Thursday, 29 May 2014

RAJA NAZRIN DILANTIK SEBAGAI SULTAN PERAK YANG KE 35



دولت توانکو
دولت توانکو
دولت توانکو

 

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

Olak Lempit - 01 Saaban 1435, Khamis. Hari ini dalam titah pertamanya selepas di lantik menjadi Sultan Perak, Baginda bertitah dan bersumpah "akan memerintah negeri itu menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah".....

Ampun Tuanku.....dalam maknanya TITAH TUANKU ini.....kalau begitu bagai di kata.... hamba menjunjung Perintah Duli Tuanku....lagi cepat, maka banyaklah baiknya...kerja yang baik ini jangan di tangguh-tangguhkan. Ampun Tuanku.

RAJA Dr. Nazrin Shah, 58, hari ini dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu. Perisytiharan dibuat di Istana Iskandariah. Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14petang tadi.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dilantik Raja Muda Perak yang baharu. Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak. 

Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.



Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak yg baharu, bersumpah akan memerintah negeri itu menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah-Bernama

 دولت توانکو
دولت توانکو
دولت توانکو













Senyuman Terakhir Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah sebelum pergi menemui Ilahi


Di hari hari terakhir sebelum kemangkatan Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, cucu dan cicit datang berduyun menziarahi Baginda tuanku.

Inilah senyuman terakhir kenang kenangan dari Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, seorang Sultan contoh yang terbaik dari segi penampilan, kecerdikan, kepintaran, pendidikan, perundangan dan hebat di bidang sukan terutamanya Hoki
dan di bawah ini pula upacara permakaman  Di Raja telah berjalan dengan suasana kesedihan yang tidak terhingga di hati rakyat jelata. Suasana pilu yang tidak dapat  digambarkan  susulan  kemangkatan Sultan Perak yang ke 34 semalam. 



  10291278_10152226980883687_2899296093272772222_n 

  10297776_10152227030488687_4238689096904090786_n 

  10301191_10152226953878687_861855630519144012_n 

  10308880_10152227074288687_1730535413882473163_n 

  10322451_10152226981193687_1409756834380119009_n 

  10347624_10152227075108687_482277836629737323_n 

  10351172_10152393481515600_4961778480112738498_n 

  10371477_10152226980663687_1655630914578194681_n 

  10376734_10152227075408687_6988422920758818071_n 

  10403659_10152226954368687_8469364607724705561_n 

  10410403_10152227033748687_7412047561671828174_n 

  10417510_10152227046658687_6186954898546033237_n 


  10426759_10152227074573687_9066425293583668933_n



AMUKANMELAYU - I'm follow....