27 April 2014 merupakan hari yang penuh peristiwa bagi saya.
Saya amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi satu jam bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama. Berada di dalam Dewan Tuanku Canselor Univeristi Malaya bersama beliau, menyaksikan Presiden Amerika keturunan Afrika-Amerika pertama dalam sejarah dan menerima kata-kata galakan dan motivasi daripada beliau sendiri adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Walaupun ramai di antara kita kecewa dengan soalan ditujukan kepada Obama pada sesi soal jawab, kita harus menghargai hasil positif majlis itu dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Young Southeast Asia Leaders Initiative (YSEALI) kerana menganjurkan majlis yang bersejarah dan jarang-jarang berlaku di Malaysia ini. Obama mengambil inisiatif – atau seperti yang dikatakannya, memilih “Untuk bergembira… untuk mendengar terus daripada orang-orang muda,” – meluangkan masa satu jam bersama para pemimpin anak muda dari seluruh Asia Tenggara.
Malangnya di negara kita, tidak ramai pemimpin yang mahu melakukan perkara yang sama untuk melibatkan diri dengan orang-orang muda, menggalakkan mereka untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembinaan negara dan mempunyai keupayaan untuk memberi galakan dan inpirasi benar-benar ikhlas kepada orang-orang muda ini.
Saya gembira Obama merasakan bahawa pendapat orang muda perlu diambil serius.
Melihat wajah-wajah muda yang mengambil bahagian dalam acara itu, kebanyakan mereka adalah mahasiswa yang menurut undang-undang yang tidak lama dahulu tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam politik partisan negara.
Usaha Presiden Obama melibatkan diri dengan orang muda harus dipuji. Young Southeast Asia Leaders inisiatif hasil idea dari Obama sendiri merantau ke seluruh Asia Tenggara, mencari peluang untuk mendengar perkongsian anak-anak muda tentang idea-idea mereka, menggalakkan pertukaran pendapat dan buah fikiran juga menghubungkan mereka di antara satu sama lain. Beliau mengiktiraf impak anak muda terhadap dunia, beliau juga menghargai penglibatan masyarakat sivil (civil societies) dalam masyarakat kita.
Presiden Obama memperuntukkan satu jam lagi untuk bertemu pemimpin masyarakat sivil yang antaranya dari Suhakam, Bersih, Majlis Peguam, dan Islamic Renaissance Front.
Mereka ini jarang sekali mendapat walau satu jelingan pun daripada sesetengah pemimpin negara kita.
Malaysia adalah sebuah negara yang muda
Hampir dua pertiga daripada penduduk di Asia Tenggara adalah di bawah usia 35 tahun.
Malaysia sendiri adalah sebuah negara yang muda. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 64% daripada penduduk Malaysia berusia bawah 35 tahun.
Peratusan pengundi di bawah 40 pada PRU lepas ialah 42%. Peratus yang agak besar menunjukkan anak muda mempunyai suara yang agak kuat jika kita memilih untuk bersuara.
Kami boleh menentukan siapa yang sepatutnya berada di tampuk kuasa. Kami mempunyai keupayaan untuk mengubah arah tuju negara ini. Ini termasuk berkenaan dasar-dasar mana yang perlu dikuatkuasakan dan undang-undang apa yang patut dilaksanakan .
Anak-anak muda perlu bersemangat, ada kemahuan untuk terlibat, rajin menuntut ilmu sebelum terlalu gopoh untuk menegakkan apa yang mereka percaya supaya pendapat mereka diambil serius dan perjuangan mereka membawa makna. Jika tidak, rugilah masa dan perhatian yang diberikan kepada mereka.
Ingin menjadi lantang dan mahu bersuara adalah perkara yang terpuji, tetapi harus diingat bahawa ianya memalukan apabila yang jahil dan sombong terlalu kuat berbicara. Anak muda juga harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik. Libatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha kita dan juga mendengar suara kita, bukannya sebagai hanya satu lagi muka muda untuk selfie bersama sahaja.
Anak-anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia. Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa atau ‘force’ yang disegani.
