Apa Untungnya Menyerang Tun Daim?
SIASATAN badan pencegah rasuah Malaysia keatas Tun Daim seawal tahun1996
lagi dan mendapati TIADA sebarang bukti yang menjurus kepada unsur
unsur rasuah di sebalik kekayaan yang di miliki nya.
Fakta yang tidak di ketahui ramai ialah sewaktu Anwar sibuk
berdemonstrasi menentang kerajaan pada tahun 70 an, Tun Daim telah pun
menjadi pemilik kepada dua buah bank tempatan iaitu Malaysian French
Bank dan UMBC yang di lepaskan nya sebelum beliau menjawat jawatan
Menteri Kewangan pada tahun 1984.
Bagi yang faham selok belok perbankan ianya adalah suatu perniagaan yang
memerlukan modal yang besar tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam
jangka waktu yang singkat serta mampu berkembang dengan cepat. Cuba kita
kira berapa ramai Melayu yang memiliki bank pada tahun 70 an dan 80
an?. Dan cuba lihat betapa kayanya Tan Sri Azman Hashim yang cuma
memiliki sebuah bank iaitu Arab Malaysian?
Seperkara lagi, kebanyakan bank bank yang di milki oleh Tun Daim selepas
persaraan nya adalah di LUARNEGARA. Setakat ini Tun Daim memiliki 59
cawangan International Bank of Commerce (ICB) di Indonesia, 23 cawangan
di Africa dan 9 cawangan di Timur Eropah. Tun Daim juga menguasai ICB
Financial Group Holdings Ltd. (ICB) yang memiliki dan menguruskan bank
komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Dan ini bagi BO adalah suatu PENCAPAIAN yang patut kita BANGGAKAN kerana
hakikat nya bukan mudah untuk bersaing di peringkat global terutama
dalam industri perbankan. Tun Daim secara tak langsung dah menaikan
taraf Melayu dari bangsa yang suka MEMINJAM kepada bangsa yang dah mampu
MEMBERI PINJAMAN.
Yang patut kita HAIRAN dan RAGUI ialah bagaimana seorang individu
seperti Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa apa perniagaan mahupun
pengalaman dalam apa jua bentuk perniagaan selain dari RETORIK POLITIK
mampu memiliki kekayaan yang begitu luarbiasa bagi membiayai gerakan
politik nya sejak 15 tahun yang lalu.
Yang patut di siasat oleh SPRM ialah KEUNTUNGAN yang di buat oleh Anwar
melalui syarikat Abrar Discount yang di uruskan oleh anak didiknya Wan
Hasni dan Rahim Ghouse semasa serangan matawang ringgit pada tahun 1997.
Kalau Azman Hashim dan Rashid Hussain boleh untung berbillion masa tu,
berapa pulak keuntungan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang mengawal
Bank Negara ketika tu? ( Sumber daripada FB BO)
Apa untungnya menyerang Tun Daim? Mengapa media yang dikawal Umno
menyerang beliau? Mengapa blogger bukan "banggang" aka blogger upahan
menyerang beliau?
Daim adalah seorang pesara politik, yang tidak akan kehilangan apa-apa.
Menyerang beliau, tidakpun berimpak positif kepada penyerang, malah
negatif kepada boss penyerang.
Tun Daim hanya menegur cara Perdana Menteri mengurus ekonomi negara.
Kini, teguran beliau itu benar-benar berlaku. Bajet 2015, terpaksa
disemak semula atas sebab kejatuhan ringgit dan harga minyak. Malah
komoditi utama negara seperti kelapa sawit terancam harga pasarannya.
Jangan cakap pasal harga getah, sudah lama jatuh. Harga saham FGV sudah
lama merundum.
Pembangkang sebelum ini cemburu sangat dengan kekayaan mantan Menteri
Kewangan itu. Daim sebelum di bawa ke dalam kabinet sudah super kaya.
Kekayaan beliau bukan kerana dilantik menteri,
Daim punya rekod dua kali dilantik menteri kewangan. Setiap kali
dilantik, beliau berkata akan memulihkan keadaan kewangan negara,
selepas pulih, beliau sukarela melepaskan jawatan.
Semasa Daim Menteri Kewangan, apa sahaja yang terkeluar di mulut akan
dianalisis, kerana kenyataan itu merupakan hala tuju perekonomian
negara.
