Tok Kenali
Tok Kenali atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialah Awang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di Negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.
Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”
Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan d ipermukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyaimulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau) dan juga dapa tmengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.
Beliau meninggal dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November, 1933.
TENAGA PENTING MAJALAH PENGASUH
Beliau merupakan tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahl iMajlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan 5 tahun di Mesir.
Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di sampingmengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.
GANDINGAN ULAMA DAN UMARA
Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.
Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.
Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.
Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali. Bagindalah yang memerintahkan TokKenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.
MENGAJAR DI MASJID MUHAMMADI
Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi. Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).
Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang dating serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.
SECEBIS RIWAYAT
1868 – Dilahirkan di Kampung Paya, Kenali, Kelantan.
1886 – Belayar ke Mekah untuk menuntut ilmu.
1908 – Pulang ke Kelantan untuk mengajar agama.
1916 – Membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
1918 – Mengetuai penerbitan majalah Pengasuh.
1933 – Meninggal dunia
SYARAT PENTING UNTUK PENGAJIAN PONDOK
Salan Lazim Untuk Masuk Pondok
asalamualaikum... nak masuk mcm mne? bayaran berepa jika mahu belajar dan menperdalamkan limu agama.. jika mahu duduk situ macam mne?
anda boleh I am emali saya..
azwa_sweet95@yahoo.com.my
saya hanya wakil dari seseorang hamba allah.
anda boleh I am emali saya..
azwa_sweet95@yahoo.com.my
saya hanya wakil dari seseorang hamba allah.
Muhammad Hazim Haznan Hussin - Bekas Pelajar Pondok
1 - Datang ke pondok sebab nak mula belajar kerana Allah, yang penting, orang yang nak masuk tu betul2 nak masuk dengan keinginan dia sendiri.........sebab hidup di pondok susah, kalau budak belum matang, dan takde keinginan, susah nak menjadi. Ini pengalaman saya tengok adik2 yang umur baru darjah 5, 6 dan menengah bawah yang duduk di pondok..........
2 - Family boleh pergi ke pondok dan bertanya kepada pegawai yang bertugas.
Bayaran seingat saya tak mahal sewaktu zaman saya. tak lebih rasanya dari RM250 setahun.
Perlu rujuk kembali........mungkin sudah berubah.............
cumanya, untuk makan dan minum perlu diusahakan sendiri......sama ada masak atau beli.

PONDOK PAK TEH PENGKALAN HULU
Tinggalkan sejarah silam dan kembali berpijak kepada realiti sekarang. Pengkalan Hulu selain terkenal kerana kawasan sempadannya dan juga tempat-tempat pelancongan yang menarik mempunyai satu lagi daya tarikan iaitu sebagai pusat pengajian ilmu tradisi Islam. Pusat pengajian tersebut ialah Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh. Pusat pengajian ini sangat terkenal di peringkat Perak dan juga tanahair kerana berjaya melahirkan ramai alim-ulama yang bertebaran di seluruh tanahair.
Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif Abdul Rahman |
Pengasasnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pak Teh. Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.
Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.
Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.
[1] Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.
[2] Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.
Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.
Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak. Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini.
Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok.
Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.
Kebanyakan tenaga pelajar di Pondok Pak Teh ialah pelajar-pelajar senior dari Pondok Pak Teh.
Ustaz Ahmad Rozaini salah seorang tenaga pengajar di Pondok Pak Teh |
Di Pondok Pak Teh, para pelajar bukan sahaja diajar hal-hal berkaitan agama tetapi juga dididik supaya berdikari.
Mereka ditempatkan di pondok masing-masing dan disitulah mereka belajar bagaimana menguruskan kehidupan seharian mereka sendiri. Dengan dibimbing oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar senior, mereka dididik berdikari bermula dari awal subuh hinggalah ke waktu tidur. Mereka melakukan kerja-kerja harian seperti membasuh baju, memasak, mengemas tempat berteduh dan membaiki pondok sekiranya rosak. Hikmahnya dalam proses berdikari ini ialah ia mampu membentuk jatidiri serta tidak bergantung kepada sesiapa kecuali pada Allah Taala.
Para pelajar di Pondok Pak Teh juga diajar asas kehidupan, bagaimana mencari rezeki dari titik peluh sendiri. Mereka bebas bercucuk tanam di tanah yang dimiliki oleh Pak Teh hasil pusaka arwah mertua Pak Teh.
Tentang pengalaman tinggal di Pondok Pak Teh, saya memetik catatan yang dibuat dihttp://lordnoor.blogspot.com/2008/06/pondok-pak-teh-pengkalan-hulu.html yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama.
