Wednesday, 9 September 2015

SURAT - DUA KELUHAN SATU MAKSUD


Dari muka-muka di atas ni....semuanya napak berhemah dan ramai yang  nak jaga "KERUSI"

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan" - Mat Maslan
 

OLAK LEMPIT - Rabu 25 Zulkaedah, ramai yang mengatakan UMNO kini seakan sedang menungggu "SAKARATULMAUT"....ia sedang sakit dan tenat di pembaringan. Tapi bagi penulis, UMNO itu sangat kuat dan di ibaratkan sebagai sebuah BAHTERA yang sedang di hempas GELOMBANG yang gila lagi ganas. Tapi malangnya NAKHODA perintahkan SAUH DI LABOH sedangkan TALI SEJENGKAL di tengah lautan yang dalam. Layar masih TERKEMBANG.....ini mejadikan KLASI/AWAK-AWAK menjadi bingung. 

Nakhoda ke HALUAN/DEK dan ke BURITAN.....dalam ribut dan gelombang yang mengganas, Nakhoda hilang arah dan mula ia juga turut mengganas dengan memecat awak-awak yang sedang bertugas dan KEMUDI, sauh, layar dan peninjau kini tiada pengendalinya. Sementara NAKHODA memunggah semua barang berharga dan di simpan di bawah katilnya.

Bagi awak-awak yang telah lama berlayar.....mendatangkan nasihat kepada Nakhoda supaya sauh perlu diangkat kerana layar masih berkembang. Jika tak mampu mengemudikan BAHTERA, serahlah kepada yang lain ini kerana ribut yang mengganas perlukan kebijaksaan. Jika suara TERLANTANG kenalah terima ini kerana pendengaran kurang jelas kerana ribut. 

Pilih antara dua.....menyerahkan kemudi kepada yang lain dengan membuang semua benda yang berat atau biarkan Bahtera karam....yang jelas untuk selamat adalah perlu menyelamatkan BAHTERA, awak-awak dan Nakhoda perlukan BAHTERA sementara BAHTERA tidak memerlukan awak-awak dan Nakhoda......jika semua ikut Nakhoda, kapal akan karam dan semua akan mati. Jika bersama-sama menjaga BAHTERA, semuanya akan selamat dan pelayaran boleh di teruskan walau pun HALILINTAR membelah bumi. 

Penulis rasa semua ini tidak akan sampai kepada Nakhoda. Sudah menjadi tabiat orang politik yang suka beri kenyataan yang bersifat umum. Jarang yang berani nak sebut direct, kepada siapa ditujukan mesej itu atau siapa yang dirujuk dalam kenyataan itu. Yalah, kalau isu sensitif, jalan paling selamat adalah secara umum. Kalau cakap direct karang, kena hentam pulak dan takut kena pecat.....

Jadi bila pemimpin guna pendekatan umum, terserahlah pada kita untuk menafsirnya ikut hala mana pun. Contoh terbaru kenyataan dari Mat Maslan -

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan" - Mat Maslan

Apakah Mat Maslan merujuk kepada mereka yang kritikal terhadap Najib dan menuntut Najib undur demi menyelamatkan survival Umno ATAU beliau merujuk kepada Najib (!) yang menjadi dalang utama masalah kronik yang dihadapi oleh Umno ketika ini ?


Kedua2nya adalah bersifat dalaman juga. Bagi yang bersifat terbuka dan mahu menilai hujah kedua2 belah pihak, ada baiknya anda fikirkan siapakah yang menjadi masalah sebenarnya ? 

Orang yang mengkritik kelemahan atau orang yang dikritik tapi suka lari dari menjawab kritikan ?

Ni satu lagi dari Zahid Hamidi yang mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta' -

Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta jadi unta betul. Kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala. Ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita

Hmmmm .... rasanya kita semua tahu siapa yang suka menyorok kepala @ lari dari masalah, takut berdepan dengan soalan2 .... perumpamaan burung unta ini -


BURUNG + UNTA = BUTA

Jadi kepada MT Umno yang akan bermesyuarat esok, fikir2kanlah nasihat kedua pemimpin Umno di atas.

Fikirkan nasib dan peluang Umno ketika berdepan PRU14 kelak jika Najib terus dipertahankan ..... ambilkira segala perkembangan. Boleh menang ke ?

Seperti komen saudara Abu Bakar yang saya copy di bawah, anda boleh saja menukar agenda yang telah diatur demi kelangsungan Umno. Bukan saja ahli2 Umno akan berterimakasih, malah seluruh rakyat Malaysia akan memuji2 tindakan anda jika anda membuat keputusan mengundurkan Najib !

Terselamatlah juga maruah Umno di mata rakyat .... Itu bakal menjadi permulaan yang baik untuk proses mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.


Patutnya esok Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memecat Najib dari UMNO, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO yang tak buat salah.

Dalam isu kemelut dalam UMNO, yang buat hal adalah Najib, apa kejadahnya kerana nak menyokong segala kesalahan Najib maka ramai pemimpin lain yang tak ada kena mengena dijadikan korban pula?