Pakatan Rakyat melihat kepentingan orang muda dalam hal ini, seperti yang terbukti pada majlis Townhall, ahli Parlimen dan Adun muda dari Pakatan Rakyat dijemput kerana mereka sebenarnya cukup muda untuk mengambil bahagian dalam acara khas untuk peserta di bawah umur 35 tahun.
Namun begitu, saya tidak nampak wakil rakyat dari parti pemerintah di dalam acara tersebut kecuali, YB Menteri Belia & Sukan.
Ini terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa pihak pembangkang memberi kepercayaan yang utuh dan amanah kepada anak-anak muda. Prinsip-prinsip asas dikongsi mewujudkan perpaduan
Presiden Obama juga mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan kita bersuara di dalam kehidupan seharian dan berada di sisi politik yang menyatupadukan masyarakat dan bukannya memisahkannya. Kita juga harus menghormati prinsip asas yang dikongsi oleh pelbagai agama di dunia ini. Jika kita tidak dapat menghormati prinsip-prinsip asas , contohnya love thy neighbour, speak the truth, do no harm dan do unto others what you would have them do unto you, ketamadunan kita akan terus mundur kebelakang dan bukannya maju ke depan.
Prinsip-prinsip asas yang dikongsi bersama oleh semua agama menunjukkan bahawa perbezaan antara kita adalah cetek dan persamaan kita lebih dalam. Prinsip ini mampu mewujudkan perpaduan tanpa mengira agama dan warna kulit di mana perbezaan kita tidak lagi membawa masalah, tetapi kita tertanya-tanya mengapa kita masih sentiasa mempunyai konflik antara kaum dan agama?
Kita harus melihat kembali prinsip asas untuk sama-sama maju dan bergerak ke hadapan, ke arah perpaduan, Malaysia yang bersatu padu. Kita juga perlu memupuk cinta kita untuk negara Malaysia dan melakukan apa sahaja yang termampu untuk kebaikan dan keagungan tanah air kita bersama.
Patriotisme adalah cool. Perkauman pula tidak.
Saya memetik Obama, “Kita mesti mengakui bahawa demokrasi tidak berhenti hanya dengan pilihan raya, mereka juga bergantung kepada institusi yang kukuh dan masyarakat sivil yang subur dan ruang politik terbuka, dan toleransi orang yang berbeza daripada anda dan kita perlu mewujudkan satu persekitaran di mana hak setiap warganegara, tanpa mengira bangsa atau jantina, atau atau agama bukan sahaja dilindungi, tetapi dihormati.”
Saya bersetuju dengan Presiden Obama.
Jadi, adakah anda juga setuju dengan saya?
27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya. Bukan hanya kerana saya dapat menghadiri acara Townhall yang bersejarah, saya menonton persembahan tarian dabus dari Perak yang semakin ditelan zaman anjuran Pusaka, saya juga bertemu seniawati Sofia Jane popular dengan watak Tun Teja di dalam Puteri Gunung Ledang, saya juga dapat ‘fistbump’ Presiden Amerika Syarikat, Obama sendiri!
- Dyana Sofya ialah setiausaha politik Lim Kit Siang, ahli Parlimen Gelang Patah.
Kit Siang Cuba Tonjolkan Dyana Yang Pelajar UiTM Tidak Ada Kredibiliti Dan Kualiti - sedangkan maksud sebenar Kit Siang takutkan ialah Dyana dan UiTM berjaya memberi persaingan hebat kepada Bangsa Cina DAP yang menguasai pasaran kerja dan perniagaan.
Kit
Siang baru-baru ini menulis di blognya bahawa Dyana Sofea iaitu calon
DAP di PRK Teluk Intan merupakan testimoni kegagalan UiTM untuk
menjadikan pelajar sebagai robot. Namun, kita sedia maklum bahawa
kenyataan itu hanyalah bertujuan mengaburi maksud sebenarnya iaitu untuk
menuduh Dyana sebagai bukti kegagalan UiTM melahirkan produk
berkualiti.
Dalam
kata lain, Kit Siang menyatakan bahawa Dyana tidak punya kredibiliti
dan keintelektualan bagi menunjukkan UiTM sebagai sebuah universiti yang
gagal. Akibatnya, Dyana kini bukan menjadi robot kerajaan, tetapi
robot DAP.
