Friday, 30 October 2015

KITA ORANG MELAYU ANAKKU - BANGSA YANG DI SEMBUNYIKAN OLEH ALLAH SWT


Zakwan Rafidi's photo. 

MELAYU

“Berturai, Bergagan, Bersyahadat”. 
 
Laksamana Hang TUAH

” Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Selagi ia memegang Pada Islam”

Tok Aki AJi

"Pucuk di cita ulam mendatang, orang mengantuk di surungkan bantal,
kalau lapar hidangan tiba, kalau tak makan........celakalah badan......."



Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.[10]

Etimologi

Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah “Melayu” untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[11]

Penggunaan istilah “Melayu” muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah “maleu-kolon”. G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud “tanah yang dikelilingi air” dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah “Mo-lo-yu” juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[11]

Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

* Penakrifan undang-undang
* Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang
 
Di negara Malaysia, dalam PERLEMBAGAANNYA orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:


“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian Atau seseorang Melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :


1) Menganuti agama Islam,

2) Lazim bercakap bahasa Melayu,

3) Menurut adat Melayu.

4) Zuriat atau keturunan



Taksiran secara kasar ini membawa maksud seseorang melayu itu, boleh di panggil Melayu jika mereka bergama Islam. jika berkahwin dengan bangsa lain, jika anak mereka beragama islam, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup melayu maka anak itu melayu. Mungkin sebab itulah jabatan pendaftaran negara meletakkan kaum melayu itu sebagai melayu jika mereka bergama islam. 

Jika mereka memohon untuk bertukar agama sekali pun, mahkamah sukar menerima kerana tidak dapat menetapkan kaum apakah mereka itu sekiranya mereka telah keluar dari Islam. Pada FAHAMAN penulis "Zuriat atau Keturunan" memberi makna yang luas siapa Melayu. Ia dengan sendirinya membawa MAKSUD. Rakyat Negara Brunei, Pattani, Kemboja, Sulu, Riau, Jambi, Aceh, Sumatera dll adalah Orang Melayu.


Tetapi, dari mana perkataan melayu itu timbul..sejarawan masih belum dapat menjelaskan dengan terpinci/tepat bagaimana perkataan melayu itu muncul.......:


1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu.



3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.


4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Melayu” bermaksud BERLARI atau MENGEMBARA atau MENJAUH. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dalam KEPULAUAN MELAYU sehingga meliputi separuh dari dunia.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu jika ada yang mengatakan tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia ini adalah salah. Ini kerana BAHASA TERBALIK yang banyak dalam Istilah BAHASA MELAYU dari kefahaman penulis jika di perhatikan dari 4 perkara penting mengenai Orang Melayu:

1) Menganuti agama Islam,

2) Lazim bercakap bahasa Melayu,

3) Menurut adat Melayu.

4) Zuriat atau keturunan


Zuriat atau Keturunan ini menjelaskan betapa ianya meliputi semua mereka yang berdarah Melayu yang berserakan di seluruh dunia, Seperti yang di perkatakan oleh PBB:

"Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar"

Jadi tidak timbul sepertimana yang ramai FAHAMI menurut Perlembagaan Malaysia yang istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. 

Bagi penulis ini jelas satu PENYELEWENGAN KEFAHAMAN PERLEMBAGAAN, sedangkan 4 perkara utama itu jelas berhubungkait antaranya. Tapi HAK dan Keistimewaannya sebagai Melayu itu akan terhapus jika ianya TIDAK BERUGAMA ISLAM. 

Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [13] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.[14]

Suku-suku Melayu di Malaysia
* Serawai
Suku-suku Melayu di Indonesia
* Bukit (Sumatera Utara)
* Deli (Riau)
* Anak Dalam (Riau)
* Melayu Jambi
* Melayu Palembang
* Melayu Bengkulu

Asal usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan “nenek moyang” orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena “ambilan”.

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Bagaimana Dengan FAKTA ini?

1 - PERAK MAN(Pra-Sejarah"Zaman Batu")
2 - TAMADDUN SUNGAI BATU(Zaman Besi)


PERAK MAN(Pra-Sejarah"Zaman Batu")

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. [1]

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

TAMADDUN SUNGAI BATU(Zaman Besi)

KOTA Sungai Batu KESINAMBUNGAN SEJARAH PERAK MAN




Terdapat persoalan daripada likers page ini, kenapa kita harus pertahankan Sungai Batu sebegini sekali? Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh page-page terkemuka di Malaysia? Mari saya hujankan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan SUNGAI BATU.

1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S

2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.

3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.

4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.

5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.

6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.

7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.

8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.

9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.

10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.

11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.

13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.

14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.

15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.

16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.

17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.

18. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia. Sekarang… masih ada yang bertanya apa istimewanya Sungai Batu?

19. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.

20. Ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun!


21. Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai terdampar di tanah yang cukup luas.

22. Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walaupun dengan wang puluhan malahan ratusan billion ringgit sekalipun.

23. Semoga juga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2000 tahun sepanjang 70 meter dan juga rangka manusia purba Kedah Tua.

‪#‎SelamatkanTapakSungaiBatu‬
‪#‎SelamatkanTamadunMelayu‬

Sumber : Facebook The Patriot

 

Dengan penemuan2 KILANG PELEBURAN BESI dan BANGKAI KAPAL atau PERAHU mungkin jenis kapal sumatera atau kapal purba....atau jenis jong ciri khas kapal Melayu..iaitu  sejenis kapal layar yg dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. di ceritakan setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. 

Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam

Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang dan tangan sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. 

Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! teknologi dari jong ni la di tiru oleh bangsa2 pedagangan lain serpti india dan ereb.Teknologi unik yang membolehkan orang Mlayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan jong. 

Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Mlayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. 

Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tiupan angin dan badai mengikut laluan zig-zag. 

Dengan menggunakan layar ini para pelayar Mlayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka bleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai

Add caption


Result/keputusannya sehingga ke hari ni mendapati Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama Masihi 2000 tahun dahulu. Dengan penemuan ini jelaslah dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan “nenek moyang” orang Melayu itu berasal dari Yunan adalah TEORI merapu dan mengarut. Teori Yunan mengatakan "Bangsa Melayu berasal dari Yunnan" - (Teori Yunnan) langsung tidak boleh di pakai"

 

KOTA Sungai Batu KESINAMBUNGAN SEJARAH PERAK MAN


Kita ambil contoh di negara maju seperti Amerika. Mengikut kenyataan Travel industry Assocoation of America (TIA), Heritage tourism menyumbang sebanyak 15% daripada dapatan dalam Industri pelancongan di Amerika.
Di sana pelancongan warisan telah berjaya menyumbangkan sebanyak $ 584.3 juta dolar setahun kepada ekonomi mereka dan memberikan peluang kerja kepada lebih daripada 7 juta rakyatnya.

Di Peru yang kita tahu memang sangat kaya dengan tinggalan tapak-tapak kota kuno Tamadun Inca yang gah dan hebat seperti Kota Cuzco dan Machu Pichu juga dijadikan sebagai pusat tumpuan Pelancongan Warisan oleh pihak kerajaannya.

Dalam setahun lebih kurang 400 000 pelancong dari dalam dan luar Negara melawat tapak-tapak bersejarah tersebut dan hal ini memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada kerajaan mereka serta memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang miskin disana.
Begitu juga dengan di Negara Mesir. Mesir adalah salah sebuah negara yang mempunyai tapak-tapak Arkeologi yang paling banyak dan paling mengagumkan di dunia.

Para pengembara dan ahli-ahli Arkeologi dunia sejak kurun ke 19 lagi berpusu-pusu ke Mesir bagi membongkar khazanah purba yang terdapat di negeri bertuah tersebut.

Tapak-tapak bersejarah seperti di Piramid Giza, pemakaman Raja atau Firaun Mesir kuno serta kuil-kuil maha besar yang terdapat di sepanjang tebing Sungai Nil telah menarik minat pelancong dari seluruh dunia untuk bertandang.

Laporan daripada sebuah majalah travel Huffington Posts menyebut bahawa pelancongan ke tapak-tapak bersejarah ini telah menyumbangkan sebanyak 11% daripada keseluruhan ekonomi Mesir dan membuka peluang pekerjaan yang sangat besar kepada rakyatnya.


sungai-batu-2


Kalau mahu disebut semua, maka sangat banyak lagi negara-negara di dunia ini yang memulihara kawasan-kawasan tapak sejarah dan Arkeologi untuk tujuan pelancongan.

Sebut sahaja Jordan dengan tapak Petranya, China dengan Great Wallnya, India dengan Taj Mahal, Ganggaikonda Cholapuram serta Istana-Istana Gah Maharaja Mogul. Di Itali kawasan Bandar purba Rom dipulihara dan menjadi tarikan pelancong utama disana terutama di Coliseum. Di Pakistan dengan tapak kota purba Lembah Indus seperti di Mohenjo Daro dan Harappa. 

Di England dekat Stonehenge dan di Greece dengan Acropolis dan tinggalan kuil lain di Bandar Athens. Malah kita tak perlu lihat jauh-jauh. Tengok sahaja di Negara jiran kita Vietnam yang masih lagi memulihara warisan tamadun Champa dengan menara-menara kolongnya yang gah mencanak.

Di Thailand jiran sebelah kita, mereka juga memulihara tapak-tapak Arkeologi dan kota-kota lama seperti di Ayuthia dan tak Arkeologi di Ban Chiang, malah dekat dengan sempadan di Yarang Patani mereka masih lagi memulihara tinggalan-tinggalan kerajaan Melayu Patani kuno berupa kuil dan tinggalan kota di situ.

Dan mana boleh tidak kita lihat negeri seberang kita yang bagaikan adik beradik iaitu Indonesia. Malu rasanya kalau kita bersikap acuh tak acuh dalam memulihara tapak-tapak warisan sejarah di Negara ini kerana di Indonesia tapak-tapak warisan sejarah mereka sangat gah berdiri sama tinggi dan sama terkenal dengan tapak-tapak warisan dunia yang lain.

sungai-batu-3

Lihat sahajalah Borobudur, Candi di Muara Takus, dan Perambanan serta beratus-ratus lagi tapak arkeologi dan sejarah yang dipulihara dengan baik dan dijadikan tarikan pelancong oleh pihak berkuasa mereka. Tidak malukah kita?

Lihat sahaja Kemboja dengan Kota Angkornya serta beratus buah kuil dan Istana sehinggakan mereka sanggup berbalah dengan Thailand untuk mendapatkan Istana Preah Vihear.

