Sunday, 6 September 2015

DNA - Genetik Bangsa Melayu MEMBUKA RAHSIA Orang Melayu





Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut, Jun-Hun Loo, Catherine Hill, Maru Mormina, Chien-Liang Lee, Yao-Ming Chen, Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.

Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.

Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti:,


University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.

Apa yang menariknya,dalam kajian yang ‘real’ ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.

Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.

Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?


Perlu diingat,kajian mtDNA ini bukan kajian universiti-universiti yang beranking rendah dalam arena akademik dunia. Kajian yang merungkai misteri kewujudan orang Melayu dengan premis bahawa Melayu adalah pribumi sebenar Asia Tenggara bersama-sama suku-suku serumpun yang lain adalah hasil kajian universiti-universiti terunggul dunia.

Bukan universiti kampung atau cap ayam.




Dalam pada itu,Martin Richards, Profesor Pertama fakulti Archaeogenetics di Leeds University, yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam pelbagai disiplin dalam projek penyelidikan terbabit,berkata:

“Saya rasa keputusan kajian akan menjadi satu kejutan besar bagi ramai ahli-ahli arkeologi dan ahli bahasa, di mana kajian teori migrasi konvensional berdasarkan dari kajian dua bidang ini. Pengembangan populasi ini sepertinya tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan pertanian, tetapi kemungkinan besar telah didorong oleh perubahan iklim, pemanasan global khususnya dan aras laut yang dihasilkan meningkat pada akhir Zaman Ais antara 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. ”


Semoga dengan perkongsian kajian DNA ini, ianya dapat menjawab dan membidas orang-orang gila yang sesuka hati mendakwa ada kajian DNA dilakukan ke atas orang Melayu mengatakan Melayu ini pendatang. ~ Cik Srikandi


Link kepada kajian:


(http://mbe.oxfordjournals.org/content/25/6/1209.short)
(https://ueaeprints.uea.ac.uk/31813/1/Soares_et_al__Epaper.pdf)
Kredit kepada penulis asal artikel di thepatriots.my.




AMUKANMelayu - Yang menumpang janganlah LEBIH TARI DARI GENDANG.........lebih LAJAK dari LAJU......