Monday, 7 September 2015

KISAH PDRM MENJADI BALACI - Musa Hassan Dedahkan Najib Dan Menteri Memperkudakan PDRM.

Mantan KPN

SUARAKAMI 

Wednesday, 17 June 2015 - Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

Panas: Kehilangan Pendakwaraya Kevin Morai ada kaitan dengan 1MDB?...


Former law minister Zaid Ibrahim has questioned if Malaysians actually believe that the disappearance of deputy public prosecutor Kevin Morais has nothing to do with the controversial 1Malaysia Development Berhad (1MDB) despite the Attorney-General claiming so.
Zaid said this was primarily because AG Apandi Ali lacked credibility at the moment to make such claims.
Taking to Twitter, Zaid said, “AG says DPP disappearance nothing to do with 1MDB probe. Does he think the public believe him?
Morais left for work Friday morning in a grey Perdana and was never heard from again. On Saturday, a burnt grey Perdana was found on an oil palm plantation although police cannot confirm if the car was his.
Morais was with the Attorney-General’s Chambers as a deputy public prosecutor before being seconded to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for 10 years. He returned to the AGC in July last year.
Addressing the speculation that Morais’s disappearance was linked to his investigations into 1MDB while at MACC, the AG issued a statement today clarifying that this was not so.
“He (Kevin) was transferred back to the chambers from MACC with effect from July 15, 2014, where he assumed the post of deputy head of the appellate and trial division of the AG chambers. It is further clarified that he was not involved in any investigations pertaining to the 1Malaysia Development Berhad,” Apandi said.
However, Zaid was of the opinion that the AG lacked the public’s confidence as he was not credible in their eyes.
“Credibility is needed in situation like this, but the AG has none at the moment.
“He needs to have public confidence in him. He must explain why he came down to be AG; and what was it he could do that Gani could not.
Apandi accepted the appointment of AG following the sudden termination of services of previous AG Abdul Gani Patail on July 27 for “health reasons”, a move even he was left in the dark about until the news broke in the media. Gani was then heading a special task force investigating 1MDB which was subsequently disbanded.
The following day, Muhyiddin Yassin was sacked as deputy prime minister, two days after speaking about the 1MDB scandal in public
Saya ingin jawapan kenapa ‘ditendang’


SHAH ALAM - "Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya 'ditendang' keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

"Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

"Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh  lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai ‘sore loser’ sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi  khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri  (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah," katanya kepada Sinar Online hari ini.


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mengakui bahawa beliau berada di rumah bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengadakan "satu perbincangan" dua malam sebelum Gani dipecat.

Mendedahkan perkara itu dalam kenyataannya hari ini, Abdul Hamid bertanya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi jika kunjungannya ke rumah bekas peguam negara itu menyebabkan beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan.

"Saya mengaku bahawa di masa lalu Tan Sri Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu atau kes tertentu khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara.

"Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk (Seri) Zahid Hamidi untuk menghukum saya, maka kejamlah beliau. Tidak sedarkah beliau bahawa saya ini seorang pegawai berkarier dalam PDRM dan bukan macai politik?" soal Abdul Hamid dalam kenyataan medianya.
Abdul Hamid bagaimanapun tidak menjelaskan butiran perbincangan beliau dengan Gani di rumah bekas peguam negara itu.

Beliau turut bertanya Zahid sama ada pertukarannya itu dibuat dalam "mesyuarat tergempar" yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri isterinya Rosmah Mansor, Zahid dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan," katanya yang bertugas di Cawangan Khas selama 37 tahun.
Malaysiakini cuba menghubungi pembantu Najib, Rosmah dan Zahid bagi mendapatkan respon berhubung dakwaan itu.

Abdul Hamid turut meminta supaya Zahid menjelaskan berhubung pertukarannya ke JPM yang dianggapnya "luar biasa" memandangkan perkara itu disampaikan oleh Zahid secara lisan kepadanya
.
"Saya ingin jawapan dari Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri... Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut, maka sudah tentu beliau tahu sebab-musababnya," katanya.
Perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan pada 27 Julai lalu. Pemecatan itu dilakukan selepas Gani didakwa merangka kertas pertuduhan untuk mendakwa Najib kerana merasuah.