Setiap tahun ada berpuluh-puluh ribu orang dari dalam dan luar negara melawat tapak bersejarah tersebut dan ianya memberikan pulangan yang lumayan kepada Negara mereka dalam aspek ekonomi pelancongan.
Persoalannya mengapa tidak kita? Mengapa hanya Bandar Melaka dan George Town Pulau Pinang sahaja yang harus dipulihara dan diiktiraf? Mengapa tidak Sungai Batu dan tapak-tapak baru disekitar situ?

Mengapa tapak tamadun yang begitu hebat dan antara yang paling tua yang pernah dijumpai di Semenanjung setakat ini mahu dipunggar dan dibangunkan diatasnya? Sayang seribu kali sayang jika perkara ini benar-benar terjadi. Satu kerugian besar kepada Negara dan bangsa kita samaada dari aspek ekonomi mahupun pendidikan.

Tapak tamadun Kedah Tua di Sungai Batu itu bukan sekecil tempat yang digali sekarang itu sahaja, tetapi ianya lebih dari itu. Hasil daripada satellite remote sensing memperlihatkan gambaran kota yang sangat besar dengan pelbagai jenis bangunan yang masih tertibus berkaki-kaki di bawah tanah. IANYA SANGAT LUAS para pembaca sekalian!

sungai-batu-1

Masih terlalu banyak lagi tinggalan jeti, kuil, relau besi, masjid, tembok kota, istana, bangunan pentadbiran, candi dan serta kapal-kapal yang terbenam di seluruh tapak tersebut serta tapak-tapak dikawasan sekitarnya Kepada pihak yang berkenaan, jika benar desas-desus itu maka anda memang seorang yang kejam. Tindakan anda ini bakal membunuh sejarah bangsa Melayu.

Jika benar tolonglah ketepikan dahulu soal keuntungan, renungkan lah dalam-dalam akan kesan yang bakal menimpa jika perkara ini tetap diteruskan.

Anak-anak Melayu sekarang tidak lagi mudah lupa. Anak-anak Melayu sekarang tidak lagi malas membaca sejarah. Jika roboh Sungai Batu maka anak-anak Melayu akan INGAT sampai bila-bila.

KAMI SAYANGKAN SEJARAH KAMI. TOLONGLAH SELAMATKAN SUNGAI BATU. Sekian, Wallah hu ‘lam.


Semoga pendedahan ini dapat membuka mata pihak yang berkenaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya. Bagi peminat sejarah, anda boleh ikuti perkongsian terkini Cik Srikandi tentang sejarah Melayu khususnya dan sejarah dunia amnya di Facebook Page Srikandi.
 
Kapal Purba Berusia 2000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Purba
Baru-baru ini para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara, telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah “Kedah Tua” itu ribuan tahun dahulu, dimana sungai tersebut telah tertimbus dan menjadi kawasan berpaya pada hari ini.

Dipetik dari Bernama,Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin turut mengesahkan penemuan struktur-struktur yang dipercayai bangkai kapal-kapal purba itu.

“Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu). Bagaimanapun kita perlu melakukan lebih banyak analisis dan kajian sebelum dapat mencapai keputusan akhir,” katanya.

kapal-kuno-2

Sebelum The Age of Sail yang dibangga-banggakan Barat sehingga muncul dalam filem-filem termasuk siri The Pirates of Caribbean, 1000 tahun sebelum itu orang-orang Melayu Srivijaya telah memahat ukiran kapal-kapal perdagangan mereka di Borobudur yang mengagumkan itu.

1000 tahun sebelum orang Eropah mengerti memakai kapal-kapal untuk berdagang dan berperang. Bayangkan. Tapi kapal-kapal Kedah Tua ini beratus tahun lebih tua dari ukiran-ukiran kapal di tembok Borobudur itu!


kapal-kuno

Bayangkan, umur kapal-kapal ini lebih 2000 tahun, lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang digali Sweden dan England dan siap dipamerkan di muzium masing-masing. Kapal Vasa dibina pada abad ke-17 manakala Mary Rose pada abad ke-16.

Semasa kapal-kapal purba ini sedang belayar megah atas air, nenek moyang orang Swedish dan English yang bina kapal Vasa dan Mary Rose itu masih hidup berpindah randah macam nomad sebagai suku-suku Norse dan Jerman Kuno, sekali-sekala diserang dan dijajah bangsa Rom.

Sebab itu adalah penting semua pihak yang mempunyai autoriti dalam sejarah dan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah di negara kita untuk sama-sama berganding bahu bagi memulihara dan menjadikan ia sesuatu yang viral di kalangan masyarakat.

Bagaimana kapal-kapal itu boleh berada di situ?
Industri pemprosesan besi. Kedah Tua terkenal pada masa dahulu sebagai hub bagi bekalan besi-besi terproses untuk dieksport ke serata dunia.
Pada tahun 1154 Masehi, ahli geografi Arab bernama Idrisi mencatatkan di dalam kitabnya Al-Rujjar:
“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenal pasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi. Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA. Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
Perhatikan. Kedah Tua/Srivijaya mula-mula membina pusat pengumpulan komodoti eksport besi di Afrika. Dari sini mereka membekalkannya ke India dan tidak mustahil di dunia Arab sekali.

