Tuesday, 25 March 2014

MISTERI MH 370 - PUSARA DI LAUTAN


KLIA - Sabtu 12.41 pagi 8 Mac 2014
Sabtu 8 Mac 2014
12.41 pagi
MH370-777 berlepas dari KLIA
Jenis Pesawat :B777-200
Pesawat berkongsi kod China Southern Airlines

1.30 pagi
MH370 Terputus hubungan denga radar
Lokasi Terakhir : 120 batu notika timur kota Bharu
Sekitar Laut china selatan

"Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan. Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan. 
Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara. Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi. MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya. - mstar (17 Mac 2014)



EPISOD PERTAMA

Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat. 

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China. 

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.
 
KUALA LUMPUR: Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.
 Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
-MSTAR


EPISOD KEDUA

Radar Militari Kesan MH370 Berpatah Balik




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat MH370 dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten. Najib mengesahkan perkara tersbeut pada sidang media kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-sama sebentar tadi. Tambahnya, pergerakan pesawat tersebut dikesan melalui data radar.
Terdahulu,Najib mengesahkan sistem komunikasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja dimatikan. Najib mengesahkan perkara tersbeut pada sidang media kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-sama sebentar tadi. Tambahnya, sistem komunikasi pesawat telah dimatikan sebelum melintasi Semenanjung Malaysia.

  
March 9, 2014
Kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Rodzali Daud

SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi
antarabangsa berhubung kemungkinan itu.
Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik  udara (ATC).
“Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,” katanya.
- BERNAMA

    • Pesawat berpatah balik disahkan MH370
    • | 3:37PM Mac 15 2014
    •  
    • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.

      Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut kini masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukan haluan pesawat berkenaan.

      “Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhir ini.

      “Berdasarkan data baru, isyarat terakhir di antara pesawat dan satelit tersebut pada jam 8.11 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac,” katanya dalam satu sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

      Katanya ia adalah berdasarkan data yang diselidik oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga tenaga pakar antarabangsa yang bekerjasama untuk tujuan terssebut.

      “Hari ini, berdasarkan data satelit yang diperolehi daripada saletit dan penyedia perkhidmatan, kami boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data utama (tentera).

      “Selepas kerja-kerja forensik dan pertimbangan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang membuat kajian berasingan berdasarkan data yang sama, bersetuju demikian,” katanya.

      Najib juga mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa sistem komunikasi pesawat berkenaan dimatikan secara sengaja, satu demi satu.

      Pergerakan pesawatyang dikesan oleh radar tentera juga menunjukkan ia adalah hasil tindakan seseorang di dalam pesawat, kata Najib.

      "Berdasarkan komunikasi satelit baru, kami boleh katakan dengan tahap keyakinan tinggi bahawa sistem ACARS dimatikan sebelum pesawat tiba ke pantai timur Malaysia,” kata Najib ketika mencerita semula rentetan kejadian pada awal pagi 8 Mac.

      Sejurus kemudian, alat transponder yang menentukan kedudukan pesawat itu pula dimatikan, kata Najib yang menceritakan semula rentetan peristiwa pada hari tersebut.

      Seterusnya, radar Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.

      Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media.

      "Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib.

      Berdasarkan perkembangan ini juga, siasatan kini ditumpukan
      semula ke atas anak kapal dan penumpang, katanya dalam sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

      Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

      Operasi di Laut China Selatan dihentikan dan pihak berkuasa sedang menilai semula usaha untuk menugaskan semula aset yang digunakan untuk mencari dan menyelamat, katanya.


EPISOD KETIGA

Usaha mencari pesawat diperluas meliputi Selat Melaka - DCA

KAWASAN SAR
SEPANG 9 Mac - Usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang di sempadan Malaysia-Vietnam akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, jabatan itu mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Vietnam dan Singapura dalam usaha pencarian pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

"Ini adalah sebahagian daripada SOP dengan tumpuan usaha mencarinya di Laut China Selatan dan diperluaskan ke Pantai Timur Semenanjung," katanya di sini, lewat semalam.


