Thursday, 23 April 2015

JAMBATAN EMAS DI TUKAR DENGAN JAMBATAN BENGKOK MENYEBABKAN PINANGAN NAJIB DI TOLAK



Jambatan EMAS - Sultan Melaka yang mengidamkannya, Singapura yang dapat

Jambatan Bengkok, Dan 7 Dulang HantaranTun M Tak Mampu Di Balas Najib

1. “Pak Lah tidur pun dapat 143, dia (Najib) dapat 130 berapa."
    • Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan prestasi penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum jauh lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun seringkali tidur.

      Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Abdullah mendapat 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 berbanding Najib yang hanya berjaya mendapat 133 kerusi dalam PRU13.
       themalaysianinsider.com
  • 2. Projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura yang tidak terlaksana

    • “Harapan saya bila Pak Lah dah tiada, dia akan bina jambatan, kereta api dan macam-macam yang kami setuju semasa saya jadi Perdana Menteri akan diteruskan selepas saya letak jawatan. Tapi Pak Lah tidak buat dan Najib pun sama tak buat. Saya rasa tidak seronok kerana ini janji, ini bukan untuk saya dapat kontrak,” luah Tun M.

      Katanya, pembinaan tersebut perlu dilaksanakan meskipun negara Singapura tidak memberikan persetujuannya kerana kawasan projek itu tidak melibatkan negara jiran itu.
       therakyatpost.com
  • 3. "Mana perginya wang 1MDB dan siapa Jho Low?"

    • “Susah sekarang ni hendak buat apa-apa kerana kita akan rugi duit. Paling kurang beberapa bilion ringgit akan rugi. Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, kita kalah. Parti lawan tiada simpati, dia mesti akan cungkil. Jadi, kalau BN kalah, negara ini akan menyaksikan ramai orang menanggung akibat yang besar.”

      “Saya hendak satu suruhanjaya yang benar-benar bebas. Kita perlu orang yang betul-betul neutral untuk melakukan siasatan menyeluruh ke atas 1MDB."

      “Dan siapa Jho Low ni? Tiba-tiba jadi sangat penting dan ada begitu banyak kuasa. Dan orang beritahu saya dia bawa dirinya seperti dia kerajaan. ‘(Kalau) tak buat ini, saya hubungi perdana menteri’ (katanya). Itu apa yang orang kata. Betul tak betul, saya tak tahulah," jelas Tun M.
       nasionalis.my
  • 4. "BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Dan mereka yang menerima tidak akan mengundi. Lihatlah apa yang berlaku."

    • Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan pentadbiran Najib memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ianya seperti “merasuah rakyat” menjelang pilihan raya.

      “Kita tidak pernah bagi duit kepada orang, kita wujudkan pekerjaan untuk rakyat. Saya cuba beritahu dia (Najib) untuk hentikan BR1M. You nak tolong orang miskin, tolong. Banyak orang miskin yang betul-betul miskin, tolong dia orang," ujar Tun M.
       themalaysianinsider.com
  • 5. Jet besar dan mewah milik Kerajaan Malaysia yang menelan kos perjalanan tinggi

    • "Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar."

      "Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun."

      “Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," kata Tun M.
       malaysiakini.com
  • 6. "Siapa yang arah bunuh Altantuya?"

    • “Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan."

      “Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan,” tulis Tun M di blognya.
       keadilandaily.com
  • 7. "Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya."

    • Dr Mahathir berkata, dalam satu pertemuan makan malam dengan Najib, beliau mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak meneruskan projek jambatan bengkok walaupun perdana menteri sudah berjanji untuk berbuat demikian.

      Namun katanya, Najib memberi alasan wujud perjanjian berkaitan Tambak Johor yang tidak boleh disentuh melainkan ada persetujuan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dengan Singapura.

      "Saya tanya tunjukkan saya perjanjian itu... tiada. Tidak ada perjanjian sebegitu. Kita buat sebelah kita, dia hendak buat dia buatlah," kata Tun M.