Apa yang muskil, Daim tidak pernah berkata sepatahpun berkaitan peribadi
Perdana Menteri. Kenyataan beliau hanya soal-soal perjalanan ekonomi
negara, ironinya teguran mantan Menteri Kewangan itu dianggap bernilai
oleh rakyat berbanding tindakan dan kebijakan yang dilakukan pentadbiran
Perdana Menteri.
Oleh kerana pembangkang dan pihak-pihak tertentu mahukan beliau disiasat
sekali lagi oleh pihak SPRM, walaupun sejak tahun 1998 pernah disiasat
kemudian "clean bill" kini beliau merasakan bahawa puak-puak dalam
kerajaan telah sengkokol dengan Anwar Ibrahim, maka beliau membuat
kenyataan sekali lagi, bersedia bila-bila masa disiasat.
Hari ini SPRM sudah mengesahkan, bahawa kenyataan daripada mantan
Menteri kewangan itu sudah dibuat, badan itu sedang mengatur pertemuan
dengan Anwar, untuk mengetahui apa maklumat atau dokumen yang ada pada
mantan TPM itu.
Kini rakyat terbeliak mata, rupanya pihak-pihak tertentu di bawah
pentadbiraan Peradana Menteri sudah lama berkerjasama dengan Anwar bagi
menghentam atau membuka apa sahaja cerita berkaitan dengan mantan
Menteri Kewangan itu.
Seperti tulisan awal pada artikel ini, Tun Daim nothing to lost, impak
kepada beliau bagaikan menabur garam ke laut, akan tetapi impaknya jika
sebarang dakwaan itu tidak benar akan terkena batang hidung Perdana
Menteri.
Najib sangat rentan terhadap serangan balas, isu 1MDB, isu isterinya,
isu main golfnya dengan Barack Obama semasa negara dilanda bencana, dan
banyak lagi isu yang dipertaruhkan, sedangkan Daim tidak mempertaruhkan
apa-apa. Seorang pesara yang hanya kadang-kadang speak his mind.
Daimlah yang mengatakan sebelum PRU-12, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan dirampas pembangkang.
Kata A Kadir Jasin............
Mengapa Masalah Yang Menyelubungi Najib Tidak Dijawab?
A Kadir Jasin PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi:
Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa
amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana
Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan.
Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan
kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan
tuan.
Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable)
dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan
balas.
Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang
muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik
bos mereka?
Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di
tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib,
tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan
orang yang hari ini menegur beliau.
MAP Sambung Lidah PR?
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan
media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah
secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat,
khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.
PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri
memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim
dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.
Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik
dan menurunkan Anwar dalam politik negara. Mereka tahu perisikan,
analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam
Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis
dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.
Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.
Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana
Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu
kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.
Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.
Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR
atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk
bersekongkol dengan PR?
Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan
perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda
PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas
tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.
Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan
keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi
selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.
Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan
sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan
kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid,
(Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno,
bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat
itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad
Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi
PM.
Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib
buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu
angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk
mengupah dan membeli.
Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi?
Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim
atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang
ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.
Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh
merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak
berkedudukan politik.
Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada,
boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak
tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba
haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.
Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih
merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd
Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.
Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik
mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos
mereka satu persatu.
Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk
soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada
mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:
1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar
sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS
pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan
(sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di
bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara
AS$100 hingga AS$105 setong?
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk
mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai
penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga
di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling
rendah sejak April 2009?
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan
hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40%
kepada perolehan kerajaan?
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import,
khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula,
kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh
Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur
dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB
telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18
pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
[Image] Mohd Najib "Mentor" Felda 10. Apakah sebabnya rizab
antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada
akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12
bulan hingga akhir bulan lalu?
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan
antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi
hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada
awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman
sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada
Disember lalu?
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan
(provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB
keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada
1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli
balik IPP itu dengan harga potongan?
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi
penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi
kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak
membawa beliau balik?
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada
keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar
beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.
Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah
tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.
Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda
sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?
Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang
mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris
terhunus. - sumber:http://kadirjasin.blogspot.com
AMUKANMELAYU -Siapa yang sepatutnya menggantikan Tun M sebagai PM selepas Tun bersara? Kalau Pak Lah bukan pilihan.....siapa yang sepatutnya?