Thursday, 16 April 2015

TIKA TUN M KESEORANGAN, Sultan Mahmud PULA MANGKAT DIJULANG...........



Sultan Mahmud MANGKAT DIJULANG..


Image result for sultan mahmud mangkat di julang


Pemuda UMNO bagi sokongan bersyarat - minta AhJibGor jawab segala persoalan CheDet berkaitan 1MDB, siapa arah Sirul etc. Malah Pemuda UMNO melalui ketuanya KJ mahu AhJibGor mempercepatkan siasatan ke atas 1MDB.

Puteri UMNO pula enggan memihak sesiapa dan merasakan ini bukan masanya nak bodek atau kipas pemimpin tak tentu arah dengan alasan akar umbi dan rakyat meluat dengan perangai SOOOLIIIDAARIIITIII sebegitu. Puteri UMNO minta AhJibGor pi berdamai dengan CheDet.


Image result for pak lah di julang
Din.....jangan seronok sangat
Harus diingat..suara Pemuda dan Puteri UMNO mewakili berjuta suara 'new skool' diluar sana yang masih tidak berpuas hati dengan cara AhJibGor mentadbir negara terutama berkaitan polisi ekonomi yang banyak menyerang 'poket rakyat'. 'New Skool' ini adalah golongan pengundi terbesar di PRU-14 nanti.

Wanita UMNO melalui ketuanya pula bertegas menyokong AhJibGor..walaupun sentimen sokongan Shahrizat hakikatnya tidak sepenuhnya dikongsi orang2 kuat Wanita yang lain. Ada kumpulan Wanita UMNO yang beranggapan Shahrizat masih rasa terhutang budi (kes NFC) kepada AhJibGor.

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat calon terbaik dan paling sesuai untuk menggantikan Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-7. Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin dalam entri terbaru di blognya menyifatkan Muhyiddin merupakan pilihan semula jadi kerana beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, Muhyiddin mempunyai keupayaan untuk menyatukan semula UMNO dan mendapat kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Kadir berkata, Muhyiddin tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB, isterinya disenangi dan anak-anaknya jarang menonjol diri kecuali Najwa yang merupakan penyanyi dan penulis lirik.

“Kelebihan tambahan yang Muhyiddin miliki ialah dia datang dari keluarga alim yang amat dikenali di Muar,” katanya.

Kadir bagaimanapun berkata, Muhyiddin mungkin kurang digemari oleh bukan Melayu kerana dia secara terbuka mengaku Melayu dahulu kemudian Malaysian mengikut konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.

“Muhyiddin mungkin tidak mendapat sokongan penuh parti bukan Melayu dalam BN tetapi parti anak negeri di Sarawak akan menyokong beliau,” tulisnya.

Kadir berkata, pihak pembangkang akan kehilangan peluru untuk menyerang kerajaan jika Muhyiddin menggantikan Najib kerana beliau mampu menyelesaikan kekotoran yang disebabkan1MDB dengan mudah kerana Muhyiddin tidak terlibat dalam penubuhan sayap pelaburan itu. Kadir berkata, Pakatan Rakyat (PR) pula mampu mencatatkan kemenangan pada PRU14 kerana mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki BN iaitu barisan pemimpin muda.

“Pemimpin veteran PR perlu berundur untuk beri laluan kepada pemimpin muda. Saya telah memberitahu beberapa pemimpin PR, jika mahu menjadi kerajaan perlu ada set lengkap polisi ekonomi, pelan dan program. Mereka tidak boleh menang dengan mengambil kesempatan atas kelemahan BN. PR perlu membangunkan sendiri kekuatan mereka,” tulis Kadir.


Walaupun CheDet sebelum ini pernah mengatakan yang dia keseorangan dalam mengkritik dan membangkitkan pelbagai isu kepimpinan AhJibGor, tapi sebaliknya AhJib lah yang merasa keseorangan hingga TERPAKSA MENGEMIS sokongan daripada Ketua2 Bahagian dan sayap2 UMNO.

CheDet tanya soalan mudah..tapi AhJib tak jawab..sebaliknya pi merayau cari sokongan..heh!!


Latar belakang hitam bermaksud 'kematian' bagi orang Cina..adakah ia isyarat MCA pada AhJibGor?

APABILA ANAK CINA DI BERI PELUANG DIA MEMBABIKAN BALIK KERAJAAN

Percayalah sikit masa lagi Jho Low akan membabi memihak kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP membocorkan dan memanipulasi maklumat untuk memberi ruang pembangkan menghentam kerajaan... baru sikit ni dia 'BANTAI" UMNO... tunggu kejap lagi... 