      Katanya, Najib tidak bercakap dengannya selama 6 bulan sehingga dipujuk 'Adnan Pahang', dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

      "Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya. Selepas dia berbual dengan Adnan Pahang baru dia putuskan kami perlu bercakap semula," kata Tun M lagi.
       themalaysianinsider.com
  • 8. "Sekarang masa yang sesuai untuk Najib meletak jawatan kerana BN ada masa 2 tahun lagi untuk membuat kerjanya dan memulihkan keadaan."

    • “Kalau dia tak pergi sekarang, dan kita ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lain yang menyiasat selama dua, tiga tahun, hingga PRU14, dan dia masih di sini, dan kita kalah, saya rasa ia akan menimbulkan masalah kepada semua orang. Sesiapa yang menyembunyikan sesuatu akan menanggung akibatnya,” tegas Tun M.
       nasionalis.my
  • Jadi, apa yang Najib jawab minggu lepas?



  • Majlis resepsi anak PM selesai 

    Majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur berlangsung dengan meriah di Almaty, Kazakhstan. 

    Menurut kenyataan yang disiakan Jabatan Perdana Menteri, majlis Nooryana Najwa Najib dan suaminya, Daniyar Kesikkbayev telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan dihadiri 250 jemputan dari Malaysia

    Ia berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 19 April lalu. Berbeza dengan majlis di KLCC sebelum ini, ia diberikan liputan dan gambar pasangan serta keluarga masing-masing disiarkan media. 

    Sebelum majlis resepsi bermula, Perdana Menteri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

    Di mana Najib?


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

    Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

    Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

    Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

    Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

    Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini. 
    -FMT


    ULASAN GB

    Baru saja Tun Mahathir menyelar gaya hidup mewah Najib & Rosmah, tup-tup Najib dan Rosmah hilang lagi, rupa-rupanya ke Kazakhstan untuk majlis resepsi perkahwinan anaknya di sana.

    Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan.

    Dilaporkan seramai 250 orang jemputan dari Malaysia mengikuti rombongan tersebut. Wah ramai tu... Berapa kos dan siapa yang menanggung perbelanjaan? Mungkin ia acara persendirian Najib dan Rosmah dan tidak sepatutnya ditanggung oleh negara.

    Tetapi berdasarkan maklumat di akhbar Kazakhstan satu pertemuan dua hala di antara Najib dan Presiden Kazakhstan telah berlansung pada Nursultan Nazarbayev pada 17 April yang lalu. Bererti lawatan Najib itu ke Kazkhstan itu adalah satu LAWATAN RASMI yang ditanggung dengan wang rakyat. 

    Apakah ia juga bererti kesempatan itu digunakan oleh Najib dan Rosmah membawa 250 orang jemputan untuk majlis yang bukan majlis rasmi negara iaitu majlis resepsi perkahwinan anaknya dengan ditanggung menggunakan wang rakyat?

    Nampaknya dari awal, Najib dan PMO telah sembunyikan laporan Najib & dan Rosmah ke Kazakhstan itu bersama-sama lebih 250 jemputan dari pengetahuan rakyat.

  • Bubar Parlimen Dalam Tempoh Terdekat Pilihan Terbaik Umno Terus Berkuasa?
Image result for nur jazlan

NUR JAZLAN: ADA KEMUNGKINAN RAMPASAN KUASA TERATUR DI DALAM UMNO

PERHATIAN - 
Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed adalah di antara beberapa kerat pemimpin Umno yang masih mempunyai integriti di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