Kita tengoklah esok apakah majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO masih punya otak dan akal fikiran atau jenis manusia berotak lembu dan bodoh piang yang hanya menjadi penjilat yang lebih hina dari seekor lembu.

Kalau Najib dipecat kerana dia adalah punca segala masalah kepada UMNO, kepada Barisan Nasional, kepada kerajaan dan kepada negara ini selama ini, maka ahli UMNO jenis manusia berotak dan berakal fikiran.

Kalau majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Najib, tapi memecat pemimpin UMNO yang lain yang tak buat salah, maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah golongan bodoh, kerana nak bela kesalahan, habis diainaya orang yang tak bersalah pula.

Kita lihatlah esok, siapa golongan yang berotak dan berakal fikiran dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan kita lihatlah juga siapakah Ahli Majlis Tertinggi yang berotak lembu, bodo piang yang menjadi barua belaan.

Walau apa pun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO esok perlu sedar bahawa keputusan dalam mesyuarat itu adalah keputusan melibatkan kelangsungan parti, kalau buat keputusan yang salah, maka koranglah pengkhianat parti.

Maka kepada ahli UMNO sekalian, kalau korang semua menyokong para pemimpin berotak lembu dan bodo piang, maka teruskanlah.

Kalau ahli UMNO yang nak pertahankan parti yang mempunyai pemikiran manusia yang berakal, tentu akan ada penentangan terhadap kepimpinan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

Ahli UMNO boleh pilih, nak menjadi manusia berakal dengan membela kebenaran atau nak jadi si bodoh hanya menjadi pak turut hinggakan benda salah di depan mata pun dia sokong kata betul juga.

Pilihlah apa yang ahli UMNO suka, kerana kepimpinan UMNO yang dikuasai oleh ketua penyamun Najib dan kuncu-kuncu sudah tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada parti, bagi mereka parti hanya untuk dipergunakan selagi mereka masih punya masa untuk merompak harta negara, tak tahulah kalau ahli UMNO rela diperbodohkan oleh Najib ketua penyamun dan kuncu-kuncunya.

Saya berharap tulisan saya ini diviralkan ke semua blog, semua facebook, e-mel atau dicetak dan disebarkan di seluruh negara untuk dijadikan pilihan oleh ahli-ahli UMNO yang selama ini kelihatan macam tunggul membiarkan apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa sebarang tentangan dari mereka, kecuali adalah sebahagiannya yang lantang menentang Najib.

Sedarlah semua.

Ikhlas dari,

Abu Bakar. 


Jangan Angkuh dan Takabbur Ku Nan!

Warga Malaysia amnya dan ahli Umno khususnya menghargai keberanian seorang wanita dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi, Anina Saadudin, yang memfailkan tindakan saman mahkamah terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kerana pecah amanah wang parti sejumlah RM2.6 bilion.


Jumlah itu adalah jumlah yang diakui sendiri oleh Najib, ahli Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan Umno, menteri-menteri, SPRM, PDRM dan semua aparat kerajaan yang mahu mempertahankan bahawa duit itu bukan rasuah atau duit 1MDB tetapi duit Umno dari derma seorang dermawan Arab.

Anina sekadar menyatakan bahawa duit yang dilarikan dari akaun amanah di Malaysia ke akaun bank sulit di Singapura yang bukan milik Umno menjadikan itu satu pecah amanah dan perlu dikembalikan kepada Umno.

Anina melakukan apa yang tidak berani dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia apatah lagi ahli Umno. Anina menyatakan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno mewajibkan dirinya ‎mempertahankan Umno oleh kerana semua ahli MT tidak berani berhadapan dengan Putera Bugis yang berani membangsatkan parti dan bangsa sendiri demi kerakusan kuasa dan harta.

Anina berpegang kepada prinsip Amr Ma’ruf Nahy Mungkar dalam menegakkan kebenaran demi mempertahankan maruah agama bangsa dan negara dari tercemar. Malah, tindakan Anina mendapat pujian dan sokongan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, apakah tindak balas YM Tengku Dato Seri Adnan Mansur? Dengan bangga dan bongkak Ku Nan memecat Anina. Ku Nan menghebahkan pemecatan lebih awal dari surat pemecatan dikeluarkan. Ku Nan berbuat demikian demi menghina Anina untuk menunjukkan kuasa bahawa‎ Ku Nan adalah Setiausaha Agung dan Anina hanya ahli wanita yang kerdil dari pulau di hujung semenanjung.

Kemudian bila Tan Sri Megat Najmuddin, Pengerusi Tribunal Disiplin ‎menegur bahawa langkah Ku Nan salah dan sumbang prosedur kerana tidak langsung mematuhi peraturan parti, Ku Nan tidak dapat menerima teguran dengan baik.

