Thursday, 10 September 2015

WALAU PUN CANTIK PERMAINAN NAJIB TAPI MALAYSIA DIBELASAH 10-0

Ultras Malaysia membuat kecoh dengan membaling suar ketika perlawanan ULTRAS MALAYSIA membuat kecoh dengan membaling suar ketika perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. Akibatnya permainan terpaksa dihentikan ketika Arab Saudi mendahului jaringan 2-1. BERNAMA
PADA mulanya segala berjalan lancar, pasukan Harimau Malaya turun ke Stadium Shah Alam menentang Arab Saudi de­ngan matlamat menebus malu selepas dibelasah 0-10 oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, pada Khamis lalu.
Pemain-pemain Malaysia bermain penuh semangat dan berjaya mengekang Arab Saudi daripada mendapatkan gol sepanjang tempoh permainan separuh masa pertama. Keupayaan itu membangkitkan semangat pemain-pemain negara untuk melakukan kejutan dan cubaan itu hampir berhasil apabila Shafiq Rahim menggegar gol lawan pada minit ke 71.
Namun kegembiraan Malaysia tidak berpanjangan apabila Arab Saudi menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh tiga minit iaitu pada minit 73 dan 76. Ketika perlawanan berbaki dua minit, harapan Malaysia untuk melangkah keluar dari Stadium Shah Alam dengan sedikit kebanggaan kerana berjaya mengelak daripada dibelasah berkecai.
Segalanya bukan kerana pemain tetapi akibat kebiadaban penyokong yang terdiri daripada kumpulan sorak Ultras Malaya. Minit ke-88 perlawanan itu mencatatkan sejarah hitam bagi arena bola sepak negara apabila penyokong yang ibarat ‘hilang akal’ melontar suar, mercun dan bunga api ke dalam padang.
Stadium Shah Alam bagaikan medan perang apabila ketiga-tiga bahan itu ‘menghiasi’ padang permainan. Anggota-anggota keselamat­an ber­usaha sehabis mungkin untuk mengelakkan tragedi lebih buruk berlaku. Tetapi segala-galanya sia-sia belaka, perlawanan terpaksa digantung, maka tercemarlah maruah Malaysia di peringkat antarabangsa.
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam peristiwa memalukan itu? Bagaimana mungkin bahan-bahan itu dibawa masuk ke stadium tanpa dikesan? Apakah sudah cukup langkah ke­selamatan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menghindari kejadian seum­pama itu terjadi? Hebat sangatkah kumpulan Ultras Malaya sehingga mereka dilihat satu kelompok penyokong yang ‘menggerunkan’?
Terlalu banyak persoalan bermain di fikiran peminat-peminat bola sepak berikutan apa yang berlaku. Sebahagian besar mereka melepaskan geram di media-media sosial mengecam perbuatan tidak bertamadun itu. Sememangnya apa yang berlaku patut dikecam kerana kebiadaban dan kejahilan segelintir Ultras Malaya menyebabkan maruah negara khususnya dalam bola sepak tercalar lagi.
FAM seperti mana kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitternya, “hilang kawalan di stadium sendiri”. Kenyataan itu tidak boleh disangkal oleh sesiapa kerana jika FAM benar-benar melakukan langkah pencegah­an awal sudah pasti peris­tiwa memalukan itu tidak berlaku.
Sepatutnya FAM sudah memahami bagaimana sentimen penonton yang akan hadir khususnya penyokong tegar yang menggelarkan diri mereka ‘Ultras Malaya’. Penulis tidak menyatakan kesemua mereka terlibat dalam kejadian itu tetapi sudah pasti segelintir mereka hadir ke Stadium Shah Alam bukan semata-mata untuk menonton perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi. Kekalahan memalukan di Abu Dhabi mahu dijadikan ‘senjata’ bagi mereka melakukan onar di stadium tersebut.
Mungkin atas sebab itulah, penulis diberitahu oleh satu sumber, kekecohan tersebut seolah-olah dirancang. Khabarnya seawal pukul 5 petang, suar, mercun dan bunga api sudah diseludup masuk ke dalam stadium. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, terserahlah kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Ada cakap-cakap segelintir penonton mahu melakukan kekecohan lima minit sebelum perlawanan tamat dan terbukti berlaku, FAM kena siasat macam mana bahan itu boleh dibawa masuk ke dalam stadium,” kata sumber tersebut ketika dihubungi.
Malah ramai rakan penulis memberitahu, mereka sememangnya sudah sedia maklum ada penonton yang akan mencetuskan kekecohan pada malam berkenaan sebagai tanda protes kepada FAM.
Berikutan apa yang berlaku, FAM perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan kerana kealpaan mereka untuk mengesan sentimen penyokong Malaysia telah memungkinkan imej negara di peringkat antarabangsa tercemar.
Membaling suar, membakar mercun dan bunga api bukan kali pertama berlaku tetapi sudah acap kali terjadi dalam perlawanan bola sepak khususnya melibatkan pasukan Liga Super. Apabila berlaku kejadian seumpama itu, FAM akan menyalahkan persatuan-persatuan negeri dan mereka didenda dengan hukuman cukup berat, tetapi soalnya apa FAM buat bagi mengelakkan peristiwa sebegini daripada berulang?
Kenapa susah sangat hendak menghalang samseng bola sepak daripada memasuki stadium? Apakah penyokong tegar jauh lebih berkuasa daripada FAM sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja dalam stadium?
Oleh itu sudah tibanya, FAM memandang serius peristiwa di Stadium Shah Alam tersebut. Langkah drastik perlu dilakukan bagi memastikan hanya penonton yang benar-benar mahu menonton bola sepak sahaja dibenarkan memasuki stadium. Jangan biarkan samseng bola sepak bermaharajalela di negara ini atas alasan mereka datang daripada satu kelompok yang menjadi penyokong kuat mana-mana pasukan.
Mewujudkan penyokong tegar tidak salah tetapi biarlah mereka terdiri daripada golongan yang tahu menghormati undang-undang dan tidak bertindak bagaikan kelompok manusia tidak bertamadun. Sampai bila kita harus mempertaruhkan maruah bola sepak negara kepada kumpulan atau individu seumpama itu?
Adalah wajar jika FAM memikirkan langkah lebih tegas dari segi kehadiran penonton ke stadium. Jangan memikirkan soal keuntungan atau sokongan semata-mata. Tidak apa kalau penonton kurang daripada membenarkan samseng bola sepak menjejakkan kaki ke dalam stadium.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kealpaan-fam-puncanya-1.134032#sthash.i1avtSBC.dpuf
 
