Sunday, 15 June 2014

SINGA DI BAWAH TAHTA DI RANTAI FAHAMAN LIBERAL

Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan kandungan kitab yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari lalu tidak menjejaskan isu keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Jun, 2014.
PEGUAM NEGARA TIADA KUASA KE ATAS MAHKAMAH SYARIAH?


Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersalah langkah dalam rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-dakwa-jais-salah-langkah-arah-tutup-kes-bible#sthash.r8qirKDl.coA4aX9q.dpuf

Peguam negara dakwa Jais salah langkah, arah tutup kes Bible


Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan kandungan kitab yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari lalu tidak menjejaskan isu keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Jun, 2014.Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan kandungan kitab yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari lalu tidak menjejaskan isu keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Jun, 2014.Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersalah langkah dalam rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.
Gani berkata kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu bukan tulisan yang diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian," kata Gani.

Gani juga menjelaskan kandungan kitab yang dirampas itu tidak menjejaskan isu keselamatan negara. "Jabatan Peguam Negara juga turut mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku tersebut tidak dikawal oleh KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara," katanya.‎
Menurut Gani lagi, tiada sebarang pendakwaan dibuat dan Jais perlu menutup kes tersebut.
"Oleh demikian, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat dan kes tersebut ditutup," katanya.
Mengenai gesaan supaya kitab tersebut dipulangkan, Gani menggesa supaya Jais mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
Bekas Presiden PBM, Lee Min Chong dan Pengurus Pejabat PBM, Sinclair Wong kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai polis, namun kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Serbuan Jais dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menghalang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya-Allah". – 11 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-dakwa-jais-salah-langkah-arah-tutup-kes-bible#sthash.r8qirKDl.coA4aX9q.dpuf

Majlis Agama Islam Selangor tolak keputusan Peguam Negara tutup kes rampas Bible



biblemelatu513 

Polimek mengenai isu rampasan 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara,Januari lalu jadi makin panas.
Ini bila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menolak keputusan Peguam Negara yang arah tiada pendakwaan dan tutup kes rampasan berkenaan.
MAIS membuat keputusan berkenaan dalam satu mesyuarat khas Jumaat ekoran pengumuman oleh Tan Sri Gani Patail Rabu.
.
Pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan pagi Sabtu berkata MAIS semalam keputusan itu kerana meyakini wujud ruang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan.
Katanya, alasan Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak terbabit boleh megelirukan akidah umat Islam kerana Gani berpandangan al-kitab adalah himpunan bukut Taurat, Zabur dan injil manakala Berita Baik merujuk kepada Injil yang terkandung di dalamnya.

Adzib menegaskan, MAIS dan JAIS sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memulihara kesucian  agama Islam khususnya di Selangor amat peka dengan kegiatan dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab  memcemarkan kesucian Islam.

“Ini temasuk menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran Al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada agendadaily Sabtu.   
MAIS juga katanya, menolak keputusan mesyuarat Exco Selangor yang mengarahkan JAIS memulangkan semula kitab-kitab Bible yang dirampas  kerana arahan itu di bawah kuasa mereka.
Sehubungan itu, MAIS mendesak timbalan pendakwaraya  merujuk perkara itu ke Mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.

Gani pada Rabu mendakwa JAIS tersalah langkah dalam rampasan Bible di Selangor Januari lalu, dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.
Katanya, Bible yang dirampas itu bukan diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Sementara itu, Exco agama Selangor Sallehin Mukhyi semalam menyatakan hasrat untuk bertemu Peguam Negara sebelum memulangkan Bible

Pada satu sidang media di Kajang, Sallehin berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Gani bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai pemulangan Bible ke PBM.
Katanya, PBM perlu menunggu sedikit masa lagi bagi membolehkan semua kemelut berkaitan selesai.
“Apabila kita mula mengambilnya dariada PBM, kita melalui proses undang-undang sehingga selesai keputusan daripada Peguam Negara. Proses undang-undang bermakna macam mana cara kita ambil, begitu cara kita pulangkan.

