Friday, 12 June 2015

PASMA RACUN PADA PAS DAN TUBA PADA ISLAMELAYU


OLAK LEMPIT - Juma'at 24 Sya'aban 1436Sabtu ini, NGO PasMa akan bermesyuarat 
untuk menentukan hala tujunya.,..samada kekal menjadi NGO atau memutuskan untuk 
beralih menjadi parti politik. Tak per di ulas penubuhan PasMa  ini. Ia sememangnya 
dari awal lagi ia "Di Arahkan" menjadi parti politik, ini kerana "FAHAMAN". Dalam
politik Melayu, Melayu itu terbahagi kepada TIGA Kumpulan:. 

1. Melayu JAWI....Melayu macam penulis. Melayu yang meletakan Islam di JUNJUNG 
dan Bangsa di KILIK. Sampai kiamat pun Melayu jenis penulis ini tetap dengan 
PENDIRIAN Tanah  Melayu ini adalah HAK PRIBUMI.....Bangsa yang BUKAN Asal 
Etnik  Nusantara adalah PENDATANG dan mereka tidak berhak bersuara untuk 
menentukan HALATUJU umat Nusantara. Ini adalah MELAYU yang memegang KUKUH
Alir, Bha dan Tha......

2. Melayu JAWI TERBUKA.....Melayu jenis ini adalah mereka yang ada pendidikan 
Ugama yang jelas dan mereka menolak ASSOBIYAH. Mereka ini terlalu jujur dan 
mereka ini sering bersangka baik dengan semua  manusia dan mereka juga sering 
TERTIPU. Ini adalah Melayu yang hanya memegang Alif dan Tha......

3. Melayu RUMI...Melayu jenis ini adalah kononnya Melayu Terbuka. Melayu jenis ini 
adalah Melayu yang bersedia untuk berkongsi dengan Pendatang. Mereka ini berfikiran 
LIBERAL, walau pun dia keluar dari Sekolah Pondok. Mereka ini sukar untuk di 
tafsirkan Perjuangan Mereka. Melayu jenis ini adalah Melayu tak kisah. Bagi mereka 
siapa pun memerintah sama sahaja dan jika di perhatikan mereka inilah yang BERSETUJU 
dengan Persamaan Ugama, Hak Asasi Manusia, Hak Wanita sama dengan Lelaki, 
Hak sama rata antara kaum dll.......


Kumpulan KETIGA Melayu ini semakin merebak dan membesar. Mereka ada di dalam 
PAS dan juga UMNO. Apabila nafsu untuk berkuasa dan menjadi Pemimpin tidak dapat 
di bendung lagi dan Kumpulan Satu dan Dua menjadi penghalangnya....maka dek kerana 
itulah tertubuhnya PASMA. 

Kononya PasMa adalah NGO. Pada hakikatnya adalah PasMa adalah kumpulan mereka 
yang TERHALANG dengan GULUNGAN Ulamak. Sudah lama DAP memerhatikan 
KUMPULAN ini, tapi  tiada siapa yang dapat MEMBINA TITI untuk DAP berhubung 
dengan Kumpulan ini. Bagi DAP....Kumpulan ULAMAK adalah se ekor Harimau yang 
sangat garang dan perlu di jinakkan. Anwar tidak mengambil masa yang lama untuk 
menjadi GEMBALA kepada Gulungan Ulamak ini. 

Barisan Alternatif di matikan dan di gantikan dengan PAKATAN RAKYAT. Anwar telah 
dapat merantai Gulungan Ulamak dan Memperlahankan Langkah DAP dan PUTRAJAYA 
sebagai wadah Perjuangan Baru. Dari projek MEMBAZIR, Putrajaya di jadikan Matlamat 
PAKATAN RAKYAT dan semuanya terpesona. 

Ulamak, DAP dan Kumpulan Ketiga Melayu ini dapat di jinakkan dan di bawa Makan 
Semeja dan tidur sebantal.....

Sebenarnya DAP tidak menghiraukan pun Kumpulan Melayu satu dan Melayu dua. 
DAP hanya meahu memecahkan tradisi DAP bukan PARTI CINA dan Melayu juga 
boleh menjadi Ahli DAP. Melayu juga boleh menjadi Pemimpin DAP. Maka gula-gula 
politik di beri semahunya oleh DAP kepada PETUBUHAN atau BADAN-BADAN 
Kebajikan Islam. Maka tergadailah segala perinsip dan MARUAH diri. Sehingga 
Gelarah KHALIFAH di berikan kepada LGE.

Apakah benar bancian ini?

Allah Maha Kaya dan di berikan Petunjuk kepada Gulungan Ulamak bagaimana 
PERANGAI DAP dan mereka dari Gulungan Ketiga Melayu yang LEKA BERMAIN 
dengan DAP sehingga tidak balik kerumah. Dan mereka menjadi DAP lebih dari DAP.
Dalam masa yang sama "WALAK" kepada pemimpin menjadi PENYELAMAT kepada 
seluruh Umat Islam di Tanah Melayu dari menjadi "PENGEMIS" di Negara sendiri 

Kini semakin jelas dan nyata PasMa dalam perbincangan untuk decide menjadi PARTI 
POLITIK atau kekal sebagai NGO.

