Tuesday, 20 January 2015

BUKAN KRISIS EKONOMI TAPI KRISIS KEPIMPINAN


Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?

Biodata Wahid Omar
Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? : Corak politik di Malaysia sudah jauh berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang. Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang kita lagi. Kita boleh…

Kita boleh hormat dia sebagai seorang CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan “pak angguk” semata. Kita tegur sebab apa?
Sebab kita sayang dan mahu jaga kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah diberikan ruang dan peluang.

Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan 100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya, ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah kerajaan.
  1. Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
  2. Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
SUMBER ASAL : Kegawatan & Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, Amerika Syarikat & Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8% di Jepun Adalah Punca Utama!
Berita Semasa sedar tindakan kerajaan hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.

Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?

Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :
  • Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu “sendirian” di kalangan di atas sana.
  • Perlu bahagi-bahagi “secara saksama” kepada rakyat.
  • Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini
Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :

Eksport Malaysia 2015
  • Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
  • Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
  • Banyak yang tutup perniagaan mereka
  • Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
  • Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
  • Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas
Barangan negara kita majoriti 80% buatan China. Apabila ringgit jatuh, harga barangan adakah masih sama? Adakah kenaikan inflasi tidak menjelma? Adakah kenaikan inflasi baik untuk rakyat Malaysia?
Kepada Wahid Omar, Ahmad Maslan, Mustafa Mohamad, Hasan Malek dan kepada mana-mana pemimpin lain yang bakal memberikan kenyataan selepas ini, boleh huraikan atau tidak?
  • hutang negara tinggi,
  • harga minyak sawit jatuh,
  • harga getah jatuh,
  • eksport mula perlahan,
  • harga minyak telah jatuh rendah,
  • nilai ringgit terus menyusut,
  • tetapi masih tidak jejaskan ekonomi negara?
Begitu juga apabila nilai ringgit Malaysia jatuh, lagi-lagi syarikat yang jual produk ke luar negara atau mana-mana syarikat yang sumber untuk bahan dari luar negara yang kemudian dijual ke pasaran tempatan dan ke luar negara.
KLIK SINI : Punca Kenaikan Kadar Inflasi Naik 2015 di Malaysia 4%-5%? Lebih 4% Buat Pertama Kali (2009-2014). Bersiap Sedia!
  • jikalau jual ke pasaran tempatan, by hook or by crook kena naikkan harga yang pastinya berisiko dek kerana rakyat Malaysia tidak mampu menampung kenaikan demi kenaikan yang dihidangkan kepada mereka
  • jikalau jual ke luar negara, sekiranya nilai RM jatuh, jual pada kuantiti yang sama pun, selepas tukaran matawang. Keuntungan pasti akan berkurangan …
    Apabila keuntungan berkurangan, nasib pekerja bawahan akan “nyawa-nyawa ikan”
  • Ya…benar ekonomi negara secara keseluruhan masih lagi boleh bertahan, strukturkan sana dan sini serta dengan bantuan reserve yang ada. Bagaimana pula rakyat marhaen yang di bawah? Adakah nilai duit dalam poket mereka masih sama?
P/S : Sebenarnya kenyataan Wahid Omar “tidak jejas ekonomi“, ekonomi siapa? Ekonomi rakyat marhaen atau ekonomi orang-orang di atas sana?

Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion



rizab antarabangsa
Ringgit Malaysia Hari Ini 1USd1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion. Malaysia terus “menerima pukulan teruk” secara berterusan selepas ringgit Malaysia terus didagangkan cukup lemah pada ketika ini, malah yang paling teruk di Asia Tenggara kesannya pada kedudukan sekarang meletakkan Ringgit Malaysia berada yang paling lemah sejak September 2009.
KLIK SINI BERITA BERKAITAN : Nilai Matawang Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?
Dan dalam keadaan ini telah menyebabkan akan timbul 2 kebimbangan kepada negara sekarang ini. Yang pertamanya….
  • Yang pertamanya adalah akaun semasa terjejas
  • Yang keduanya defisit fiskal
Dan semakan Berita Semasa kepada data rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Bank Negara Malaysia (menunjukkan di sini kantung Rizab Antarabangsa Negara Malaysia telah jatuh mendadak daripada US$125.7 bilion dan US$120.7 bilion bagi suku ketiga tahun 2014 ini) Bagaimana pula pada Disember 2014? Sama-sama kita nantikan….