Persekitaran yg sederhana, bersuasana desa, dipayungi pohon-pohon hijau dengan pondok-pondok pelajar yg bertebaran, serta ayam dan kambing yg berkeliaran mungkin tidak menarik minat mereka yg biasa dengan cara hidup kota dan dibesarkan dalam dimensi kemodenan. Namun di pondok-pondok yang usang, tinggal para pelajar dan di surau yg berlantaikan papan bersilingkan zink, transaksi ilmu mengambil tempat dengan penuh adab dan tradisi keilmuwan, mencuit hati sesiapa sahaja yg berkesempatan ke sana.
Kitab-kitab silam ditadah dengan penuh khusyuk, sesudah subuh, sesudah zohor, sesudah asar, sesudah maghrib dan sesudah isyak. Selepas solat subuh, kelihatan 3-4 orang pelajar menghampiri Tuan Guru, menyemak hafalan matan-matan yg berbeza. Namun yang ajaibnya, ketajaman deria dengar dan ingatan Tuan Guru dapat sahaja menangkap andainya ada silap dalam hafalan mereka, walaupun setiap mereka membaca matan yg berbeza secara serentak di hadapan Tuan Guru.
Penyampaian kuliah di dalam bahasa melayu, dialek siam, Kelantan dan utara. Mereka yg baru mungkin berasa pening dan asing dengan penyampaian si Tuan Guru.Pada waktu malam, kedengaran suara-suara mengatasi bunyi unggas, yg sibuk mengulangkaji pelajaran dan hafalan. Dari Ilmu Nahu ke Ilmu Feqah, riuh di merata pondok suara pelajar mengulangkaji. Tidak cukup dengan kuliah umum kelolaan Tuan Guru di surau, ada juga kelas-kelas mini yg diajar oleh Ustaz-ustaz yg terdiri dari murid senior di pondok.
Ada Ustaz-ustaz yg telah menghabiskan masa selama 30 tahun di pondok dan ada yg baru 8 tahun. Kedalaman ilmu mereka mengagumkan walaupun tidak punya sijil, diploma atau ijazah di dalam bidang agama. Bagi yag hanya sementara di sana (seperti teman), boleh diminta Ustaz-ustaz ini mengajarkan secara peribadi mengikut masa yg bersesuaian. Berbekalkan kitab dan sebatang lilin dihadapan sang Ustaz yg terjerit-jerit ibarat “naik syeikh”, teman mengaji ilmu nahu dengan kitab “Syarah Mukhtasar Jiddan A’la Al-Ajrumiyyah”, antara kitab nahu yg paling asas diajarkan di pondok itu.
Perkataan dibaca sepatah-sepatah dan dihurai sepatah-sepatah. Tidak hairanlah kalau dalam ½ jam, hanya setengah mukasurat yg mampu dihabiskan. Ada juga beberapa perkara yg menarik dapat diperhatikan di sana. Antaranya, solat subuh hanya bermula pabila Tuan Guru membuka pintu rumahnya dan masuk ke surau (rumah Tuan Guru dan surau bersambung). Selalunya solat subuh pada jam 6:40-6:45 pagi, agak lewat juga kiranya.
Begitu juga menariknya bila Tuan Guru tidak mahu mengimamkan solat, murid-murid akan mencari mereka yg paling senior untuk menjadi imam. Apabila yg senior pun enggan menjadi imam, yg muda-muda akan menjadi imam. Namun, sesudah habis solat dan wirid, imam muda tadi akan menepuk lantai dan Tuan Guru atau si senior yg ada di dalam surau akan membaca doa, tak kira di mana duduknya murid senior itu, kadangkala di belakang imam dan kadangkala dibucu surau. Dapat diamati yg mereka ini memuliakan Tuan Guru dan abang-abang seguru mereka, suatu sikap yang sudah jarang wujud dalam diri para pelajar masa kini. Murid-murid juga akan bangun sebelum memulakan kuliah dan mereka hanya duduk sesudah Tuan Guru duduk.
Begitu juga halnya sesudah kuliah, mereka akan bangun dan kekal berdiri sehinggalah Tuan Guru masuk ke rumah, barulah mereka beredar. Bersalam dengan Tuan Guru juga ada waktunya. Kalau tak silap, hanya pada hari Selasa dan Khamis sesudah asar Tuan Guru akan bersandar dan akan bersalam dengan anak muridnya yg mencecah jumlah 300 orang. Tangan digarap dan dicium oleh anak murid, dari yang muda hinggalah yang tua bangka. Sikap rendah diri para pelajar serta sistem pembelajaran yg berperingkat, dari yang paling asas ke tahap yg lebih tinggi menjadi faktor penyumbang kepada kefahaman mendalam para pelajar di dalam bidang agama.