“Kalau PBM boleh menunggu keputusan Peguam Negara sekian lama, saya fikir pemulangannya begitu jugalah,” kata Sallehin.14/6/14- OLEH ROSLAN BIAN







Tiada pendakwaan, Peguam Negara arah JAIS tutup kes rampas Bible........
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tersalah langkah dalam kes rampasan Bible di Selangor Januari lalu dan mengarahkan jabatan berkenaan menutup kes itu.
Menurut Gani lagi, oleh kerana tiada sebarang pendakwaan dibuat dan oleh itu JAIS perlu menutup kes tersebut.

“Oleh demikian, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat dan kes tersebut ditutup,” tegas Gani. Mengenai desakan supaya Bible yang dirampas dipulangkan, Gani menggesa agar JAIS mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Menurut Gani, Bible yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas JAIS itu bukan tulisan yang diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Gani patail“Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Bible yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,” Gani menjelaskan. Gani juga menjelaskan kandungan kitab-kitab yang dirampas itu tidak menjejaskan isu keselamatan negara.

“Jabatan Peguam Negara juga turut mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku tersebut tidak dikawal oleh KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara,” kata Gani.‎
Pada Januari lalu, JAIS merampas lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Bekas Presiden PBM, Lee Min Chong dan Pengurus Pejabat PBM, Sinclair Wong turut ditahan dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
JAIS menyatakan serbuan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor yang berfungsi menghalang masyarakat bukan Islam di negeri itu menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya-Allah” dalam bahan percetakan serta penerbitan masing-masing.-11/6/2014




JAIS MEMAHAMI YANG PEGUAM NEGARA DI BAWAH kuasa Mahkamah Syariah

Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm:

Jangan usik perkara 121 Perlembagaan

Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

23/02/2012

MUTAKHIR ini terdapat usaha sesetengah ahli politik khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mahu mengembalikan kuasa mahkamah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum tahun 1988.

Pada tahun 1988 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A ini mengehadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Cadangan pindaan tersebut sebenarnya dipelopori oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menyaksikan terlalu banyak campur tangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah.

Campur tangan ini telah merendahkan Mahkamah Syariah dan meletakkan ia tertakluk kepada Mahkamah Sivil.

Pindaan yang dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan memartabatkan mahkamah syariah.

Ia juga bertujuan membebaskan Mahkamah Syariah daripada belenggu Mahkamah Sivil.

Hal yang demikian amatlah logik kerana Mahkamah Syariah membuat keputusan berdasarkan jurisprudensnya sendiri yang berpaksikan kepada sumber-sumber hukum Islam manakala hakim Mahkamah Sivil pula tidak terlatih di dalam hukum Islam.

Perenggan 1A kepada Perkara 121 menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah sivil tidak boleh mengenepikan, menolak, mengakas ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Oleh yang demikian Mahkamah Syariah telah dikeluarkan daripada kekuasaan Mahkamah Sivil. - Makcik Sambal Belacan.
June 15, 2014 at 1:49 AM 

Laporan Polis PEMBELA Desak PEGUAM NEGARA Disiasat & Digantung Tugas

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengeluarkan satu kenyataan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh pihak Malaysian Insider. Ia berkenaan isu rampasan Bible yang jelas mengandungi perkataan-perkataan yang dilarangguna di dalam negeri Selangor. Kenyataan Peguam Negara adalah seperti berikut :
"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,"
Pihak PEMBELA mendapati keterangan ini jelas becanggah dengan aqidah Islam dan hukum Syarak kerana beliau menyifatkan Bible Bahasa Melayu yang JAIS rampas itu adalah sama dengan Kitab Injil, Taurat dan Zabur. Sedangkan pada akidah Islam dan hukum Syarak yang sebenarnya kitab-kitab suci yang Allah SWT wahyukan kepada Rasul-RasulNya bukan sebagaimana yang terkandung dalam Bible yang menjadi objek rampasan. Ini adalah merupakan satu dakwaan palsu oleh Peguam Negara yang dilihat cuba memesongkan ajaran sebenar Islam.

