Friday, 24 April 2015

NAJIB "CAMDIT" TUN M BILA DIA MENERJAH "SAYA TIDAK BERSEORANGAN"


Saya sedar saya keseorangan, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul “Soal tak jawab”.

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

“Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

“Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 milion (juta).

Najib pada 9 April lalu menegaskan tidak akan bertolak ansur bagi sebarang salah laku dalam pengurusan kewangan 1MDB mahupun mempertahankan mana-mana individu.

Malah, atas pendirian itu, tegasnya, beliau mahukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara agar menyegerakan siasatan terhadap sebarang salah laku dalam syarikat itu.

'Ini soal nak gantung anak orang'

Sementara itu, mengulas isu Altantuya pula, beliau berkata tidak menuduh Najib tetapi terus membangkitkan soal arahan kepada bekas anggota elit polis itu yang disabit membunuh.

“Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

“Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adillah jika Sirul (Azhar Umar) dibunuh,” tegasnya.

Najib pada 9 April juga sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuyadan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.

Beliau pada 2008 telah melafazkan sumpah demi Allah “wallahi wabillahi watallahi” di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008 berhubung dakwaan itu.

Mengulas berhubung pertemuannya dengan ibu Sirul, Mahathir berkata beliau bertemu dengan Piah Samat seperti kebiasaannya dengan pihak lain.

“Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini,” katanya lagi.

“Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.”

Piah pada 8 April lalu sudah pun bertemu dengan Mahathir untuk membincangkan soal nasib Sirul yang kini ditahan di Australia selepas lari ke negara itu menjelang keputusan akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan disabitkan




Kata Najib beliau juga tidak keseorangan. Harap-harap kita begitulah. Tetapi seperti yang ramai rakyat kenal, Najib bukan lah seorang 'fighter' seperti Tun M.
Tetapi mana tahu. Kadangkala ada lelaki yang tidak pandai menari tetapi menjadi pandai apabila dibimbing oleh isteri yang kaki suka menari.
Apa pun tunggu dan lihat. Seperti dalam senikata lagu Michael Jackson "I'm not a fighter, I'am A lover".


SAYA TIDAK BERSEORANGAN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak berasa keseorangan, apatah lagi begitu banyak badan antarabangsa, individu dan institusi yang berpengaruh mengesahkan keyakinan mereka terhadap kejayaan yang dicapai oleh Malaysia.

Menurut beliau, kesemua badan itu juga menyanjung Malaysia dengan memberi penarafan yang sangat tinggi, oleh itu beliau berasa amat yakin terhadap kestabilan dan pertumbuhan Malaysia pada waktu ini menerusi kerajaan yang ada sekarang.

“Saya sama sekali tidak berasa keseorangan. Hakikatnya, saya berasa dikelilingi teman yang menyenangkan. Sejak akhir-akhir ini kedengaran perbualan di Malaysia mengenai betapa seseorang itu berasa keseorangan untuk menyatakan kebenaran. Jadi, saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak berasa keseorangan berdiri di hadapan anda semua hari ini,” kata Najib semasa berucap pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2015 di sini hari ini.

Ucapan Najib itu menarik perhatian perwakilan yang memberi tepukan sambil berdiri kepada beliau.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.

Invest Malaysia dianjurkan selama dua hari bermula hari ini dengan mempamerkan 51 buah syarikat pelaburan terbaik dalam pasaran ASEAN.

Persidangan itu turut menghimpunkan perwakilan-perwakilan daripada pelbagai syarikat multinasional dalam pelbagai sektor.

Tambah Najib, berdasarkan kestabilan serta pertumbuhan Malaysia di bawah kerajaan sekarang, beliau yakin akan dapat mengharapkan kebersamaan itu diteruskan bagi tahun depan dan tahun-tahun mendatang.

Jelasnya, Bursa Malaysia juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan-kejayaan itu dan asas ekonomi negara adalah kukuh dan berada di landasan untuk memenuhi matlamatnya mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Katanya, pasaran modal Malaysia menyaksikan pertumbuhan kukuh pada waktu ini iaitu RM2.82 trilion, hampir tiga kali ganda daripada saiz ekonomi Malaysia dengan pasaran ekuiti pada RM1.74 trilion manakala pasaran bon pada RM1.08 trilion.

Menurutnya, skala kewangan berdasarkan pasaran modal juga menunjukkan prestasi yang signifikan dengan purata tahunan RM111 bilion diperoleh menerusi bon korporat dan tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh tiga tahun lalu.

“Ini menunjukkan lebih daripada dua kali ganda daripada purata RM48 bilion yang pernah dicapai sedekad lalu,” ujarnya.

Terdahulu, Bloomberg kata Najib, memberi penarafan kepada Malaysia sebagai pasaran memuncul kelima dunia dengan masa depan paling cerah pada 2015 dan satu-satunya negara ASEAN yang berada dalam kelompok 10 teratas sementara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia pula baru-baru ini mengeluarkan laporan yang menunjukkan Malaysia menghampiri ranking teratas bagi daya saing dan mudah menjalankan perniagaan.

“Kita diletak sebaris dengan pasaran maju di Asia, seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura, oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata, menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia, Malaysia berada di tempat pertama bagi hak perundangan Pasaran Kewangan, keempat bagi Pembangunan Pasaran Kewangan dan kelapan bagi kemudahan pembiayaan menerusi pasaran ekuiti.- by