Hakikatnya,
kegusaran Kit Siang terhadap UiTM itu dengan sendirinya membuktikan
bahawa universiti ini telah berjaya mengeluarkan graduan yang berkualiti
dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Dyana hanyalah kes terpencil
segelintir pelajar yang kurang ‘menjadi’.
Kit
Siang pastinya tidak akan merasa gusar sekiranya UiTM benar-benar gagal
dan melahirkan robot semata-mata. Apa yang Kit Siang takutkan ialah
universiti ini berjaya memberi persaingan hebat kepada bangsanya yang
menguasai pasaran kerja dan perniagaan.
Kit
Siang menjadi resah apabila menyedari bahawa anak-anak Cina yang
berlatarbelakangkan sekolah vernakular dan megah dengan kelayakan dari
universiti swasta kini hanya bergantung kepada penguasaan kaum Cina
dalam ekonomi untuk mendiskriminasi kaum lain bagi mengekalkan
penguasaan mereka.
Kit
Siang tahu bahawa sekiranya pasaran kerja dan juga bidang perniagaan
benar-benar mengikut merit, maka anak-anak Cina pasti telah
ketinggalan. Justeru, Kit Siang dan DAP perlu berbuat apa saja untuk
memastikan kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kaum lain terus
didiskriminasi.
Oleh
itu, kebebalan Dyana Sofea dieksploitkan sebaik mungkin untuk membunuh
satu-satunya peluang untuk anak-anak Melayu dari golongan kurang berada
untuk memajukan hidup mereka. Untuk itu, Kit Siang memperagakan Dyana
Sofea sebagai anak Melayu baru dan bijak kononnya, bagi menarik lebih
ramai anak Melayu untuk menjadi bebal sepertinya lalu menyertai DAP dan
‘membunuh’ bangsa sendiri.
Kita
sedih melihat Dyana diperagakan sebegitu rupa namun apa yang dapat
dilakukan jika beliau sendiri terlalu bebal untuk menyedari apa yang
sedang berlaku ke atas dirinya. Beliau nampaknya benar-benar tidak
menyedari yang dirinya sedang dipergunakan dengan cara yang amat hina
oleh bangsa Cina.
Terdapat
lebih kurang 400,000 pelajar UiTM diseluruh negara dan untuk DAP dan
Dyana menuduh kesemuanya sebagai ‘anak-anak orang UMNO yang kaya’
tentulah amat dangkal sekali. UiTM telah mengubah hidup begitu ramai
keluarga miskin untuk berdiri sama tinggi bersaing dengan mereka yang
jauh lebih berada termasuk di kalangan bangsa lain.
Dari
pedalaman Sabah Sarawak, dari kampung-kampung di Semenanjung mahupun
segenap pelusuk Felda, anak-anak Melayu yang berpotensi mendapat peluang
untuk menjadi manusia cemerlang hanya kerana wujudnya UiTM khas untuk
anak Melayu. Jika Uitm dibuka kepada semua kaum tentulah peluang mereka
lebih rendah untuk berjaya.
Hari
ini, jika kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan bergaul luas,
kita akan menemui nama-nama graduan UiTM yang telah menempa nama di
persada antarabangsa dalam bidang seni, menguasai dunia media dan
komunikasi di dalam negara, memenuhi kilang-kilang sebagai jurutera yang
dihormati, arkitek yang berjaya, serta bidang pemasaran yang mencabar.
Mereka-mereka ini tidak perlukan publisiti kerana merekalah
orang-orang professional sejati.
Mereka
ini terpaksa bersaing sengit di alam pekerjaan kerana didiskriminasi
oleh kaum Cina. Jika berpelajaran dan berkelayakan juga mereka masih
ditindas, bayangkan sajalah nasib mereka jika tanpa UiTM.
