Monday, 24 March 2014

TIGA KUMPULAN PEMUDA POLITIK MALAYSIA - BANDINGKAN GERAKKERJA MEREKA


GERAKERJA DAN KEKUATAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT MELALUI SAMM

 

 amaran  

Portal ini di Kemas kini oleh
Portal Ini Dikemaskini Oleh
Portal Ini Dikemaskini Oleh
Caribbean Rebel (Abu Thahir)
 Caribbean Rebel (Abu Tahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM
Caribbean Rebel (Abu Thahir)

Caribbean Rebel (Abu Thahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM 
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2012/07/aktiviti-samm-seluruh-tanahair/#sthash.DQubSwcg.dpuf

Di Selia oleh











Edy Noor Riduan(EDYES)
Pengarah Propoganda SAMM





 GERAKERJA DAN KEKUATAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT MELALUI AMK

PRK Kajang: AMK Mahu Anwar Sebagai Calon

27 Januari 2014

Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon
Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.
 Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

 Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

 Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

‘Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh’ – YB @shamsuliskandar

‘Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh’
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu melepaskan beberapa pimpinan utama PKR membuktikan Akta Perhimpunan Aman patut dimansuhkan.

Mahkamah melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan empat yang lain dari dakwaan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dua tahun lalu.
Hakim Ahmad Bache mengangkat penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini yang berkata perintah majistret melarang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tidak sah.
“Justeru, saya menuntut supaya pihak kerajaan mengambil memansuhkan akta ini dan menghormati keputusan mahkamah yang secara jelas membuat penghakiman berdasarkan prinsip keadilan dan kebebasan.
“Kerajaan perlu bertindak memulihkan semula demokrasi dan menjamin hak kebebasan berhimpun selaras dengan Perkara 10 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.
Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil berkata keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) kelak kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya berpandangan bahawa pihak mahkamah secara tidak langsung cenderung mengambil pendirian menolak penggunaan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) yang sememangnya diketahui bersifat antikebebasan dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bebas berhimpun.
“Keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes susulan yang berkait dengan APA2011 dan semestinya menjadi tamparan hebat buat kerajaan Umno-BN yang sebelum ini begitu bersungguh-sungguh untuk meluluskan akta ini meski pun dengan tidak melalui proses yang betul dan pada masa sama mengenepikan bantahan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen,” kata beliau.
‘Polis tak sensitif pada tuntutan perlembagaan’
Pada masa sama, Shamsul turut menyanggah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dalam keadaan aman di negara ini.
“Kenyataan beliau menggambarkan beliau tidak sensitif terhadap tuntutan Perlembagaan yang telah digubal oleh para pendiri kemerdekaan.
“Beliau sewajarnya tahu bahawa perhimpunan dan demonstrasi aman sebegini adalah sebahagian daripada proses mendapatkan kemerdekaan seumpama demonstrasi bagi membantah Malayan Union,” kata beliau.
—Malaysiakini

Angka Muflis Meningkat Terutama Pada Orang Muda – YB @shamsuliskandar

Kerajaan BN potong subsidi, lebih 60 rakyat muflis setiap hari
SHAH ALAM 9 JAN: Jumlah rakyat negara ini yang bakal muflis meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.
Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.
naik.jpgKetua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.
“Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.
“Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan,” katanya kepada akhbar itu dipetik dari The Malaysian Insider.
Katanya, ‘pinjaman tanpa bayaran’ masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.
Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata kelemahan dasar Kerajaan BN menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.
Kata Shamsul, Kerajaan BN terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain.
Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat.
Kerajaan Pusat sebelum ini mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun.
Antara faktor menyebabkan muflis adalah kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perumahan.
— Selangorku

 
 
PROPOGANDA 

NADI: Gerakan Aduan & Demokrasi Rakyat

logo-amk-public
Serahan Memorandum Aduan Rakyat
Hari: Jumaat
Tarikh: 10 Januari 2014
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya.
Serentak dengan pelancaran Gerakan Aduan & Demokrasi Rakyat (NADI) oleh AMK Malaysia.
Hotline SMS Aduan Rakyat AMK: 011-10911007
Facebook Page: Aduan Rakyat AMK
Email: aduanrakyatamk@gmail.com
Twitter: @aduanrakyatAMK
Orang ramai, anggota parti dan aktivis NGO turut dijemput hadir memberikan sokongan.

SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

sprm
Oleh : SIRAJ ZAINI
SHAH ALAM 7 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar untuk mendedahkan peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen supaya badan itu tidak mengeluarkan alasan dangkal khususnya bagi menyiasat kes membabitkan rasuah berprofil tinggi.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata SPRM perlu berhenti mengeluarkan alasan dangkal yang menyatakan badan itu tidak mempunyai kuasa menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM110 juta milik anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor di New York.
“Saya ingin cabar SPRM untuk mendedahkan secara terperinci kepada Ahli Parlimen, peruntukan mana yang mereka (SPRM) rasa perlu diperkasakan di Parlimen bagi memberi peluang kepada SPRM untuk menyiasat kerana yakin ada peruntukan.
Shamsul-Iskandar-103“Tidak munasabah kalau alasannya beli aset luar kemampuan, SPRM tiada kuasa menyiasat. Kalau itu berlaku, orang yang mengamalkan rasuah besar akan bebas melakukan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sebelum ini, SPRM berkata badan itu tidak boleh menyiasat pembelian kondominium Riza Shahriz di New York kerana tidak ada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.
SPRM juga menyatakan sudah mencadangkan peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.
Pada masa sama, Shamsul berkata, SPRM tidak wajar diwujudkan di Malaysia dan perlu ditutup kerana hanya menghabiskan wang pembayar cukai dengan alasan tidak munasabah setiap kali didesak melakukan siasatan terhadap kes rasuah besar.
“Ini menjadikan SPRM sebagai badan yang sekadar ‘menunjuk-nunjuk’ kepada rakyat kerana hanya menangkap pengamal rasuah diperingkat kecil tetapi tidak berupaya menunjukkan keazaman membanteras rasuah membabitkan ratusan juta ringgit.
“Maka, SPRM tidak wajar dikekalkan di Malaysia dan wajar ditutup kerana menghabiskan wang pembayar cukai ekoran alasan tidak munasbah yang diberikan,” katanya.
Katanya, beliau yakin masih ada akta di bawah SPRM yang boleh mendakwa sesiapa sahaja dan perkara itu perlu diperjelaskan secara lebih terperinci kepada umum.
— Selangorku.com

Anak Rosmah Menabung Sejak Kecil? – YB @shamsuliskandar

Apakah anak Rosmah pun ‘menabung dari kecil’? – Shamsul
KUALA LUMPUR 3 JAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mempersoalkan dari mana anak Datin Seri Rosmah Mansor memperolehi kekayaan luar biasa.
Menurutnya, Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber kekayaan Riza Shahriz Abdul Aziz, hingga mampu memiliki kondominium mewah berharga RM110 juta di New York.
“SPRM perlu bertindak kerana isu ini berkaitan keluarga seorang Perdana Menteri, orang yang bertanggungjawab mengurus kekayaan negara,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, banyak laporan dibuat kepada SPRM berhubung kekayaan melampau Rosmah, namun tidak diambil tindakan, termasuk isu pembelian cincin berharga RM24 juta.
“Bermula dengan isu cincin, dan sebelum ini kecoh di Parlimen mengenai isteri perdana menteri menggunakan jet ke Qatar, tetapi tiada tindakan yang diambil SPRM.
“Sekarang anaknya pula berbelanja secara melampau sama macam emaknya (Rosmah). Saya tak tahulah kalau anaknya juga menabung sama macam emaknya,” ujar Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Sebelum ini, portal Sarawak Report mendedahkan Riza Shahriz membeli satu unit kondo berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York, pada 19 November lalu.
Riza merupakan anak sulung kepada Rosmah daripada perkahwinan pertama dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak.
Justeru kata Shamsul, KEADILAN mendesak SPRM melakukan tindakan lebih serius dengan menyiasat sumber kewangan Riza Shahriz dan sama ada berlaku salahgunakuasa membabitkan Rosmah Mansor.
“Saya cabar SPRM untuk bertindak, sekurang-kurangnya melakukan tindakan awal dengan mengambil keterangan daripada Riza Shah,” katanya.
— Keadilan Daily

Harussani Mufti Tiada Umat – YB @shamsuliskandar


MP: Harussani mufti tak ada umat

DSC_0564
Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti ‘seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)’ berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.
DSC_0605
“Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.
“Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan),” kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Shamsul juga berkata himpunan membantah kenaikan harga barang itu berlangsung dengan aman memandangkan ia berkait dengan masalah ekonomi, sekali gus tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Ini bukan berlaku pertumpahan darah malah protes yang 50 peratus disertai orang muda berlaku aman. Pemimpin harus ditegur sekiranya mereka dalam sindrom penafian.
“Dan ada hadis juga berkata raja atau pemimpin yang demikian harus ditegur demi iman kita. Yang ditegur adalah kenaikan harga dan juga perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan yang merupakan pembaziran, adakah teguran demikian dianggap pengkhianat?” kata Shamsul.
‘Keras dan keterlaluan’