Itulah bagi lagi peluang pada anak cina kapiak tak sedar diri ni... cukuplah Najib oiii!!! layankan cina kapiak ni... fokus ja pada melayu bumiputera... yang memang sah-sah menyumbang kepada kemenangan BN pd pru lepas... yang nak terus menjilat bontot cina kapiak kenapa... kau bodoh ke apa? ingat cina nak bagi undi dan sokongan balik ke walau kau tabur emas dan duti pd mereka... 
jangan terus membodoh lah Najib and the gang... 

KENYATAAN JHO LOW

Kecewa menjadi mangsa serangan, ahli perniagaan Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran “budak Cina curi wang dan gunakannya beli arak”.Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, beliau berkata telah digambarkan sebagai individu utama yang menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Katanya lima lagi anggota lembaga TIA dan penasihat-penasihat seperti Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey sebaliknya tidak diteliti.

Low juga menyelar apabila tindakannya berparti dan hubungannya dengan Hollywood dieksploitasi oleh pengkritik.

“Saya baut duit dan saya belanjakannya, itu saja: 'Oh, dia sudah tentu buat duit daripada TIA/1MDB'. Maksud saya semua itu hanyalah tuduhan.

“Dan kerana semua gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, kemudian kata kepada bumiputera: 'Oh, budak Cina curi wang dan belanja untuk arak'.

“Dan saya sudah tentu orang yang paling bodoh jika benar-benar buat duit daripada kerajaan dan belanja macam esok nak kiamat, itu perkara paling bodoh kamu akan lakukan,” katanya.- 
by 


Bahaya apabila PM hilang jalan cerita

kadir jasin malaysian insider

Datuk A Kadir Jasin – Gambar The Malaysian Insider
PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:
“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.
Beliau menambah: “….telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”
Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila pertimbangkan hujah dan fakta berikut:
1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.
2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.
3. Turut dipersoalkan adalah hubungan mereka bertiga dengan orang misteri Jho Taek Low dan dakwaan hubungan sulit Jho Low dengan 1Malaysia Development Berhad seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Times pada 8 Feb lalu.
4. Antara lain, NYT memetik seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebagai berkata “…neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.” (“…sama ada mana-mana wang yang digunakan untuk perjalanan atau barang kemas, atau dakwaan kandungan mana-mana peti besi adalah bukan luar biasa bagi mana-mana orang yang sama kedudukan dengan perdana menteri, tanggungjawab dan harta peninggalan keluarga.”
5. Media massa bebas dan atas talian terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa bapa beliau, Allahyarham (Tun) Abdul Razak Hussein meninggalkan harta pusaka yang banyak.
6. Empat orang adik beradik Mohd Najib – (Datuk) Johari, (Datuk) Nizam, (Datuk) Nazim and (Datuk Seri) Nazir – mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb menyesali hujah Pejabat Perdana Menteri itu. Mereka berkata: “Kami amat bimbang yang beberapa berita dan tampalan sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan spekulasi mengenai bentuk dan jumlah harta yang ayahanda kami, Tun Abdul Razak, tinggalkan.
“Kami ingin menyatakan secara bertulis bahawa Tun Abdul Razak adalah seorang yang sangat berprinsip dan dikenali oleh semua orang yang akrab dengan beliau sebagai sangat berjimat cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau kesimpulan yang bercanggah dengannya adalah bohong dan menyeleweng daripada memori, sumbangan beliau serta pengorbanan beliau kepada negara.
“Kami mengutuk sesiapa saja yang menodai memori beliau biar apa sekali pun motifnya.”
7. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu telah menyebabkan sesetengah pihak, khususnya yang tidak mengenali Abdul Razak, mempersoalkan integriti beliau sebagai Perdana Menteri yang telus dan bebas rasuah.
8. Lima hari kemudian, pada 1 Mac, Berita Harian dan Utusan Malaysia sekonyong-konyong menyiarkan kenyataan Mohd Najib memuji sifat jimat-cermat dan integriti bapanya.
9. Sebelum itu boleh dikatakan semua anggota media arus perdana membakulsampahkan kenyataan empat adik-beradik Mohd Najib mengenai hal yang sama. Hanya media bebas dan media atas talian saja memberikan ruang kepada mereka.
10. Kata Mohd Najib, bapanya tidak pernah terlibat dengan amalan rasuah sama ada dalam politik atau ketika dalam perkhidmatan awam. Utusan juga melaporkan yang Mohamad Noah membiayai pendidikan Mohd Najib adik-beradik.
11. Malangnya, apabila nama Mohamad Noah diseret ke dalam isu harta pusaka peninggalan yang didakwa memanfaatkan Mohd Najib maka timbullah pula persoalan mengenai siapa Mohamad Noah dan apakah punca kekayaan beliau.
12. Orang yang mengenali Mohamad Noah, yang nama jolokannya Noah Beirut, akan mengingati beliau sebagai bapa kepada dua wanita yang mengahwini dua Perdana Menteri Malaysia – (Tun) Rahah mengahwini Abdul Razak dan Allahyarhamah (Tun) Suhaila mengahwini Allahyarham (Tun) Hussein Onn.
13. Dalam dunia politik, beliau diingati sebagai antara pengasas Umno dan Speaker Dewan Rakyat.
14. Tetapi pembabitan dalam perniagaanlah yang menjadikan beliau istimewa dan kontroversial. Beliau adalah rakan kongsi “Raja Judi” Malaysia, mendiang (Tan Sri) Lim Goh Tong. Mohamad Noah dan Lim mengasaskan projek kasino tunggal Malaysia di Genting Highlands pada tahun 1965.
noah datuk najib
Tiga Sahabat: Tunku Abdul Rahman, Noad dan Lim

