Saturday, 15 March 2014

MAS FLIGHT NO MH 370 DAY 8 MISSING - TERHEMPAS DI RAMPAS ATAU DI CULIK?


baba says:
amerika dgn inteliggence yg hebat dan berbagai, mustahil tidak tahu apa2…..something fishy
 
Hamba Ar Rahman says:
Yer…memang tersangat2 fishy…aku dah mula merasakan byk benda yg tak kena semenjak byk kapal2 dan military assets were deployed to our territory. Ni zaman high tech and digital maa….kalau seketul meteor kecik jatuh pun depa nampak…tak logik betul MH370 tak boleh dikesan…..dan jet yg hilang tu, bukannya macam kereta kancil yg ilang masuk laut…tapi high tech punya jet maa….jet yg crash sekalipun tetap boleh hantar automatic signal about its location..sudah tentu ada highly intelligent group yg highly trained and highly skilled plus expendible lagik…to disable the system…and this plan tentu dah di plot lama…careful plan….and jika mereka hijack and disable the system and disposed the jet in deep ocean…y not?

sebb depa ni ada technology untuk tahu di mana area black spot yg tak boleh dikesan radar……and kenapa pesawat kita yg depa pilih..kerana Malaysia terletak di tengah2 perairan perhubungan udara dan laut….sangat strategik…and kenapa Capt ........... depa pilih..kerana he is a highly trained pilot….and menurut kata seorang aircraft engineer yg aku kenal, dia kata kat aku yes…boleh fly below radar tapi pilot tu mestilah sangat2 expert….

Aku tanya dia takkan tak boleh dengar bunyi enjin sumer…dia kata kalau 5 ke 10 ribu kaki memang dah cukup tinggi dan tak dengar…and aku tanya soalan lagi, tak langgar gunung-ganang ke…dia kata kalau pilot cekap, y not…..and aku tak rasa pilot terlibat pun…orang kita ni masih jauh bab2 nak letupkan diri atau apa2…kita tak pandai konspirasi2 macam ni….aku percaya orang Malaysia ni masih belum sanggup nak sabotaj kapal sendiri….and now masing2 negara dah tayang assets masing2…ibarat macam pertunjukan nak tayang sapa paling kuat….sambil2 boleh cek perairan meliputi laut cina selatan, hindi dan persekitarannya…..secara tak langsung masing2 dah tahu, masing2 punya kecekapan radar assets dan pertahanan…..dan sekarang China pula asik mendesak kita….US jadi tukang tengok….memang byk tanda tanya dan tanda soal…wallahua’lam

MH370 - ADA EMPAT ATAU LIMA KEMUNGKINAN


Sepang - Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan mengenai bagaimana transponder pesawat MH370 boleh dimatikan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bercakap dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hari ini, Hishammuddin berkata antara kemungkinan tersebut ialah akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures.
"Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi," katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik.
Ditanya sama ada pihak berkuasa tempatan menerima signal ’pings’ atau denyut elektronik daripada pesawat yang boleh membantu siasatan dalam menentukan laluan dan lokasinya, Hishammuddin berkata banyak pegawai tidak bernama membuat pelbagai cadangan.
"Kami sedang menyiasat dan meneliti secara mendalam siapa (sumber itu), dari mana dan mengenai apa," katanya.

MH370: Apa Kah Berada Di Pengakalan Amerika Diego Garcia? 


Kuala Lumpur Pulau Diego Garcia, Pangakalan Amerika di Lautan Hindi, memerlukan 8 jam penerbangan. MH370 mempunyai cukup minyak untuk sampai, dalam rekod B777-200ER MH370 membawa minyak cukup untuk penerbangan 7.5 jam.. 
General TUDM, awal2 lagi mengsyaki bahawa pesawat MH370 berpatah balik, sebaik sahaja hilang daripada radar kawalan trafik Subang. Sebenarnya jeneral itu berkata benar, namun terpaksa berdiplomasi kemudian.. ikuti pendedahan forum online di sini

MH370 ~ Sabotaj..?