Ketika ditanya mengenai dua tumpahan minyak di perairan Vietnam, Azharuddin berkata, belum ada laporan yang mengesahkan tumpahan minyak itu dan DCA masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Vietnam mengenainya.


Menurut laporan-laporan berita, tumpahan minyak itu dikesan di perairan selatan Vietnam pada Sabtu dan masing-masing adalah sepanjang kira-kira enam dan sembilan meter. - BERNAMA



EPISOD KE EMPAT

Pencarian MH370 Hingga Ke Lautan Hindi

  

WASHINGTON: Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi.




Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad.

"Kami dalam perbincangan bersama sekutu antarabangsa untuk memastikan aset yang sepatutnya dikerah ke kawasan itu," katanya.

Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat baru ini.

Amerika Syarikat termasuk Tentera Lautnya antara beberapa negara yang terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 yang hilang, Sabtu lalu.

"Terdapat beberapa senario yang masih disiasat mengenai apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku tetapi pihak kami giat mengambil bahagian dalam operasi SAR ini. Kami sentiasa mencari maklumat, mengikut petunjuk dan bekerja sama dalam siasatan yang diketuai Kerajaan Malaysia," katanya ketika taklimat berita biasanya, di sini. - Reuters



EPISOD KE LIMA
PUSARA DI LAUTAN

Najib sahkan penerbangan MH370 terhempas di Lautan Hindi

Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..


"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370

"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations"

"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."

"We will be holding a press conference tomorrow with further details."

"We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."

"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development."

"I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -
 

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.

Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi...

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dan Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...


TEORY PENULIS 
Ada tiga perkara yang menghantui pemikiran Penulis
1. - Masa dan jarak penerbangan
2. - Ketahanan Minyak
3. - Kenapa tidak ada panggilan kecemasan
4. - Kenapa Radar di Johor, Singapura, Indonesia dan Australia tidak mengesan Pesawat ini.
5. - Tiada kesan letupan.
6. - Siapa yang mengandalikan pesawat (Manusia/auto pilot) 

1 - Anonymous said...

Setakat nk taburkan pallet kayu tu.. kerja mudah sgt bg CIA-US dn sekutu2nya.. kenapa saksi2 mata di Pulau Maldives, Andaman yg melihatg pesawat trbang rendah dinafikan tanpa jawapan konkrit.. apa yg terbang sebenarnya?

Kenapa Malaysia terlalu taksub dgn data radar, sedangkan data radar boleh ditipu oleh negara2 sekutu CIA ini.. imej statik satelit seperti rakaman imej biasa yg boleh ditipu.


Kenapa Diego Garcia tidak disentuh oleh Amerika wpun ramai yg mendakwa ada konspirasi? Andaman -India menutup sebahagian RADAR dn mengatakn tiada pesawat lalu..
ingtlah kronologi awal pesawat MH370 menunjukkan ia di hijacked secara terancang.. teknologi tersembunyi..

Malaysia ditipu rasanya oleh Amerika dn sekut2nya.. Diego Garcia pusat konspirasi!
24 March 2014 08:44

2 - Anonymous said...

apa boleh buat. mungkin kargo berharga yg dimuatkan dlm mh370 tu ada kaitan dgn kematian 2 ex-US navy di kepulauan seychelles pd tarikh yg sama pesawat hilang. disyaki 2 lelaki malang tu mati dlm keaadan mencurigakan yg seblm ini mengiringi kargo berkenaan seblm kargo tu diterbangkan ke dubai dr seychelles kemudian ke kl- beijing dan destinasi akhirnya pulau hainan.

atau ada kaitan dgn di antara penumpang berharga dari Freescale. 4 billionaire to be yg tak sempat menandatangai hak milik patern die wafer tu. mana tau. tp ada ke siasatan ke atas dakwaan2 kes2 ini dibuat?
  1. Salam Mazidul..
    saya amat sedih sekali dgn perkembangan terbaru ini. Demi Allah saya sama sekali tidak percaya ia terhempas melainkan ini adalah hasil konspirasi jahat pihak tertentu..

