Tuesday, 7 October 2014
SAYU TERINGAT KAT AWANG
SAYU TERINGAT KAT AWANG
Kemarin Awang berjute kaki di bawah menesah
Di penjuru pakeng ada kawah
Pakat duduk melepaskan lelah
Rokok daun di gulung denge temakau Cap Kerengga
Di sedut asap sampe terpejam bijik mata......
Kemarin Awang berjute kaki di bawah menesah
Main porok bola getah
Boto sebiji di tuju selepas berlari beberapa langkah
Kain pelikat dah rabak di sebelah bawah
Botol dah tumbang pakat duk gelabah
Pakat duk berimpun lima sebelah
Bola getah sebiji kene sembunyi di celah
Selalu dua biji kini dah bertambah
Botol di tunggu yang lain pakat duk mengacah
Tak tahu bola getah sapa yang berhelah
Kemarin Awang berjute kaki di bawah menesah
Main piso lipat cucuk ke tanah
Hak tua duk tengok keletah
Anak-anak bermain di bawah menesah
Duk teringat kat Awang bergedieng dah di sesah
Bola getah se'ah singgah di belakang semasa rebah
Di tuju Rajak Cucu Tok Piah
Kemarin Awang berjute kaki di bawah menesah
Main POROK di bawah menesah
Tepi tangga ada kolah
Keratong dah di pukul 4 kali sudah
Dalam pegulung ada kopiah
Di sarung di kepala tanda berserah
Dua salam tanda dah sudah
Assalamualaikum warahmatullah
Assalamualaikum warahmatullah
Tok Aki Aji
5 Zulhijjah 1435
Surau HJ. Salleh
Kg. Olak Lempit.