Tuesday, 9 June 2015

SEMPURNAKAN WASIAT TOK GURU "UMNO BUKAN FIRAUN"


klia2 - Selasa 21 Sya'aban 1436, Sudah empat hari Muktamar PAS di Kuala Selangor berlalu. Sedih dan sayu, perpecahan Umat Melayu terus berlaku. Jika di dalam UMNO berlaku pertembungan "Geng Tun M dangan Geng Pengilap Apple" dalam PAS juga terdapat dua kumpulan yang BERTEMBUNG kerana KUASA. Geng Pro-DAP gilakan Kuasa dan LABA sementara Geng Ulamak terus dengan MELAKSANAKAN HUDUD sebagai agenda utama apabila DEMOKRASI semakin ampuh di beli dengan BENDA dan JANJI PILIHAN RAYA.

Secara tidak langsung, maka benarlah seperti yang diteorikan selama ini, PAS sememangnya telah banyak membela orang DAP dan diberikan kuasa, sehinggakan mereka terlupa dengan roh perjuangan parti itu sendiri, sebaliknya hanya mahu memperjuangkan DAP di dalam jubah PAS.

Dalam pemerhatian penulis, TGHH amat bijak mencatur perjalanan politik PAS. Jelas disini hanya dengan satu PELURU(Muktamar) PAS dapat membunuh dan membersihkan PARTI itu dari menjadi parti sekular sepenuhnya seperti mana-mana parti yang lain dan PERJUANGAN UGAMA akan lenyap sekiranya GULUNGAN LIBERAL yang bersembunyi di sebalik JUBAH dan Kopiah Puteh terus di berikan Kuasa di dalam PAS.

Sebagai seorang ULAMAK sudah tentu TGHH mendapat petunjuk dari Allah SWT dengan bersembahyang malam bagi MEMUTUSKAN TAHLULSIASI dengan DAP. Sebagai seorang Ulamak, kepentingan Ugama, Jemaah dan Negara di dahulukan. Kuasa dan Parti bukanlah matlamat perjuangan gulungan ulamak ini. Sebaliknya Parti hanyalah wadah perjuangan sahaja untuk melaksanakan cita-cita mengujudkan Negara Islam sepenuhnya. Dan surah Al-Imran ayat 118 di bawah ini adalah PEDOMAN dan PERINGATAN Allah kepada kita.


A-li'Imraan 3:118
 
A118

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.- (A-li'Imraan 3:118
 

 



 Dengan kepimpinan yang baru mereka tak tunggu lama dari terus serang DAP yang telah lama di berikan LEMAK oleh PEMUDA PAS di bawah kepimpinan lama. Team Pilihan DAP iaitu Suhaizan Kaiat di lihat terlalu condong kepada DAP dan kurang menyerlah untuk mempertahan Islam. Dengan kepimpinajn baru ini di lihat Guan Eng dah tak duduk diam. Ini kerana tanpa PAS, DAP akan kehilangan separuh dari penyokong Pakatan Rakyat. Jadi dengan "KEBERANIAN PAS" era baru ini, Pakatan akan terus berpecah dan difahamakan yang akan rugi nanti adalah PKR.


Andaikata PAS tak mahu lagi dengan Pakatan atau disingkirkan daripada Pakatan oleh DAP, PAS tetap memerintah negeri Kelantan. Dan kemungkinan besar PAS juga dapat menjadi Menteri Besar di Selangor. Inilah yang di takuti DAP dan PKR.




 



Jadi nak takut apa? Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Yang pasti DAP dan Kaum Leberal dalam PAS kini tengah terkencing-kencing sekarang ini. Sementara itu pula PAS Pulau Pinang diminta tidak terpengaruh dengan provokasi Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung peletakan jawatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri.

 



Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, sebaliknya Pas negeri perlu membiarkan Guan Eng dengan segala keangkuhannya itu bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh DAP.

“Keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulama.

“Sebagaimana tahaluf siyasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulama dengan enam syarat.

“Maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan tahaluf siyasi telah dilanggar oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan di blognya http://drtakiri.blogspot.com hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya berkata, peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil Pas dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan.

Beliau berkata, pe­letakan jawatan wakil Pas dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak dapat dielakkan berikutan keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 untuk menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam pakatan rakyat.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin memberitahu, tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan Pas mendahului Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, begitu juga dengan pimpinan Pas di Selangor yang sama-sama membentuk Kerajaan Negeri Selangor menerusi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga melalui persetujuan bersama kepada Sultan Selangor.

Lebih-lebih lagi kata beliau, Kerajaan Negeri Selangor bukan milik DAP sendirian tapi dikongsi bersama tiga parti yang menyumbang kemenangan pilihan raya lalu.

“Tambahan pula usul Dewan Ulama Pas juga dalam masa yang sama menegaskan ‘kekal dalam Pakatan Rakyat’ dan bukannya keluar dari pakatan,” ujarnya.

Nampaknya Dewan Ulama PAS yang selama ini membisu dan menikus dah berani menyerang puak DAP secara berterusan. Jika tidak dahulu mereka hanya berani mencuit sahaja.



Entah semangat apa yang merasuk mereka, kini mangsa sudah menjadi pemangsa. DAP yang disangka Naga pakatan, kini menjadi cicak mengkarung sahaja. PAS sudah mula memberi tekanan yang berlipat ganda.



Jika sebelum ini PAS simpan taring mereka tatkala DAP terus menerus menyerang Presiden PAS sebelum pemilihan. Kini masing-masing rasa dah boleh gigit DAP biarpun ada yang pakai gigi palsu dan gigi tumpul.



Siapa yang akan mengalah? Itu persoalannya..


Surat Terbuka Kepada Nik Abduh, Minta Pujuk Ayahnya Bawa Keluar Pas Dari PR
Umno-Pas
Kenapa perlu kita bersengketa, kita dah tak punya sapa-sapa.
Ketika Pas dan DAP berdepan dengan krisis politik, seorang rakyat Kelantan membuat kejutan mengutus surat terbuka kepada Nik Mohamad Abduh memintanya memujuk ayah beliau, Nik Abdul Aziz Nik Mat agar membuat keputusan penting demi kelangsungan orang Melayu dan umat Islam.

Surat itu ditulis oleh Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa cicit kepada Allahyarham Tok Khurasan iaitu Maulana Abu Abdullah Sayyid Hassan Nur Hasan, salah seorang guru agama Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu.

Beliau mahu Nik Mohamad Abduh memujuk ayahnya selaku Mursyidul Am Pas yang turut menaungi Majlis Syura Dewan Ulamak Pas agar membawa keluar parti itu dari Pakatan Rakyat (PR) dan bersatu dengan UMNO.

“Ini demi perpaduan ummah, demi survival kuasa politik anak cucu Melayu-Islam kita semua,” katanya dalam surat itu yang dimuatnaik Nik Mohamad Abduh dalam entri Facebook beliau.

Berikut adalah kandungan surat itu:

Salam.


Mohon kekanda Ustaz Nik Mohamad Abduh pujuklah ayahanda ustaz, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat agar keluarkan amanat, pendapat atau arahan selaku Mursyidul Am Pas, yakni selaku pemimpin terulung Pas, yang menaungi Majlis Syura Dewan Ulama Pas, yang memimpin segala jentera politik Pas… bahawa semoga Pas keluar dari Pakatan (PR) dan bersatu dengan UMNO demi perpaduan ummah… demi survival kuasa politik anak cucu Melayu-Islam kita semua.

Jika Pas mahu kekal sebagai pembangkang maka kekallah, tetapi biarlah di luar sfera DAP dan PKR.

Tegurlah UMNO dalam hal-hal yang terbukti salah. Sokonglah Kerajaan Pusat dalam hal-hal yang ma’aruf seiringan dengan Sunnah Siyasah terpuji Rasulullah yang mementingkan kebenaran dan keadilan dan mengetepikan sifat asobiyyah hizbi dan sifat ghulub.