Jika Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Dollah Salleh meletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan memalukan skuad negara, apakah langkah yang harus diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula?
 
 
OLAK LEMPIT - Khamis 26 Zulkaedah 1436H, Guling, Terguling, Berguling-guling.......jika tunjuk perasaan, berguling-guling di atas jalan raya, naik basikal break putus jatuh Terguling.....PDRM sedang kumpul maklumat sapa nak GULING kerajaan.............
 
Cerita asal dah kelaut nampaknya.....skrip yang di sangkat 1jam45 minit rupanya telah menjadi TALINDRA 36 Episod. Semakin berbelit dan bercelaru di buatnya.....nampaknya inilah dalam sejarah.....satu cerita yang MEMBOSANKAN  tapi pakat duk tunggu depan TV nak tahu episod seterunya.

Malu penulis dengan Tengku Abdullah dan Dollah Saleh yang bertanggung Jawab ke atas kemerosotan Prestasi Harimau Malaya. Tapi itulah lumrah. Ini buka salah Tuanku dan Jurulateh.....sebab Tuanku dan Jurulatih tidak berada di tengah padang. Yang main adalah Pemain......Apa pula TNAGGUNG JAWAB PEMAIN ketas kekalahan ini?


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kekalahan memalukan skuad Harimau Malaya 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khamis lepas.

Baginda bertitah jawatan tersebut akan dilepaskan secara berperingkat dalam tempoh terdekat dan setelah berpuas hati dengan segala perancangan untuk meningkatkan kembali pasukan bola sepak negara.
"Saya akan berundur secara berperingkat-peringkat kerana masih banyak lagi urusan dalam FAM yang perlu saya selesaikan (sebelum letak jawatan) untuk menyenangkan semua pihak.

"...saya akan mencadangkan supaya FAM melantik Datuk Afandi (Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah) selaku pemangku presiden kerana saya tidak lagi mahu main peranan secara aktif (dalam FAM)," titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kekalahan memalukan pasukan bola sepak negara kepada UAE dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Abu Dhabi, minggu lepas.
Tengku Abdullah ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dan marah dengan kekalahan tersebut dan menyifatkannya sebagai memalukan imej bola sepak negara.

