Friday, 11 April 2014

ZAHID SUDAH TIDAK SESUAI MENJADI NAIB PRESIDENT UMNO


NAIB PRESIDENT UMNO - Satu darinya perlu di singkirkan.

Erti Taat Setia: Kerajaan Malaysia yang baikkah atau Menterinya yang tiada pendirian...?


Pada satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang tumpu bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong, dan telah lama menetap di UK.

Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu itu bekerja dan ingin bertanya sesuatu.

"Saudara dari Malaysiakah?" "Ya, jawab pelajar itu." "Boleh saya tanya satu perkara."

"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.

"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita itu.

Pelajar lelaki itu terpinga-pinga? "Mengapa puan tanya soalan begitu?" "Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."

Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada. "Pernahkah puan melawat Malaysia?" "Tidak pernah," kata guru itu ringkas.

"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."

Jawab pelajar itu lagi "jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."

Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.

"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."

Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang.

Itu adalah dialog oleh seorang sahabat kepada saya baru-baru ini, yang telah lulus pengajian peringkat doktor falsafahnya di negara itu. Di luar negara ramai rakyat Malaysia yang suka memburuk-burukkan negara sendiri.


Mereka menuduh yang bukan-bukan. Mungkin juga ramai yang membuat tuduhan seperti itu kerana mereka mahukan perhatian, simpati, belas kasihan atau kerana mereka ada hati mahu tinggal terus di negara beriklim empat musim itu.

Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.

Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.

Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau stateless. Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.

Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.

Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita itu berbunyi begini:

GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.


Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Berita lanjut mengenainya baca di sini: http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-rep

Bacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:

*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/

*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html

*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html

Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.

Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba. Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini, bimbang nanti dituduh rasis pula. Tetapi fikir-fikirkanlah. Benarkah kita ini terlalu lurus bendul? Allahualam.

Dan terus doakan MH370.

Oleh : Zaini Hassan

ISU 1000 PASPOT BOC ADALAH PALSU.. !



TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC) ADALAH DUSTA BELAKA!

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang  Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963. 

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia  kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia. 

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa .by GAP KEMBALI
 
 

AMUKANMELAYU - Pemimpin PAS dan UMNO perlu ada HATI MELAYU.