Inilah
yang sepatutnya Dyana perjuangkan iaitu menghapuskan diskriminasi
terhadap orang-orang Melayu di sektor swasta dan perniagaan. Namun,
apalah yang dapat diharapkan dari robot DAP ini. Bak kata Kit Siang,
‘Dyana adalah kegagalan bagi UitM’, biarpun Uitm itu sendiri sebenarnya
telah berjaya dan "MENAKUTKAN" kum Cina DAP
ahniah UiTM, Mana Pelajar Kolej Swasta?
Berita bahawa saudari Maizura Mokhsein dari UiTM telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Asia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Kejayaan ini telah membuktikan bahawa UiTM juga mampu melahirkan pelajar yang bertaraf "international" sekaligus mampu menaikkan nama negara di persada dunia.
Jika kita perhatikan, sehingga hari ini tidak ada satu pun komen atau pun ucapan tahniah dari pihak pembangkang atas kejayaan Maizura Mokhsein .Persoalanya kenapa?
1. Adakah kerana Maizura Mokhsein adalah seorang Melayu & Islam oleh itu kejayaan beliau tidak penting?
2. Adakah kerana Maizura Mokhsein dari UiTM, sebuah university Melayu kejayaan beliau "diblackout" oleh media pembangkang?
Wallahualam.
Pelajar UiTM muncul graduan terbaik ACCA Malaysia, ketujuh dunia
08/11/2013 11:39pm
SHAH ALAM - Anak peniaga pasar malam, Siti Aisah Kamarulzaman, muncul
graduan terbaik Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia
dan ketujuh terbaik ACCA dunia bagi peperiksaan Jun 2013. Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Profesor Dr.
Sahol Hamid Abu Bakar berkata, Siti Aisah menduduki tempat ketujuh
terbaik daripada 6,000 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan dari
seluruh dunia."UiTM sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Siti Aisah yang membuktikan bahawa jika kita mahukan sesuatu, tiada yang mustahil dan sesiapa juga mampu melakukannya,” katanya pada sidang media meraikan kejayaan itu hari ini. Beliau berkata, Siti Aisah juga mewarisi kejayaan yang dicapai abangnya, Khalid, yang turut muncul graduan terbaik di Malaysia dalam peperiksaan sama tahun lepas.
Siti Aisah, 21, penuntut Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan UiTM, muncul terbaik daripada 724 graduan ACCA di negara ini.
"Saya bersyukur dengan pencapaian ini serta berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan pensyarah saya yang banyak memberi sokongan serta semangat sepanjang pengajian saya, merekalah kekuatan dan pendorong kejayaan bermakna ini.
"Sejujurnya, saya tidak jangka langsung kejayaan ini dan bersyukur kerana mampu mengulangi pencapaian cemerlang abang dalam peperiksaan ini,” kata anak keempat daripada sembilan beradik itu.
Beliau berkata, pengalaman ayahnya, Kamarulzaman Udin, 51, sebagai peniaga pasar malam dan nasihat ibunya, Saadah Rahmat, 52, seorang guru, banyak memberi semangat untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Siti Aisah, yang kini berkhidmat di sebuah firma perakaunan terkemuka, berkata tiada rahsia tertentu untuk mencapai kejayaan sebaliknya perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. - Bernama
ahniah UiTM, Mana Pelajar Kolej Swasta?
Berita bahawa saudari Maizura Mokhsein dari UiTM telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Asia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Kejayaan ini telah membuktikan bahawa UiTM juga mampu melahirkan pelajar yang bertaraf "international" sekaligus mampu menaikkan nama negara di persada dunia.
Jika kita perhatikan, sehingga hari ini tidak ada satu pun komen atau pun ucapan tahniah dari pihak pembangkang atas kejayaan Maizura Mokhsein .Persoalanya kenapa?
1. Adakah kerana Maizura Mokhsein adalah seorang Melayu & Islam oleh itu kejayaan beliau tidak penting?
2. Adakah kerana Maizura Mokhsein dari UiTM, sebuah university Melayu kejayaan beliau "diblackout" oleh media pembangkang?
Wallahualam.
AMUKANMELAYU - Sengaja KAMI pertahankan HAK BUMIPUTRA, sedangkan kami tak pernah pun mendapat atau menggunakannya........sebaliknya Kaum Cina kini menjadi Kaum yang hina dan MEMINTA-MINTA.......