Wednesday, 11 June 2014

RASA RINDU PULAK BILA TIADA ORANG MENGUTUK NAJIB



Mampukah NAJIB untuk memuaskan HATI SEMUA ORANG?


Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Najib bin Tun Abdul Razak lahir pada 23 Julai 1953 dan merupakan Perdana Menteri yang keenam dalam arus menteri Malaysia.Najib dahulu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 7 Januari 2004 sampai ia mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada tarikh 3 April, 2009. Najib juga merupakan Presiden dalam (UMNO). Dia adalah anak kedua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak.


Dilahirkan pada Julai 1953 di Kuala Lipis Pahang, Najib adalah anak saudara kepada Tun Hussien Onn, Perdana Menteri yang ke-empat. Antara adik-beradik lelaki Najib adalah Nizam, Nazim, Nazir, Nazri Aziz dan Johari. Dato Seri Mohd Nazir Abdul Razak mengusahakan Bumiputera-Commerce Holdings Bhd yang merupakan pemberi pinjaman kedua terbesar di Malaysia. Najib mendapat pendidikan sekolah Rendah dan Menengah di St.John’s Institution, Kuala Lumpur, dan juga menerima pendidikan di Kolej Malvern England serta University of Nottingham. Beliau menerima ijazah dalam bidang industri ekonomi. Selepas itu, Najib kembali ke Malaysia pada 1974 dan berkecimpung dalam dunia peniagaan dan berkhidmat di Bank Negara dan kemudiannya beralih kerjaya di Petronas Malaysia sebagai pengurus.
Pada Tahun 1976 Najib memperisterikan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mempunyai 3 cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib tetapi perkahwinan dengan Tengku Puteri Zainah tidak berkekalan. Pada Tahun 1987 Najib memperisterikan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua cahaya mata, Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.Selain menjadi Perdana Menteri di Malaysia, Najib juga pernah menjadi Menteri Portfolio, Timbalan Menteri, Menteri Kebudayaan dan belia dan Sukan. Sejak kehilangan undian 2-3 di Pilihan Raya Parlimen yang ditewaskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2008, Najib telah cuba untuk menghentikan dasar Pro-Melayu berdasarkan kempen 1Malaysia.

Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center, Perdana Menteri Najib AbdulRazak bangkit dari jurang populariti 34% (Mac 2009) dan melonjak kepada catatan rekod tertinggi, iaitu pada 6-16 Mei 2010. Apa yang menarik, komuniti India yang "memberontak" dalam PRU ke-12, kini muncul sebagai golongan kaum yang paling berpuas hati terhadap prestasi Najib, iaitu 80%, sedikit lebih tinggi daripada responden Melayu. Responden berketurunan Cina, sebagaimana yang dicerminkan dalam PRK, kekal sebagai golongan kaum yang paling skeptikal dan pesimis ketika menilai Najib dan kerajaannya, malah semasa meramalkan ekonomi masa depan.

 

alt


 KUALA LUMPUR, 29 Jan - Kunjungan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini mendapat perhatian dunia apabila bukan sahaja media-media tempatan yang melaporkan kunjungan berkenaan, malah kunjungan ini turut mendapat liputan dari media-media barat.

Kunjungan Najib ke Gaza adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Kunjungan itu walau bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dari Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menganggap tindakan itu seolah-olah tidak menghormati Palestin dan rakyatnya secara umum.

Najib dalam kenyataan balas memaklumkan rancangan asal adalah untuk melawat Gaza dan Ramallah, namun lawatan ke Ramallah terpaksa dibatalkan kerana sekatan dari Israel yang mengawal ruang udara kawasan itu.

Selain itu, kunjungan ke Gaza adalah atas dasar kemanusiaan apabila terotari yang dikuasai Hamas baru-baru ini telah dibedil teruk tentera Israel. Keikhlasan Najib itu juga dapat diterjemahkan melalui kenyataan beliau yang mahu melihat kerajaan perpaduan di antara Fatah dan Hamas.

Malaysia di bawah legasi Tun Dr. Mahathir sememangnya menjadi ikon kepada negara-negara Islam dan negara-negara dunia ketiga. Najib kini dilihat sebagai seorang lagi pemimpin negara Islam yang mula mendapat perhatian antarabangsa dan berpotensi untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Mahathir.

Walaupun pendekatan yang digunakan oleh Najib lebih 'lembut' berbanding Mahathir, namun ia terbukti berkesan apabila Malaysia diberi kepercayaan oleh beberapa negara yang mengalami krisis dalaman untuk menjadi orang tengah, misalnya krisis di selatan Thailand dan Moro, Filipina .

Dari segi ekonomi pula, Najib berjaya 'menyelamatkan' negara ini daripada menjadi mangsa krisis apabila kemerosotan ekonomi dunia berlaku sekitar tahun 2009 hingga 2010. Seterusnya, Dasar Transformasi Ekonomi berjaya menambahkan lagi momentum ekonomi dalam negara disamping mewujudkan hingga 300,000 ribu peluang pekerjaan yang baru.