April 22, 2015 | By jazlan 

SKRIP dalam Umno ketika ini, bukan sesuatu yang baru dan ia sudah diakui semua pimpinan tertinggi parti bahawa satu-satunya parti prakemerdekaan di negara ini pernah melalui segalanya.
Daripada memecat pemimpin nombor dua tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke episod parti diharamkan pada 1998, Umno atau lebih tepat lagi Umno Baru kini mengharungi episod baru yang penuh duri dalam helaian sejarahnya.
Apa yang disaksikan kini dengan semua pihak atau lebih tepat lagi semua sayap dan sesetengah Badan Perhubungan Umno negeri menyatakan sumpah taat setia kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah sesuatu yang memelikkan, menghairankan atau mengejutkan.
Ahli parti tidak perlu menoleh jauh ke belakang untuk melihat sokongan seperti ini, pernah diterima Presidennya yang keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sebaik tamat Pilihanraya Umum (PRU) 12 apabila Pak Lah memimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno hanya mampu mencatatkan kemenangan 140 kerusi dengan Umno mendapat 79 kerusi.
Bagaimanapun, Umno mencatatkan kenaikan dengan mendapat 88 kerusi pada PRU 13, dan ia pun hanya dapat dicapai ‘berkat’ mengambil semula kerusi majoriti Melayu daripada parti komponen BN.
Sebaik tamat PRU 12 sudah didengari wujudnya gerakan tersusun untuk menjatuhkan Pak Lah daripada kerusi Perdana Menteri dengan menggantikan Najib sebagai Presiden Umno ketujuh dan Perdana Menteri keenam.
Semua mengetahui Perdana Menteri Malaysia daripada BN adalah Presiden Umno dan hanya usaha menjatuhkan beliau daripada kerusi Presiden Umno lah yang akan membawa kepada pertukaran kuasa sebagai Perdana Menteri.
Buat masa ini, kedudukan Najib sebagai Presiden Umno secara lahiriah masih lagi kukuh namun kehilangan panglima perang politiknya yang paling kanan, arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.
Manakala daripada segi pentadbiran pula, Najib kehilangan Ketua Staff Sri Perdana, Datuk Azlin Alias serta Setiausaha Sulitnya, Datuk Po’ad Jelani, boleh diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.
Sudah dua minggu arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter di Kajang, Selangor dan dalam tempoh dua minggu itu jugalah, rakyat Malaysia memerhatikan Datuk Seri Najib seakan berseorangan mempertahankan dirinya.
Terpalit dengan pelbagai isu daripada soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara hinggalah berkaitan keluarganya, Najib sebenarnya, kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing.
Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata.
Amat jarang sekali seorang Perdana Menteri terpaksa membuat tembual di televisyen secara terbuka bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri kerana kebiasaannya ia dilakukan di belakang tabir atas hubungan bapa dan anak.
Namun hasil temubual itu, nampaknya langsung tidak menyakinkan Tun Dr Mahathir dan juga menambahkan lagi kurang keyakinan di kalangan rakyat sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terus menuntut Perdana Menteri menjawab persoalan berkenaan.
Selepas pengisytiharan solidariti Ketua Umno Bahagian di PWTC awal bulan ini, kenyataan Shafie itu membuka semula kemungkinan berlaku kudeta secara teratur dalam pimpinan tertinggi Umno seperti yang dialami Pak Lah sendiri pada 2008 walaupun ketika itu, daripada lahiriahnya semua menyatakan sokongan kepada Pak Lah.
Umno yang kini dicap sebagai sebuah parti feudal sudah pasti di kalangan bangsawannya bertindak mengelilingi pemimpin apabila beliau diancam dan tradisi ini sama seperti dipamerkan golongan bangsawan Inca yang mengelilingi raja mereka apabila diancam penjajah Sepanyol 500 tahun lalu.
Namun, nasib semua bangsawan Empayar Inca ini sama seperti dialami raja mereka apabila semua mereka dibunuh hingga menyebabkan rakyat mereka bertaburan melarikan diri dan runtuhlah Empayar Inca di Amerika Selatan.