Gani bagaimanapun kekal senyap berhubung dakwaan tersebut. Penggantinya Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun menafikan wujudnya kertas pertuduhan itu dan mendakwa kertas pendakwaan palsu berhubung jenayah Najib itu menunjukkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan

Rosmah hadir mesyurat tergempar? Mengarut, kata pembantu



Zulaikha Zulkifli   



Datuk Rizal Mansor, menafikan dakwaan bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri "mesyuarat tergempar" seperti yang didakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas polis Datuk Abdul Hamid Bador.
Rizal berkata, dakwaan bahawa Rosmah menghadiri mesyuarat sedemikian adalah mengarut. 

"Mengarut Datin Seri hadir dalam mesyuarat sedemikian," katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Rizal berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada Rosmah menghadiri "mesyuarat tergempar" seperti yang didakwa Abdul Hamid.

Semalam, dalam kenyataan medianya, Abdul Hamid bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuat dalam "mesyuarat tergempar" yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hamid turut mendakwa, selain Najib, Rosmah, Zahid dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain turut hadir dalam mesyuarat tersebut.


Abdul Hamid Bador
Tegur Putrajaya: Bekas bos SB sedia hadapi risiko
ALAH BISA TEGAL BIASA

Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

"Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang ‘career officer’ dalam PDRM  dan bukannya macai politik?

"Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?” katanya lagi.

Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. “Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

“Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya

‘Saya tidak mahu makan gaji buta’

Tegur Putrajaya: Bekas bos SB sedia hadapi risiko
Image result for unit tindakan khas

DAMANSARA - "Saya dengan nama ALLAH tidak akan berkompromi prinsip berani kerana benar dan akan bekerja penuh amanah dan tanggungjawab," demikian luahan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengenai pendedahan berisiko beliau terhadap kepincangan yang berlaku kini.

Katanya, beliau akan sentiasa 'membuka mulut' termasuk berdepan dengan risiko berat akibat daripada perbuatan beliau tersebut.
"Saya akan terus buka mulut. Bukan untuk diri saya, saya sekarang ini berhadapan dengan risiko berat sebab tiada seorang pun yang berani berbuat demikian.
"Saya hendak lihat tindak balas itu. Tapi kerja ini dibuat bukan ‎atas kapasiti individu tetapi ini demi negara.
"Bukan untuk Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya seru pada kerajaan kembali kepada rakyat.
Dan segala pendedahan ini mungkin ada keperluan di masa akan datang, kalau diperlukan penjelasan lanjut saya dengan rendah hati menawar diri untuk tampil sekali lagi," katanya kepada media di Damansara hari ini. 
Dalam pada itu Abdul berkata, beliau berharap pihak yang menjaga  media perdana menteri agar tidak bertindak menghalang sebarang maklumat sampai kepada perdana menteri.
"Saya seru pihak kawal media bagi pihak PM supaya jangan menghalang maklumat kepada  PM. Mungkin sebab ini PM tidak dapat maklumat, 'kuasa halimunan' yang pindahkan saya, " katanya.
DAMANSARA - ‎[DIKEMASKINI] Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan empat perkara kepada umum.
Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas; pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat.
"Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia.
"Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini.
Mengulas mengenai perananya dalam unit tersebut, Abdul berkata, pelbagai tohmahan dan kata nista dikatakan mengenai Cawangan Khas tetapi beliau tetap menganggap ia sebagai satu badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memelihara negara.
Mereka Profosional dan disiplin jika tidak di ganggu
"Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum
ini, oleh mereka yang nakal.

Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka bagikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.‎
"...yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab,
menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.
"Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap.
"Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.
PDRM - Melindungi Rakyat atau Pemimpin?
 