Rizab Antarabangsa Negara Malaysia oleh BNM “Hilang” Rm47.6 Bilion?

Pemerhatian Berita Semasa terhadap tahap rizab Bank Negara terus jatuh sejak dari Januari 2014 :
  • 31 September 2013 : US$136.5 bilion bersamaan RM444.6 pada masa itu
  • 31 Disember 2013 2014 :US$121.9 bilion bernilai RM441.7 bilion
  • 15 Ogos 2014 : US$120.2 bilion berjumlah RM422.7 bilion
  • 31 September 2014 (suku Ketiga 2014) : US$120.7 bilion hanya bernilai RM394.1 bilion
  • Suku keempat tahun 2014 dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk di mana untuk bulan Disember 2014 ini sahaja ringgit Malaysia telah jatuh sebanyak 3.3 peratus?
Beberapa penganalisis ekonomi telah memberikan pendapat mengenai keadaan Ringgit Malaysia pada ketika ini :
  • Penganalisis Standard & Poor, Ritesh Maheshwari : Kejatuhan harga minyak dunia, Malaysia paling terjejas teruk di rantau ini
  • Pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan : Ringgit Malaysia berada dalam keadaan yang berisiko untuk tempoh yang panjang. Rizab Bank Negara Malaysia pun tidak akan banyak membantu
P/S : Sama-sama kita mengharapkan ada sinar yang lebih baik untuk tahun 2015 kelak. Insyaallah. Rakyat bersedia untuk berubah gaya hidup pada tahun 2015. Diharap pemimpin di atas turut mengikut jejak langkah yang sama.
PP/S : Biar sama-sama kita berkorban demi negara, bagi mengelakkan lebih ramai yang akan “terkorban” kelak menjelang bahang kos sara hidup 2015 kelak.

Anwar Ibrahim kemuka 4 cadangan atasi masaalah ekonomi negara

.
PENASIHAT EKONOMI NAJIB Opppp sorry...SELANGOR
PADA 12 Disember tahun lalu, saya telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia untuk bersedia menghadapi waktu-waktu sukar kerana kita sedang berhadapan dengan hentakan berganda melalui penurunan harga minyak mentah antarabangsa di samping penyusutan nilai Ringgit Malaysia ke tahap terendah semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Harga minyak mentah Brent terus menurun. Sehingga kini, ia telah menyusut sebanyak 53 peratus dari tahun lepas, yakni daripada purata 108 Dollar Amerika Syarikat setong pada Januari 2014 kepada 51 Dollar Amerika Syarikat secara purata bagi bulan Januari 2015.

Nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah, mengkesampingkan nilai Yen. Ia telah menyusut kepada RM3.55 untuk setiap 1 Dollar Amerika Syarikat daripada RM3.32 setahun yang lalu. Sejak Oktober 2014, ringgit telah menyusut hampir 8.3 peratus.

Benar, bahawa matawang Asia yang lain turut menyusut dan terkesan ke atas Dollar Amerika Syarikat, tetapi matawang kita jatuh hampir dua kali ganda jika dibanding Dollar Taiwan dan Dollar Singapura pada 4.59 peratus dan 4.50 peratus masing-masing berbanding Dollar Amerika Syarikat.

Harga minyak sawit mentah juga melemah pada anggaran 10 peratus kepada RM 2300 satu tan.

Dampak Pada Hasil Negara

Pendapatan daripada minyak dan gas membentuk 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan kerajaan. Belanjawan Persekutuan 2015 yang telah dibentangkan  pada 10 Oktober tahun lepas adalah berasaskan kepada julat harga minyak mentah antara 100 ke 105 Dollar Amerika Syarikat setong.