15. Lim, dalam memoirnya “My Story” antara lain, berkata: “On April 27, 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah and I set up a private company called Genting Highlands Sdn Berhad. Between the years 1965 and 1970, we made applications to the Pahang and Selangor Governments for 4,940 hectares and 1,110 hectares of freehold land respectively.” (Pada 27 April 1965, Tan Sri Haji Mohd Noah dan saya menubuhkan syarikat persendirian bernama Genting Highlands Sdn Bhd. Antara tahun 1965 dan 1970 kami memohon kepada kerajaan Pahang dan Selangor bagi mendapatkan masing-masing 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas.)
16. Masalahnya, adakah perlu Mohd Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal Mohamad Noah membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?
17. Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Mohd Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih yang dicamkan sebagai Paul Stadlen.
Paul Stadlen-APCO
18. Sejak akhir-akhir ini Stadlen menjadi bahan berita sensasi media atas talian kerana gaya hidupnya. Yang berminat boleh baca di sini.
Stadlen poses drink in hand in Calvin Klein party shirt.
adlen poses drink in hand in Calvin Klein party shirt.
19. Apakah semua ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa Perdana Menteri sedang kehilangan jalan cerita (plot)?

Engkau Tidak Keseorangan


(Puisi buat orang tua kita, Tun Dr Mahathir)



ENGKAU tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam kebisingan
Amanatmu tidak boleh disekat dihalang
Atau dilenyapkan oleh genderang perang.

Biarkan mereka meniupkan nafiri
Mendabik dada menunjuk berani
Biarkan mereka julang sang dewata
Biarkan mereka bersumpah setia
Menyanyikan lagu-lagu cinta
Sambil berkata:
“Kami cintakanmu sang dewata.”

Biarkan dia dijulang sejuta manusia
Biarkan dia disanjung demi kuasa
Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta
Kerana engkau lebih besar daripada itu
Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.

Engkau tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam keriuhan
Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan
Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.

Biarkan mereka mengutuk mencacimu
Biarkan mereka menyumpah seranah namamu
Memanggilmu orang tua gila
Kerana azammu membela bangsa dan negara
Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.

Biarkan mereka mendabik dada
Biarkan mereka tunjuk perkasa
Kerana kekuatanmu bukan pada senjata
Bukan pada penyokong palsu berjuta
Bukan pada kedudukan dan kuasa
Tetapi pada azam sekeras waja
Pada minda yang tiada taranya.

Engkau keseorangan ..bersendirian?

Jauh sekali, umpama air dengan api
Engkau punya ramai kawan dan teman
Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati
Generasi yang engkau didik dan besarkan
Dengan idealisme dan perjuangan
Merekalah bala tenteramu
Merekalah pengarak panji-panjimu
Merekalah peniup nafirimu
Merekalah pemalu genderang perangmu.

Perjuangan-mu belum selesai
Bahtera kita dilanda ombak badai
Bahtera merdeka pusaka ibunda
Yang kita bina dengan keringat dan air mata
Berdosalah kita seandainya ia terkandas
Dirampas dirampok tangan-tangan ganas.

Anak-anakmu masih ingat luahan hatimu
“....Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan.”

Perjuanganmu belum selesai
Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai
Jangan biarkan negara kita hancur berkecai
Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai.

Wallahuaklam. – http://kadirjasin.blogspot.com/

Anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York

Laporan yang memaparkan berita anak Rosmah membeli harta bernilai RM110 juta di New York.Laporan yang memaparkan berita anak Rosmah membeli harta bernilai RM110 juta di New York.Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Menurut Malaysiakini, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan Sarawak Report memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal menyatakan Riza membeli rumah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza juga pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. – 28 Disember, 2013
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-rosmah-beli-rumah-rm110-juta-di-new-york#sthash.zF65cE6A.dpuf


AMUKANMelayu - Duk teringat masa pemilihan KETUA DARJAH tahun 1969 darjah 3....Ketua Darjah lama berbisik.....dia takut kalu tak di pilih lagi.....dan aku pula takut jika terpilih.....pada hari itu semua orang menjadi rajin dan tunjuk baik......