Apakah benar ada unsur sabotaj?

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand.


Kini polis sedang mencari maklumat tambahan di rumah crew. Kita faham pada waktu ini keluarga terlibat mahukan privacy . Tapi kita juga perlu faham bahawa keselamatan negara dan penumpang mungkin dapat dijaga dengan  investigasi lanjutan bagi mencari clue .


KAJANG, 13 Mac (Bernama) — Polis hanya mencari maklumat di rumah anak-anak kapal pesawat MH 370 yang boleh membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu dan bukannya menggeledah rumah mereka seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjelaskan perkara itu, berkata apa yang dibuat hanyalah prosedur biasa kerana fokus penyiasatan masih lagi ke arah mencari kehilangan pesawat itu.
“Apa yang dilakukan oleh polis ialah mencari maklumat, bukan menyiasat.
“Maklumat itu digunakan untuk mempermudahkan pencarian jika ada maklumat yang boleh digunakan sebagai nilai tambah untuk menjadi klu kepada pencarian,” tegasnya yang ditemui pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dan anggota polis bertugas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di sini hari Khamis.
Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa polis telah menggeledah kediaman anak-anak kapal penerbangan itu bagi menyiasat latar belakang mereka.
Pada 8 Mac lepas, penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, secara tiba-tiba hilang dari radar, dan sehingga kini misi mencari dan menyelamat kesemua 227 penumpang,termasuk dua bayi dan 12 kru penerbangan masih diteruskan walaupun sudah memasuki hari keenam.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan beberapa pegawai kanan jabatan itu telah pun meminta keterangan daripada empat pegawai imigresen, bagi membantu penyiasatan ke atas dua lelaki warga Iran yang menaiki penerbangan itu menggunakan pasport curi.
Beliau berkata dua daripada empat pegawai Imigresen itu dipanggil kerana mereka bertanggungjawab melepaskan dua lelaki itu masuk ke negara ini dari Phuket, Thailand, pada 28 Feb lepas, manakala dua lagi pegawai dipanggil kerana melepaskan dua lelaki berkenaan ke dalam penerbangan yang hilang itu pada 7 Mac.
“Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Dua pegawai Imigresen) itu telah kita panggil dan siasatan secara dalaman telah dilakukan.
“Dan dua orang lagi (dipanggil), bila pasport itu dikemukakan pada 7 Mac bila kedua-dua orang Iran itu keluar daripada kaunter keselamatan untuk pergi ke penerbangan MH370,” katanya.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa empat pegawai itu tidak digantung daripada tugas kerana mereka telah mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika hari kejadian.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid merayu agar media Malaysia, tanpa mengira kepentingan sendiri, lebih bersatu hati dalam memberi laporan mengenai insiden kehilangan penerbangan ini.
“Yang penting bagi kita ialah mencari rumusan untuk jalan penyelesaian, bukan kusutkan keadaan. Kita harus bersimpati pada keluarga sahabat penumpang dan kru, ” katanya.

Sementara itu didalam PC petang semalam


SEPANG: Juruterbang berhak mempunyai hobi masing-masing termasuk memiliki simulator penerbangan di kediaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.
"Bagi juruterbang, mereka bebas mempunyai hobi masing-masing...mempunyai simulator di rumah sendiri," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370 di sini, Jumaat.
Beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.
Ahmad Jauhari berkata, siasatan secara terperinci ke atas juruterbang tersebut  hanya akan dilakukan jika terdapat petunjuk tertentu.
Jelasnya MAS masih lagi meneliti kesemua senarai krew penerbangan dan penumpang pesawat MH370 itu sebelum memulakan sebarang siasatan terperinci.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kemudian menjelaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas simulator tersebut belum lagi dilakukan. 
"Kami tidak dapat jawab soalan mengenai perkara itu sehingga mereka pergi ke rumah itu untuk melihat simulator.
"Polis belum pergi ke rumah itu...belum memeriksanya...tetapi siasatan ke atas juruterbang itu sedang dijalankan," katanya. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan ke rumah juruterbang itu untuk menemu bual anggota keluarga juruterbang tersebut, yang merupakan siasatan rutin untuk mencari sebarang petunjuk membabitkan aspek psikologi atau mental. 
Kapten Zaharie merupakan juruterbang berpengalaman kerana sudah berkhidmat lebih 30 tahun.
Cerita sebelum itu
Sistem komunikasi pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang dari radar awam Sabtu lalu mungkin sengaja dimatikan, demikian menurut laporan yang memetik penyiasat Amerika Syarikat.