Malah sebelum penyusutan ke tahap semasa, Petronas telah memberi amaran sekiranya harga minyak mentah pada anggaran purata 70 ke 75 Dollar Amerika Syarikat, keseluruhan sumbangan kepada pendapatan kerajaan akan menyusut sebanyak 8 peratus. Ini bermakna pengurangan sebanyak RM 19.4 billion daripada anggaran pendapatan sebanyak RM 242 billion ke atas unjuran belanjawan 2015.
Kini, dalam pada harga minyak menurun hampir separuh, apakah dampak sebenar ke atas pendapatan negara?

Meskipun dimaklumi bahawa akan berlaku penjimatan subsidi minyak, namun sebagaimana yang dilapor oleh Maybank Research di dalam penerbitan terbaharu mereka, penyusutan pendapatan sebanyak RM 8.4 billion akan melangkaui penjimatan subsidi dan mengakibatkan defisit fiskal sebanyak 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bukannya seperti yang sasaran 3 peratus untuk tahun 2015.

Menurut Goldman Sachs dan Morgan Stanley, harga minyak mentah bakal terus terapung di antara 40 ke 50 Dollar Amerika Syarikat pada tahun 2015. Ini membawa maksud kesan ke atas pendapatan kerajaan dan defisit akan menjadi lebih parah. Beberapa penganalisis memberi peringatan mengenai tahap defisit yang mampu mencecah setinggi 5 peratus.  Ini akan berlanjutan sekiranya nilai Ringgit Malaysia terus menyusut dan harga minyak sawit mentah terus jatuh.

Dari segi pelaburan ekuiti, menurut CLSA (Credit Lyonnais Securities Asia), Malaysia mencatatkan prestasi pasaran saham terburuk Asia pada tahun 2014.  Meskipun bursa saham Indonesia, Thailand dan Singapura masih berjaya mencatatkan pertumbuhan positif, bursa saham negara mencatatkan penurunan yang signifikan.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan terdahulu, terdapat juga isu berkaitan aliran keluar modal asing daripada kedua-dua pasaran bon Ringgit (45 peratus daripada keseluruhan MGS (sekuriti kerajaan Malaysia)) dan ekuiti. Tarikan pasaran yang lemah serta ketidaktentuan fiskal akan mendorong Ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah serta menolak kadar pulangan MGS dan menaikkan kos pembiayaan (nisbah hutang kepada KDNK pada 55 peratus).

Apa Yang Harus Kerajaan Lakukan Sekarang?

Pertama sekali, korupsi dan ketirisan perlu ditangani. Kami melalui Pakatan Rakyat telah membentangkan dalam Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat 2015 bahawa penjimatan konservatif hanya pada kadar 15 peratus dalam ketirisan perbelanjaan kerajaan mampu menjimatkan hampir RM 20 billion atau bersamaan 1.6 peratus daripada unjuran KDNK.

Kedua, kita harus menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros yang diselimuti melalui proses perolehan yang samar dan amalan penswastaan yang legap. Kerajaan perlu berhenti menyorok setiap hutang lapuk di bawah hamparan luar kunci kira-kira.

Tiada satu sebarang alternatif kepada tatakelola yang baik selain daripada maklumat yang benar dan telus berhubung kewangan negara. Dalam hal ini, kita sudah sedia terkesan dibebani skandal 1MDB. Rakyat sudah muak dan tidak mampu bertolak ansur lagi.

Ketiga, Jawatankuasa Krisis Nasional yang bersifat rentas parti politik perlu ditubuhkan pada kadar segera melibatkan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, para ekonomis, pakar-pakar pasaran serta pakar dalam bidang-bidang berkaitan.

Jawatankuasa ini, antara lain hendaklah ditugaskan dengan peranan dan tanggungjawab untuk memantau harga komoditi setiap hari dan diberikan kuasa untuk melaksanakan segala langkah bersesuaian untuk mengurangkan dampak negatif selepas sebarang konsensus dicapai.