Saya sendiri mengakui secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Umno Johor pada 2008 lalu kepada Pak Lah bahawa beliau perlu meletakkan jawatan akibat prestasi teruk BN dan Umno dalam PRU 12.
Pada zahirnya, Majlis Tertinggi Umno, Sayap serta semua badan perhubungan Umno negeri secara terbuka bersetuju untuk pelan peralihan 18 bulan tetapi apa yang berlaku di belakang adalah wujudnya usaha mempercepatkan pemergian Pak Lah terus berlaku dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Najib mengambil alih dalam tempoh kira-kira setahun selepas PRU 12 dan jelas mengengkari pelan peralihan itu serta sumpah taat setia kepada Pak Lah.
Sifat bermuka-muka dalam Umno bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan.
Sedar atau tidak sedar tempoh menghadapi PRU 14 sudah semakin hampir dan jika Umno terus dilanda masalah, bagaimana ia mahu memimpin parti komponen BN terutamanya daripada Semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC dan Gerakan memasuki gelanggang PRU.
Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan Umno dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14.
Umno kini sedar musuh utama mereka bukan lagi Pakatan Rakyat yang sendiri berterabur dan bertelingkah sesama mereka, sebaliknya unsur dalaman parti yang sendiri akan membawa kepada kemusnahan parti dalam PRU 14.
Disebabkan itu jugalah kesetiaan ahli Umno sama ada kepada pemimpinnya atau parti akan menjadi isu utama yang perlu diperhalusi dengan sebaiknya oleh kira-kira tiga juta ahli parti ini.
Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti.
Krisis yang dihadapi 1MDB yang mulanya adalah masalah kewangan kerajaan kini melarat menjadi masalah kepada Umno secara langsung dan terbukti apabila ahli perniagaan, Jho Low secara terbuka menuduh Umno menjadi dalang kepada isu berkenaan.
Walaupun, tiada pemimpin tertinggi Umno yang memberikan komen terhadap kenyataan anak kelahiran Pulau Pinang itu, tetapi kenyataan daripada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican membuktikan ahli Umno tidak mahu parti dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.
Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku dalam 1MDB melingkari kepada Najib sendiri selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri serta Presiden Umno dan sudah pastilah, beliau perlu bertindak segera bagi menenangkan ahli Umno dengan menidakkan kenyataan Jho Low itu, dalam memastikan sokongan terhadapnya terus padu.
Di samping itu, masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.
Sikap berdiam diri akan terus membawa kepada malapetaka terhadap Umno dan ia adalah sesuatu yang langsung tidak diperlukan parti kerana sehingga kini terpaksa terus menerus berada dalam mod bertahan apabila diserang dengan isu pembaziran, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Rakyat perlu ditenangkan dengan memberikan gambaran bahawa Umno dan BN masih pilihan terbaik untuk menjadi parti pemerintah di negara ini, namun ketiadaan ‘track record’ baru untuk disandarkan daripada pemerintahan Najib membuatkan kegelisahan rakyat terhadap pimpinannya semakin ketara.
Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd  kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.
Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.
Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini.
Kesudahannya pasti akan tiba, cuma lambat atau cepat sahaja yang menjadi persoalannya dan butang ‘reset’ paling cepat bagi memastikan segala isu yang melanda pentadbiran Najib dapat diperlambatkan adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran kerajaan yang membawa kepada PRU 14.
Ataupun Perdana Menteri memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru.
Persoalan timbul sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno ini boleh dipastikan dengan ‘snap election’ ini bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin.