Saya Dr. Muhammad Faiz Bin Na’aman (MBBS) selaku cicit kepada Allahyarham Tok Khurasan (Maulana Abu Abdullah Sayyid Hassan bin Nur Hasan), yakni salah seorang guru agama kepada ayahanda ustaz, TG Nik Aziz, dengan merendah diri dan ikhlas, saya mohon supaya ustaz pujuklah ayahanda ustaz tersebut, lepaskanlah rasa syak berlebihan kepada UMNO, zaman bermusuhan UMNO vs Pas sudah makin berlalu.

Demi kami warga Melayu-Islam yang berada di pertengahan, janganlah sia-siakan detik ini, kalian sebagai golongan yang terpelajar ilmu agama, pandulah hala tuju ummah kita secara bijaksana dan ke arah yang sepatutnya.

ALLAHUAKBAR! HIDUP MELAYU-ISLAM! DIRGAHAYU MALAYSIAKU TERCINTA! DAULAT INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU!
 

Surat itu turut dihantar salinannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yakub; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – MalaysiaGazette

Al Hujarat ayat 10

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Artinya: 
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara keua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Qs al Hujarat:10)

Asbabunnuzul
Asbabunnuzul yang dikhususkan pada surat al Hujarat ayat 10 tidak ada, namun yang pasti ayat ini masih merespon ayat sebelumnya yaitu ayat ke 9 yang mempunyai asbabunnuzul yang diriwayatkan oleh asy Syaikhani telah mengetengahkan sebuah hadis yang bersumberkan dari Anas r.a. bahwasanya Nabi saw.

Pada suatu hari mengendarai keledai kendaraannya dengan tujuan menemui Abdullah ibnu Ubay. Abdullah ibnu Ubay berkata: “menjauhlah dariku, karena sesungguhnya bau keledaimu menyesakkan hidungku. “ Berkata salah seorang dari kalangan sahabat Anshar dengan menjawabnya: “ demi Allah, bau keledainya sungguh lebih enak daripada bau tubuhmu. “salah seorang dari kalangan kaumnya Abdullah menjadi marah mendengar mendengar perkataan itu, dan akhirnya teman-teman dari kedua orang itu saling bersitegang. Pecahlah perkelahian seru di antara kedua belah pihak mereka saling baku hantam dengan pukulan dan terompah. 

Lalu turunlah surat al Hujarat ayat ke-9


وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Artinya: 
Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan)nyang berbuat zalim itu, shingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.



Nik Abduh Akui Berbaik Dengan Umno Amanat Terakhir Al-Marhum Ayahanda
NIk Abduh Parlimen
Nik Abduh Ketua Pemuda PAS
Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa pusat PAS, Nik Mohamad Abduh hari ini mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam.

Bagiamanapun, tegas ahli Parlimen Pasir Mas itu kerjasama tersebut bukan dalam semua isu.

“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu.

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.” kata Nik Abduh lapor Utusan Malaysia.

Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Merujuk ucapan Mohd Amar dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April lalu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ahli PAS diingatkan agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.

Malah, Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, Mohd Amar tampil menafikan laporan tersebut dan berkata berita itu “tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.”

“Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan ‘amanah Tok Guru Nik Aziz’.

“Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah,” katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya.

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dari Umno dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu.

Sekiranya pindaan akta itu diluluskan dengan mendapat sokongan majoriti mudah ahli Parlimen, Kelantan sudah boleh melaksanakan 4 daripada 6 peraturan syariah yang dicadangkan.

Kerajaan negeri PAS Kelantan kini berpatah arang, berkerat rotan apabila menjadi sasaran kritikan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang berkeras membantah pelaksanaan hukum itu meskipun ia tidak melibatkan bukan Islam.



Amanat Nik Aziz Mahu PAS Berbaik Dengan UMNO, Kata TMB Kelantan
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bekas Mursyidul Am PAS, Allhahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meninggalkan amanat supaya ahli PAS tidak mengkritik UMNO, lapor Berita Harian.