"Ia dirangkumkan  dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun ,disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu," katanya.
Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata perkara itu sudah lama kedengaran.
"Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, mengapa? Saya dijadikan 'alat' dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan yang salah.
"Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan didalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, tidak! Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah tetapi ada pihak meragui dan tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya disitu...jadi baru-baru ini keluar perintah ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta.
"Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan tidak mahu saya kesitu, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran kalau mereka berkata begituinilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi.
"Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, saya turut melihat pada kesihatan saya penting.
"Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang ALLAH berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya.
"Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang dengan pihak JPA, Ya ALLAH kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup pergi saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu pengiktirafan mintak maaf Ketua IGP saya tidak anggap begitulah.
"Kalau JPA  tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17 saya sekarang saya cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya duduk disitu, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu saya sudah kluar dari bukit aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu.
"Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah, Apa yang saya cakap itulah kebenaran, saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran," katanya.
Manakala ketika mengulas mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul berkata tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang pengutkuasaan.
"Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya sebagai Timbalan Pengarah SB.
"Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikan atas alasan apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus.
"Kenapa kuasa tangkap harus digunakan pegawai SPRM yang berintegriti tinggi bukan penjenayah bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS mereka pegawai SPRM kenapa tangkap mereka? 
"Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina kenapa keluarkan amaran ini  malaysia negara maju Kenapa ugut?
‎"Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa  mereka ditakutkan, khusus bidang penguatkuasaan‎," katanya.
Manakala menyentuh mengenai nadi rakyat, Abdul berkata ada mesaj yang hendak disampaikan terutama sekali kepada 'orang atasan'‎.
"Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga.
"Buang 'denial syndrom'. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan dibawah. Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profession, wilayah. Sama ada di Tawau atau di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang," ujarnya

'Geng Hang Tuah, Si Kitul lindungi 1MDB'




Anne Muhammad    
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa ada kumpulan sulit yang cuba menutup isu 1MDB. Menggelarkan kelompok itu sebagai Geng Hang Tuah, Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Beliau menyebut nama kumpulan itu ketika Malaysiakini bertanya mengenai kemunculan mesej WhatsApp palsu mendakwa dia akan memfailkan aduan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Geng Hang Tuah menyebarkan mesej palsu yang mendakwa dia akan mengadakan sidang media di Bukit Aman untuk mendedahkan pembabitan Dr Mahathir dengan Sarawak Report mendedahkan maklumat 1MDB demi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hamid juga mendakwa kumpulan rahsia itu diketuai Si Kitol. Katanya, beliau berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai dalang kumpulan itu selepas ini.

"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.
"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya.

Si Kitol merujuk kepada nama pengkhianat yang membocorka rahsian Melaka kepada Portugis pada abad ke-16 sehingga menyebabkan kerajaan Melayu itu runtuh. Ditanya lebih lanjut Abdul Hamid berkata, mereka mahu mengelak isu 1MDB dipersoalkan.

"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.

Mati hanya sekali

Sementara itu Abdul Hamid berkata sehingga kini beliau menerima pelbagai panggilan telefon yang menasihatinya agar berhati-hati. Kata Abdul Hamid, pihak tersebut mendakwa ada kelompok sudah "gelap mata" dan sanggup mengambil tindakan luar biasa terhadapnya.

Meskipun pasrah dengan apa yang terjadi, beliau yang berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun itu tegas dengan ikrar janji yang dibuat sebelum ini. Katanya ketika menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Mei 1980, anggota PDRM berikrar untuk mempertahankan kebenaran walaupun nyawa menjadi galang gantinya.

“Saya pasrah. Saya hanya takutkan kemurkaan Allah. Saya tetap memegang kepada sumpah ikrar tamat latihan asas polis di Pulapol pada Mei 1980 dulu.

“(Saya) sanggup mati untuk pertahankan kebenaran demi negara tercinta. Pada lambang polis tersemat pada topi polis itu ada tertera kalimah Allah (dan) Muhammad.

“Itulah yang dijunjung oleh lebih 100 ribu warga PDRM selama ini. (Lagi pun) mati itu sekali saja.
Beliau turut berkata jika ada mana-mana pihak membunuhnya, ia tetap tidak dapat menutup jenayah yang dilakukan.
“Membunuh saya tidak akan dapat menutup jenayah yang dilakukan,” katanya.

Saya tidak akan berpaling tadah  - Abdul Hamid Bador

Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador
ABDUL HAMID: Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara.

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.

The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk “menjelaskan  pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri” (Datuk Seri Najib Razak).

Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama “semua bukti” agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.

Semalam Malaysiakini melaporkan yang Abdul Hamid telah meletakkan jawatan di Cawangan Khas Polis selepas menerima surat perpindahan.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan Polis Diraja Malaysia bagaimanapun mendakwa dia tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
Perpindahan terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini.
 

AMUKANMelayuJanji Allah itu benar belaka....untuk apa ada kuasa jika kita hidup dalam keadaan TAKUT, apa guna punyai KEKAYAAN jika sentiasa di bayangi mimpi ngeri dan buat apa singgahsana yang indah jika tidur tidak KERUAN......