MULANYA DISINI..............
ANWAR NAK LANTIK BINI JADI MB, KENAPA PAS YANG SALAH?
Kenapa semuanya sudah tidak boleh berfikir secara waras?
Mana tak nya..
Sebelum-sebelum ini Anwar dan konco-konconya SERING menuduh UMNO BN amal nepotisme dan kronisme...
Tapi bila Anwar mahu BINI dia jadi MB...walau apa alasan sekali pun..itu adalah TERANG-TERANGAN NEPOTISME...
Lalu PAS berbincang dan mungkin tidak bersetuju langkah tersebut, dan sebelum bencana melanda PAS, mereka memikir OPTION untuk tidak menjadi SELF-DESTRUCT akibat ketamakan PAS...
TAPI................
KATA RAFIZI RAMLI ....PAS YANG DIPERSALAHKAN?
ANWAR LANTIK BINI JADI MB TAK SALAH KE? TAK LANGGAR APA-APA DASAR KE?
Sekarang PAS seolah-olah nak dijadikan kambing hitam untuk cover pemilihan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor...
Hahahaha....mampos lah korang sendiri..
Rakyat pulak macamana?
Korang ada otak kan? Sel-sel berhubung kan? Lu pikir la sendiri...
KEMUDIAN JADI LAGU NI................
YANG PASTINYA ADALAH BEGINI...........
DAP Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Adakan Pilihan Raya Mengejut – Tony Pua
Tony Pua |
KUALA LUMPUR 31 Julai - Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS
pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut
diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR,
PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya
negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.
Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid
untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu
menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya
mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah
semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar
hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam
satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid,
sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan
jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua
tanpa majoriti yang jelas.
"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada
Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut."
Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN. Menurut Pua, PKR akan kehilangan Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman
Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu
Baru dan Sungai Pelek. PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi.
Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut
Pua parti itu juga akan hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang
dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25% sekaligus
akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah
Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga
kerusi sahaja. Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih
dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5% manakala bukan
Melayu 30%.
"Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.
"Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya.
Sehubungan itu, Pua menyeru PAS supaya terus kekal dalam PR dan tidak mengecewakan harapan rakyat Selangor.
"Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan
dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan
impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya.
Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan bersetuju dengan
tindakan DAP dan PKR yang mahu Khalid disingkirkan sebelum akhir
penggal. Konflik itu membawa kepada cadangan melalui perbualan kumpulan AJK PAS
Pusat dalam WhatsApp yang mahu bergabung undi dengan Umno demi
memastikan kedudukan Khalid dan kuasa politik Melayu-Islam kekal.
Namun perbualan WhatsApp yang dibocorkan dan disebarkan kepada umum itu
bagaimanapun dinafikan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr
Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan cadangannya itu hanya gambaran
analisis senario sahaja.
AMUKANMELAYU - Kelompok ISLAMELAYU POLITIK di Malaysia kini terbahagi kepada dua kumpulan. PERTAMA - Melayu yang masih ada jati diri dan mempertahankan Tanah Melayu adalah HAK MELAYU dan satu kumpulan lagi adalah Melayu LIBRAL. Yang leberal inilah yang sanggup menggadai maryah Ugama, Bangsa dan Negara.......anda dalam kumpulan mana?