Sebaliknya, Ku Nan bersikap lebih angkuh dan takabbur. Ku Nan mendebak dada mengatakan dia boleh pecat siapa dia suka dan Anina boleh samannya di mahkamah dan dia akan lawan. Ku Nan juga terus menghina Anina dengan memanggilnya anai-anai iaitu serangga yang lebih kecil dari semut.

Ku Nan memang orang besar, derajat bangsawan dan juga berpangkat Dato Seri. Ku Nan‎ memang orang besar parti berjawat Setiausaha Agung dengan kuasa memecat semua yang dia tak suka. Ku Nan memang kaya raya boleh gajikan peguam-peguam hebat mempertahankan kesumbangan dirinya sehingga yang salah pun jadi benar. Tapi apakah perlunya Ku Nan menghina Anina sebagai lebih kecil dari semut? Apa perlunya Ku Nan menghina dan merubah nama Anina menjadi Anai Anai?

Tidakkah Ku Nan dapat menerima dalam sistem demokrasi berparlimen seseorang yang tidak berpuashati boleh merujukkan hal itu ke Mahkamah? Bukankah Mahkamah memang forum penyelesaian perbezaan dan pertikaian?

Lalu kenapa Ku Nan menghalang Anina dengan memecatnya secara sungguh terhina tanpa mematuhi peraturan parti, tanpa diberikan amaran dan hak untuk didengar, tanpa mengendahkan nasihat Pengerusi Tribunal, tanpa‎ langsung mengikuti prinsip-prinsip keadilan dalam Islam sedangkan Umno itu parti Melayu dan Melayu itu tunggaknya Islam? Kenapa Ku Nan? Dan apa perlunya Ku Nan‎ menghina Anina dengan panggilan Anai Anai?

Pokoknya, apakah kesalahan Anina dan apakah yang dipertahankan Ku Nan? Apakah tidak benar segala yang dikatakan Anina? Bukankah tuntutan Anina berlandaskan apa yang diakui dan dikatakan secara umum oleh Najib dan konco-konconya sendiri? ‎

Bukankah benar MT telah menjadi tali barut seorang pemecah amanah yang mencuri duit parti dan melarikan duit RM2.6 bilion itu ke Singapura? Jika semua itu benar kenapa Ku Nan tidak menjalankan tanggungjawab, malah bersekongkol menjadi talibarut si pesalah laku?

Jika Anina itu Anai Anai, maka orang macam Ku Nan adalah barah dalam Umno yang akan merosak dan membunuh parti. Dan jika sel barah itu tidak dihapuskan dari ‎bibitnya maka ia akan merebak keseluruh akar umbi parti. Salahkah Anina mengambil tindakan untuk mengubati Umno yang di kepalanya telah dicemari dan dirasuki penyakit serius ini?

Salahkah Anina menyedarkan bahawa Najib, KuNan dan sekutunya bukan sayangkan parti tapi memusnahkan parti? Salahkah Anina mengingatkan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno ialah tentang Kesetian Kepada Parti dan bukan Kesetiaan Kepada Pemimpin yang buat onar. Malah pepatah Melayu mengatakan, “Raja adil raja disembah Raja zalim raja ‎ disanggah”.

Dalam sistem demokrasi hari ini, pepatah itu bukan sahaja ditujukan kepada raja tapi juga kepada Pemerintah kerana yang memerintah negara bukanlah raja tapi parti yang memerintah. Masyarakat moden mahukan demokrasi dimana rakyat menentukan halatuju negara melalui wakil rakyat dan jemaah menteri tetapi bukan untuk menjadikan menteri-menteri sebagai orang-orang yang berlagak lebih buruk dari raja yang zalim bak pepatah, “Beraja dimata Bersultan di hati”. Ini lah Umno hari ini. Ini lah penyakit Najib dan Ku Nan yang mahu membangsatkan bangsa sendiri!

Anina memang tidak ada duit untuk lawan Ku Nan. Anina memang gunakan firma Melayu kecil untuk mulakan tindakan kerana dia tidak mampu. Tapi orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi muak dan marah dengan keangkuhan Ku Nan. Dan bila mereka bersatu dan membantu, akan ramai peguam-peguam Melayu dan bukan Melayu yang lebih hebat dari firma besar dari peguam Ku Nan dan Umno. ‎Rakyat akan bersatu menolak kemungkaran. Jadi behati-hatilah bila menghina orang kerdil.

Ku Nan jangan angkuh dan takabbur‎. Allah tidak menyukai orang-orang yang takabbur. Ingatlah Allah menghukum Firaun ditelan lautan. Ingatlah orang Melayu memerhati, Rakyat Malaysia memerhati.

Ingatlah ini boleh menjadi lautan yang menenggelamkan keangkuhan Ku Nan.


Oleh Suhaimi Embong


AMUKANMelayu - Dalam Majlis Tertinggi ada dua kelompok manusia.....satu yang KERAS kepala dan satu lagi yang SOMBONG. Kedua-duanya adalah MUSUH kepad UMNO dan mereka inilah yang akan MEMUSNAHKAN UMNO dari dalam PARTI.