartawan bernama Muhd Ridwan Abdul Jalil masuk gereja bertujuan untuk meninjau kebenaran gadis Melayu yang telah dimurtadkan dan sejauh mana kalimah Allah digunakan dalam gereja.
Ketika itu, paderi Besar Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam melahirkan rasa kecewa dengan kehadiran wartawan itu, kerana ia dianggap satu pengintipan dan “pencerobohan” dalam majlis keagamaan di gereja.


AMUKANMELAYU - JOM UBAH......sudah sanpai masanya.....