KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin tertinggi Umno-BN yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sejak kebelakangan ini didakwa sekadar membawa agenda politik tersembunyi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan terbuka pelbagai pihak termasuk timbalan perdana menteri sendiri tidak menunjukkan kesungguhan Umno-BN untuk melaksanakan hukum syariat itu.

"Sedetik pun saya tiada keyakinan Umno jujur untuk menyokong melaksanakan hukum hudud ini.

"Bagaimana dia (Umno) boleh menyokong Kelantan sedangkan mereka sendiri menolak hudud di Terengganu," katanya kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keyakinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa hukum hudud bakal jadi kenyataan berdasarkan maklum balas positif secara terbuka termasuk pimpinan tertinggi Umno.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, sokongan Umno-BN didakwa hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen PR seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.

"Apabila Umno hilang 2/3 majoriti, ketika tiada tanda-tanda sokongan rakyat kembali pulih Umno-BN, tiba-tiba mereka sokong Kelantan laksanakn hudud.

"Saya percaya sokongan Umno itu hanya bertujuan memecahbelahkan PR," dakwanya.

Jelasnya, satu masa dahulu, Barisan Alternatif (BA) berpecah akibat isu negara Islam yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor namum tidak disepakati oleh DAP dan Keadilan.

"Semua orang tahu kesan politik pada 2004 itu adalah pencapaian terbaik Umno-BN di negara kita.

"Apa sahaja isu yang bertujuan dan ada potensi untuk memecahbelahkan PR, Umno akan mencuba seberapa daya mungkin," dakwanya.

Tambahnya, lebih menghairankan lagi apabila sikap bermuka-muka pemimpin Umno-BN kian terserlah sedangkan mereka sebelum ini lantang menetang keras pelaksanaan hukum hudud.

"Saya tidak boleh padam dalam ingatan saya serangan menemplak hudud datang dari Tun Dr Mahathir Mohammad...datang daripada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ...hatta daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sendiri.

"Serangan luar biasa dengan alasan tidak adil sebab yang kena potong tangan orang Islam sahaja, akibatnya orang Islam tidak produktif, bukan Islam pula akan lebih maju di negara kita," katanya lagi.


AMUKANMELAYU - Sebahagian dari orang yang MURTAD bukan kerana DAKYAH dari Ugama lain tapi ianya datang kerana MELAYAN NAFSU dan KUASA. Buktinya lihat selepas KEWAFATAN RASULLULLAH......