Saturday 4 October 2014

PESTA ARAK HALAL................


  HALALKAN PESTA ARAK......... 


 

10 GOLONGAN YANG DILAKNAT KERANA ARAK

Halo halo! Apa khabar? Semua sihat? Hopefully semua sihat belaka ek... Okay, mesti ramai dah kan yang tengok gambar kat atas ni? Tiba-tiba penulis  rasa tertarik pulak nak buat entry pasal arak ni. Aduduu.. Makin parak gamaknya Ahli-Ahli Politik dan Uztaz Mee segera sekarang ni. Rasa macam nak gerudi je mulut dia tu bila baca apa yang dia tulis. 
 
Okay. Sekarang penulis nak kongsi satu info pasal arak. Sepuluh golongan yang di LAKNAT baginda Nabi Muhammad SAW mengenai arak. Siapakah golongan tersebut? Meh kita tengok hadis kat bawah ni ek. 

"Dari Annas Bin Malik katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak iaitu: yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan." (Riwayat Imam Tarmizi)



  1. Pemerah arak.
  2. Tak kesah lah dia perah secara moden atau tradisional, tapi golongan yang memerah anggur untuk dijadikan arak ni tetap akan dilaknat Nabi dan Allah. Hasil upah atau gaji yang diorang dapat tu sah-sah haram. So, don't ever-ever terniat kat hati untuk bekerja kat kilang arak ek walaupun gaji dia sangat lumayan!
  3. Meminta diperahkan arak untuknya.
  4.  Em, golongan ni adalah mereka-mereka si tuan besar or pengurus besar syarikat arak tu lah. Yang dok suruh orang buat arak then dia bayar gaji. Tak boleh jugak! Duit gaji yang dia dapat tu pun kira haram.
  5. Peminum arak.
  6. Haa.. Sekarang ni tengok budak-budak tanpa segan silu togok botol arak. Yang beragama Islam pun tak terkecuali. Berani sungguh teguk air haram kencing setan tu! Aih... Setitik arak pun haram ni kan pulak bertitik-titik! Nauzubillah... 
  7. Pembawa arak.
  8. Mereka ni pelayan-pelayan kelab or mana-mana tempat lah yang menghidangkan arak. Pemandu lori yang membawa muatan arak pun mungkin terlibat sama. Walau mereka ni tak minum tapi perbuatan mereka ni tetap diharamkan dan tetap akan dilaknat.
  9. Meminta dibawakan arak kepadanya.
  10. Maksudnya kat sini diorang ni pesan arak tak kesah lah sama ada untuk di minum atau cuma nak simpan saja-saja. Tetap tak boleh! Haram!
  11. Memberi minum kepada orang lain.
  12. Hmm... Contoh senang macam ni lah. Dia tak minum arak tapi dia ni bagi minum atau belanja kawan-kawan yang non-muslim tu minum arak. Niat nak belanja kawan tu baik, tapi janganlah belanja minum arak! Belanja makan KFC Family Feast kan lagi bagus! Hehehe...
  13. Penjual arak.
  14. Orang yang jual arak kat pelanggan-pelanggan yang datang kedai. Tak boleh tak boleh! 
  15. Orang yang mendapat hasil daripada arak.
  16. Hmmm.. Benda ni agak besar skop nya. Pendek cerita setiap apa aktiviti yang berkaitan dengan arak ni adalah haram. Even dia cuma bekerja as Pengawal Keselamatan kat kilang memproses dan membuat arak, tapi hasil gaji yang dia dapat tu tetap di anggap haram tau.
  17. Orang yang membeli arak.
  18. Tak kesah lah orang tu cuma tolong kawan atau pak cik atau bos belikan, perbuatan tu tetap sesuatu yang ditegah. 
  19. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya.
  20. Maksudnya orang yang suruh atau meminta tolong orang lain belikan arak untuk dia. Contohnya, dia ni Muslim tapi minta tolong kawan dia si non-Muslim ni belikan arak untuk dia. Oh, tetap tak boleh dan haram!


Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan akan bahana arak ini...tp golongan-golongan ni semua buat pekak badak jerr..... Dan setiap apa yang dilaknat Nabi turut akan dilaknat Allah! Perkara-perkara yang dilaknat Allah adalah HARAM sama sekali kalau kita buat. Bukan je si peminum arak tu berdosa tapi ia melibatkan banyak pihak. Pendek kata, semua golongan yang terlibat dengan arak ni di kira berdosa jugak lah tak kesah la orang tu cuma menjual ke, tolong beli kat kawan ke, tolong pegang ke, dan lain-lain lagi. Senang cerita tak payah lah dekat kan diri dengan benda alah ni.

Sorang kawan yang pernah bekerja kat 7 Eleven dan dia ditugaskan sebagai seorang cashier. Masa dia kerja tu adalah orang-orang yang membeli arak. Dia dengan rasa bersalahnya jual jugak kat orang tu. Dia minta pendapat, salah ke apa yang dia buat tu. Apa pun 10 di atas dah bagitau lah kat dia hadis kat atas ni. Apa dia cakap? "Tapi aku cuma kerja. Kau tau kan sekarang ni nak carik kerja susah!"....... Derrr... Belambak lagi kerja lain yang kau boleh carik okay! Semua tu alasan. If tak nak carik kerja lain pun, bagitau lah kat manager tu yang kau tak boleh jual arak kat orang. If manager tu marah, bisikkan sikit hadis ni kat telinga kanan dia biar terus menusuk ke hati! Kalau tak paham jugak... Tak tahu lah den nak kato... 

Okay lah, sekian saja dan kita tengok pula apa kata  Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh di bawah ini.


Nik Zawawi - Negara majmuk bukan alasan membenarkan pesta arak Oktoberfest

BANGI, 3 Okt – Alasan negara majmuk tidak boleh digunapakai untuk terus membenarkan pesta arak seperti ‘Oktoberfest’ dianjurkan di negara ini, tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.

Sekalipun pengharaman arak hanya kepada orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh menganjurkan pesta arak.
“Dari sudut kaca mata Islam, Islam hanya memberikan ruang untuk mereka minum sahaja, bukannya dalam bentuk pesta, iklan atau mempromosikan arak.
“Apatah lagi dianjurkan di khalayak ramai. Semua itu bercanggah dalam Islam,” tegasnya kepada wartawan ISMAweb.
 
 
HATI MELAYU - Apa la nak jadi dengan kamu ni......