Kepelbagaian disiplin ilmu, seperti ilmu nahu, sorof, feqah, hadith, tafsir, mantiq dan tasawuf, serta pengekalan penggunaan kitab-kitab silam seperti Tafsir Nasafi, Mataz Zubad, Sahih Bukhari dan Muslim, Matan Ajrumiyyah, Matan Qatar, Fathul Wahab, Matan Syuzu dan banyak lagi, membuktikan yang pondok masih relevan di zaman moden ini, dalam memelihara warisan mereka yang terdahulu, yg kian di jauhi oleh masyarakat Islam di kala ini.
Mungkin tempoh pengajian dua minggu tidak melayakkan diri ini untuk bercerita perihal pondok Pak Teh. Tapi dua minggu itu memberi kesan yang amat dalam, betapa perlunya memuhasabah diri ini dan bersikap rendah diri, walaupun bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Shariah, kerana ijazah itu bukannya kayu pengukur yg menjamin kita lebih alim dan bijaksana dari warga pondok ini.

Gambar foto yang saya muatkan dalam artikel ini kebanyakannya saya petik dari http://addiniahallatiffiah.blogspot.com/
[1] Rujuk http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040612-4.htm
[2] Rujuk http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040421-1.htm
[1] Rujuk http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040612-4.htm
[2] Rujuk http://mufti.perak.gov.my/berita/berita040421-1.htm
Kedah hargai sumbangan pengajian Pondok – Mukhriz
ALOR SETAR, 4 Okt: Kerajaan negeri Kedah sentiasa menghargai sumbangan pondok pengajian agama dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan perjuangan Umno dan Islam sejak sebelum negara merdeka.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri juga memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka menentang penjajah dan komunis.
“Oleh itu adalah wajar hubungan antara kerajaan negeri dan pondok-pondok agama yang sekarang banyak dijadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan agar Kedah terus maju bagi merealisasikan wawasan kepimpinan negara.
“Saya akan minta Jabatan Agama Islam Kedah berbincang dengan SAR dan ketua-ketua pondok supaya bantuan perlu dapat disalurkan,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Menteri Besar bersama Warga SAR di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat, 35 kilometer dari sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Mukhriz menyerahkan bantuan berjumlah RM1.2 juta berdasarkan perkapita pelajar sumbangan Yayasan Gerak Fikir, sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini kepada 11 SAR di Kedah.
Sebelum itu, Mukhriz yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Kedah Mohd Rawi Abdul Hamid, Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad, pengerusi Majlis Pengetua SAR Kedah Datuk Sheikh Abdul Razak Yusof, para guru dan pelajar menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan doa selamat sebelum menunaikan solat Isyak.
Dalam ucapannya, Mukhriz juga mencadangkan supaya SAR membuat kajian untuk menarik pelajar negara-negara asing belajar di sekolah mereka.
“Impak kedatangan ramai pelajar asing membantu melonjak ekonomi, sektor pelancongan dan sudah tentu usaha mengukuhkan syiar Islam akan berkembang lebih cepat,” katanya. - BERNAMA
YPPM-KUIN TERAJUI PUSAT KAJIAN PONDOK
Berlangsungnya majlis bersejarah tersebut, disempurnakan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung YPPM.
Tertubuhnya pusat kecemerlangan yang tentunya memberi tumpuan kepada penyelidikan yang terperinci dan menyeluruh dalam pelbagai aspek berkenaan institusi 'Pondok' serta sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara itu akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama.
Turut disaksikan Perdana Menteri, melalui MoU yang ditandatangani oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim (YPPM) manakala KUIN diwakili oleh Rektornya, Prof Datuk Dr. Mohd. Yusof Kassim telah membentuk persetujuan dimana pihak KUIN akan bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran dan kakitangan, kemudahan penyelidikan atau bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, bilik dewan serta sokongan logistik.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.
Dengan termeterainya MOU di antara YPPM dan KUIN ini, maka terbentuk selangkah lagi kejayaan dalam usaha menaikkan martabat warga 'Pondok' di negara ini.
Bukan hanya penyelidikan terperinci berkaitan institusi 'Pondok' serta kajian terhadap tokoh-tokoh 'Pondok' tempatan yang telah banyak berjasa akan ditumpukan. Namun skop PKP turut meliputi sistem pengajian sama di negara-negara Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.
AMUKANMELAYU - Mereka telah kembali........
AMUKANMELAYU - Mereka telah kembali........