PEMIMPIN UMNO DAN PAS DAH HILANG MINAT UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN ISLAM DAN MELAYU..............
Dah Tembak Belum ? ? Bunyi takde tapi keluar asap ... |
"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah, jenayah itu tidak dilakukan lagi. Bagaimana anda boleh menangkap seseorang jika orang itu tidak melakukan jenayah?"
Akhirnya Najib bersuara dalam isu Kewajaran ISA Dihapuskan ......
"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah, jenayah itu tidak dilakukan lagi. Bagaimana anda boleh menangkap seseorang jika orang itu tidak melakukan jenayah?
"Jika disebabkan syak wasangka semata-mata, adakah ia alasan yang mencukupi bagi asas undang-undang pencegahan?
"Perlu ada keseimbangan," kata Najib dalam sidang media di Putrajaya hari ini.- Mkini.
Priority itu keutamaan. Dalam masyarakat, keutamaan itu berbeza mengikut individu.
Dalam politik keutamaan bergantung pada dasar dan latar belakang parti.
DAP - Keutamaannya mahu menghapuskan HAK ISLAM DAN MELAYU. Ini tak boleh disangkal.
PKR - Keutamaannya adalah senantiasa berdoa agar negara dalam keadaan chaos.
hanya dengan kaedah chaos sahaja yang memungkinkan anwar menjadi perdana
menteri, setelah diiktiraf oleh penaja-penaja yahudinya yang lama
idamkan tanah melayu, kawasan hujung paling asia yang menguntungkan dari
sektor laluan perdagangan.
PAS - Keutamaan atau priority nya adalah... mereka tiada priority. mereka berubah mengikut bidalan adat. Jika masuk kandang kambing, maka jadi kambinglah mereka.
Jika masuk kandang kerbau, maka kerbaulah mereka. Maka dek kerana itulah mereka keliru dan mengelirukan.
UMNO/KERAJAAN - Kerajaan yang di tunjangi UMNO ni berubah mengikut situasi dan keadaan dan ianya sentiasa meletakkan AGAMA, BANGSA dan TANAH MELAYU di hadapan perjuangannya "DULU KINI DAN TAK SELAMANYA"
Bermula dengan pasca
1946, momentum kebangkitan Melayu adalah mempertahankan maruah. Maruah
disebut dalam 3 konteks KEUTAMAANnya atau PRIORITY yang sentiasa menjadi asa kepada perjuangan UMNO dan PAS.
Selepas Merdeka, kita mula fokus pada Nation Building. Dr Mahathir pada tahun
1946 sewaktu menjadi ahli saberkas telah mengesyorkan agar orang melayu
mesti menghapuskan orang tengah dalam menjalankan aktiviti pertanian
perniagaan.
...huuuhhh... sampai sekarang masalah ni tak selesai.
Saranan Dr Mahathir pada waktu itu bertujuan mengumpulkan orang Melayu untuk
mengusai bandar. mengusai kawasan bandar dan priority utamanya adalah
mengkehendaki melayu mengusai ekonomi, dari menjadi pelopor pertanian ke
perniagaan.
Aziz Ishak merupakan Ketua Perhubungan UMNO Selangor yang pertama. Dia
dipecat oleh Tunku dalam kabinet kerana tidak sependapat mengenai idea
perlunya monopoli Melayu dalam kilang baja urea.. sewaktu itu ekonomi
pertanian di Malaysia bidang nya dikuasai British.
Aziz Ishak mengambil keputusan keluar parti. pada waktu itu dia dilihat
salah, namun setelah 2014 public mendapati pandangan nya itu adalah
benar jika mengikutkan situasi sekarang.
Onn Jaafar keluar UMNO dan menubuhkan IMP kerana priority nya adalah cuba
menubuhkan parti berbilang kaum yang pada hakikatnya pada waktu itu
tidak amat sesuai mengikut zaman.
Keadaan bergerak maju. Negara semakin mengalami perubahan mengikut zaman pemerintahan.
Tun Razak terpaksa melakukan pembinaan nation building selepas 13 may berlaku.
DEB dijadikan landasan , ianya selaras dengan kehendak perlembagaan.
Dato Haron Menteri Besar Selangor merupakan antara arkitel membina Melayu di Selangor pasca 13 may.
PKNS ditubuhkan bagi merealisasikan agenda Dr Mahathir pada tahun 1946,
iaitu mengumpul pusatkan Melayu dalam bandar dan sektor ekonomi.
Kawasan
penempatan baru ditubuhkan oleh Dato Haron di Selangor. subang jaya,
petaling jaya ,cheras dan akhirnya shah alam menjadi pemangkin kepada
kebangkitan monopoli melayu dalam perbandaran.
Itulah bijaknya keutamaan pemimpin terdahulu. MELETAKKAN PRIORITY KEPENTINGAN SEMASA yang melangkaui masa.
Hussein Onn sekadar meneruskan kerja pentadbiran yang tun razak
legasikan.hussein onn akhiri karier politiknya menyokong S46 yang
menentang umno .
Zaman Dr Mahathir ternyata memberikan impak dan fenomena besar kepada kerajaan dan parti umno.
Zaman
pertanian ditukar kepada zaman industri. dasar pandang ke timur
merupakan indikasi haluan yang perlu rakyat lakukan demi membangunkan
negara.
terlalu banyak listing yang dr mahathir lakukan. dasar ekonomi tak terkira. dasar politik yang menguntungkan melayu apatahlagi.