"Ini merupakan satu kekalahan yang cukup memalukan dan mengaibkan, saya tidak boleh terima kekalahan ini. Kita telah terima peletakan jawatan Dollah Salleh dan saya tak nak perkara ini berpanjangan.
"Harap mereka dapat bangkit semula dan hanya pemain dan jurulatih sahaja boleh menjawab berhubung persembahan mereka dalam perlawanan tersebut. Post mortem perlu dilakukan secepat mungkin," titah baginda.

Titah Tengku Abdullah, sejak dari awal baginda sendiri lebih menyenangi jika FAM memilih jurulatih dari luar negara namun badan induk bola sepak negara itu bertegas memilih Dollah untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Sejak dari awal dahulu Dollah Salleh bukan pilihan saya, tetapi Jawatankuasa Teknikal dan ahli mahukannya... ini bukan alasan tetapi sejak dari dahulu saya sudah nyatakan harap mereka dapat ambil jurulatih dari luar negara, itu yang saya terkilan," titah baginda.

Bagaimanapun Tengku Abdullah bertitah, kekalahan dan aksi longlai pasukan bola sepak negara itu seharusnya dijadikan sebagai pengajaran dan FAM harus bangkit kembali memantapkan pasukan kebangsaan.

Titah baginda ia termasuk membuat perancangan awal untuk skuad negara menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 memandangkan harapan untuk melayakkan diri dalam Piala Asia 2019 semakin tipis.
Tengku Abdullah bertitah bagi tujuan itu satu pasukan baru harus dibentuk untuk merangka kertas kerja yang berkaitan mengembalikan maruah pasukan bola sepak negara di bawah kendalian jurulatih baharu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menggantung FAM berikutan aksi longlai pasukan negara itu, Tengku Abdullah bertitah:

 "Kalau dia nak guna kuasa dia, siapa yang boleh tahan, dia ada kuasa, buatlah apa yang patut."-Bernama
Ultras Malaysia membuat kecoh dengan membaling suar ketika perlawanan ULTRAS MALAYSIA membuat kecoh dengan membaling suar ketika perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. Akibatnya permainan terpaksa dihentikan ketika Arab Saudi mendahului jaringan 2-1. BERNAMA
PADA mulanya segala berjalan lancar, pasukan Harimau Malaya turun ke Stadium Shah Alam menentang Arab Saudi de­ngan matlamat menebus malu selepas dibelasah 0-10 oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, pada Khamis lalu.
Pemain-pemain Malaysia bermain penuh semangat dan berjaya mengekang Arab Saudi daripada mendapatkan gol sepanjang tempoh permainan separuh masa pertama. Keupayaan itu membangkitkan semangat pemain-pemain negara untuk melakukan kejutan dan cubaan itu hampir berhasil apabila Shafiq Rahim menggegar gol lawan pada minit ke 71.
Namun kegembiraan Malaysia tidak berpanjangan apabila Arab Saudi menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh tiga minit iaitu pada minit 73 dan 76. Ketika perlawanan berbaki dua minit, harapan Malaysia untuk melangkah keluar dari Stadium Shah Alam dengan sedikit kebanggaan kerana berjaya mengelak daripada dibelasah berkecai.
Segalanya bukan kerana pemain tetapi akibat kebiadaban penyokong yang terdiri daripada kumpulan sorak Ultras Malaya. Minit ke-88 perlawanan itu mencatatkan sejarah hitam bagi arena bola sepak negara apabila penyokong yang ibarat ‘hilang akal’ melontar suar, mercun dan bunga api ke dalam padang.
Stadium Shah Alam bagaikan medan perang apabila ketiga-tiga bahan itu ‘menghiasi’ padang permainan. Anggota-anggota keselamat­an ber­usaha sehabis mungkin untuk mengelakkan tragedi lebih buruk berlaku. Tetapi segala-galanya sia-sia belaka, perlawanan terpaksa digantung, maka tercemarlah maruah Malaysia di peringkat antarabangsa.
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam peristiwa memalukan itu? Bagaimana mungkin bahan-bahan itu dibawa masuk ke stadium tanpa dikesan? Apakah sudah cukup langkah ke­selamatan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menghindari kejadian seum­pama itu terjadi? Hebat sangatkah kumpulan Ultras Malaya sehingga mereka dilihat satu kelompok penyokong yang ‘menggerunkan’?
Terlalu banyak persoalan bermain di fikiran peminat-peminat bola sepak berikutan apa yang berlaku. Sebahagian besar mereka melepaskan geram di media-media sosial mengecam perbuatan tidak bertamadun itu. Sememangnya apa yang berlaku patut dikecam kerana kebiadaban dan kejahilan segelintir Ultras Malaya menyebabkan maruah negara khususnya dalam bola sepak tercalar lagi.
FAM seperti mana kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitternya, “hilang kawalan di stadium sendiri”. Kenyataan itu tidak boleh disangkal oleh sesiapa kerana jika FAM benar-benar melakukan langkah pencegah­an awal sudah pasti peris­tiwa memalukan itu tidak berlaku.
Sepatutnya FAM sudah memahami bagaimana sentimen penonton yang akan hadir khususnya penyokong tegar yang menggelarkan diri mereka ‘Ultras Malaya’. Penulis tidak menyatakan kesemua mereka terlibat dalam kejadian itu tetapi sudah pasti segelintir mereka hadir ke Stadium Shah Alam bukan semata-mata untuk menonton perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi. Kekalahan memalukan di Abu Dhabi mahu dijadikan ‘senjata’ bagi mereka melakukan onar di stadium tersebut.
Mungkin atas sebab itulah, penulis diberitahu oleh satu sumber, kekecohan tersebut seolah-olah dirancang. Khabarnya seawal pukul 5 petang, suar, mercun dan bunga api sudah diseludup masuk ke dalam stadium. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, terserahlah kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Ada cakap-cakap segelintir penonton mahu melakukan kekecohan lima minit sebelum perlawanan tamat dan terbukti berlaku, FAM kena siasat macam mana bahan itu boleh dibawa masuk ke dalam stadium,” kata sumber tersebut ketika dihubungi.
Malah ramai rakan penulis memberitahu, mereka sememangnya sudah sedia maklum ada penonton yang akan mencetuskan kekecohan pada malam berkenaan sebagai tanda protes kepada FAM.
Berikutan apa yang berlaku, FAM perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan kerana kealpaan mereka untuk mengesan sentimen penyokong Malaysia telah memungkinkan imej negara di peringkat antarabangsa tercemar.
Membaling suar, membakar mercun dan bunga api bukan kali pertama berlaku tetapi sudah acap kali terjadi dalam perlawanan bola sepak khususnya melibatkan pasukan Liga Super. Apabila berlaku kejadian seumpama itu, FAM akan menyalahkan persatuan-persatuan negeri dan mereka didenda dengan hukuman cukup berat, tetapi soalnya apa FAM buat bagi mengelakkan peristiwa sebegini daripada berulang?
Kenapa susah sangat hendak menghalang samseng bola sepak daripada memasuki stadium? Apakah penyokong tegar jauh lebih berkuasa daripada FAM sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja dalam stadium?
Oleh itu sudah tibanya, FAM memandang serius peristiwa di Stadium Shah Alam tersebut. Langkah drastik perlu dilakukan bagi memastikan hanya penonton yang benar-benar mahu menonton bola sepak sahaja dibenarkan memasuki stadium. Jangan biarkan samseng bola sepak bermaharajalela di negara ini atas alasan mereka datang daripada satu kelompok yang menjadi penyokong kuat mana-mana pasukan.
Mewujudkan penyokong tegar tidak salah tetapi biarlah mereka terdiri daripada golongan yang tahu menghormati undang-undang dan tidak bertindak bagaikan kelompok manusia tidak bertamadun. Sampai bila kita harus mempertaruhkan maruah bola sepak negara kepada kumpulan atau individu seumpama itu?
Adalah wajar jika FAM memikirkan langkah lebih tegas dari segi kehadiran penonton ke stadium. Jangan memikirkan soal keuntungan atau sokongan semata-mata. Tidak apa kalau penonton kurang daripada membenarkan samseng bola sepak menjejakkan kaki ke dalam stadium.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kealpaan-fam-puncanya-1.134032#sthash.i1avtSBC.dpuf
Kisah Dollah berakhir, apa cerita FAM?
 
Jika Dollah meletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan memalukan skuad negara, apakah langkah yang harus diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula?
 
 
Sekalipun Jose Mourinho dilantik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi Harimau Malaya, mampukah jurulatih sehebat dia mengubah nasib skuad negara?