Kita tahu Idrisi tidak berbohong sebab berdekatan Mozambique adalah Madagaskar dan bangsa Merina yang nenek moyang mereka adalah dari Zabag ini. Merina bertutur dalam kelompok bahasa-bahasa Austronesia berbanding bangsa-bangsa di sekeliling mereka yang terkelompok dalam bahasa-bahasa Afrika.

Jadi perhatikan petunjuk ini, yang dicatat oleh Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:
“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi.
Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”
Perhatikan. Petunjuk ini ada kaitan dengan catatan Idrisi. Jika yang demikian, di mana bukti bangsa Melayu telah membina perindustrian pembuatan besi?
Jawapannya terletak pada tapak-tapak peleburan besi di Lembah Bujang. Bukti sudah ada namun tiada tindakan proaktif yang secukupnya membuatkan sejarah dan tamadun kita bagaikan dongeng dan mitos alam kayangan.
Bayangkan Idrisi dari Arab dan Abu Dulaf dari Bukhara mencatatkan petunjuk yang relevan antara satu sama lain.

Dengan penemuan relau-relau memproses besi di Jeneri, Kedah dan penemuan tinggalan kapal purba di sekitar tapak arkeologi Sungai Batu maka makin lengkaplah bukti dan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi. Orang-orang Melayu Kedah ada asas untuk belajar sejarah nenek-moyang mereka dan memiliki tanggungjawab menjaga hak mereka di Lembah Bujang. Mereka mesti ‘mempatenkan’ sejarah industri pemprosesan besi milik nenek moyang mereka.

Terbukti orang-orang Kedah Tua telah membangunkan industri besi di tempat mereka dan mengeksport besi ke India pulak tu. Mereka juga membina gudang dan menyimpan stok di Mozambique, Afrika. Justeru ,sepenuh-penuh pengharapan kepada pihak-pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang pemuliharaan sejarah supaya bersatu untuk memantau perkara ini.

Kekeluargaan orang Melayu

Rencana utama: Adat berserumah tangga Melayu

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. 

Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Perkahwinan orang Melayu

Rencana utama: Adat resam kahwin Melayu

Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

Adat, Bahasa dan Agama Orang Melayu



Melayu secara puak (etnis, suku) bukan dilihat dari faktor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain. Di Malaysia, tetap mengaku beretnis Melayu.
Ini semua karena diikat oleh kesamaan agama yaitu Islam, bahasa dan adat Resam Melayu. Orang Melayu memegang filsafat: 
“Berturai, Bergagan, Bersyahadat”. 

Berturai bermakna mempunyai sopan santun baik bahasa dan perbuatan dan memegang teguh adat resam, menghargai orang yang datang, serta menerima pembaharuan tamaddun yang senonoh. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Taat pada petuah, Setia pada sumpah, mati pada janji, melarat karena budi. 

Hidup dalam pekerti, mati dalam budi”. “Tak cukup telapak tangan, nyiru kami tadahkanu”. 

“Apabila meraut selodang buluh, 
Siapkan lidi buang miangnya. 
Apabila menjemput orang yang jauh, 
Siapkan nasi dengan hidangnya”.

Dan “Sekali air bah, sekali tepian berubah". 

Bergagan bermakna keberanian dan kesanggupan menghadapi tantangan, harga diri dan kepiawaian”. 

“Kalau sudah dimabuk pinang, 
Daripada ke mulut biarlah ke hati. 
Kalau sudah maju ke gelanggang, 
berpantang surut biarlah mati". 

"Bermula dari hulu, haruslah berujung pula ke hilir”.

“Apa tanda si Anak Melayu, 
Matinya ditengah gelanggang, 
Tidurnya di puncak gelombang, 
Makannya di tebing panjang, 
langkahnya menghentam bumi, 
Lenggangnya menghempas semak, 
Tangisnya terbang kelangit, 
Esaknya ditelan bumi
Yang tak kenalkan airmata, 
Yang tak kenalkan tunduk kulai”. 

Bersahadat bermakna Orang Melayu disebut Melayu jika sudah mengucap kalimat syahadat, yaitu mengakui Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai Rasul anutan.

Anak Melayu lebih dahulu diperkenalkan mengaji Al Qur’an, baru mengenal ilmu pengetahuan yang lain. Kata ‘Laailaha Illallah Muhammadarosulullah’ sebagai gerbang keislaman, selalu dipakai Orang Melayu dalam berbagai amalan, karena melayu percaya bahwa semua amalan akan tidak tertolak dalam pemahaman Islam jika mengucap Laailaha Illallah Muhammadarosulullah. 

Makanya jika seorang anak berkelakuan menyimpang dari kaedah yang diatur, maka ia disebut, ‘Macam anak siarahan, Macam anak tak disyahadatkan”.

“Bergantung kepada satu,
berpegang kepada yang Esa”. 


“Untuk apa meramu samak,
kalau tidak dengan pangkalnya.
Untuk apa berilmu banyak,
kalau tidak dengan amalnya.”


“Budak jambi sedang menampi,
alahai budak tinggal sanggulnya.
Banyak jampi perkara jampi,
Allah jua letak kabulnya”.


Jadi Melayu adalah beragama Islam, beradat resam Melayu dan Berbahasa Melayu”. Karena ikatan Islam itulah, Orang Melayu yang masih berpegang pada konsep tradisi namun akan takut jika tidak disebut Islam.