Bersependapat dengan Shamsul, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan itu diadakan bagi rakyat menyatakan hasrat tidak tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang sekali gus mendesak kerajaan supaya memberi perhatian.
Bahkan, kata Suhaizan (bawah), tindakan Harussani yang menyifatkan peserta demonstrasi sebagai pemberontak (bughah) sebagai satu kenyataan yang “keras dan keterlaluan”.

“Dalam Perkara 10 perlembagaan negara, rakyat dibenarkan untuk berhimpun tanpa senjata. Perhimpunan yang dilaksanakan oleh anak muda bersama-sama rakyat jelata itu bukan nak menentang kerajaan.
“Jadi saya tidak bersetuju dan tidak timbul bughah kerana kita bergerak dalam konteks demokrasi. Kecuali kalau membawa senjata untuk menggulingkan kerajaan.

“Itu satu tuduhan yang keterlaluan. Terbukti ia himpunan aman dan bergerak dalam lingkungan perlembagaan. Apa masalahnya?” kata Suhaizan.
“Kita tidak bersetuju. Pandangan itu terlalu keras terhadap anak muda. Kita hanya mahu kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tapi dituduh bughah pula,” katanya.
—Malaysiakini


GERAKERJA DAN KEKUATAN PEMUDA UMNO
Syok sendiri

PEMUDA UMNO - "lifestyle" membawa padah

Blogger Pro UMNO Ancaman Kepada Negara, Mengugut Untuk Memberontak Jika Tidak Diberi Bayaran Lumayan - Ibdillah Ishak??

"Kami juga bersetuju dengan pandangan YBhg. Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personalit awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting - posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara yang tidak sehonoh.
Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari."
Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Rembau Times yang mendedahkan rupanya selama ini Blogger Pro UMNO dibayar oleh Kerajaan. Kenyataan itu sebelum ini pernah disebut oleh Pengerusi Media Baru PPUM yang diagungkan oleh Rembau Times tetapi dinafikan oleh Ibdil menyatakan beliau tidak pernah menyebut demikian tapi hari ini keluar balik kenyataan itu tapi dari siapa... Ibdil atau KJ?
"Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari.

Akan tetapi, pembahruan yang cuba dilakukan oleh YBhg. Sdr Ibdillah mendapat tentangan yang cukup kuat dari golongan bloggers pro UMNO ini. Mereka tetap mahu untuk mengeluarkan posting yang penuh dengan berita berunsur fitnah, maksiat dan hasutan. Mereka mendesak dibayar dengan gaji yang lumayan dan mengugut akan memberontak jikalau desakan itu gagal ditunaikan."
Kahkahkah.....mcambudak-budak
Demi mempertahankan Ibdil Rembau Time telah menuduh Blogger Pro UMNO mengugut, memfitnah dan akan memberontak jika tidak diberikan bayaran lumayan... Benarkan begitu? Siapa Blogger yang meminta bayaran tersebut dan mengapa Ibdil tidak membuat laporan polis jika diugut?  