Setelah dibelasah 10-0 sudah tentu perkara pertama dilakukan adalah mencari salah pihak tertentu disamping melayangkan segala kritikan termampu.

Dalam soal perlawanan semalam diantara skuad negara berdepan Emiriah Arab Bersatu, jurulatih Dollah Salleh menjadi sasaran utama kritikan dari peminat bola sepak tanah air terutama di laman sosial.

Jika Dollah meletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan memalukan skuad negara, apakah langkah yang harus diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula?

Disamping itu, pemain turut menampilkan aksi yang longlai terutama dibarisan pertahanan yang ternyata mudah dibolosi setiap kali UAE melancarkan serangan.

Barisan tengah pula tidak mampu mengekang perancang utama UAE, Omar Abdulrahman disamping gagal menyesuaikan diri diatas padang sebaik sepak mula.

Selaku jurulatih yang bertanggungjawab, Dollah enggan menyalahkan anak buahnya.

"Mereka tidak harus dipersalahkan, saya kena terima keputusan perlawanan.

"Kapten Pahang Mohd Razman Roslan suruh saya tunggu sehingga perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi tetapi saya cakap tak boleh teruskan lagi," kata Dollah.

Dollah umum letak jawatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jurulatih berusia 51 tahun itu bukanlah nama asing dalam bola sepak tanah air kerana telah membantu beberapa pasukan tempatan menjulang pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, sehingga digelar jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib.
Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.

Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang tamat pada 31 Dis 2013.- 


Habis cerita bola....President dan Jurulatehnya MELETAK JAWATAN. tapi pemain terus juga bermain.....tapi kenapa President yang ini tidak juga letak Jawatan?

Apakah levelnya kini sama dengan Pemain? Kalu Presiden FAM dan Jurulatih boleh letak jawatan....kenapa tidak President ini. Pemain FAM hanya 22 orang dengan pemain simpanan.....ini ada 3.3 juta Ahli dan 28 juta rakyat yang 3/4 darinya menyatakan TIDAK pada President ni......

Tapi penulis mengatakan inilah Presiden yang paling licik dalam PERMAINANnya......dari 3.3 juta Ahli....hanya 3 Wanita sahaja yang berani bersuara mendesak dia melepaskan jawatan......penulis kira....Najib akan sama dengan Tun M.....ia adalah PM yang amat pintar dan BERSEMANGAT. Jika TRANSFORMASI ini dilakukan untuk NYAHkan DAP dari POLITIK Malaysia.....penulis berkira-kira.....PAKATAN janganlah bermimpi untuk BEREHAT di PUTRAJAYA.

 
Konspirasi - Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno akan dipecat hari ini. Itulah khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.
Ini yang dilaporkan oleh The Star :
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.
“Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.
“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi,” katanya.
Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.
Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas – terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.
Dalam pada itu, KPN telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan terhadap konspirasi untuk menumbangkan kerajaan. Ia disiasat bukan hanya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi juga konspirasi untuk menumbangkan seluruh kerajaan.
Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri memandangkan nombor dua sepatutnya melindungi nombor satu.
Ia sama seperti pengawal keselamatan di sebuah bank memberitahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku tetapi tidak terlibat dalam rompakan itu – dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rompakan tersebut.
Apakah sebabnya Muhyiddin mengunci mulut? Adakah mereka mengugutnya jika beliau mendedahkan konspirasi itu, maka beliau juga akan digulingkan? Atau adakah beliau dijanjikan akan mendapat manfaat dengan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya konspirasi itu berjaya.
Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu akan terjawab. Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan maka beliau semestinya tidak terlibat, atau menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin bersama dengan kumpulan anti-Najib.
The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PAC. Ia menunjukkan bahawa seseorang dalam PAC menjual maklumat kepada Wall Street Journal untuk jumlah yang banyak, tetapi ia masih belum ditentukan lagi.

Sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, dari DAP. Tidak syak lagi ia masih hanya syak wasangka dan polis memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi di Malaysia, anda dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan di Malaysia.
Maka sehingga atau kecuali Tony Pua boleh membuktikan bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada Wall Street Journal maka kita boleh menganggap beliau sebagai bangsat yang menggunakan kedudukan dalam PAC untuk membuat wang. Inilah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi Perdana Menteri. – Raja Petra Kamarudin.
 
AMUKANMelayu - Adakah Melayu semakin MELAYU atau PERAYU?......