Duit 1MDB Di Singapura Yilek? - Pukulan Maut Samada Buat 1MDB ATAU Sarawak Report

Thursday, April 23, 2015


Menggemparkan ! Itulah reaksi saya kepada pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dalam artikel terbarunya semalam ( KLiK ) SR mendakwa bos 1MDB Arul Kanda  memberi penyata bank PALSU akaun anak syarikatnya Brazen Sky Limited kepada cawangan Bank BSI Singapura.

TMI turut melaporkannya dalam artikel terjemahan - KLiK.


"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014.


"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah mengenai aset anak syarikat 1MDB,"

-  Bagaimanapun BSI memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada bank itu sendiri.
.
Ingat lagi kenyataan bertulis Najib di Parlimen mengenai baki dana Cayman yang katanya disimpan di BSI SIngapura ?




Sarawak Report berkata, maklumat lain yang diperoleh daripada sumber di Singapura mendakwa tiada wang tunai sebenar dalam akaun Brazen Sky Limited.


Katanya, berdasarkan sumber, akaun itu semata-mata mengandungi "aset atas kertas" dan "nilai sebenar yang tidak boleh ditentukan".


However, separate insider information gained in Singapore has corroborated that there is no actual cash in the relevant Brazan Sky Limited account.

“The account merely contains ‘paper assets”, explained a source “the true value of which cannot be determined”.

Bila orang bank sebut Paper Assets, maka kita kenalah rujuk maknanya mengikut kamus orang bank -

Definition: A paper asset is one that has very low liquidity. That is, a paper asset cannot be quickly converted into cash.

Definisi lebih panjang ( dan menakutkan ! )  - KLiK.

Pendek kata - TIDAK ADA CASH  USD1.103 atau lebih RM4 billion di BSI Singapura milik 1MDB sebagaimana didakwa oleh Najib dan Arul Kanda !


Terlalu amat berat tuduhan yang dilemparkan oleh Sarawak Report kali ini. 

Pendek kata juga - Berlaku penipuan oleh Arul Kanda dan juga penipuan ( secara sedar atau tidak, wallahualam ) oleh Najib !


Kerajaan DAN 1MDB mesti bertindak segera bagi menjelaskan perkara ini. Jika dakwaan ini benar, ia bakal menjadi pukulan maut buat 1MDB. Dan jika ia palsu, maut itu adalah buat Sarawak Report.





 


Add caption
Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura, dedah Sarawak Report hari ini. 

Menurut laman sesawang pemberi maklumat itu, bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura. "Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎. 

"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report. 

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, dua hari selepas perdana menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di Bank BSI Berhad di Singapura. 

Sarawak Report berkata, maklumat lain yang diperoleh daripada sumber di Singapura mendakwa tiada wang tunai sebenar dalam akaun Brazen Sky Limited. Katanya, berdasarkan sumber, akaun itu semata-mata mengandungi "aset atas kertas" dan "nilai sebenar yang tidak boleh ditentukan". 

Laporan itu menyatakan aliran wang 1MDB semakin berbelit dan mengelirukan selama bertahun-tahun ‎membuat pelaburan dalam pelbagai akaun selepas membatalkan kerjasama pertamanya dengan syarikat Petrosaudi International pada 2009. 

Sarawak Report juga mendakwa melihat bukti Arul Kanda secara senyap menyerahkan laporan 1MDB kepada pihak berkuasa yang berkaitan, selepas timbulnya dakwaan mengenai akaun di Bank BSI‎ di Singapura. 

Katanya, ada bukti menunjukkan Arul menyerahkan salinan penyata bank termasuk penyata semasa November 2014‎ Brazen Sky Limited di Bank BSI. "Bagaimanapun BSI memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada bank itu sendiri.

 "Ini perkembangan dahsyat, melemahkan kedudukan 1MDB berkaitan kehilangan berbilion ringgit daripada akaunnya, dan situasi sekarang melibatkan pemeriksaan mengikut undang-undang dan peraturan. 

"Sekarang sudah enam minggu selepas Ketua Audit Negara diarahkan perdana menteri menyiasat akaun tetapi masih tidak ada perkembangan hasil," katanya. 

Sarawak Report juga mendakwa, pihaknya difahamkan melalui beberapa sumber yang syarikat utama dan pelanggan korporat BSI adalah ahli perniagaan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low. 

Low dikatakan individu di sebalik beberapa pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk urus niaga pemindahan AS$700 Petrosaudi ‎ke dalam akaun yang dikendalikannya dengan nama Good Star Limited di RBS Coutts di Zurich. 

"Petrosaudi pada mulanya mendekati BSI yang berpusat di Geneva di‎ ketika cuba membuka akaun Swiss untuk Good Star pada 2009, untuk menempatkan sejumlah AS$700 juta yang dibawa keluar hasil perjanjian kerjasama. 

"Sarawak Report mendesak pihak berkuasa Australia menyiasat peranan Bank BSI berkaitan 1MDB dan urusan perniagaannya dengan pelanggan utamanya iaitu Low," katanya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


AMUKANMelayu - Tun M menarek talinya....Najib menarek ekornya.....Cina memerah susunya.......