"Dalam pada itu, krisis yang serupa melanda Pejabat Perdana Menteri. Disebabkan ada segelintir bloggers yang merasa kecewa ataupun telah disuap oleh golongan yang anti-Najib, maka mereka telah bertindak diluar batasan untuk memfitnah Dato Seri Najib bersama isterinya dan merendahkan martabat pemimpin negara dikalangan rakyat mahrean. Pekara lapuk dan dakyah ekonomi songsang telah dibawa mereka untuk memberi gambaran seolah-olah Dato Seri Najib tidak arif dalam mengurus ekonomi negara, malah telah menidakkan usaha Perdana Menteri dalam merendahkan kadar defisit negara sebagai tindakan ala "penny wise, pound foolish".
PEMANDU - PENASIHAT EKONOMI PM
Rembau Time juga ada menyebut Blogger yang kecewa ataupun telah dibayar oleh golongan anti Najib bertindak luar batasan memfitnah PM Najib dan Isterinya... Disini sekali lagi jika benar ada bukti mengapa Ibdil tidak laporkan kepada polis atau SKMM dan isu ini rasanya Papa Gomo boleh jelaskan kenapa PMO diserang kot?
"Boboy RISAU takut kedudukan PM menjadi goyah."
"Oleh demikian, kami berharap kedua dua pihak dapat menasihatkan Jemaah Menteri dan Majilis Tertinggi UMNO supaya mengguna pakai apa jua peruntukan untuk melawan balik ancaman bloggers pro UMNO. Jangan biarkan pemberontakan ini mendapat tempat dan hati dikalangan masyarakat mahrean dan pembesar UMNO sehingga kedudukan PM menjadi goyah."
Dan akhir sekali merupakan Part yang paling menarik bila mereka meminta Jemaah Menteri dan MT UMNO menggunakan segala peruntukan yang ada untuk melawan balik Blogger dan menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Negara... WooooWWWWWW!!! Hebat!!
Oleh itu kepada sesiapa blogger dan pengamal media  yang baca blog aku hari ini kita sama-sama mintak Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengemukakan bukti apa yang disebut oleh Rembau Times itu yang menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Kepada Negara, Mengugut dan Memfitnah beliau.

Jika tidak ada maka Ibdillah telah berbohong dan dengan sengaja mahu menafikan peranan blogger Pro UMNO yang selama ini telah melakukan apa sahaja untuk mempertahankan UMNO. 

Jika Ibdilah tidak mengatakan demikian maka Ibdillah Ishak Wajib Menyaman The Rembau Times dan buktikan bahawa apa yang dikatakan itu tidak benar!! Silakan


PEMIMPIN UMNO Sengaja Tunjuk Kekayaan dan Gaya ELIT Di Saat Rakyat Memberontak Hidup Dalam Kesusahan


LIFTSTAYLE - Mat-mat Poyo PEMUDA UMNO

Di saat rakyat dalam negara ini berada dalam kesulitan dihimpit dengan kesempitan hidup masih ada lagi Pemimpin UMNO Bodoh  yang menunjuk-nunjuk kemewahan dan Gaya Hidup Elit kepada masyarakat.
Kenapa Rakyat marah sangat?
UMNO semakin hari semakin dibenci oleh rakyat dam setiap hari kebencian itu meluap-luap akibat daripada provokasi yang danjurkan parti pembangkang hinggakan apa sahaja yang tidak kena dihati mereka maka kerajaan adalah penyebabnya.
Kebencian itu datang dari mana? Salah satu penyebabnya adalajlagak gaya hidup mewah PEMIMPIN UMNO  yang sengaja menunjuk-nujuk kerana itu adalah #LIFSTYLE mereka dan kononnya dengan gaya itu dapat menarik golongan muda untuk bersama mereka seterusnya dapat memenangkan UMNO BN pada Pilihanraya akan datang.
Perkara ini sudah lama berlaku tetapi sejak akhir-akhir ini ia menjadi RASMI apabila KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA yang juga MENTERI BELIA DAN SUKAN iaitu YB KHAIRY JAMALUDDIN melantik "Ibdilillah Ishak " untuk menjadi ketua atau Panglima kepada BIRO MEDIA BARU PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Apa sebenarnya tujuan Khairy KJ melantik mamat ini tidak dapat diketahui namun yang pastinya ia telah memberikan imej buruk kepada PEMUDA UMNO.

Lihat sahaja kebelakangan ini dimana sahaja ada program UMNO Malaysia sudah pasti ianya menjadi bahan serangan bukan sahaja dari parti pembangkang tetapi dari AHLI UMNO sendiri.
Mengapa ianya terjadi? Sebab kebodohan +Ibdilillah Ishak yang dengan sengaja menghina Pejuang-Pejuang Maya dengan mengepikan peranan mereka selama bertahun-tahun lamanya berjuang dalam UMNO tanpa bayaran tetapi +Ibdilillah Ishak mengiayakannya dan sehingga hari ini si Mamat ini mengakuinya bila bersembang degan orang ramai.
Bila di depan pengamal Media Si Ibdil ini tidak akan mengaku tetapi bila bersembang dengan orang lain berbagai-nagai perkara buruk tentang pengamal media diceritakan. Apakah Si  ini ingat mereka-mereka itu bodoh seperti kebodohan dan lagaknya!!
KJ - Ibdilillah Ishak belajaq dari Aku
Samada Khairy KJ Mahu mengaku atau tidak ini satu kesilapan itu terpulang keapdanya tetapi apa yang bakal berlaku jika +Ibdilillah Ishak  ini tidak disingkirkan dari kepimpinan UMNO sudah pasti ianya akan menjadi titik kelemahan yang menjadi serangan musuh hingga boleh mengakibatkan masalah besar keapada UMNO satu hari nanti.
Imgatlah KHAIRY KJ !!! Rakyat benci melihat gaya hidup yang kamu dan pemimpin kamu angungkan ketika ini!! 
Apa sekalipun niat kamu atau mungkin kamu mahu melihat kerajaan ini tumbang dengan melatakkan si IBDIL ini didalam pemerintahan UMNO, Pejuang-pejuang UMNO takan berdiam diri dan jangan salahkan mereka jika serangan demi serangan menghala kearah kamu kerana kebodohan IBDILLAH ini

