Friday, 13 March 2015

ADAKAH INI KEADILAN - Polis Tidur Kena Tatatertib..Ahli Parlimen Tidur Kena Apa Pula?



Kerana Tidur Semasa Bertugas, 2 Anggota Polis Terlibat Diarah Bertukar 24 Jam






Georgetown: Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Abd. Rahim Bin Hj Hanafi hari ini melalui kenyataan medianya telah mengambil tindakan tegas terhadap dua orang polis yang dipercayai tidur semasa bertugas.
Tindakan itu diambil perikutkan sekeping gambar menjadi viral di lama sosial yang memaparkan dua orang pegawai polis dari Balai Polis Komuniti Mak Mandin yang tidur di dalam balai tersebut.

Menurut kenyatan media tersebut, kedua-dua anggota polis ini telah diarah bertukar dalam tempoh 24 ke Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Ia adalah tindakan sementara yang diambil sambil menunggu tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap mereka. - Siakapkeli.com.my


Adakah Wakil Rakyat bukan saja tidur tapi "PONTENG SIDANG DEWAN" apa tindakan?


Anggota PDRM tidur dikenakan tindakan tatatertib..wakil rakyat tidur kena apa pula?

Walhal kalau nak bandingkan tugas anggota polis dan ahli parlimen pembangkang memang jauh beza...mereka pergi parlimen pun dapat elaun..kerja cari salah kerajaan...mempertikaikan usaha murni kerajaan bantu rakyat dan menghasut rakyat...

Bab tidur biarpun gambar dirakam releks saja..xada kena apa-apa tindakan...bukan saja tidur di parlimen..kawasan sendiri pun ada yang jarang-jarang turun..itupun masih disayangi kadam penyokong pembangkang...teruk sungguh!

ADUN DAN MP - Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Image result for ahli parlimen tidur

Image result for ahli parlimen tidur
Apakah sebenarnya tugas seorang wakil rakyat, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Jika hanya sekadar itu, lebih baik dilantik Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Wakil Rakyat kerana mereka lebih mengetahui siapa yang memerlukan bantuan di sesuatu kawasan.

Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?

Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, maka tidak akan terbentuklah masyarakat yang maju, sebaliknya hanya akan terbentuk masyarakat yang meminta-minta, minta bantuan, minta subsidi, minta tanah dan sebaliknya terbentuklah wakil rakyat yang mencari-cari, cari projek, cari balak, cari tanah untuk menampung keperluan pengundi di kawasannya yang setiap hari datang ke pejabat YB untuk meminta sesuatu.

Maka tidak hairanlah ada wakil rakyat apabila berada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen disebabkan terlalu letih membuat tugasan semacam Pegawai Kebajikan Masyarakat ada yang tertidur ketika sidang dewan dan lebih teruk lagi ada yang ponteng sidang dewan.

Apakah salah satu kriteria wakil rakyat ialah mereka perlu pandai berlakon apabila berhadapan dengan rakyat?

Atau mungkin di bawah ini adalah tugas sebenar seorang wakil rakyat ;
TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan



AMUKANMELAYU - Keadilan apakah ini.......