Mohd Amar dilaporkan berkata, Nik Aziz juga meminta supaya ahli PAS mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 orang pada Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, malam tadi.

“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” Mohd Amar dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Bulan lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapatkan sokongan sebulat suara semua Adun termasuk dari UMNO. – Awani

SAMBUNG SEGERA PROJEK UG PAS-UMNO YANG TERGENDALA DAHULU, JANGAN BUANG MASA

Sambung Semula Projek UG PAS-UMNO
Terlebih dahulu, saya secara peribadi mengucapkan Tahniah kepada TG DS Hj HAdi Awang dan TG Tuan Mat Tuan brahim kerana telah terpilih mengemudi saf tertinggi PAS untuk sesi 2015/2017. Begitu juga Pemuda dan Muslimah yang turut dimenangi oleh kumpulan team Ulama.


Kemenangan besar team Ulama ini telah mencetuskan suasana yang menggembirakan dan menceriakan. Kemenangan team Ulama di dalam PAS akan mempermudahkan lagi projek UG yang telah tertangguh sejak 2008.


Tiada siapa bIsa menafikan projek UG baik di kalangan pemimpin tertinggi UMNO mahupun PAS. Usaha mencari titik pertemuan antara UMNO dengan PAS telah pun didedahkan oleh mantan Timbalan Presiden PAS di sini dan sini. Juga katanya, bahawa DAP itu kafir harbi di sini.


Malah pendedahan bekas Exco PAS Selangor ini sangat jelas di sini. Di sini lebh jelas.

Beliau menyatakan usaha menggerakkan UG PAS-UMNO dibuat selepas mendapat restu daripada kepimpinan tertinggi PAS pada tahun 2008. Namun, ianya patah di tengah jalan kerana peranan kumpulan Anwar dan pro-DAP dalam PAS ketika itu telah mengalahkan ramai pemimpin team ulama.


Ketika itu, dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Dr. Hassan Ali telah disingkirkan daripada barisan kepimpinan PAS. 


Namun, Allah SWT Maha Adil dan kini memberi sekali lagi petunjuk dan peluang kepada PAS untuk menjayakan projek UG PAS-UMNO. Team Ulama yang pro UG PAS-UMNO telah menyapu bersih seluruh kepimpinan PAS dari Pemuda, Muslimah hinggalah kepada barisan Tertinggi PAS.


Perdana Menteri telah menyambut baik kemenangan team Ulama dengan ulasan penting akan membuahkan sesuatu yang lebih positif. Manakala pertemuan TG DS Hj Hadi Awang dengan TS Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu memberikan gambaran yang jelas.

Penilaian Buruk DAP Kepada PAS
Sementara itu, keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP hanyalah prosedur sahaja. Hubungan itu sudahpun putus. Majlis Syura PAS memberikan 9 sebab memutuskan kerjasama dengan DAP.

DAP bukanlah parti memujuk. Lim Guan Eng berkata, ahli-ahli PAS yang meletak jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang tidak pun memberi apa-apa kesan kepada DAP. Ada pun tiada kesan, tiada pun tiada dihirau. Itulah penilaian DAP kepada PAS.

Kesimpulan
Kepimpinan PAS bersegeralah menyambung semula rundingan dan projek UG yang tergendala tempoh hari. Jangan buang masa lagi.

Nama-nama besar seperti DS TG Hj Hadi Awang, TG Datuk Dr. Haron Din, Datuk Mustapha Ali dan lain-lain yang terlibat dalam projek UG PAS-UMNO dan rundingan dahulu bolehlah menyambung semula rundingan mereka yang tergendala.

Pesan DS TG Hj Hadi Awang, "UMNO bukanlah Firaun..."



AMUKANMelayu - UMNO dan PAS wajib MENYEMPURNAKAN WASIAT TOK GURU jika tidak mahu ISLAM MEREMPAT di Tanah Melayu...............