 
Portal Ini Dikemaskini Oleh
Caribbean Rebel (Abu Thahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM 
Diselia Oleh
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2012/07/aktiviti-samm-seluruh-tanahair/#sthash.DQubSwcg.dpuf

Melayu Tolak Najib, kenapa?. 

Bagaimana pendapat anda?
Tahniah kpd pengundi kajang yg menolak calon MCA, bukan bererti aku sokong pembangkang tetapi aku lebih suka parti yg berorintasikan gunting dalam lipatan tewas, mereka lebih merbaya dari DAP, lebih DAP dari DAP.

Janji mereka untuk tidak menerima jawatan kabinet dan kerajaan adalah hipokrik apabila mengubah pendirian - parti tauke takkan mampu 'telan air lior' shj. mereka tidak menghormati maruah parti mereka di kalangan orang cina sekadar mengejar pangkat dan jawatan. mereka tidak ada kesabaran untuk mendapatkan semula kepercayaan drpd masyarakat cina. mca sudah hilang keistimewaan !!!

The Star anjing peliharaan MCA dibiar bebas memburukkan Kerajaan, Islamelayu - inikah yg umno anggap kawan setia? Dalam diam mereka sokong DAP!

Kekalahan ini juga memberi satu pengajaran kpd umno bahawa nasib mereka juga akan sama jika berdepan dengan PAS, dan mungkin akan hilang segala-galanya di pru14.

  UMNO kena ingat - pembangkang tidak turun dengan kekuatan 100% di Kajang kerana PAS boikot secra diam dan terdapat perbalahan dalam kem PKR sendiri malah calonnya pun, bidan terjun - itupun mereka masih mampu menang.

Melayu masih tolak Najib !
Cina tolak Najib dulu, sekarang dan selamanya - itupun kalau sedar diri. UMNO kena balik kepada Islam menggantikan PAS yg sudah dihanyutkan.

Tulisan ini dibuat berdasarkan sumber bn tewas dan tersungkur di Kajang..


AMUKANMELAYU  Aku hanya Bloger's jalanan......aku hanya melahirkan pendapat dan mengutip rencana-rencana yang di tulis oleh blogers-blogers lain yang aku kira sependapat dengan aku. Dalam pemerhatian aku.....PEMUDA UMNO adalah POYO.




SAMM TERUS MARA BERSAMA PROGRAM ANAK MUDA DAN KEMASYARAKATAN

Submitted by on July 23, 2012 – 11:02 AMOne Comment
Klik di bawah untuk ke Laman FB SAMM
amaran

Portal Ini Dikemaskini Oleh
Caribbean Rebel (Abu Thahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM 
Diselia Oleh
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2012/07/aktiviti-samm-seluruh-tanahair/#sthash.DQubSwcg.dpuf

SAMM TERUS MARA BERSAMA PROGRAM ANAK MUDA DAN KEMASYARAKATAN

Submitted by on July 23, 2012 – 11:02 AMOne Comment
Klik di bawah untuk ke Laman FB SAMM
amaran

Portal Ini Dikemaskini Oleh
Caribbean Rebel (Abu Thahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM 
Diselia Oleh
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2012/07/aktiviti-samm-seluruh-tanahair/#sthash.DQubSwcg.dpuf

SAMM TERUS MARA BERSAMA PROGRAM ANAK MUDA DAN KEMASYARAKATAN

Submitted by on July 23, 2012 – 11:02 AMOne Comment
Klik di bawah untuk ke Laman FB SAMM
amaran

Portal Ini Dikemaskini Oleh
Caribbean Rebel (Abu Thahir)
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM 
Diselia Oleh
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2012/07/aktiviti-samm-seluruh-tanahair/#sthash.DQubSwcg.dpuf