Agama dan kepercayaan orang Melayu

Syeikh Ahmad al-Fathani : Apa Itu Melayu?

2. QS AL HUJURAT:13
 

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, hampir kesemua PENGKAJI dari gulungan PENJAJAH atau mereka yang DENGKI dengan Melayu belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek walaupun oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.

Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1.Petikan itu ialah:

Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.
“Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
“Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan “Jawah“, iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
“Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
“Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
“Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka.
Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, “al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya“, takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah “me” (Me-layu).

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.

Dunia Melayu
1. dari aspek geografi dan kesuburannya
Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, “Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina“. Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, “Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah.”

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, “iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana” atau di dunia Melayu. Dari perkataan “Jawah” kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, “Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.” Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.

Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah“, dalam Hadiqat al-AzharIa adalah petikan Jaridah Al-Ma’lumat terbitan Betawi.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: “Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi“.

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia …” yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.

Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, “Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita“.

2. Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu
Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu.”

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, “Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]“.
Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah …”, maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, “Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu“.

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, “Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun“.

Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya,
Muru’ah, ertinya “kemukaan” atau “kemanusiaan”, iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.
Dan terjemah hamba akan “muru’ah” dengan erti “kemukaan” itu, betul lagi nyata, kerana “kemukaan” pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.
Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.
Maka iaitulah ‘ain “muru’ah” yang pada bahasa Arab, dikatakan “Si Anu itu orang yang bermuka”. Ertinya: “mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya”.
Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.
Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan “kemukaan” ini lain daripada “wajahah” yang pada bahasa Arab. Kerana makna “wajahah” itu “al-hazhu wal ratbah”.
Dan iaitu bukannya “kemukaan” yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i’tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemukaan”. Maka ia berkata ia [bahawa] “kemukaan” itu terjemah “wajahah” yang pada bahasa Arab.
Ada pun tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemanusiaan”, ertinya “keadaan seseorang itu manusia yang sempurna“.
Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna “muru’ah” itu. Wallahu a’lam.
Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu “memiliki kehormatan yang sopan …”

3. Aspek perkembangan ilmu pengetahuan
Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.

Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu “menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya“.
Mengenai perkataannya “menerima pemodenan teknologi” Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).

4. Aspek kedaulatan pemerintahan
Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, “Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin“.

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.
Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.
Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama 29 tahun.

Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.

Berkas:Teuku Umar.png
TEUKU Umar Johan

TEUKU Umar Johan Pahlawan (kiri) yang memimpin perang jihad fisabillah menentang penjajahan Belanda.

Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.

Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.

Image result for Sheikh Ahmad al-Fatani
Sheikh Ahmad al-Fathani
Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M – 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M – 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.

Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.

Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.

Berkas:COLLECTIE TROPENMUSEUM Groepsportret met Teuku Umar en gevolg TMnr 10001809.jpg
Teuku Umar bersama pengikutnya.

Penutup
Pengenalan peradaban dunia Melayu ini tidak lengkap tanpa membicarakan para pelopor yang terlibat dalam ketamadunan Melayu sehingga melahirkan ramai generasi penerus hari ini.

Kesinambungan dari itu, perbicaraan ini dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pelopor-pelopor Melayu Islam, yang meliputi dalam pelbagai aspek kepentingan dunia Melayu.

Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Erti BANGSA Melayu


Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”.
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. 


Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”. 

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia. 

Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.


"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."


1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.


2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.


-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.


Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)


Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.


والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub
_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69
مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :
ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda 

“RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” – Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman 

“Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. 

Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. 

Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. 

Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. 

Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. 

Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. 

Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. 

Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.


(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
 

Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. 

Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.

Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.


Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.


 
Nota kaki
1. ↑ CIA – The World Factbook – Malaysia
2. ↑ CIA – The World Factbook – Brunei
3. ↑ Templat:PDF
4. ↑ http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+th0052)
5. ↑ Templat:PDF
6. ↑ Templat:PDF
7. ↑ “The Malay of Malaysia”. Bethany World Prayer Center. 1997. http://kcm.co.kr/bethany_eng/p_code3/1892.html. Retrieved 2008-07-28.
8. ↑ “The Diaspora Malay”. Bethany World Prayer Center. 1997. http://kcm.co.kr/bethany_eng/clusters/8101.html. Retrieved 2008-07-28.
9. ↑ Harun Aminurrrashid, 1966. Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5
10. ↑ Seperti yang diceritakan dalam buku Sejarah Jambi
11. ↑ 11.0 11.1 11.2 Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa Melayu STPM (2006), edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 978-967-65-9617-8
12. ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140
13. ↑ Ismail Hamid, 1988, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms.
14. ↑ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1988, Jld 3 (M-Q), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504
15. ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150

Rujukan
* Pogadaev, V. “Lyubov Prihodit Posle Svad’bi” (Love Comes After Wedding) – in: “Azia i Afrika Segodya” (Asia and Africa Today). Moscow: Russian Academy of Science,1999. – N 4. – p. 79-80.


The Patriots's photo.
Peta yang dilukiskan oleh Ptolemy seawal Tahun 150 Masihi
The Patriots

MENJEJAK KEWUJUDAN NAMA MELAYU DALAM SEJARAH

Dewasa ini, kita melihat politikus, media-media lidah bercabang seperti MalaysianInsider, Malaysiakini dan juga laman-laman page yang berhati kiasu yang menidakkan asal-usul Melayu dengan dakwaan repekan seperti Melayu itu ialah perkataan ciptaan British. 