Keempat, kerajaan perlu bersedia untuk memperkenalkan langkah-langkah penjimatan sekiranya harga minyak menyusut ke tahap lebih rendah dan kekal statik. Ini bermaksud keperluan memangkas projek-projek mega, tetapi meneruskan perbelanjaan dalam bidang-bidang kritikal seperti kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir.

Perlu diingatkan bahawa negara-negara yang bergantung kepada hasil mahsul minyak seperti Norway (yang mempunyai tatakelola pengurusan dan pentadbiran yang baik) juga telah berada dalam mod bersedia untuk berhadapan dengan kesan jangka panjang berikutan harga minyak yang rendah.

Diakui bahawa pergerakan harga komoditi antarabangsa merupakan sesuatu di luar kawalan kita. Sungguhpun begitu, kita berkemampuan mengawal seluruh cara perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara.

Di sinilah kerajaan gagal dan terus gagal meskipun Pakatan Rakyat berulang kali menggesa agar berpijak pada bumi yang nyata dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Apakah yang telah dilakukan sebelum ini? Apakah ini sikap yang memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk bertransformasi?

Krisis Banjir dan Pengajarannya

Inilah sikap yang sama yang telah mengakibatkan kemusnahan dek bencana banjir baru-baru ini. Banjir merupakan satu fenomena saban tahun yang telah berlaku berabad lamanya, tetapi tiada langkah kawalan dan pencegahan yang serius dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Dalam hal ini, kita harus mengagumi badan-badan NGO yang datang beramai-ramai menghulur bantuan. Melangkaui batas agama dan bangsa yang berbeza, sokongan dan kesiapsiagaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelumnya dan menunjukkan peri penting Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bersekali dengan badan-badan NGO.

Mesej Kepada Rakyat

Zaman sukar menanti kita kesan daripada perbelanjaan kerajaan yang bakal dikurangkan dan pertumbuhan ekonomi yang turut menguncup.  Rakyat perlu kekal berjimat cermat dan jangan menambah hutang atau komitmen kewangan yang tidak perlu.

Tatkala inflasi berterusan meningkat di saat penggajian kekal di takuk lama, rakyat akan berhadapan dengan kesukaran ekonomi yang hebat dan ketidakseimbangan pendapatan akan terus melebar.

Justeru, kami menggesa kerajaan agar telus dalam meramal ekonomi negara. Rakyat menantikan pengumuman Selasa ini dan menjangkakan usaha Kerajaan Persekutuan yang serius lagi bersungguh-sungguh untuk menstruktur semula Belanjawan 2015.

Anwar Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
18 Januari 2015
 
 INI BUKAN KRISIS EKONOMI DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB ABDUL RAZAK

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melipatgandakan usaha untuk menyatakan bahawa ekonomi Malaysia sedang hancur dan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Anwar Ibrahim yang tidak berapa bijak, lupa fakta tentang zamannya sendiri dan menjadikan fakta sebagai sesuatu yang bersifat sensasi, telah pun mengeluarkan kenyataan yang bagi mereka yang faham, akan tergelakkan kebodohan dan kejahilannya dalam bab ekonomi.

Memang benar, Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran kerana kejatuhan harga minyak, tetapi ia sebenarnya hanyalah CABARAN BAJET, bukannya KRISIS EKONOMI.

CABARAN BAJET bermakna, apabila kerajaan membuat jangkaan bajet berdasarkan perolehan negara untuk perbelanjaan tahun berikutnya tetapi perubahan situasi tertentu menyebabkan jangkaan perolehan menurun (seperti perolehan minyak dan gas kepada kerajaan).

