Thursday, 29 May 2014

MELAYU BARU - MENCACI JENAZAH ITU KERJA MULIA



کيني! د معلومکن اوليه مب ڤراق سچارا راسمي هلامن ماي چيڤور کامڤوڠ کو ممنجڠکن کڤد رعيت کبوه دولي يڠ مهامليا توانکو سلطان ازله شه، سلطان نݢري ڤراق دارول ريدذوان تله مڠکت دان کيني نݢري ڤراق نݢري بردولت سرتا ججاهنڽ د ڤڠکو اوليه انقندا توانکو راج نازرين شه.   
   

KINI! DI MAKLUMKAN OLEH MB PERAK SECARA RASMI HALAMAN MAYA CHEPOR KAMPUNG KU MEMANJANGKAN KEPADA RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHAMULIA TUANKU SULTAN AZLAH SHAH, SULTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TELAH MANGKAT DAN KINI NEGERI PERAK NEGERI BERDAULAT SERTA JAJAHANNYA DI PANGKU OLEH ANAKANDA TUANKU RAJA NAZRIN SYAH.





لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُاَ
للّبسم الله الرحمن الرحيمهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّ
دنا مُحَم
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


AL FATIHAH
Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.
Sekian.


28hb Mei,2014
1.38pm

Rasulullah SAW - Mencaci sesama Islam itu adalah kerja orang yang fasik

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Di Khianati

Tujuh wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis kerana kerajaan yang memerintah tidak menjalankan amanat ini.

irwan fahmiPETALING JAYA: Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris (gambar)  mendakwa kerajaan yang ada amat lemah lalu mengalihkan kesalahan kepada orang lain.
Menurutnya, sudah menjadi fitrah manusia yang tidak suka mengaku kesalahan sendiri.
“Siapa yang memerintah negara sekarang? Dan siapa yang mengkhianati siapa sehingga terhakis tujuh wasiat Raja-Raja Melayu?” soal beliau dalam twitternya kepada FMT.
Katanya lagi, ternyata tujuh wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis kerana kerajaan yang memerintah tidak menjalankan amanat ini.
Ketujuh-tujuh wasiat itu adalah seperti berikut:-
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

MCMC buat la kerja..! jangan makan gaji buta ajer..! 

Kebiadapan dan kekurangajaran ini berlaku kerana sikap kamu di MCMC/SKMM dan pihak berwajib yang bacul mengambil tindakan tegas..! Keberanian dan ketegasan perlu..! Ianya juga asas kepada pemerintahan yang bijaksana..!



Jangan sampai rakyat mengambil tindakan sendiri!!! Apakah itu yang pihak diatas tu mahu? -


LAGI PENGHINAAN KE ATAS SULTAN!!!



Rosak dah budak ni..
Dap tak rasuah?? Cina kalau meniaga tak rasuah tak huluq bukan depa la..
Dap terima hudud selepas dipujuk? Lawak antarabangsa apakah ini.?
Baru je semalam kakak angkat Ali iaitu Teresa kok bantah Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Tu pun cacai Pr sekor pun tak bunyi..
Tapi bila mahu Umno dihapuskan ini sudah melampau ! Cukup kurang ajar.
tapi aku faham kerana si Ali dah hilang arah tuju hidup dan pertimbangan rasional dek kerana termakan doktrin pakatan yang songsang.
Tapi bila mahu sultan dan raja sebagai payung negara dan negeri dihapuskan, ini tidak boleh dimaafkan lagi. Sesuatu tindakan keras harus dikenakan terhadap budak hingusan biadap ini!
Sudah keterlaluan!


 
Lagi…


Lagi…




Maknanya…

translation: damn it..why he died all the tv pray for him.if najib and rosmah died all malaysia tv channel will pray for 3 days is it? if yes,i hope that day come as soon as possible, and i will join to pray too.

Lagi




Lu Fikir La Sendiri!!! - SUMBER

AMUKANMELAYU - Kejatuhan sesuatu Bangsa itu bermula dengan PENGHINAAN KE ATAS BANGSANYA SENDIRI