Hal ini telah disuarakan oleh Najib semasa berada dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos baru-baru ini. Peserta-peserta dari pelbagai negara di forum itu nyata sekali kagum dengan pencapaian ekonomi yang ditunjukkan oleh Malaysia, tambahan pula kenyataan Najib itu disokong dengan data dari Bank Dunia yang merekodkan pencapaian Malaysia yang cemerlang.

Najib yang mempunyai Ijazah Industri Ekonomi, dari Universiti of Nottingham dilihat mampu meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing sama seperti negara-negara maju yang lain. Selain berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional hanya dalam tempoh lebih kurang 3 tahun selepas pengambilalihan kuasa dari Perdana Menteri sebelumnya, Najib dilihat berjaya menarik pelaburan luar ke dalam negara ini dengan mendadak.

Pada tahun 2010, Malaysia telah memperoleh pertumbuhan FDI yang paling tinggi dikalangan negara-negara Asia iaitu sebanyak 409.7%, peningkatan yang signifikan kepada USD 7 billion berbanding USD 1.4 billion pada tahun 2009.

Dengan pencapaian-pencapaian yang ditunjukkan oleh Najib dalam tempoh yang singkat ini, adalah tidak mustahil era kegemilangan Malaysia semasa di bawah pentadbiran Mahathir akan diteruskan oleh Najib. Di peringkat antarabangsa pula, Najib juga dilihat mula menyerlah sebagai antara pemimpin berkaliber di kalangan negara-negara membangun.

Pada ketika era pemerintahan Mahathir, sokongan rakyat kepada kerajaan adalah berdasarkan kebijaksanaan dan karisma yang dimiliki oleh Mahathir itu sendiri. Najib dilihat mula mengikut jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Mahathir namun dengan acuan dan gaya kepimpinan beliau yang tersendiri.

Semasa era Mahathir, bekas Perdana Menteri itu menjadi kebanggaan rakyat apabila keberanian dan kebijaksanaan beliau menjadi buah mulut rakyat dari negara-negara lain. Oleh yang demikian, sentimen rakyat terhadap kerajaan adalah amat kuat sekali pada ketika itu, majoriti rakyat berasa selamat dan yakin apabila kepimpinan kerajaan diteraju Mahathir.

Mungkin Najib belum lagi sampai pada tahap Mahathir di mana pemimpin dari negara lain memerlukan khidmat beliau bagi menjadi penasihat ekonomi negara mereka, namun begitu potensi yang ditunjukkan oleh Najib dalam tempoh yang singkat amat memberangsangkan dan tak mustahil dalam tempoh 10-15 tahun akan datang Malaysia akan kembali mempunyai pemimpin yang disegani di mata dunia.

TRANSFORMASI EKONOMI GAGAL, SEDEKAD GLC RUGI???...RAKYAT DERITA MATI KEBULURAN DAN TINGGAL DI BAWAH JAMBATAN


Apa ni GLC rugi lagi, apa jadi dengan program transformasi kerajaan? Ini semua salah kerajaan bla...bla...bla..
Mungkin itu berita yang ditunggu-tunggu oleh para pencacai pakatan. Maka akan berduyun-duyunlah yang akan turun berpanas terik di jalanan semata-mata untuk melalak kononnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional zalim dan memiskinkan rakyat, walhal apa pun mereka tak tahu soal pengurusan ekonomi negara.
Yang mereka tahu hanya bagaimana nak pau duit rakyat masuk tabung-tabung parti, bagaimana nak melantak dan nak mentekedarah segala hasil negara agar semuanya dapat percuma.

Diharapkan berita baik tentang kejayaan ekonomi negara ini dapat membuka mata dan menginsafkan kita serta puak-puak yang kurang bersyukur ini bahawa betapa nikmatnya duduk di negara yang bertuah ini.
Kalau rasa tak best duduk kat Malaysia, apa kata pergilah merantau atau berhijrah ke negara lain yang anda suka. Pintu negara sentiasa terbuka untuk mereka blah, tak balik pun tak per. Aiman tak kesah pun... 
Lagi pun PM kitakan graduan ekonomi tersohor, mana le boleh disamakan dengan manusia 'sorang' tu kan. Masa jadi Menteri Kewangan dulu pun dia hampir membuatkan negara ini bankrap. 
Tu dia bukti GLC dah bankrap...
Utusan Malaysia Rabu, 11 Jun 2014 m.s 17

Surat Terbuka Seorang Perempuan Buat Dato’ Seri Najib


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ini jika anda perasan dan masih ingat, ada satu surat terbuka oleh seorang remaja buat Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib. Kalau belum baca boleh tengok SINI. Tapi itu cerita beberapa tahun lepas, baru-baru ini ada seorang perempuan bernama Siti Hajar Aladin berusia 27 tahun pula telah mengirim sepucuk surat buat perdana menteri kita.

Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40


Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717.

Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar.

Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin




AMUKANMELAYU - Teringatkan pada TOK MEDAN di Kampung Chepor Lenggong Perak. Bekas AC yang tidak pernah di ambil saguhati yang di beri KERAJAAN. Bila Penulis bertanya, katanya "Itulah sumbangan Tok pada Ugama, Raja dan Tanah Air".......Penulis menjadi malu untuk bertanya lagi....