Ini adalah isu bajet dan boleh diselesaikan oleh kerajaan menerusi pembaikan dan perubahan tertentu, sama ada dengan memotong perbelanjaan tertentu atau meningkatkan perolehan bidang-bidang tertentu seperti meningkatkan dividen dari GLC seperti Khazanah, TNB, TM dan sebagainya atau pun 'memperbetulkan' semula perbelanjaan modal. Inilah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak hari ini menerusi intervensi bajet yang disiarkan ke seluruh negara pagi tadi.

KRISIS EKONOMI pula berlaku apabila faktor-faktor atau fundamental ekonomi Malaysia begitu lemah kesan daripada keyakinan pengguna yang merudum, atau kadar faedah tinggi atau permintaan yang sangat lemah daripada pasaran eksport negara kerana permintaan tempatan dan luar yang telah jatuh.

Keadaan ini tidak berlaku pun, malah tidak ada satu analisa ekonomi pun yang meletakkan pertumbuhan KDNK Malaysia kurang dari 4% bagi tahun 2015.

Bahkan kebanyakan penganalisa termasuklah Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK negara antara 4.7% sehingga 5.5%. Ini adalah kerana penurunan harga minyak akan meningkatkan permintaan dan pertumbuhan dalam pasaran eksport Malaysia, lemahnya nilai Ringgit bermakna akan meningkatkan eksport kita dan permintaan pengguna tempatan akan terus kekal.

Malahan walaupun KDNK kita adalah 4%, ia tetap merupakan perkembangan yang sihat untuk Malaysia.

Yang Pakatan duk melalak sekarang dan cuba meyakinkan orang ramai, NILAI RINGGIT jatuh, maka jatuhlah Malaysia. Harga Minyak dunia menjunam, maka Malaysia pun akan kiamat dan hancur. Mereka sekadar berfikir secara lapis atas. Mereka tidak langsung berfikir secara rasional membabitkan kepenggunaan dan eksport serta KDNK serta pertumbuhan-pertumbuhan lain kesan daripada kejatuhan nilai Ringgit dan harga minyak. Seolah-olah Malaysia terlalu bergantung kepada minyak dan gas serta perdagangan matawang dunia. Mereka tidak peduli pun tentang kepelbagaian sumber pendapatan negara yang lain.

Perhatikan bagaimana mereka langsung tidak mampu menampilkan walau satu laporan analisa yang berkredibel untuk menunjukkan Malaysia akan mengalami RECESSION pada tahun 2015. Bahkan mereka juga tidak mampu untuk menampilkan sebarang laporan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan kurang dari 4% pada tahun 2015.

Malahan KDNK Singapura sendiri pun, pertumbuhannya hanya sekadar 2.8% pada tahun 2014 dan mereka mengunjurkan pertumbuhan KDNK antara 2% sehingga 4% bagi tahun 2015.

Secara tak langsung dan terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat langsung tak boleh terima ialah, DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK, KRISIS EKONOMI YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM, TIDAK AKAN BERLAKU!!!

Para pemimpin Pakatan Rakyat cuba merendah-rendahkan keyakinan konsumerdi Malaysia dengan terus-menerus menyebarkan propaganda jahat bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Dan sekiranya mereka berjaya, tindakan mereka akan menghancurkan permintaan tempatan selain pelaburan tempatan sekaligus akan membantuhkan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Golongan yang tidak bertanggungjawab yang berwajahkan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng dan sebagainya, perlu dihentikan daripada mensabotaj ekonomi negara. Mereka perlu dianggap bahkan dilayan sebagai PENGKHIANAT. - LIM SIAN SEE



AMUKANMELAYU - Mak Long Senah tiasa simpanan, tiada Kad Kredik, tiada pinjaman Bank, tiada Loan Rumah...rumah dah 40 tahun masih kukuh......Kebun belakang rumahnya penuh dengan sayuran dan tumbuhan herba.....dia tiada Insuren kesihatan dan dia tidak pernah ambil BR1M.....katanya tangan yang di atas lebih mualia dari tangan yang dibawah.....bila-bila masa jumpa Mak Long Senah dia tersenyum memanjang..................