Tuesday, 20 May 2014

APA YANG MEREKA MAHU SEBENARNYA




 

Model Seksi Playboy, Belum Islam Pakai Tudung




 Felixia Yeap pakai tudung, walau belum Islam..

LANGKAH bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim,

Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan  sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu.



Anak kesayanganku

Setiap bayi yg lahir adalah dalam keadaan suci.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa).Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” –(Hadis riwayat Bukhari)

Mohd Taib Kamin DAP tidak membuka peluang kepada anak muda Melayu. Sebenarnya DAP sedang memerangkap anak muda Melayu yang lemah dan tiada jati diri. Percayalah mereka melabur wang ringgit yang bukan sedikit. Setiap pelaburan pasti akan ada pulangan. Orang Melayu tidak TERPIKAT dgn idelogi DAP tetapi dipikat dengan janji kemewahan. Orang Melayu yang tidak sedar diri ini sanggup menjadi abdi DAP.

  

UMNO DALAM DELMA - YAMMY SAMAD CABAR UMNO PECAT KEAHLIAN BELIAU

EKORAN daripada kenyataan veteran UMNO semalam mendesak UMNO melucutkan keahlian Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, ini jawapan daripada Yammy Samad. Beliau menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan. Yammy berkata tiada masalah jika veteran UMNO serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi. Sudah ada desakan veteran untuk memecat beliau. Itu terpulang. Jika betul, hubungi beliau. Jangan  asyik menyalak sahaja, kata Yammy. 
Seperti yang di ketahui umum, semalam, Media melaporkan Setiausaha Agung veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Maka, Yammy Samad menjawab, Kenapa tidak hubungi  terus dan beliau akan berikan jawapan, katanya kepada salah sebuah portal Pro-Pembangkang, hari ini.
Menurut kata Setiausaha Agung veteran UMNO, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. Persoalanya, kenapa Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tengku Adnan diam membisu, tiada reaksi dari beliau? Takut ke? Kalau takut, lebih baik jadi pondan dari jadi lelaki. Pecat Yammy Samad tidak bererti UMNO dibenci. Ahli-ahli UMNO tetap ada di belakang. Dulu, kini dan selamanya. Wasallam


 

 



AMUKANMELAYU - Tiada lagi yang ku pinta......tiada lagi yang ku punya......tiada lagi yang ku harap dari mu...................