Pegawai AS itu percaya dua sistem komunikasi penerbangan itu telah "dimatikan secara sistematik", menunjukkan bahawa kehilangannya mungkin tidak disebabkan oleh kegagalan lain, lapor ABC News.

"Mereka percaya, sistem pelaporan data, telah dimatikan pada jam 1.07 pagi. Transponder - yang menghantar maklumat lokasi dan ketinggian - ditutup pada jam 1.21 pagi ," kata laporan itu.

Sementara itu, Washington Post juga memetik sumber AS sebagai berkata seseorang dalam kokpit mungkin telah mematikan transponder dengan sengaja, sebelum meneruskan penerbangan.

"Hakikat bahawa pesawat moden itu mungkin menukar haluan pada masa yang sama transponder dimatikan, membayangkan orang lan mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang juruterbang," kata seorang pegawai AS yang pakar mengenai insiden nahas udara.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pesawat dipesongkan oleh "seseorang" ke Kepulauan Andaman?? #MH370

Dah jadi viral seluruh dunia penangan bomoh vip

KUALA LUMPUR: Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.   

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.-AstroAwani

MH370: Inmarsat Kesan Isyarat Rutin, Amerika Syarikat Sembunyikan Maklumat?



radar 

LONDON 14 Mac – Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat mengesahkan menerima isyarat automatik rutin daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Saluran televisyen BBC dalam akaun Twitternya melaporkan, bagaimanapun Inmarsat tidak pula menyatakan bila tanda isyarat itu diterima. Inmarsat merupakat antara syarikat perkhidmatan satelit terkemuka dunia.

