Saturday, 15 March 2014

MH370 Dipercayai Patah Balik Dan Mengubah Haluan


Tanda merah adalah LALUAN PESAWAT MH 370 yang mengubah HALUAN

Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas





mh370 picture

KUALA LUMPUR: Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.
 Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
-MSTAR

MH370 ~ Pesawat Masih Dikesan Sehingga Jam 8.11 Pagi Sabtu..!Sehingga Jam 8.11 Pagi baru hilang dari satelit?


SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

Perdana Menteri dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan. Najib berkata, misi mencari dan menyelamat MH370 kini memasuki fasa terbaru apabila lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan.

Jelasnya, kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand. Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi. Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370. Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang 
Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK
 
‎Sekiranya benar pesawat MH 370 ini telah dirampas, harapan untuk kita mendapat khabar berita bahawa tidak ada kematian adalah sangat cerah.



Jutaan manusia bukan sahaja rakyat Malaysia terlalu khuatir jika mendapat berita pesawat MH 370 telah terhempas. Tetapi setelah selesai sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib sebentar tadi dan mengesahkan tidak perlu diteruskan SAR (Search And Rescue) di Laut Cina Selatan ini sekaligus memberikan harapan baru untuk menerima berita kesemua penumpang dan anak kapal MH 370 masih selamat.
Kazakhstan - MH 370 perlu mengisi minyak, dimana?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat MH370 dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten. Najib mengesahkan perkara tersbeut pada sidang media kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-sama sebentar tadi. Tambahnya, pergerakan pesawat tersebut dikesan melalui data radar.
Terdahulu,Najib mengesahkan sistem komunikasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja dimatikan. Najib mengesahkan perkara tersbeut pada sidang media kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-sama sebentar tadi. Tambahnya, sistem komunikasi pesawat telah dimatikan sebelum melintasi Semenanjung Malaysia.

KHAZASTAN - Kearah menjadikan Negara ini sekutu US.
Walaubagaimanapun, data saletit tidak dapat membantu mengesan lokasi terakhir pesawat MH370.
Komunikasi satelit terakhir dilaporkan menuju ke selatan Lautan Hindi atau ke arah Kazakhstan.


AMUKANMELAYU - Pemimpin Islamelayu yang jujur itu amat BIJAKSANA.