Maka saya akan membuktikan sebaliknya dakwan murahan di atas dengan menyenaraikan di bawah bahawa sebutan dan etimologi Melayu itu sudah wujud ribuan tahun sebelum datangnya British durjana di tanah air kita. 

- Antara rekod terawal tentang nama Melayu dalam sejarah ialah melalui peta yang dilukiskan oleh Ptolemy seawal 150 Masihi, iaitu kira-kira 150 tahun selepas kelahiran Nabi Isa dan kira-kira 400 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah. Dalam peta itu, terdapat bahagian dalam semenanjung yang digelar sebagai Μαλεου Κώλον atau Meleu-Kolon. Peta ini dijumpai dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis dan perlu diketahui bahawa peta ini ditulis atas lakaran-lakaran peta purba yang sudah wujud jauh sebelum Ptolemy. 

- Menurut rakan admin, Srikandi dalam analisis beliau akan etimologi perkataan Kolon itu sendiri sebenarnya bermaksud sebahagian. Maka bolehlah kita simpulkan bahawa maksud Meleu-Kolon dalam peta yang dilakar oleh Ptolemy itu mungkin membawa maksud sebahagian daripada Melayu yang juga boleh dibaca sebagai “Wilayah Melayu” , “Kawasan Melayu.”, dan juga “Bahagian Melayu.” 

- Antara hipotesis yang dibincang sesama kami para admin dalam Team Nusantara Patriots ialah tentang etimologi Melayu dalam bahasa-bahasa Austronesia, dan maksud itu perlu membawa makna yang baik kerana orang Melayu perlu memanggil nama diri mereka dengan maksud yang baik. Hanya orang gila sahaja yang menamakan diri mereka dengan nama yang membawa maksud tidak baik. 

- Maka, kami meneliti bahasa-bahasa Austronesia yang sekeluarga dengan bahasa Melayu, yang mungkin jauh dari pengaruh bahasa-bahasa luar kerana kami percaya, nama Melayu itu datang dari bahasa Proto-Melayu atau mungkin juga Melayu Kuno itu sendiri yang sudah pun pupus, tetapi boleh dijejak dalam bahasa-bahasa adik-beradiknya. 

- Malayo dalam Bahasa Tagalog yang bermaksud jauh ialah drp kata dasar "layo" atau "layoh", iaitu kognat kpd perkataan Jauh dlm bahasa melayu. Malaya pula dalam Bahasa Tagalog yang bermaksud bebas ialah daripada perkataan "laya", kognat kepada kata dasar "layar" dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan beberapa pembuktian daripada kami yang terdapat sejarawan luar mengatakan bahasa teknologi perlayaran di lautan dipolopori oleh bangsa Melayu, maka tidak hairanlah akan hipotesis Melayu adalah mungkin dari panggilan Bahasa Melayu kuno yang bermaksud bangsa yang berlayar. 

- Dalam kitab Hindu Vayu Purana, perkataan yang seakan-akan membentuk dari perkataan Melayu turut dijumpai.Malayadipa yang merujuk kepada sebuah wilayah di Nusantara yang selalu dikaitkan dengan emas dan kekayaan yang tak terjangkau dek akal manusia. 

- I-Ching, seorang sami Buddha daripada Dinasti Tang pernah direkodkan menulis tentang sebuah kerajaan bernama Melayu ketika pengembaraan beliau menuntut ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Buddha. I-Ching dicatatkan seperti berikut:

“...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

- Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er, Oo-lai-yu, dan Oo-lai-yu adalah nama-nama yang digunakan oleh orang cina merujuk pada kerajaan Melayu yang diperkatakan dalam berdasarkan pelat orang cina sendiri.

- Tomé Pires yang tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio. Nama “tanah Melayu” juga terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat tersebut apabila Hang Tuah dihalau keluar dari Melaka dan bersiap untuk merantau ke Inderapura, dia ditanya ke manakah dia akan pergi.

- Pahlawan Melayu itu menjawab ke mana sahaja dibawa kakinya, dengan menambah “lamun pada tanah Melayu” merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio.

- Dalam Hikayat Hang Tuah juga, terdapat perkataan Melayu yang dikaitkan atas semangat nasionalisme yang saya fikir, nasionalisme Melayu awal. Dalamnya ada disebut bahawa ketika pendekar Melayu itu mahu bertempur dengan Samurai Jepun (ronin), perkataan Melayu berdendang dari lidah ronin itu:

"Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.
`
Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek."

- Ketika Hang Tuah berkunjung ke sebuah empayar yang pernah berdiri di negara India, ada juga dipetik nama Melayu di dalamnya ketika dia terpaksa bertempur dengan pahlawan hebat Empayar Vijayanagara dan menewaskan pahlawan itu:

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…”

- Lebih awal daripada itu, Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karyanya Desawarnama pada tahun 1365 telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang,

Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu. 

- Ketika sebuah kerajaan Jawa bernama Singhasari melakukan ekpedisi menundukkan sisa-sisa empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Mauli dan Kerajaan Dharmasraya, maka nama ekpedisi itu diletakkan di atas nama Ekpedisi Pamalayu.