    Saya lebih mengesyaki Amerika-CIA dan sekutu2 mereka. Data maklumat yg kita beritahu pd hari kedua mengatakah pesawat berpatah balik tiba2 terpaksa ditarik balik..atas arahan pihak luar.. siapakah mereka?

    Tidakkah terlalu bodoh kita hanya percaya kpd US-FBI dan sekutu mereka..yg menyudahkan plot drama ini dgn ending pelik dan tidak masuk akal org2 celik mata dan akal?

    Apalah daya kita hanya mampu berdoa.. sy amat pelik mengapa MH370 berpatah balik dn terbang berjam2 semata untuk terjun di lautan pencil? Apakah kerana rahsia plan A Diego Garcia Amerika telajh bocor maka sifat kebinatangan mereka utk musnahkan semua yg ada dijadikan plan-B?

    Wallahualam...
    demi Allah sy dgn maklumat setakat ini saya sama sekali tidak percaya ia terhempas tanpa konspirasi US dn sekutu2 mereka..

  2. http://www.christianpost.com/news/former-pilot-chris-goodfellow-gives-the-most-plausible-explanation-yet-for-missing-malaysia-airlines-flight-mh370-116489/

  3. Takziah dan Alfatihah untuk mereka. Kepada puak puak pembangkang yang menuduh, memfitnah dan memburuk burukkan kerajaan dengan cerita menyorokkan kapal MH370, sila minta maaf dengan pihak kerajaan atau anda siksa dalam kubur dan neraka. Konspirasi la sangat.


  4. 1. Selalunya orang pandai yang berniat khianat bersedia menutup segala alat bukti supaya tidak dapat dikesan.

    2. Semua penjahat memang mahu tutup taik mereka dan tunjuk baik.
    3. Manusia yang baik, tak payah :

    -memuji diri mereka sendiri,
    -mengaku tiada apa niat tersembunyi,
    -menuduh kesalahan orang lain.
    4. Cuma penyiasat dan polis sahaja yang berwibawa menentukan, kemudian seret ke mahkamah, buktikan dengan tuduhan pengganas.

    Kepintaran seseorang boleh dikategorikan 2 puak.

    - puak yang cerdik dan bersedia menipu, mengkhianati, menindas
    kerana puak ini memanipulasi undang-undang

    - puak yang cerdik yang sudah pasti kesalahan undang-undang dan
    ta’at kepada undang-undang.

  5. Salam,

    Dari pengamatan seya sejak hari pertama lagi banyak keraguan dan banyak maklumat yang dikeluarkan oleh pihak asing dan bukannya dari kerajaan Malaysia.

    Apakah ini cara untuk menutup kesilapan mereka terutama sekali apabila TUDM dapat menyedari adanya patah balik pesawat MAS. Jadi untuk menutup jejak konspirasi menyalahkan juruturbang bermula dengan berbagai laporan negatif dari wartawan asing.

    Kalau ini benar kemalangan kenapa pihsk indonesia dan Australia tidak dapat mengesan pergerakka kapalterbang melalui ruangan radar mereka.

    Apakah indonesia, australia dan diego garcia menggunakan radar cap ayam sehingakan kapalterbang boing tidak dapat dicerap oleh radar mereka?

    Banyak lompong dan banyak sekali kemusykilan bermain dalam misteri MH370
RADAR TUDM yang sangat HEBAT

Selepas hilang di RADAR TUDM, MH 370 ke mana?
Pada pandangan Penulis, ketahanan minyak MH 370 hanya mampu sampai ke Diego Garsia
Penulis tidak dapat menerima TEORI ini dan ianya adalah MUSTAHIL dengan bekalan minyak yang ada, Pesawat MH 370 dapat sampai ke kawasan ini.


AMUKANMELAYU - Banyak persoalan yang masih belum terungkap.....