Rentetan kepada sikap terhadap kes-kes bertentangan dengan Perlembagaan yang diuruskan Peguam Negara lewat ini membuatkan pihak PEMBELA semakin sangsi dengan kredibiliti Peguam Negara untuk melaksanakan tugasnya di dalam kerangka menghormati Keluhuran Perlembagaan. Peguam Negara dilihat terlalu berpihak kepada rakan-rakan karibnya dalam Kabinet yang sepatutnya berkewajipan untuk memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Negara dan bukan melindungi kitab agama lain yang cuba menceroboh kesucian agama Islam dengan menyalahgunakan nama suci Allah. Ini terbukti apabila Gani sendiri, secara sedar, melakukan kesalahan dengan menggunakan nama Injil kepada bible bahasa Melayu yg dirampas.
Justeru itu, PEMBELA mendapati Peguam Negara telah melakukan satu melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor atau Enakmen Agama Bukan Islam 1988. PEMBELA mendesak supaya beliau mesti disiasat oleh pihak JAIS dan Polis atas perkataannya ini.
Pihak PEMBELA juga mendesak agar pihak JAIS atau Polis membuka kertas siasatan ke atas Peguam Negara dan Malaysian Insider di bawah seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah- Doktrin Palsu atau alternatif di bawah seksyen 13 Melanggar Fatwa atau di bawah seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam( Kawalan dan sekatan) terhadap Peguam Negara dan Malaysian Insider kerana menggunakan istilah Injil sebagai merujuk kepada Bible yang dirampas.

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 3 pagi semalam oleh wakil PEMBELA. Dengan ini, PEMBELA mendesak Peguam Negara disiasat dan digantung tugas buat sementara waktu dalam tempoh proses siasatan dijalankan.



Laporan polis ini adalah merupakan ekspresi kebebasan bersuara yang diamalkan secara aman oleh pihak PEMBELA dalam menuntut Peguam Negara untuk sentiasa bertindak dalam kerangka Perlembagaan dan menghormati Islam sebagai Agama Negara.

AG Dah Bisu?


Agak agak Gani setahil dengat tak apa yang Najib cakap..! buat pertemuan dengan MAIS dan JAIS, dengar dan fahamkan baru buat keputusan..! Jangan buat keputusan sendiri..!

Reti ke Gani setahil ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berunding dengan Peguam Negara (AG) jika ia berpendapat AG perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Peguam Negara baru-baru ini memutuskan bahawa tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut dibuat pada Januari lepas, sekali gus menutup kes berkenaan. 

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata penyelesaian isu rampasan kitab tersebut milik Persatuan Bible Malaysia itu hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan dan semangat Perlembagaan dan Undang-undang Negara supaya ia dapat diterima oleh masyarakat. 
 
"Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mestilah menghormati keputusan yang dibuat," katanya. 

Najib juga berkata kerajaan negeri Selangor, Mais dan Jais yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan semula kitab Bible tersebut atau sebaliknya. 
 
"Sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesucian Islam dan umat Islam dari dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain. 
 
"Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, juga memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan juga kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal atau menyekat perkembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam," katanya dalam kenyataan itu. 

Pada 2 Januari lepas, JAIS menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 kitab Bible dalam usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.
Namun pada 11 Jun, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan. 




AMUKANMELAYU - Apabila PERLEMBAGAAN NEGARA di gubal semasa kita dalam keadaan LEMAH, kita akan banyak "MENURUT" dan jika semasa kita dalam keadaan STABIL kita akan "MENANG"......keadaan sekarang adalah tidak sesuai untuk menggubal PERLEMBAGAAN.....