1987 merupakan tahun gawat paling teruk dalam sejarah negara.
perlu diakui zaman emas ekonomi negara berlaku pada zaman dr mahathir.
1997 argentina negara pertama diserang penyangak matawang george soros. diikuti thailand,indonesia dll.
malaysia
tak terlepas dari serangan. ada pada satu tahap nilaian RM dibanding
dengan USD hampir kepada nisbah yang boleh membawa ke arah bankrap.
anwar
, anak emas yahudi mencadangkan agar malaysia mengikut kehendak IMF.
nasib baiklah dr mahathir tidak terkasima dengan pujukan lahabau ni.
RM
ditambat yang akhirnya selepas beberapa tahun ramai mengakui priority
tindakan dr mahathir menambat matawang RM merupakan satu langkah
brilliant yang sungguh extraordinary.
Dari pertanian, rusuhan,nation building yang akhirnya kepada menjadi naga ekonomi asia, priority pemimpin mula berubah.
Anwar
memasang lingkaran kuasa nya sewaktu menjadi menteri kewangan.
penguasaan media , korporat dan pendidik antara yang menjadi jurubicara
dan lidah anwar.
Anwar
mengambil kesempatan di atas krisis raja-raja. pada 15 jan 1993 anwar
telah MENGGERTAK RAJA-RAJA MELAYU DENGAN UGUTAN MENGADAKAN PUNGUTAN
SUARA dan mengeluarkan kenyataan jika Raja-Raja melayu tidak bersetuju
dengan kehendaknya, maka segala keistimewaan dan hak Raja-Raja Melayu
akan ditarik balik.
Kerana
ugutan Anwar inilah, pada sidang Majlis Raja-Raja Melayu ke 150 telah
menurunkan tandatangan menyetujui pindaan perlembagaan untuk
menghapuskan imuniti.
SELEPAS
INSIDEN INI, ANWAR YANG SEBELUM ITU MENGELUARKAN KENYATAAN TIDAK AKAN
LAWAN GHAFAR PADA PADA KERUSI TIMBALAN PRESIDEN, TELAH PUSING DAN UMUM
LAWAN.
Hasilnya, Ghafar Baba dikabarkan hanya bawak beg plastik je waktu dia dilihat di lapangan terbang.
Paklah
juga ada keutamaan . keutamaannya adalah memperkenalkan menantu dan
menantunya pula tanpa berselindung bercita-cita menjadi PM dalam usia
muda.
Bakal PM Malaysia |
Liberalisme dan keterbukaan zaman Paklah pada hakikatnya telah banyak menghuru harakan sepertimana yang sedang berlaku sekarang.
Paklah memperkenalkan islam hadhari, satu konsep yang ditertawakan oleh Pak Ghafar bila ditanya mengenai ide hadhari ini.
ahh lupa, jambatan bengkok antara cerita hebat paklah yang menuruti priority menantunya yang taksub kepada bisikan kalimullah.
UMNO bernasib baik pasal PAS banyak yang silapnya.
Pengundi Melayu mengundi UMNO kerana PAS dah terlajak jauh.
silap pas adalah dia menghina islam.
silap pas adalah dia menghina melayu.
melayu adalah sensitif jika disentuh 2 perkara ini.
pasca pru ke 13, umno jika dibandingkan kerusi parlimennya dengan pas telah menang besar sekali.
Nazir Razak adalah anak kepada orang yang memperkenal DEB kepada Melayu.
kerana
zaman ini dikira cool jika otak bersetuju dengan pandangan anti status
quo islam dan melayu, maka nazir razak pernah menggampangkan dasar DEB
yang bapanya pernah perkenalkan.
Najib cukup terkenal dengan ide transform sana ,transform sini..
memang
ada yang baik mengenai najib, ini harus diakui. tetapi selepas pru 13,
selepas melayu bagi undi pada umno najib dilihat lebih menjaga kelompok
ide pemikiran yang terlalu membahayakan.
ISA dimansuhkan.
EO dimansuhkan.
akta perhimpunan aman diperkenalkan.
sosma nampak macam singa yang rongak gigi .
kini akta hasutan 1948 bakal terhapus.
majlis konsultansi anjuran najib merupakan satu tindakan yang tak bawa manafaat kepada masa depan islam dan melayu..
setelah beberapa NGO islam membidas 3 dasar RUU yang menggantikan akta hasutan, kini giliran BAPA NEGARA TUN M membidas ide ini.
pembentukan dan rombakan kabinet yang bakal berlaku sebenarnya tak memberikan apa-apa signifikan kepada perubahan undi.
kelakar
sungguh bila ada terdengar cerita kononnya muhyidin akan berundur
selepas pilihanraya negeri sarawak. tukang canang dah buat kerja.lebih
kelakar ada nama lain pulak disebut bakal jadi tpm. eh, kalau betul ada
rombakan kabinet, patutnya muhyidin lah yang layak jadi menteri kewangan
kerana dia layak mengikut merit parti. priority kedudukan leluhur
nampaknya lebih penting daripada nak setttlekan hal PEMANSUHAN AKTA
HASUTAN ini.
RUU adalah ulangan ide Malayan union dah masuk 10 hari, suara pemimpin UMNO langsung tak kedengaran dalam membantah .
RUU jelas cubaannya menghapuskan Hak Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.
BUKANKAH 3 PERKARA INI YANG MENJADI ASAS PENUBUHAN UMNO ?
KENAPA TAK PERTAHANKAN ?
MANA SUARA BANTAHAN ?
APA LAGI YANG NAJIB MAHU HAPUSKAN SELEPAS INI ?
Artikal asal