Sunday, 18 May 2014

MELAYU DAH MENYAMPAH DENGAN UMNO?


PRK Teluk Intan adakah UMNO/BN masih sedap membuta buat air liur basi, tengah sedap mimpi basah atau pun sebaliknya??? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar atau tidak bahawa prestasi mereka sekarang sudah mula merudum...

Betul atau tak?? Apa pendapat korang?

Jika benar penamaan calon nanti DAP meletakkan calon awek cun ini, adakah pengundi Teluk Intan yang majoritinya Cina boleh memberikan mandat baru pada calon awek Melayu nie atau masih kekal dengan sentimen perkauman??

Kalau kita ajukan soalan kepada pimpinan UMNO apakah Melayu sudah kembali menyokong UMNO? Jawapan selamba tahan konfiden mereka akan berkata 'Off Course Bro!"
"BRO.....lepas ambil gambar kita blah lah"......

Adakah mereka tahu dengan peratusan pengundi muda yang dah mula 'menyampah' dengan UMNO/BN? Jika mereka tahu, apa yang Pemuda dan Puteri UMNO/BN buat? Masih ditakok pemikiran lama ker? Tolonglah bro...jangan duk mengalamun lama sangat, nanti apa pun tak boleh tau!!

Malah ramai pimpinan UMNO berpendapat pada PRU 13 2013 yang lalu, hanya undi kaum CINABENG sahaja yang membuatkan UMNO/BN senak perut disemua peringkat samada DUN mahupun Parlimen. Mereka yakin bahawa pengundi orang melayu yang keluar mengundi pada tanggal 5 Mei 2013 pastinya telah pun memangkah UMNO-BN pada kertas undi masing masing.

Menjelang PRK Parlimen Teluk Intan sudah berkumandang cerita DAP mahu 'check-mate' pengundi pengundi melayu di Teluk Intan. Anak muda berbangsa melayu kelahiran famili UMNO akan menjadi taruhan parti paling Chauvanist dalam dunia.

DAP diberitakan akan meletakan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon. Awek Melayu kacukan cina berusia 26 tahun yang bertugas sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini akan digilap untuk menggantikan 'aura' Nurul Izzah sebagai Ikon anak muda.

PM Najib, TPM Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO/BN harus fikirkan kenapa ramai pengundi muda tidak lagi berminat dan berselera dengan UMNO/BN? Kenapa mereka lebih cenderung dan lebih meminati untuk menyokong Pakatan Pembangkang?

Kalau dibuat segmentasi diagihkan pecahan kelompok pengundi, sudah pastilah golongan pengundi muda amat sukar untuk menyokong penuh pimpinan UMNO/BN.

Kalau dibuat perbandingan, tradisi dan budaya UMNO-BN masih lagi membariskan ramai pimpinan yang dah melepasi waktu maghrib dan Isya'. Maksudnya golongan usia '5 Series'. Terlalu sedikit tokoh tokoh muda yang mewakili UMNO.

Tolonglah buka mata, lakukan sesuatu demi menyelamat dan mempertahankan Kerajaan yang mentadbir sekarang. Jika DAP berjaya dengan 'muslihat' mereka di Teluk Intan ini, nampak gayanya sentimen pengundi bukan atas dasar RACIST...bukan atas dasar calon cun melecun...tapi mungkin hati mereka dah MENYAMPAH teruk dengan UMNO/BN. Fikir-fikirkanlah....

IBU
TELUK INTAN 17 Mei - Ibu kepada Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, menyifatkan pemilihan anaknya sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu risiko cukup besar yang terpaksa dihadapi parti itu.
Jelas Yammy Samat, 59, selain DAP boleh kehilangan kerusi Parlimen tersebut yang telah dimenanginya sejak 2008, parti juga berhadapan risiko kehilangan sokongan pengundi lain berikutan meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi kaum Cina.
“Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.

“Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini. Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya,''katanya yang juga ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Kenangan lalu....kini berulang kembali

Beliau ditemui ketika mengiringi Dyana Sofya dalam majlis pengumuman calon DAP PRK Teluk Intan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Bandar Baru di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yammy ketika diminta mengulas tentang perbezaan haluan politik antaranya dengan Dyana Sofya berkata, sokongannya terhadap calon DAP itu atas kapasiti sebagai ibu wanita itu.
“Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' katanya - Utusan Melayu (M) Bhd

UMNO Jangan Cemburu, apabila ada orang melayu seperti Dyana Sofya Daud Dan Ibunya

Dyana anak Ibu....
Pemimpin melayu terutama Umno jangan cemburu, apabila ada orang melayu seperti Dyana Sofya Daud calon DAP bagi PRK Teluk Intan, akhirnya menentang Umno dan BN. 
Dyana di masa kecilnya di momok oleh keluarga Umno, kerana ibunya sendiri adalah pemimpin veteran wanita Umno.
Dalam usia relatif muda, selepas tamat daripada UITM, institusi yang menjadi kilang kepada pemikir melayu/bumiputera dan biasanya condong kepada Umno dan BN akhir berkhidmat dengan sebuah parti yang berjuang untuk menghapuskan kedudukan dan hak melayu/bumiputera.
Dyana, 27 selepas PRU-13, dilantik sebagai Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, selepas memasuki DAP pada tahun 2012, dan berkempen di Parlimen Gelang Patah, untuk mengalahkan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Kini, selepas membuat pendirian, bahawa sudah tiba masanya hak semua rakyat di negara ini perlu samarata, perlu menyokong Malaysian Malaysia,maka Dyana dipilih sebagai calon, dan melihat kepada keadaan dan catatan atas kertas, hanya menunggu masa untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru.
Kawasan Teluk Intan, walaupun kawasan Gerakan, namun sejak tahun 2008, kawasan itu menjadi milik DAP. Dan kawasan itu akan terus milik DAP, atas sebab tiada perubahan luarbiasa berlaku pada kawasan itu, yang memungkinkan pengundi yang memenangkan DAP perlu berubah.
Walaupun mantan MP dan mantan calon Gerakan dan kini Presiden Gerakan, dipertaruhkan oleh BN, untuk merampas kawasan itu, nampaknya, usaha itu ibarat mendaki gunung Everest, boleh berjaya boleh juga tidak, sebaliknya, calon DAP Dyana, bagaikan memandu kereta Mewah memandu di leburaya, daripada Tol Sungai Besi ke Tol Skudai Johor, mulus dan selesa.
DAP sejak ditubuhkan, memang mempunyai perjuangan agar kesamarataan untuk semua rakyat, atas sebab itu, walaupun pernah dipelawa menyertai BN, parti itu menolak, sebaliknya meneruskan agenda, sepertimana diperturunkan oleh Lee Kuan Yew kepada Lim Kit Siang; bahawa untuk menguasai melayu, perlu menggunakan melayu; sepertimana yang dilakukan PAP di Singapura tahun 60-an dan 70-an. Kini, melayu di Singapura, tidak boleh berbuat apa-apa lagi, selain minoriti, juga tidak mempunyai kawasan khas lagi, sebaliknya, sejemput sana sejemput sini.
Umno bukan sahaja berdepan dengan penghakisan sokongan kerana tindakan PKR dan PAS kini ditambah lagi oleh DAP. Atas sebab itu, Umno jangan cemburu, jika dalam masa terdekat, akan ramai lagi Dyana akan muncul, atas sebab para pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, sanggup mengetengah pemimpin muda, sebaris dengan mereka; di mana keadaan ini, terlalu sukar berlaku dalam kepimpinan Umno atau BN.


AMUKANMELAYU - Kemana kita selepas ini?