- Dalam prasasti yang memahat kisah ekpedisi Singhasari yang diarahkan oleh rajanya yang bernama Kertanegara itu, ada bait-bait azimat yang harus dikenang oleh umat Melayu bahawa nama bangsa mereka sudah harum dipahat dalam batu bersurat. Saya petik daripada prasasti yang berusia 1286 Masihi itu.

“Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu…” (Prasasti Padang Roco)

- Marco Polo ketika dalam pengembaraannya ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Malauir yang wujud di Nusantara ketika itu.
- Raja agung orang Thai, Ram Ramkhamhaeng seperti kita ketahui dibunuh oleh seorang puteri Melayu bernama Adhruja Sriwijayamala Singa dari sebuah negara kota Melayu bernama Grahi. Perang antara Sukothai dan negeri-negeri utara Melayu semenanjung ini memang diketahui sejak sekian lama.
- Anehnya, kronikel Dinasti Yuan ketika itu menceritakan tentang perang antara Raja Ramkhaeng dan juga negeri-negeri Melayu ini. Hayati di bawah:

"Permusuhan selalu berlaku antara Siam dan Malayu dengan kedua-duanya saling berbunuhan antara satu sama lain..."

Sempat lagi Dinasti Yuan memberi amaran kepada Sukothai agar jangan mengapa-apakan kerajaan-kerajaan Melayu ini, dan menepati janjinya.
Rasanya cukup sampai di sini sahaja penulisan saya tentang kewujudan perkataan Melayu dalam sejarah. 

Semoga ini dapat membidas penyelewengan-penyelewengan yang berleluasa. Kepada para sahabat yang mengikuti penulisan ini, saya berharap agar tulisan ini disebarkan untuk tatapan umum.

GAMBAR: Peta Ptolemy yang mengandungi perkataan “Meleu-Kolon” yang dibincangkan di awal artikel.
-HE-

Sumber:
1. Hikayat Hang Tuah
2. Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar. Dewan Bahasa Dan Pustaka (2014)
3. Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula oleh Paul Michel Munez (2004)
4. A History Of Southeast Asia, D.G.E Hall. (1981)
5. Kuntala, Sriwijaya Dan Suwarnabhumi. Slamet Muljana. (1981).
6. Ser Marco Polo; notes and addenda to Sir Henry Yule's edition, containing the results of recent research and discovery, Bibliolife. Henry Cordier. (2006)
7. http://melayuonline.com/eng/about/dig/2
8. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13635/malayo
9. http://www.tagalogtranslate.com/tl_en/13633/malaya




2.1 PENGENALAN

erkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.


2.2 BAHASA MELAYU KUNO
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.

Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. 


Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. 


Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

2.2.1 Batu Bersurat
Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. 


2.2.1.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy):
Svasti cri
cakavarsatita 605 ekadaci
cuklapaksa vulan vaicakha daputa
hyang nayik di samvau mangalap
siddhayatra
di saptami cuklapaksa
vulan jyestha dapunta hyang marlapas
dari minana Tamvar (Kamvar)
mamava yang vala dua laksa
ko dua ratus cara di samvau
dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna
datang di matada (nau) sukhacitta
di pancami cuklapaksa vulan asada
laghu mudita datang
marvuat vanua ... Crivijaya
jaya siddhayatra subhika ...
Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.

Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:

vulan = bulan
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke
Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:
Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di perahu
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya
datang di matada dengan suka cita
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur
2.2.1.2 Batu Bersurat Talang Tuwo. Kita perhatikan pula bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang telah ditransliterasikan ini:
Svasti.
cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra.
sana tatkalana parlak Criksetra ini.
niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.
niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna.
tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.
punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.
varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai.
tmu muah ya ahara dngan air niminumna.
savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara.
marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga.
pidana svapnavighna.
varang vuatana kathamapi.
anukula yang graha naksatra pravis diya.
Nirvyadhi ajara kavuatanana.
tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya.
yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya.
varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra.
marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.
tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis.
samahitacinta.
tmu ya prajna smrti medhavi.
punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira.
anubamacakti.
jaya tathapi jatismara.
avikalendriya.
mancak rupa.
subjaga hasin halap.
ade yavakya vrahmasvara.
jadi laki.
svayambtu.
puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacita
avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.
Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah:
vulan = bulan
tatkalana = tatkalanya
nivarbuat = diperbuat
savanakna = sebanyaknya
nitanam = ditanam
niyur = nyiur
hanau = enau
rumvia = rumbia
dngan = dengan
nimakan = dimakan
vuahna = buahnya
tathapi = tetapi
haur = aur
vuluh = buluh
pattung = betung
tlaga = telaga
punyana = punyanya
tmu = temu, bertemu
margga = marga
sukha = suka
niminumna = diminumnya
savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya
vuatna = buatnya
manghidupi = menghidupi
prakara = perkara
varang = barang
vuatana = buatannya
marvvangun = membangun
Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:
Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu.
Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain.
Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda.
Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ.
Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran.
Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.
Daripada terjemahan ini jelas pada kita bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya.

2.2.1.3 Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: 

abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an. 

2.2.1.4 Batu Bersurat Karang Brahi. Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu batu bersurat terpenting, namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat ini.

Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.