Setakat ini tidak dapat dipastikan apakah maklumat ini turut digunakan oleh Amerika Syarikat yang menggerakkan pasukan mencari dan menyelamatnya ke lautan Hindi.
Bagaimanapun tindakan Amerika Syarikat menggerakan pasukan pencari ke Lautan Hindi menimbulkan persoalan sama ada mereka mempunyai lebih banyak maklumat berbanding yang disalurkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan dari Pentagon mengenai kehilangan pesawat MH370 yang didakwa terhempas di Lautan Hindi.
Sementara itu Wall Street Journal melaporkan:
Malaysia Airlines missing jet transmitted its location repeatedly to satellites over the course of five hours after it disappeared from radar, people briefed on the matter said, as searchers zeroed in on new target areas hundreds of miles west of the plane’s original course.
The satellites also received speed and altitude information about the plane from its intermittent “pings,” the people said. The final ping was sent from over water, at what one of these people called a normal cruising altitude. They added that it was unclear why the pings stopped. One of the people, an industry official, said it was possible that the system sending them had been disabled by someone on board.
WSJ has confirmed that the pilot had the ability to manually turn off the transponder on Flight MH370. Why is the transponder so significant? WSJ’s Jason Bellini has
#TheShortAnswer.
The people, who included a military official, the industry official and others, declined to say what specific path the transmissions revealed. But the U.S. planned to move surveillance planes into an area of the Indian Ocean 1,000 miles or more west of the Malay peninsula where the plane took off, said Cmdr. William Marks, the spokesman for the U.S. Seventh Fleet.
He said the destroyer USS Kidd would move through the Strait of Malacca, on Malaysia’s west coast, and stay at its northwest entrance. Malaysia, which is overseeing the search effort, directed Indian forces to a specific set of coordinates in the Andaman Sea, northwest of the Malay peninsula, an Indian official said Thursday. “There was no specified rationale behind looking in those areas, but a detailed list was provided late Wednesday evening,” the Indian official said.
View Graphics
The automatic pings, or attempts to link up with satellites operated by Inmarsat PLC, occurred a number of times after Flight 370′s last verified position, the people briefed on the situation said, indicating that at least through those five hours, the Boeing Co. BA -2.04% 777 carrying 239 people remained intact and hadn’t been destroyed in a crash, act of sabotage or explosion.
Malaysia Airlines said it hadn’t received any such data. According to Boeing, the plane’s manufacturer, the airline didn’t purchase a package through Boeing to monitor its airplanes’ data through the satellite system.
If the plane remained airborne for the entire five hours, it could have flown more than 2,200 nautical miles from its last confirmed position over the Gulf of Thailand, the people said.
U.S. aviation investigators said they were analyzing the satellite transmissions to determine whether they can glean information about the plane’s ultimate location or status. The transmissions were sent via onboard technology designed to send routine maintenance and system-monitoring data back to the ground via satellite links, according to the people familiar with the matter.
Among the possible scenarios investigators said they are now considering is whether the jet may have landed at any point during the five-hour period under scrutiny, or whether it ultimately crashed.
The people said aviation investigators are exploring the possibility that someone on the plane may have intentionally disabled two other automated communication systems in an attempt to avoid detection. One system is the transponders, which transmit to ground radar stations information on the plane’s identity, location and altitude, and another system that collects and transmits data about several of the plane’s key systems.
The widebody jet was scheduled to fly overnight to Beijing from Kuala Lumpur in the predawn hours of March 8. Its transponders last communicated with Malaysian civilian radar about an hour after takeoff.
After the plane dropped off civilian radar screens, two people said, the satellite link operated in a kind of standby mode for several hours and sought to establish contact with a satellite or satellites. These transmissions didn’t include data about any of the plane’s critical systems, they said, but the periodic contacts indicate to investigators that the plane was still intact and believed to be flying at least a significant portion of that time. All of the people said the transmissions included detailed information about the plane’s location, speed and bearing.
The transmissions, one person said, were comparable to the plane “saying I’m here, I’m ready to send data.”
The uncertainty about where the plane was headed, and why it apparently continued flying so long without working transponders and other communication links, has raised theories among investigators that the aircraft may have been commandeered for reasons that remain unclear to U.S. authorities.
Former FBI agent Chris Voss joins the News Hub to discuss U.S. investigators’ suspicions that Malaysia Airlines Flight 370 stayed in the air for four hours after vanishing from civilian air-traffic control radar.
At one briefing, according to one of the people, officials were told that investigators are actively pursuing the notion that the plane was diverted “with the intention of using it later for another purpose.”
As authorities scramble to analyze and understand all of the transmissions from the missing 777, the situation continues to change rapidly. Some people briefed on the issue initially described the transmissions as information that had been relayed from onboard monitoring systems embedded in the two Rolls-Royce PLC Trent 800 engines, not the idling satellite communications system.
PENGKALAN UDARA/LAUT US - Pulau Diego Garcia


AMUKANMELAYU - Selepas ini dengan KUASA POLIS DUNIA, US akan minta MH 370 di ISTIHARKAN HILANG. Pada hakikatnya semua ini sudah di atur oleh TANGAN-TANGAN GHAIB. Hanya mereka yang hidup dengan TAUHID kepada Yang Satu, menaruh TAAT SETIA KDYMM Tuanku, Bangsa dan Negara sahaja yang akan terkesan dengan semua ini. Antara MERAMPAS dengan CULIK adalah dua perkara yang berbeza.