Apa pun, DAP tetap untung. Jika dulu jika Melayu tidak menjadi Ahli PAS ia akan 
berjuangan bersama UMNO dan begitulah sebaliknya.....kini ianya tetap menguntungkan 
DAP. Secara jujurnya, jika PasMa decide untuk beralih kepada arus politik dan 
sudah tentu DAP menunggu bagaikan PENGANTIN BARU masuk kebilik.  PasMa 
akan dijaga sepenuhnya bagai "BINATANG" minyak yang penuh oleh DAP.

PasMa di lihat tidak punyai masalah dari segi logisitik dalaman dan luaran. PasMa akan 
di tanggung sepenuhnya dari segi kewangan juga.....dan tak perlu lagi mengusung TIN 
MILO. Pada hakikatnya PasMa adalah cabang Politik DAP untuk menjaga Pengundi 
Melayu dan Kelab Penykong PAS pun akan Berkubur...


PAS sudah diketahui melakukan pembersihan etnik dengan menyapu keluar 
group pemikiran anti ulamak dari memgang Jawatan Dalam PAS, tapi kumpulan ini 
pergi lebih jauh dari itu, mereka ini ada pengaruh, mereka ini ada jawatan dalam 
Parlimen. Memberikan mereka satu platform baru yang bebas sebenarnya lebih 
menguntungkan DAP.  Mereka tidak lagi bergantung kepada arahan Majlis Syura.

Inilah pemikiran DAP. Inilah yang DAP mahukan. Mungkin pendapat penulis ini tidak 
di persetujui oleh ramai pihak.....tapi itulah hakikatnya. Melayu terus berpecah dan 
menjadi lemah.....lihat dengan akal, orang membuat perancangan untuk memiliki 
Negeri dan bukannya untuk "MENANG SEHARI"....lihat apa yang DAP dapat:

1 - Memilih pemain yang sudah sedia ada dan BERSATU DALAM AKIDAH POLITIK 
menyenangkan DAP. mereka tak perlu melatih pimpinan kerana ianya memakan bertahun.

2 - Dengan kehadiran pemain buangan PAS ini maka sistem pengkaderan DAP dalam 
PasMa makin lebih kemas dan tersusun.

3 - Pemain buangan dalam PAS inilah yang akan train pelajar diluar sana untuk sama-sama 
menghayati konsep dan idelisme Pakatan Rakyat, bawaan DAP.


Adakah PasMa dan PAS mempunyai penyokong yang sama atau terbelah dua?. Ini perkara 
subjektif, sukar untuk diramal.

PAS punyai sokongan tersendiri.
PasMa juga ada sokongan tersendiri.



namun... walau bagaimanapun...!
jangan terkeliru dalam konteks sokongan.

sokongan dalam parti adalah berbeza dengan sokongan di luar parti.


SOKONGAN DALAM PARTI TIDAK MENCERMINKAN  SOKONGAN LUAR 
PARTI.

Sokongan luar parti yang aku maksudkan adalah penyokong dan pengundi dalam pakatan.

adakah penyokong akan menyokong PAS ?
adakah penyokong akan menyokong PasMa ?

Berdasarkan pengamatan... DAP akan berusaha menjadikan pasma satu platform 
baru untuk meneruskan agenda penguasaan dominasi DAP pada pru 14.

DAP telah belajar dari sejarah.

Pada 2004, keputusan dap menarik diri keluar dari barisan alternatif ternyata 
memberikan satu kepuasan dalam membuat keputusan.

DAP menang besar pada pru 2004.

Malah DAP pergi lebih jauh dari itu apabila mula dilihat menjadi parti alternatif 
kepada MCA dan GERAKAN.

Sokongan ini kekal pada 2008 yang menyebabkan DAP boleh perintah Penang.

Malah arus sokongan ini berterusan pada pru 13 tahun 2013. DAP telah pegang solid 
pengundi cina .

Satu perkara selesai.

Apa yang perlu dilakukan oleh DAP adalah memegang pula undi Melayu.

PasMa dan kumpulan Buangan dalam PAS sudah sedia ada dan terbentuk. Yang diperlukan 
oleh DAP adalah kecepatan proses pengenalan, promosi , menggilap sokongan dan 
mengalih sokongan.



Fasa di atas tidak menyusahkan. Pimpinan, platform dan kewangan sudah ada.

( platform yang dimaksudkan adalah dominasi media. sebut mkini, msian 
insider, fmt dll kita tahu aliran pemikiran mereka di mana )



Yang perlu dilakukan adalah kecepatan executive decision dalam politik. Ia tidak 
menyusahkan kerana masa menuju pru 14 ( 2018 ) ada 3 tahun lagi. Maka 
berdasarkan perkiraan di atas, tiada mustahil DAP punyai rakan Parti Melayu 
Pembangkang yang baru dan DAP tidak mustahil menduduki Putrajaya tika UMNO 
sedang di sisih oleh Orang Melayu dengan 1MDB sementara PERANCANG UTAMA
PAKATAN RAKYAT sedang berehat di sebalik tirai besi......



AMUKANMelayu - Mungkin aku silap tapi aku tak mudah di tipu..........