2.3 PERKATAAN MELAYU
Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari Kerajaan Mo-lo-yeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644 (Masihi). Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian Selatan) yang ada sekarang ini.
 

Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu. 

Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang.

Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat perkataan Mo Lou YŸ (u terdapat dua titik).

Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu.

Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh 1286 M. Dan di dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. 


Perhatikan petikan yang berikut ini: "Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya".

Harun Aminurrashid mengatakan bahawa "...bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari (kini Sungai Jambi). Di kawasan hulu Sungai Jambi itulah dahulu pada kira-kira seribu lima ratus tahun lebih, telah ada sebuah Kerajaan Melayu sebelum (ada dan) semasa terkenal Kerajaan Sriwijaya atau Palembang Tua .... Kerajaan Sriwijaya telah mengalahkan Kerajaan Melayu sekitar abad ke-7 M. Walaupun dari segi pemerintahan Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama semasa menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa rasmi pemerintahan Sriwijaya. Malahan pada Batu Bersurat Kartanegara yang dijumpai di Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, ditemui perkataan Malayapura yang ertinya Kerajaan Melayu".

Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu. Padahal Batu Bersurat Gandasuli ini ditulis dengan huruf Dewanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara bagi penyebaran agama Budha (lihat lampiran 2). Demikian juga batu yang telah ditemui di Kedu (Jawa Timur) yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti namun bahasanya menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh bahasa Melayu.

Walaupun penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) memperlihatkan tulisan yang digunakan ialah huruf Palava, ia tidak bermakna bahawa tidak ada tradisi tulisan sebelum itu. Sebelum orang India datang ke alam Melayu, di kawasan Nusantara ini telah dikenali tulisan atau aksara Lontara di Sulawesi Selatan, aksara Batak di Sumatera Utara, dan aksara Rencong di Sumatera Selatan (lihat lampiran 2). 


Pada masa itu aksara Rencong ini digunakan untuk merakam cerita, pantun, atau yang sejenisnya. Setakat ini, aksara Renconglah yang dianggap sebagai huruf asli bahasa Melayu. Oleh kerana ia ditulis pada daun dan kulit kayu maka dengan sendirinya tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun, aksara Rencong ini kini masih dapat disaksikan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London. Perhatikan pantun yang ditulis menggunakan aksara Rencong tersebut pada lampiran 2.

Berkenaan dengan aksara Batak atau Surat Batak yang disebutkan di atas, E. St. Harahap berpendapat bahawa orang Batak termasuk bangsa yang tua di dunia, sama tuanya dengan bangsa Assiria, Kaldea, dan Mesir Tua. Dengan demikian, tentulah aksara Batak, atau aksara Lontara mahupun aksara Rencong bukan peniruan daripada huruf India sama ada Brahmi, Palava, Dewanagari, atau aksara Sanskrit. Bandingkanlah aksara Lontara, Batak, dan Rencong di atas dengan aksara Brahmi, Palava, Dewanagari, dan Sanskrit. Walau bagaimanapun, pengaruh aksara India Kuno terlihat jelas pada aksara Jawa. Bandingkan bentuk beberapa aksara yang dibincangkan ini pada lampiran 2.


2.4 KESIMPULAN
Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
  1. Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa.
  2. Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud.
  3. Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai.
  4. Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya.
  5. Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga abad ke-18).
  6. Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi daerah Jambi berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-dua bahasa ini tentulah ada pertaliannya.
  7. Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak (secara khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara.
  8. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih terperinci, seperti rekonstruksi bahasa Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa yang terdapat di benua Asia ini.


Zuber Usman. Bahasa Melayu sebelum dan sesudah menjadi lingua franca, 1976, m.s. 6.
Ismail Hamid. Kesusasteraan Melayu lama dari warisan peradaban Islam, 1983, m.s. 10.
Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966, m.s. 7.
Ibid., m.s. 9-10 dan Nik Safiah Karim. et al. Tatabahasa Dewan, 1986. Jil. 1, m.s. 6.
Harun Aminurrashid, op. cit., m.s. 9-10.
Ibid., m.s. 10-11.
Ibid., m.s. 12.
Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 26.
Ibid., m.s. 8.
Ab. Ghani bin Abbas. "Bahasa Melayu Kuno dari bentuk dan bunyi". Di dalam Dewan Bahasa, 4(1): 10, 1960.
Obaidellah Haji Mohamad. Catatan-catatan dalam sejarah China mengenai negeri-negeri Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tamadun Melayu, 11-13 Nov. 1986, Kuala Lumpur, 1986.
Shellabear, W.G. Sejarah Melayu, 1982, m.s. 16.
Harun Aminurrashid, 1966. passim., m.s. 4-7.
A. Samad Ahmad. Sejarah kesusasteraan Melayu I, 1966, m.s. 34.
Harahap, E. St. Perihal bangsa Batak, 1960, passim., m.s. 11-15.

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu

m.s. 9-10 dan Nik Safiah Karim, Nov. 1986, Kuala Lumpur. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 1,


AMUKANMelayu - Bangsa MELAYU akan terus BERAHSIA dan jika ada Melayu yang TERASA terlalu ISLAM sedangkan ianya telah menjadi terlalu "ARAB", Melayu ini sebenarnya TERCARI-CARI akan Bangsa MELAYU itu sendiri di tengah-tengah BANGSANYA.